Memaparkan catatan dengan label Macam Bagus. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Macam Bagus. Papar semua catatan

Sabtu, 28 November 2015

11 Nak kritik orang pastikan kita tidak dua kali lima

Apabila kita mengkritik perbuatan atau sikap seseorang yang tidak selari dengan kita, kita sebenarnya telah mejadikan perkara yang berlawanan dengan kritikan kita itu sebagai prinsip diri kita. Sebagai contoh jika kita kritik orang makan rasuah, secara tidak langsung tidak makan rasuah itu akan menjadi prinsip kita. Kita kritik orang yang taksub pada hiburan, secara tak langsung tidak fanatik pada hiburan itu menjadi prinsip kita. Kita kritik orang yang hisap rokok dan vape, secara tak langsung tidak merokok dan hisap vape itu sudah menjadi prinsip hidup kita.

Ini kerana jika kita kuat mengkritik orang lain tapi akhirnya kita juga sama macam orang yang kita kritik, ia menunjukkan yang kita sebenarnya langsung tiada prinsip dan hanya pandai berkata2 sahaja, ibarat meludah ke langit, akhirnya muka kita sendiri juga yang basah.



Rabu, 1 Julai 2015

10 Ukuran kejayaan bagi setiap manusia itu berbeza

Ramai yang menganggap tanda aras dan ukuran KEJAYAAN semua orang di dalam dunia ini adalah dengan berapa banyak duit dan harta yang dia miliki serta berapa tinggi pangkat dan gelaran yang dia perolehi.

Ada juga yang berkata, kau pasti akan cemburu bila lihat aku sudah berjaya kelak sebab kau tak mahu dengar cakap aku, ikut cara aku dan mencontohi aku.

Namun hakikatnya, definisi dan ukuran SEBUAH KEJAYAAN itu berbeza pada setiap orang.


Sabtu, 16 Ogos 2014

62 Kritikan kepada kritikan untuk Kiosk Ramly Burger

Malam semalam den bersamo 2 rakan yg lain pergi makan Ramly Burger di kiosknya. Niat nak makan Ramly Burger di outletnya sendiri dah lamo. Sejak korang sebarkan bhw Ramly Burger juga mempunyai outlet mcm mekdi. Buek plan seminggu baru la boleh poie sesamo. Peh sibuk mcm Perdano Montori masing-masing. Ha Ha Ha. Walaupun makanan ruji kami ialah nasi tapi sesekali nak jugak makan burger beb. Lepas solat Isyak teruslah kami ke kiosk Ramly Burger yg dituju. Sampai je trus den snap amik beberapo gmbr pakai kamera handset. Boleh lihat gmbr kek atas. Sapo dapek teka dimanokah letaknya kiosk ini, den akan belanjo korang jenjalan sekitar KL dgn menaiki keto Ferari 4 pintu milik den. Amacam? Ngeee..



Ahad, 27 April 2014

15 Media Luar Sememangnya Adil

Media memang terbaik dalam mencari bahan dan membuatkan orang terkenal dengan isu remeh.


Khamis, 7 Mac 2013

87 Kategori mahasiswa Universiti yang loser

Kaki buli memang sangat bodoh. Belum pun tamat krisis pencerobohan tentera bersenjata Sulu di Sabah, ada pulak video junior2 UiTM Sabah kena buli dengan senior2 mereka kat dalam kawasan hutan atau kebun. Sumber dari Sozcyili.



Selasa, 6 November 2012

103 Antara AES dan pemandu kereta perasan bijak

Sekarang ni semua nak cakap pasal AES yang bermaksud Ada Engkau Susah  Automated Enforcement System atau dalam bahasa yang muda difahaminya kamera speed-trap yang telah dipasang dengan statik di tempat2 tertentu di tepi jalanraya dan lebuhraya yang akan amik gambar kereta korang secara automatik sekiranya bawak lebih dari had laju. Disebabkan pernah ada satu request kat sini dari pembaca mintak aku tulis pasal topik AES ni, maka aku tulis la sikit pendapat dan pandangan aku pasal benda ni.  



Selasa, 26 Jun 2012

17 Anugerah bodoh oleh pro-LBGT

Kadang2 sebab kita benci sangat kat seseorang tu, kita terus je suka dan sokong kalau ada orang lain memburuk2kan orang yang kita benci tu, tapi dalam tak sedar orang yang buruk2kan orang yang kita benci tu lagi teruk dari orang yang kita benci.



Ahad, 10 Jun 2012

7 Sindrom aku lebih SUPERIOR dari kau

Kat Malaysia hatta di dunia ni, ada satu sindrom yang paling ramai orang hidap iaitu Sindrom Aku Lebih Superior Dari Kau. Sindrom ni membuatkan penghidapnya merasakan dirinya lebih superior, lebih bagus, lebih hebat daripada orang lain lalu merasakan dirinya sahaja yang benar, pendapat dia sahaja yang betul, tidak mahu menerima pandangan orang lain serta sering memandang rendah pada orang lain terutama yang berlainan pendapat dan ideologi dengannya.



Sabtu, 2 Jun 2012

14 Otaku VS Politik fanaticism

Kumpulan J-Pop Momoclo atau nama panjangnya Momoiro Clover Z telah diundang oleh penganjur  Hari Belia Negara tempohari untuk membuat persembahan dan memenuhi nafsu2 fan J-Pop di Malaysia untuk menghadirkan diri ke Hari Belia agar target 2 juta tercapai. Seperti yang didedahkan oleh Amenoworld kat sini, bayaran untuk artis K-Pop untuk Hari Belia tu sahaja dah melebihi RM2 juta. Tapi kat dokumen tu takde tulis peruntukan untuk arits J-Pop, so kemungkinan Momoclo ini juga dibayar sekali dalam peruntukan artis K-Pop.