Memaparkan catatan dengan label Dadah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Dadah. Papar semua catatan

Ahad, 31 Julai 2016

2 Pop Fiksyen - Jejak Pembunuh: Bahagian 4

Sungguh, apa yang aku cerita ini klise seperti cerita lain yang korang baca di media.
Sama. Mungkin banyak sangat penyesalan yang aku tak boleh terima dalam hidup aku.
Mungkin korang tak tau, sebab aku sendiri pun tak tau.



Sabtu, 30 Julai 2016

0 Pop Fiksyen - Jejak Pembunuh: Bahagian 3

Kolej Matrikulasi tahun pra 2000 adalah satu bahan eksperimen. Sekurang-kurangnya  itu apa yang aku boleh simpulkan. Atas dasar kerajaan atau tidak, tapi di sini bermula aku kenal sedikit sebanyak sisi dunia gelap, bangsa dan negara Malaysia yang kita cintakan sangat.



Jumaat, 29 Julai 2016

2 Pop Fiksyen - Jejak Pembunuh: Bahagian 2

Sekolah Berasrama Penuh. Kalau pada tahun 90-an, dengar je ayat SBP, banyak yang menjangkakan kecemerlangan. Penuh dengan budak-budak pandai akademik.

Doktrin utama sekolah asrama penuh adalah hasil keluaran SBP mestilah berjaya sebagai jurutera dan doktor. Mungkin penghasilan doktor dan jurutera demi mencapai wawasan 2020.

Kalau kau gagal menjadi doktor atau jurutera, kau akan dianggap eksperimen yang gagal.



Khamis, 28 Julai 2016

2 Pop Fiksyen - Jejak Pembunuh: Bahagian 1

Jangan risau.

Aku takkan menipu untuk kelihatan bagus di mata korang.

Aku tak pandai menulis.
Aku cuma pandai bercerita. Sebab aku rasa bercerita adalah lebih jujur daripada menulis. Aku jumpa orang gila yang paksa aku menulis.

"Baik kau je tulis, Kau susun ayat cantik. Aku bercerita ikut mana aku ingat...".

Itu ayat aku pada orang gila yang beria-ria nak tahu apa sebenarnya jadi kat aku.



Khamis, 22 Januari 2015

12 Antara Zamani Slam dan remaja Al-Hafiz Rohingya

Umum memang sedia maklum bahawa penyanyi kumpulan Slam iaitu Zamani telah ditahan polis atas dakwaan penyalahgunaan dadah. Malah lapor akhbar, Zamani sendiri mengakui telah terbabit dengan najis dadah sejak 10 tahun lepas.

Namun bukan kes itu yang kami mahu ketengahkan, tetapi mengenai sebuah video di mana Zamani menyanyi lagu 'Gerimis Mengundang' dalam keadaan bergari. Ia bukan sahaja mengundang kemarahan ramai, malah ia turut menjadi viral di media sosial.

Ini kerana, rakaman video yang didakwa dirakam oleh seorang anggota polis itu mendapat bantahan orang ramai melalui hashtag #BantahTindakanPolisKpdZamani.


Ahad, 19 Februari 2012

0 Artis dan dadah

Artis sekarang kalau kene dakwa kes dadah relax je, boleh je kuar TV, radio, panggung, majalah. Kalau dulu jgn kata dadah, rambut panjang pun boleh kene gam. Mungkinkah peraturan kita dah longgar atau selebriti kita mmg kebal? Nak buat lawak gila babi kena layan ganja dulu kot baru lawaknya tahap dewa? Owh atau mungkin mmg trend sekarang kalau jadik artis kena isap dadah, sbb kalau mati pasal dadah mcm Whitney Houston baru hip...



Air kencing dah positif pun boleh mengaku tidak bersalah? Yelah aku faham ada org nak sabotaj biasalah. Mungkin lepas ni budak2 hisap ganja sbb terpengaruh dgn idola dan role model diorg.



Link


saiful apek dadah ganja air kencing positif stoned gam ice mahkamah peguam tidak bersalah pejabat polis