Ristaan Rumah-Rumah Lama Kampong Ayer

Rumah yang dipercayai berpuaka – tempat Tentera Gurkha menjaga keselamatan penduduk kampung di sekitar Kampong Ayer – pada tahun 1962. ’Jambatan Fail’ kayu pada tahun 1970, iaitu sempadan antara Kampung Sungai Kedayan dan Kampung Ujong Tanjung. Sekumpulan kanak-kanak yang tinggal di Kampong Ayer pada tahun 1960, kelihatan berada di pantaran. Kampung Sungai Kebun pada tahun 1959. Ristaan rumah-rumah lama Kampong Ayer September 9, 2017 Oleh Haji Mohd Daud Abdul Rahman BANYAK sejarah dan kisah-kisah lama yang masih segar dalam ingatan penulis sewaktu zaman kanak-kanak menetap di Kampong Ayer. Kanak-kanak pada ketika itu gemar berenang bersama rakan-rakan mereka terutama ketika air pasang. Keadaan sungai di Kampong Ayer pada zaman itu juga kelihatan begitu bersih dan bebas dari pencemaran. Kampung Sungai Kebun pada tahun 1959, keadaan air sungainya juga begitu menenangkan dan keindahan suasana kampung dikelilingi dengan rumah-rumah jenis ‘Rumah Beidong’ pada zama...