Memaparkan catatan dengan label Bantah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Bantah. Papar semua catatan

Isnin, 21 Oktober 2019

2 Satu-satunya peluang untuk DS Anwar jadi PM

1. Aku rasa kalau kerajaan PH nak lakukan apa-apa perubahan, buatlah dengan cepat dalam tempoh 2 3 tahun ini kerana waktu inilah sahaja masa yang mereka ada.

2. Kalau DS Anwar nak jadi Perdana Menteri, jadilah PM cepat-cepat kerana pada aku masa ini sahajalah peluang yang dia ada untuk jadi PM. Dia pun bukannya muda lagi untuk tunggu lagi 10, 20 tahun.

3. Sebab melihat kepada iklim politik hari ini, aku tak dapat membayangkan yang PH akan dipilih lagi untuk jadi kerajaan semula pada penggal akan datang, dan mungkin untuk suatu tempoh yang lama. Kalau dia tak dipilih untuk jadi PM pada penggal ini untuk menggantikan Tun Mahathir, memang melepaslah peluangnya sampai bila-bila.



Jumaat, 18 Oktober 2019

2 Kebebasa bersuara bukan kebebasan menjadi bodoh

1. Setiap orang mempunyai hak untuk bersuara dan menyatakan pandangan. Nak protes tak salah, tapi tengok pada tempat, masa dan keadaan.

2. Majlis konvekesyen adalah hari gembira yang sangat bermakna untuk para graduan dan ibu bapanya. Merosakkan hari besar orang lain adalah hal yang sangat tidak beretika, kurang ajar dan biadap.

3. Amat malang bagi graduan yang mengambil skrol selepas mahasiswa biadap tersebut merosakkan gambar konvekesyen mahasiswa lain.

4. Kalau sekadar nak bantah VC, kau tunggu majlis habis, tunggu VC tu keluar lepas tu kau protes lah angkat placard kat pintu dewan atau kat sebelah kereta rasmi dia.



Rabu, 18 Julai 2018

5 Hilang tempat berpaut untuk membangkang kerajaan

Apabila pembangkang terdahulu kini menjadi kerajaan, dan apabila kerajaan terdahulu menjadi pembangkang, lebih-lebih lagi ia suatu yang pertama kali berlaku dalam tempoh 60 tahun, ia sebenarnya telah menimbulkan suatu suasana dan demografi politik yang agak janggal.

Bayangkan, jika dahulu apabila rakyat dan masyarakat bising je terhadap sesuatu isu yang melibatkan kerajaan Barisan Nasional, mereka akan mengadu dan suarakan kepada parti pembangkang pada masa itu iaitu Pakatan Harapan atau PAS, lalu pemimpin parti pembangkang terus memperjuang dan menjuarai isu-isu rakyat ini.

Malah pemimpin-pemimpin parti pembangkang ini akan turut sama turun ke jalanan, berdemo dan membuat bantahan terhadap kerajaan bersama-sama rakyat.



Sabtu, 19 November 2016

3 Walau beza ideologi, usah lupa persaudaraan kita

Tiada drama!

Ini predikat yang boleh menggambarkan himpunan Bersih 5 anjuran gabungan NGO dan kumpulan masyarakat sivil, Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil atau Bersih 2.0.

Masuk edisi kelima, himpunan mega kali ini tidak banyak berbeza dengan penganjuran yang lalu.

Bersih 5 menyaksikan individu-individu dari pelbagai lapisan masyarakat dan sosio-ekonomi berkumpul dan berarak untuk menyuarakan lima tuntutan termasuk kerajaan yang bersih, pilihanraya yang bersih, hak membantah, kukuhkan demokrasi berparlimen dan kestabilan ekonomi di Malaysia.



Khamis, 29 Mei 2014

46 Kempen berhenti bayar pinjaman PTPTN

Nampaknya, ada peminjam PTPTN yang masih tidak yakin dengan aku. Nah, aku letak kad pengenalan aku. Ingat aku takut? Sikit pun aku tak goyang lah. Sekarang, aku nak 1,000,000 peminjam berhenti bayar PTPTN pada 1 julai 2014 ini juga, tarikh di mana PTPTN ditubuhkan. Korang cuma perlu buat kerja mudah je iaitu untuk share post ini yang tak sampai 5 saat pun, boleh ?



Selasa, 18 Februari 2014

49 Bantah VS Boikot Astro: Mana lebih berkesan?

Bermula bulan November 2013 tahun lepas, bil Astro dinaikkan sebanyak RM6 sebulan untuk Sport Pack, dan RM2 sebulan untuk Family Pack. Selain daripada kenaikan bil, Astro sebagai satu2nya syarikat television satelit berbayar memang sudah terkenal dengan siaran selalu tergendala2 bila hujan lebat, masih ada iklan walau ia stesen TV berbayar serta terlalu banyak rancangan2 yang diulang. Disebabkan itu, sebuah NGO Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) membuat kempen Bantah Astro untuk membuat bantahan dan tuntutan terhadap Astro.