Memaparkan catatan dengan label Jahanam. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Jahanam. Papar semua catatan

Isnin, 17 Februari 2020

0 Buasir Otak TV: Jangan hukum ibu bapaku

Mengisahkan seorang kanak-kanak yang sering menjadi mangsa penderaan ibu bapanya namun takut untuk mengakui dan melaporkannya kerana tidak mahu ibu bapanya dihukum. Tonton kisah sepenuhnya dalam video animasi ini.



Ahad, 9 Oktober 2016

8 Perompak boleh muncul dalam pelbagai rupa

Perompak pada hari ini, boleh muncul dalam pelbagai rupa....

Mereka boleh muncul dengan topeng muka, baju gelap, sarung tangan dan senjata di tangan untuk merompak bank atau kedai.

Mereka boleh muncul dengan berpakaian biasa, memakai helmet dan bersenjatakan motosikal untuk meragut beg tangan orang.


Isnin, 21 Disember 2015

10 Mahu till jannah tapi perangai till jahannam

Till jannah... dalam bahasa melayunya Sampai Syurga. Sebuah ayat yang memang popular dan sudah menjadi trend untuk orang bercinta terutama di kalangan bani Melayu. Sayang awak till jannah. Semoga bahagia till jannah. Semoga kekal till jannah. Love you till jannah. Together till jannah. Suwit sangad bunyinya kan? Ya, siapa yang tidak mahu masuk syurga bersama2 pasangan, bukan?

Namun malang jika till jannah itu hanya sekadar tutur kata manis di bibir sahaja akan tetapi perbuatan kita menunjukkan sebaliknya yang bukan sahaja tidak akan membawa kita dan pasangan till jannah tetapi till jahannam. Bersweet2 till jannah bagai tapi berpeluk cium romen bagai sedangkan nikah pun tidak lagi.


Ahad, 13 Disember 2015

10 Anak melayu takde kerja baling batu dari jejambat

Segelintir anak2 melayu kita ni, memang dah takde kerja sangat ke sampai kerjanya baling2 batu dari jejambat/jejantas ke kenderaan2 yang lalu lalang di bawah? Memang dah tiada kerja sangat ke? Itu je ke pencapaian anak2 melayu macam ni? Memang dah tiada kesedaran moral dan sivik ke?


Jumaat, 4 September 2015

7 Till Jannah or Jahannam? Pesanan Buat Suami Baru

Musim mendapat kad kahwin dah pun bermula. Segala jemputan kenduri dari hotel ke rumah , kecil atau besar, nasi minyak, nasi hujan panas sudah bermula.

Tahniah kepada mereka yang menamatkan zaman bujang bersama pasangan. Semoga perkahwinan tuan-tuan dan puan-puan mendapat keberkatan dan berkekalan sehingga Jannah.

Till Jannah kata hipster-hipster sekarang.



Sabtu, 9 Mei 2015

33 Gejala pedofil sangap terhadap budak bawah umur

Minggu lepas negara dikejutkan dengan seorang pelajar genius Matematik Malaysia yang belajar di London tajaan MARA telah dijatuhkan hukuman penjara selama 5 tahun atas 17 kesalahan memiliki lebih daripada lebih daripada 30,000 imej tidak senonoh dan video penderaan seksual kanak-kanak yang ‘sangat ekstrim’, 601 buah video dan imej lucah Kategori A iaitu kategori penyalahgunaan yang melibatkan aktiviti seksual kanak-kanak, serta beratus-ratus bahan lucah kategori B dan C serta turut membuat dan menyebarkan gambar-gambar lucah kanak-kanak di Internet. Terdapat pelbagai reaksi daripada seluruh masyarakat serta kerajaan. Ada yang mahu beliau diberi peluang kedua dan ada juga yang langsung tidak bersetuju. Sebelum itu kita kenali dulu apakah itu PEDOFIL.



Sabtu, 19 Julai 2014

34 MH17: Ramai yang menuding jari ke arah yang salah

Seorang lelaki sedang memandu kereta bersama keluarganya di sebuah jalanraya untuk pulang ke kampung halaman. Tiba di suatu jalan terdapat sebuah flyover atau jejambat bertingkat yang sedang dalam pembinaan. Jalan di bawah flyover yang sedang dibina itu tiada tertulis "Dilarang masuk" atau sebarang halangan yang tidak membenarkan pengguna menggunakan jalan tersebut. Hanya terdapat papan tanda "Hati-hati" dan had kelajuan 60 km/h. Sedang lelaki itu memandu keretanya di jalan itu, tiba2 flyover yang sedang dalam pembinaan itu runtuh dan menghempap keretanya. Lelaki itu dan seluruh ahli keluarganya mati serta merta di tempat kejadian.



Khamis, 24 Oktober 2013

18 Apabila tempat awam juga sudah tidak selamat

Apa kejadahnya ni??? Tak sampai 24 jam berlaku kes pak guard tembak mati pegawai bank, ni ada kejadian tikam menikam sampai mati dekat LRT Gombak dan LRT Taman Melati pulak. Sekarang kat tempat awam pun dah rasa tak selamat. Itu belum lagi kes ragut, samun kat tempat parking, kena tembak kat dalam kereta, anak kena culik dan macam2 lagi. Kenapa ramai sangat penjenayah dan orang sakit mental yang ganas kat Malaysia ni??? Tolonglah, Malaysiakan masih aman! MALAYSIA MASIH AMAN!!!



Sabtu, 20 Julai 2013

24 Bunuh suami lebih mudah daripada bercerai

Anda seorang isteri dan ibu kepada 2 orang anak, mempunyai seorang suami yang baik, namun anda tidak cintakan dia dan mencintai lelaki lain. Anda mahu berpisah dengan suami anda tapi tidak sampai hati melukakan hati suami dan anak2 dengan mintak cerai dan juga tak mahu keluarga dan masyarakat pandang serong. So apakah penyelesaian kepada masalah ini? Upah pembunuh upahan untuk bunuh suami anda.


Rabu, 29 Mei 2013

21 Kedurjanaan kaki buli tidak mengenal jantina

Kat entry 2 hari lepas ada seorang anon suruh aku tengok kat link video yang dia bagi tu. Klip ni memang aku tak pernah tengok lagi. Kalau sebelum ni kita ada kaki buli versi budak baru nak up mamat2 K-Pop dan versi geng2 mahasewel mahasiswa loser, kali ni kita ada kaki buli versi budak2 sekolah perempuan yang jahanam.