My dearest F.R.I.E.N.D.S

Wednesday, June 16, 2010

Truly Gifted - Awake in the Class

“Alrite Ziela, I gi dulu yea”. Ucap Kyra laju. Dalam hatinya, nasib baik kelas aku tak sama dengan si Ziela ni. Biarpun begitu another 40% dari keseluruhan subjek-subjek yang diambil, memang akan kelihatan wajah-wajah Ziela bersamanya. Sebabnya ada juga kelas dimana kami akan bersama.
Ziela hanya diam. Entah apa yang difikirkannya.
Kyra malas nak fakir tentang apa yang ada dalam kepala si minah ni. Laju saja dia berlalu pergi meninggalkan Ziela.

Cari punya cari kelas yang sepatutnya Kyra masuk, akhirnya jumpa juga.
Pintu bilik diketuk perlahan. Dari luar pintu, Kyra dapat lihat sudah ramai pelajar yang berada di dalam kelas itu. Namun kelibat cikgunya belum ada. Kyra menolak pintu perlahan-lahan. Di ketika itu hati dan perasaannya berkobar-kobar. Kyra cuba menenangkan hatinya dengan berfikir positif “Just relax Kyra”.

Semua pelajar yang berada di dalam kelas tersebut memandangnya. Maybe bukan semua tapi boleh dikatakan semua orang la sebab pada mulanya mereka sedang leka membuat acara memasing. Ada yang bersembang-sembang, ada yang sedang bergelak ketawa sampai tak ingat dunia jadinya, ada yang macam ulat buku, ada yang sibuk bersolek mengalahkan American Top model tapi bila saja Kyra masuk mereka tersentak dan terus memandangnya seperti makhluk asing yang paling sexy. Atau mungkin ia hanya satu imaginasi, entahlah, whatever.
“Hampir penuh kelas ni. Ada ruang lagi ke untuk aku.” Kyra mencari tempat kosong untuk melabuhkan punggungnya.
“Damm, it seems all occupied. Rasa-rasanya adelah hampir 20 orang didalam kelas ni.” Mata Kyra masih liar memandang satu tempat kosong berdekatan dengan tingkap, 3 baris dari belakang.
“Argh, bolehlah. Baik aku duduk seorang dari berkongsi dengan dorang ni yang lagaknya ntah papa.” bisiknya lagi. Ada dua kerusi disitu dan Kyra memilih tempat yang berdekatan dengan tingkap. Bag galas berwarna hitam di letakkan di satu lagi kerusi kosong di sebelahnya.
Tanpa berfikir panjang, Kyra duduk di situ.

Again, semua mata memandang kepadanya seperti seekor harimau yang mahu menerkam mangsanya. Mereka masih bercakap-cakap di antara mereka.
“Hey, kalau yer pun nak bergosip pasal aku, this is not the correct time. Takde siapa pun yang kenal aku” marah Kyra di dalam hatinya. Betapa perit sungguh rasanya apabila menjadi lone ranger ni.
Tetiba Kyra teringat akan Ziela “Bagus juga kalau ada budak perempuan berkaca mata Harry Porter tu. At least ada juga penemannya.”

Pintu classroom dibuka.
Kelihatan seorang gadis comel bertocang dua ala-ala drama korea masuk. Kyra hanya mampu melihatnya dari jauh.
“Eh, Miley. Kenapa u lambat?” sapa seorang pemuda.
“Traffic jam la. So, how’s thing going on? Ramai tak budak baru?” jawab gadis bertocang dua.
Pemuda yang memakai T-shirt Polo bingkas bangun dan menjawab “Mestilah babe. Promosi hebat. For sure ramai yang masuk. Emily, why don’t u bagi Miley list tu”.
Kyra terasa seperti sangat kecil sama seperti seekor semut yang kehilangan kaumnya. Kyra memandang ke luar tingkap. Hujan renyai-renyai dan dia terpegun melihat kecantikan dan kebersihan kawasan kolej. Terasa nyaman dan segar dengan kehijauan panorama pokok-pokok yang di tanam di sekeliling kolej tersebut. Fikirnya “Mestilah bersih dan cantik, yuran kolej pun tiada tandingannya. Bukan calang-calang pelajar boleh masuk ke kolej prestij ni. Tengok sajalah gaya setiap pelajar di kolej ni – superb diva dan casanova”

Pandangan Kyra tertumpu pula kepada kawasan parking yang sangat luas dan teratur. Dari jauh Kyra memandang sebuah kereta Sports berwarna biru yang sedang memasuki kawasan parking. Ohh, kereta idamanku! Kalau tak salah Kyra kereta itu adalah kereta sports berjenama Porche 911- Carrera S Coupe. Warna biru lagi.

Sedang Kyra enak melayan perasaannya, tiba-tiba kedengaran namanya dipanggil.
“Kyra Mikhael Stanley”
Lamunanku terhenti.
Kyra memandang seorang wanita yang agak tua, berambut putih dan berbadan agak gempal berada di hadapannya.
“Yes. Just call me Kyra, please” balasnya.
“Awak student baru disini? Saya Mrs Lambert.
Class, this is Kyra Mikhael Stanley” Lantang suara Mrs Lambert memperkenalkan Kyra.
Ringkas dari mulut Kyra dengan “Kyra. Just call me Kyra”.

“Hai Kyra, I’m Miley and this is Emily. That is David and that..” Miley memulakan perkenalan namun terpaksa dihentikan sebab Mrs Lambert menuju ke arahnya.
“To be continue” bisik David tersenyum.

Mrs Lamberts meminta semua pelajar membuka buku teks masing-masing.
Tiba-tiba sekali lagi pintu di tolak dengan kuat. Semua mata pelajar tertumpu ke arah pintu tersebut.
-
-
-
-
bersambung sekejap lagi

6 comments:

Anonymous said...

mesti ade hero yg dtg kan? ops !!

bspotgurl said...

KF - ohh KF nak hero nye yg datang ek? Hehhe

Anonymous said...

hehe eh mcm kita plak yg tulis hee,tapikan sllu jln citer begitu,tapi mebe awk ade jln citer yg mnarik kan?

Anonymous said...

psst: ade tak nickname yg sesuai utk kita panggil?

petisuara said...

chop2..br 1st time dtg sini..ni cerite bat sndri ea?psl vampire ke..ade name edward ni

bspotgurl said...

petisuara - nantikan saja sambungannya yea