Memaparkan catatan dengan label Kreatif. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kreatif. Papar semua catatan

Ahad, 15 November 2020

1 Apakah penanda aras bagi sesebuah karya kreatif?

1. Seorang pelakon merangkap pengarah dan penerbit mengkritik filem Mael Totey arahan Youtuber tersohor Syahmi Sazli sebagai belum mencapai tahap teknikal sesebuah penerbitan filem serta tidak boleh meletakkan filem itu sebagai benchmark untuk karya kreatif yang sempurna.

2. Pertama, ada sesiapa yang menjadikan filem Mael Totey sebagai benchmark untuk karya kreatif yang sempurna ke? Rasa macam tiada. Satu anugerah pun filem Mael Totey belum dapat, jadi siapa yang nak letak benchmark?

3. Kedua, sejak bila karya kreatif dan filem itu ada benchmark atau penanda aras? Kalau ada, siapa yang tetapkan benchmark? Siapa yang tetapkan garis panduan benchmark untuk suatu karya kreatif? Karya filem mana yang perlu dijadikan benchmark?



Khamis, 24 Oktober 2019

1 Kenapa industri komik negara tak maju?

1. Aku baru baca artikel yang dikongsikan oleh seorang kawan tentang "Kenapa Industri Komik Negara Tak Maju?". Aku rasa macam pernah tulis dulu pasal ni tapi itu lebih kepada "Industri komik semakin hilang identiti tempatannya".

2. Dalam artikel tersebut, antara contoh yang dihighlightkan  dengan kejatuhan industri komik tempatan adalah apabila terlalu banyak kemasukan dan pengaruh komik asing (Jepun, US, Korea Selatan), penutupan syarikat majalah komik Ujang dan Apo? serta penamatan penerbitan majalah komik Gempak dan sebagainya.

3. Namun pada padangan aku, sebenarnya industri komik tempatan masih maju je pun, cuma ia berubah dan berevolusi. Orang-orang dulu yang membesar tahun 90-an masih menjadikan tanda aras komik Malaysia adalah Gila-gila dan Ujang, manakala orang yang membesar tahun 2000-an masih menjadikan tanda aras komik Malaysia adalah Gempak.



Jumaat, 14 Jun 2019

5 Mentaliti cheapskate terhadap seni kreatif

1. Pejabat aku nak buat event raya. Aku cadang upah sewa je orang luar buat deko sebab mereka mesti dah biasa buat dan tahu apa nak dibuat. Ahli jawatankuasa nak tahu berapa kos.

2. Sebab tahu pejabat aku ni cheapskate dan kedekut nak mampos, aku try cari member aku yang buat deko, kawtim-kawtim dapat RM500 untuk hasil yang takde lah gah sangat, takdelah nampak lekeh sangat.

3. Bila beritahu harga kos kat ahli jawatankuasa, diorang cakap kenapa mahal sangat, buat deko je pun. Dah la peralatan semua sewa je, rugi je belanja hangus macam tu.


Khamis, 2 November 2017

0 Meraih populariti dengan kualiti bukan mudah

Rancangan Asia's Got Talent minggu lepas menyaksikan seorang peserta dari Malaysia iaitu  Mafarikha Akhir yang juga merupakan Naib Johan rancangan program realiti Vokal... Bukan Sekadar Rupa yang bersiaran 6 tahun lepas menerima tepukan gemuruh penonton dan tiga juri Asia's Got Talent iaitu David Foster, Anggun dan Jay Park memberikan 'standing ovation' selepas persembahan memukaunya menyanyikan lagu Hero nyanyian asal Mariah Carey.



Isnin, 10 Oktober 2016

8 Seni dan hiburan: Populariti mengatasi kualiti

Akademi Fantasia tahun ini baru melabuhkan tirainya semalam. Siapa juara, siapa nombor dua, tiga dan seterusnya sudah pun diketahui. Namun siapa yang akan popular dan kekal lama dalam industri muzik tanah air, bukan bergantung kepada diri mereka, sebaliknya bergantung kepada lagu-lagu mereka nanti. Aku akan terangkan kenapa aku cakap macam tu dalam artikel ini nanti.



Sabtu, 11 Jun 2016

7 Kisah konflik keluarga group Whatsapp paling sayu

Kadang-kadang pergaduhan dan perselisihan di dalam keluarga di antara ibu bapa dengan anak-anak serta antara adik beradik boleh berlaku walau dalam group Whatsapp sekalipun. Namun sempena bulan Ramadhan yang mulia ini, buangkanlah segala yang keruh dan ambil yang jernih. Layan video kisah perbualan sebuah keluarga dalam group Whatsapp yang ringkas tapi sangat kreatif dan boleh membuatkan orang menitiskan air mata.