Ramai orang cakap iklan hari raya paling sedih adalah
iklan raya Bernas. Tapi bagi aku iklan raya yang ni lagi sedih dan sadis...
Seriously, kenapa bila nak raya je semua orang pakat berlumba2 buat iklan raya yang sedih2 tahap gaban? Sepatutnya di hari raya kita semua bergembira atas tanda kemenangan, bukannya berlumba2 sape dapat buat iklan paling sadis dan sedih. Bacaan lanjut:
-
Kenapa Perlu Menjadikan Kesedihan Sebagai Tema Aidilfitri
-
Kenapa Perlu Bersedih Di Hari Raya? Rasulullah Menyuruh Kita Bergembira.
Satu lagi aku bukannya peminat sebuah cereka yang ditambah2 dan fiksyennya melampau2 melangkaui realiti. OK iklan raya Bernas tu memang sedih, dan semua elemen kesedihan ada dalam iklan tu:
- Anak yatim yang juga orang kurang upaya dan sebatang kara tanpa keluarga2 lain langsung.
- Kawan2 lain semua masih ada keluarga lain dan dapat balik beraya manakala mereka tak dapat balik kerana tiada keluarga lain.
- Pemandu teksi yang langsung tiada perasaan kasihan pada anak2 yatim dan kurang upaya, ditambah lagi dengan pandangan2 sinis dari petugas kaunter dan masyarakat.
- Nak balik kampung tiket bas dan keretapi pulak habis, terpaksa curi2 tumpang lori orang.
- Akhirnya pergi menziarahi kubur ibu yang dah meninggal + flashback sewaktu ibunya masih hidup.
Gila... memang sedih. Tapi sayang ia hanya sebuah rekaan dan fiksyen semata2, sama seperti kebanyaan drama2 dan filem2 cinta Melayu yang terlalu over dan exaggerated yang kisahnya sangat tak masuk akal seperti Ombak Rindu dan Nur Kasih. Tidak mungkin 2 orang anak yatim yang kurang upaya bisa pergi keluar balik ke kampung bersendirian dan cikgunya tidak risau langsung bila dapat tahu anak yatim jagaannya hilang dari rumah jagaan.
Realitinya? Ramai anak yatim yang dipergunakan untuk mengutip dan meminta sedekah. Tengok je kat blog
Mazidul Akmal Sidek berlambak2 pendedahan yang dilakukan oleh sindiket peminta sedekah yang mempergunakan anak2 yatim dan pelajar sekolah tahfiz.
Malah golongan anak yatim piatu yang sepatutnya kita bantu dan
muliakan, tapi masih ada lagi yang membeza2kan darjat di antara anak yatim dan VVIP besar seperti yang banyak dicungkil dari blog APA kat
sini,
sini dan
sini, di mana majlis yang sepatutnya untuk meraikan anak2 yatim nampaknya golongan VVIP yang diraikan dengan lebih megah berbanding anak yatim, siap meletakkan label AY (Anak Yatim) di meja mereka, malah ada juga majlis untuk anak2 yatim tapi mereka kena duduk bawah makan kat lantai manakala golongan VIP makan atas meja.
Tak payah tengok iklan Bernas, tengok perkara2 yang berlaku di alam realiti pun dah cukup untuk membuatkan aku sedih. Malah ada yang menulis komen2 seperti ini lagi membuatkan aku sedih.
Begitu rendah dan hinanya darjat anak yatim di matanya. Mereka ini tak pernah minta untuk dilahirkan sebagai anak yatim. Cuba bayangkan jika korang berada di tempat mereka, dan masyarakat memandang rendah dan sinis kepada anda, membeza2kan darjat, mempergunakan anda demi publisiti dan survival politik, mempergunakan anda untuk meminta sedekah dan lain2? Ramai yang bernasib baik kerana dilahirkan dengan ibu dan ayah, tapi itu tak boleh menjadikan kita lebih better dan bagus dari mereka, malah ada banyak insan2 dari kalangan anak yatim dan kurang upaya yang jauh lebih baik dari orang yang sempurna sifatnya.
tags: iklan hari raya aidilfitri puasa paling sedih bernas beras jati sadis petronas burung apa murai puyuh raja lawak audition mr bean malaysia harun salim bachik kisah anak yatim realiti minta sedekah mengemis pelajar sekolah tahfiz yan kedah majlis meraikan buka puasa vvip vip makan meja lantai buffet umno