07 April, 2012

'SUCK', PEMIMPIN 'ENAU DALAM BELUKAR'




1. Semalam sekali lagi saudara saya menulis tentang blogger 'Suck-Mongkol'. Kali ini beliau membuka 'pekong' yang ada pada blogger Suck. Suck digambarkan sebagai seorang yang tidak mengenang budi terhadap sumbangan dan jasa-jasa DS Najib selama ini. Beliau juga menyindir 'Suck' dan mengambarkannya sebagai seokor katak atau kodok.

2. Kesimpulan yang dibuat adalah blogger 'Suck' seorang yang tidak berterima kasih dan tidak mengenang budi. Walau berapa banyak manafaat yang telah diterimanya sebelum ini namun mungkin hanya kerana satu permohonannya yang tidak dapat dipenuhi maka beliau berpaling arah. Justeru, apakah perjuangannya ini untuk rakyat? Apakah yang rakyat dapati dari blogger 'Suck' selama ini dari apa yang didapatinya dari kerajaan? Inilah perjuangan yang menggunakan alasan yang benar untuk melakukan perkara yang salah. Saya pasti pemimpin yang sebegini bukan sahaja tidak dapat diterima oleh UMNO, bahkan DAP juga tidak akan menerimanya. Andaikan beliau bertanding untuk mewakili katak atau kodok, kita juga percaya bahawa beliau juga tidak akan terpilih!

3. Diblog 'Suck' dicatatkan 'Jadual Ceramah' yang akan disertainya. Nampaknya beliau semakin sibuk dengan berceramah. Kalau dulu berniaga kapal kini beliau berubah kepada berniaga 'temberang'. Dalam hatinya masih ada taman. Masih ada cita-cita nak jadi wakil rakyat walaupun peluang sepenggal yang diberikan beliau ternyata gagal melaksanakan tanggungjawab. Tanyalah pengundi DUN Pulau Manis bagaimana susahnya untuk melihat 'bayang' ADUN mereka itu dulu, apa lagi untuk mendapatkan khidmat dan bantuan beliau.

4. Dalam kesibukan beliau berceramah, saya ingin berpesan kepada 'Suck' supaya jangan terjebak dengan sesi kaunseling sehingga jam 3 pagi sebagaimana 'Ostad Badrol' baru-baru ini. Maklumlah beliaupun sudah lama keseorangan dan 'menugal' bersendirian. Tentunya beliau selalu didatang 'mimpi basah' (ayat beliau dalam salah satu postingnya). Kita tahu banyak mengenainya namun bukanlah niat kita untuk mengongsikan masalah peribadi beliau melainkan jika beliau bertukar profesyen kepada menjadi artis, barulah wajar kita gosip-gosipkan!

5. Baca CnP mengenainya dibawah ini:


3.3 juta ahli UMNO dan 1.5 juta rakyat Pahang tertanya-tanya kenapa Dato' Ariff Sabri @ Sakmongkol AK47 begitu kuat menyerang UMNO dan DS Najib.

Mereka berasa pelik kenapa Sakmongkol berperangai demikian tidak cukup dengan itu menyertai parti DAP yang merupakan 'taboo' politik kepada orang Melayu.

Kepada orang Pahang terutama orang UMNO Pekan mereka tidak mahu bercakap hal ini lebih suka mendiamkan diri.

Kepada orang luar tentu juga merasa janggal kenapa perlakuan politik Sakmongkol  begitu berubah sekali memandangkan Sakmongkol merupakan mantan ADUN Pulau Manis (2004-2008) dan Ketua Penerangan UMNO Bahagian Pekan.

Orang luar fikir kenapa orang kuat UMNO bahagian Perdana Menteri boleh bertindak demikian? Adakah DS Najib tidak pandai menjaga orang kuat UMNO Pekan. Adakah DS Najib tidak ada jasa lansung kepada Sakmongkol?

Ramai orang politik bertanya kepada DS Najib adakah DS Najib ada masalah dengan Sakmongkol? DS Najib selalu menjawab beliau tidak ada masalah dengan Sakmongkol.

Bila Sakmongkol sering menyerang UMNO dan DS Najib maka WZWH terpaksa kedepan menerangkan kepada rakyat Pahang dan Rakyat Malaysia kenapa Sakmongkol jadi begini dan apa masalah 'sakit politik kronik' yang Sakmongkol hadapi.

Mari dengar cerita WZWH tentang Hikayat Sakmongkol....

WZWH tidak nafikan Sakmongkol adalah blogger politik yang hebat. Posting Sakmongkol terutama penguasaan Bahasa Inggerisnya begitu tinggi diminati oleh ramai pembaca terutama pembaca bukan-Melayu. Posting Bahasa Malaysia pun menarik.

WZWH menulis posting ini kerana rasa tanggungjawab dan tradisi mempertahankan politik Pahang. Biarpun tidak ada orang Pahang yang mahu menjawab dan mempertahankan baik orang UMNO Pahang mahu pun 'inner circle' DS Najib sendiri tidak mengapa kerana WZWH adalah warisan Melayu tradisional Pahang yang terakhir!

Pertama kali WZWH berjumpa dengan Sakmongkol semasa Mesyuarat Biro Alam Sekitar Pemuda UMNO Malaysia di PWTC pada akhir tahun 1990an. Ketika itu Biro Alam Sekitar dipengerusikan oleh arwah Dato' Azizan Yaakon mantan ADUN Pulau Tawar.

WZWH dijemput oleh Dato' Azizan walau ramai ahli mesyuarat punyai kelulusan PHD berkenaan alam sekitar. 'First impression' yang WZWH tahu tentang Sakmongkol bahawa beliau adalah ahli perniagaan. Orang kata 'towkay kapal'.

Dalam politik UMNO Bahagian Pekan, Sakmongkol bertanding Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pekan pada tahun 1998 tetapi kalah dengan Mustafa Khalid. Lantaran itu DS Najib sebagai Ketua UMNO Bahagian Pekan melantik beliau sebagai AJK UMNO Bahagian.

Sakmongkol pernah bertanding Naib Ketua UMNO Bahagian Pekan tapi tewas. Lagi sekali DS Najib melantik beliau sebagai Ketua Penerangan UMNO Bahagian Pekan.

Atas kedudukan sebagai Ketua Penerangan UMNO Bahagian Pekan, Sakmongkol akhirnya diangkat oleh DS Najib bertanding di DUN Pulau Manis pada PRU 2004. Sakmongkol berjaya menang namun pada PRU 2008 beliau digugurkan.

Sakmongkol hanya menjadi ADUN UMNO/BN selama sepenggal sahaja.

Kenapa? Itu keputusan yang diambil oleh DS Najib dan MB Pahang berdasarkan penilaian UMNO Pahang berdasarkan studi yang komprehensif.

DS Najib berjasa mengangkat Sakmongkol menjadi orang politik dan ADUN. Walaupun sepenggal namun ada ramai orang UMNO lagi dari 3.3 juta ahli yang lebih lama berpolitik dalam UMNO, lebih kuat kerja dan komited kepada parti , dan lebih setia TIDAK TERPILIH menjadi ADUN mahu pun ahli parlimen hatta dilantik Senator TETAP setia berkhidmat kepada parti.

Dari segi ekonomi pula Sakmongkol telah menikmati apa yang DS Najib dan MB Pahang telah bagi seperti:


  • Perlombongan kuari berjuta nilainya
  • Projek menambun tebing Sungai Pahang di Pekan
  • Lombong bijih besi
  • Jawatan Penasihat Ekonomi MB Pahang setelah tidak menjadi ADUN yang gaji dan elaun lebih besar dari gaji dan elaun ADUN

Adakah DS Najib dan MB Pahang tidak berjasa dan menolong Sakmongkol?

Sesungguhnya Sakmongkol adalah ahli UMNO yang paling bertuah dari antara 3.3 juta ahli UMNO yang tidak dapat menikmati keistimewaan seperti yang Sakmongkol nikmati dulu dan kini.

Jangan hanya kerana satu Projek yang DS Najib sudah cakap tidak boleh menolong Sakmongkol kerana memang DS Najib tidak boleh buat menyebabkan Sakmongkol membenci DS Najib dan UMNO begitu sekali sampai keluar UMNO dan masuk DAP!

Adakah wajar tindakan politik Sakmongkol sebegitu sebagai orang UMNO Pahang dan rakyat Pahang jati sanggup menggigit tangan orang yang memberi jasa dan pertolongan?

WZWH ingin bertanya rakyat Pahang dan rakyat Malaysia adalah Sakmongkol seorang yang 'honourable'?

Ya Sakmongkol seorang ahli politik yang bertuah. Baru masuk DAP tak sampai setahun jagung walau Perlembagaan DAP tidak membolehkan ahli baru yang kurang dari dua tahun bertanding ADUN atau ahli parlimen namun Jawatankuasa Pusat DAP bersetuju mengecualikan Sakmongkol dan lantas Sakmongkol akan bertanding ahli parlimen DAP pada PRU 13 nanti.

Sakmongkol seorang ahli politik yang bertuah dan istimewa dalam UMNO dulu dan kini Sakmongkol juga seorang ahli politik yang bertuah dan istimewa dalam DAP.

Ada ramai lagi ahli UMNO yang setia berkhidmat kepada UMNO dan BN walau tidak diberi keistimewaan tetap menyokong TANPA menyerang UMNO dan DS Najib.

Adakah DS Najib tidak ada lansung berjasa dan menolong Sakmongkol?

Kenapa susah sangat untuk Sakmongkol mengucapkan sepatah perkataan sahaja....

TERIMA KASIH!

Sumber: Klik


06 April, 2012

PERSEPSI PEMBANGKANG MENJELANG PRU13

Habis pasir Selangor kerana MB Gagapnya atas nasihat penasihat RM1, 
BN juga yang dituduh


Padang jarak padang terkukur....Negeri Pasir Berdengung


Tasik yang bakal menguburkan pemimpin PR selepas PRU13 nanti



1. Sehinga kini saya percaya pakatan pembangkang masih menguasai media sosial. Tidak hairanlah mereka selama ini memberikan peruntukan yang besar untuk membangun dan menguasainya. Terkini kita dikejutkan oleh peruntukan yang dikeluarkan oleh kerajaan Selangor untuk portal blog mereka 'SelangorKu' yang khabarnya sebanyak RM300 ribu. Pembetulan; RM300Juta - (sebagaimana maklumat dari pemberi komen)

2. Sebelum itu kita sudah mendengar mengenai blogger Kickdefella yang ditaja dengan peruntukan sebanyak RM4juta oleh Husam Musa. Blogger Milo Suam (sebut Kontol Suam) dan Topeng Perak (sebut Topeng Berak) khabarnya menerima peruntukan yang cukup besar dan mewah membolehkan mereka melancong ke luar negara. Seandainya ada diantara sibertropper pembangkang yang tidak menerimanya, maka eloklah mereka berhenti dari melakukan kerja bodoh kerana peruntukan untuk mereka sudah tentu hilang ditengah jalan. Blogger Kah Kah Kah Tukar Tiub sudah tentu menerima habuan lebih banyak lagi sebagai pencacai nombor satu dan penjilat tegar bontot Anu arr.

3. Hakikatnya sibertropper pakatan pembangkang memang menerima peruntukan besar dan mewah bagi menguasai media sosial menjelang PRU13 nanti. Namun seperti biasa, dan juga sama seperti para pemimpinnya, mereka berak ditengah jalan dan menuduh orang lain. Mereka menerima belanja yang banyak sebagai pencacai upahan namun menuduh blogger pro kerajaan yang menerimanya, sedangkan hakikatnya kami tidaklah demikian bahkan ada dikalangan kami yang sengsara berdepan dengan masalah membayar internet setiap bulan.

4. Blogger UMB difitnah pembangkang sebagai menerima peruntukan besar dari parti namun hakikatnya kebanyakan blogger yang saya kenali semuanya sengkek belaka, kecuali TF yang tetap mantap itupun kerana bisnesnya yang tak ada kaitan dengan politik. Ada kebimbangan dihati saya bahawa bagaimana akan  menghadapi PRU nanti dengan keadaan begini? Sahabat saya, Papagomo (papahomo) serta Parpukari (merapukari) terpaksa mencari jalan sendiri sebagai blogger 'tak bertua'n untuk kesinambungan kehidupan mereka namun juga dituduh dan tak terlepas dari fitnah pembangkang yang ingin melemahkan blogger pro kerajaan.

5. Yang penting dan harus kita sedari adalah media sosial ini mengundang banyak persepsi. Pihak yang bersalah menyebarkan pandangan yang kononnya adalah pendapat rakyat bahawa mereka dipihak yang benar semata-mata untuk mengaburi masyarakat. Kebelakangan ini kita mendengar kononnya bahawa ramai dikalangan rakyat memberikan sokongan kepada pakatan pembangkang namun hakikatnya sokongan itu sudah semakin berkurangan kerana rakyat sudah semakin sedar kesilapan mereka memilih dalam PRU lalu.

6. Rakyat sangat kecewa dengan wakil yang mereka pilih dahulu namun tidak mampu memberikan apa-apa kebaikan kepada mereka sama sekali. Yang hadir di Parlimen dan DUN hanya untuk bertengkar dengan perkara remeh dan menegakkan benang basah mereka. Baru-baru ini bekas MB Perak, Nizar terbukti menipu dengan memburukkan kerajaan BN sedangkan keputusan adalah dibuat oleh mereka sendiri sebelum itu dalam isu pelaburan 'Vale'di Teluk Rubiah.

7. Di Kuantan, Ahli Parlimen Fuziah 'Thoron' Salleh ingin menjadi juara rakyat dengan mengajak rakyat berdemo membantah kilang nadir bumi 'Lynas' di Gebeng. Harapannya adalah untuk menutup kelemahannya yang tidak mampu melakukan sebarang pembangunan dan kebaikan kepada faedah rakyat Kuantan selama ini. Apakah Fuziah fikir dengan membawa pendemo pencacai upahan dari luar untuk menunjukkan rakyat Kuantan membantah kilang Lynas itu akan membuatkannya disayangi rakyat? Satu perkara yang Fuziah tidak benar-benar tahu, iaitu rakyat Kuantan akan menolaknya sekiranya beliau beranding sekali lagi kerana beliau dilihat sebagai wakil rakyat 'tidur'.

8. Jika pembangkang mengharap akan dapat menawan lebih banyak kerusi dalam PRU akan datang di Pahang, mereka sebenarnya silap dalam membuat perhitungan. Memang Pahang selama ini kelihatan 'tidur' dan tidak menunjukkan kekuatan, itu kerana ingin membiarkan pembangkang bermimpin disiang hari. Tuan Ibrahim Tuabn Man yang kalah dalam pertandingan peringkat parti, yang sudah ditolak oleh Pas sendiri usah  'bercagar' untuk menduduki kerusi Parlimen Jerantut. Anak-anak Jerantut tidak akan membiarkan kerusi itu terlepas. Jika ahli Pas sendiri sudah membuang Tuan Ibrahim, rakyat dan pengundi Jerantut juga tidak mengingini beliau disana.

9. Jangan kita keliru dengan gambaran yang diberikan  berdasarkan persepsi oleh pembangkang. UMNO BN masih kuat dan mampu menang 2/3 di Parlimen dan menawan kembali beberapa negeri. Tentu rakyat Selangor sudah jemu menghidu bau sampah selama pakatan memerintah negeri. Rakyat juga sudah semakin risau dengan masalah 'pasir bergengung' yang dicuri oleh pakatan selama ini. Rakyat melihat semuanya dan rakyat menunggu untuk menghukum Pakatan Pembangkang dalam PRU13 nanti.

05 April, 2012

SATU LAGI BINATANG POLITIK ANUGERAH TUHAN

Jikalau di kampong-kampong, jalan selalu terhalang oleh lembu. Tak sangka ada yang berakal tetapi menyamai taraf mereka seperti lembu...


1. Pemimpin politik pakatan pembangkang memang cerdik dan pintar. Justeru mereka selalu menggunakan kecerdikannya untuk memperbodohkan para pengikutnya yang dungu. Mereka sentiasa mengunakan alasan yang benar untuk melakukan perkara-perkara yang salah.

Terbaru, lihatlah betapa Nizar (Binatang politik Pas asuhan Anu arr) menipu rakyat dan penyokongnya sendiri dalam isu 'Vale' di Perak dimana beliau sendiri yang meluluskannya sewaktu jadi menteri besar namun beliau pula membantahnya. (Baca di bawah nanti)

2. Pengikut yang rapat dengan pemimpin politik pakatan pembangkang juga memang bijak. (Pemimpin sokongan serta blogger...Milo (Sotong) Suam. Topeng Berak, Tukar Tiub, CekguBard....) Mereka sedar bahawa banyak perkara yang berlaku hanyalah penipuan demia penipuan belaka, namun mereka masih tetap menyokongnya bersungguh-sungguh kerana mengharapkan 'laba' yang akan mereka dapati dari memberikan sokongan itu nanti. Justeru mereka selalu menggunakan kecerdikannya untuk memperbodohkan para pengikutnya yang dungu. Mereka sentiasa mengunakan alasan yang benar untuk melakukan perkara-perkara yang salah.

3. Para pengikut dan penyokong pembangkang pembangkang juga merasakan bahawa mereka bijak dan telah membuat pilihan yang bijak. Mereka sentiasa bodoh dan diperbodohkan. Masihkah kita ingat lagi siapakah yang melembukan diri mereka beramai-ramai bahkan sanggup berbaring ditengah jalanraya untuk menghalang laluan Sultan Perak tidak lama dahulu? Justeru mereka selalu menggunakan kebodohannya untuk memperbodohkan diri sendiri yang dungu. Mereka sentiasa mengunakan alasan yang salah untuk melakukan perkara-perkara yang salah.

4. Baca tulisan dibawah ini yang dipetik dari sebuah laman blog mengenai pengakuan Nizar yang membohongi rakyat dan penyokongnya selama ini. Pada mulanya beliau tidak mengaku namun setelah didesak maka beliau tanpa rasa malu mengakui perbuatan buruknya itu. Satu lagi binatang politik anugerah Tuhan untuk menipu rakyat.


Pendedahan MB Perak




Nizar Lambai semakin gila meroyan - Sendiri sokong, sendiri bantah..Apa cerita nih..!!!


Kantoi besar - Nizar akui kebenaran surat sokong projek Vale


Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pasir Panjang, Mohammad Nizar Jamaluddin mengakui telah menandatangani surat bertarikh 17 Dis 2008 berhubung sokongan terhadap projek pusat pengagihan bijih besi Vale International dan kesahihan kandungan surat berkenaan.


Perkara itu diakuinya selepas Tan Sri Tajol Rosli Ghazali (BN-Pengkalan Hulu) yang menggunakan Perintah Tetap 23 (c) meminta Adun Pasir Panjang itu menyatakan sama ada kandungan surat yang dibacakan oleh Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir sebelum itu benar atau sebaliknya.


"Saya mengakui surat itu sahih, benar dan saya yang menandatangani surat berkenaan. Surat itu adalah benar," kata Nizar pada hari kedua persidangan Dun Perak hari ini.


Terdahulu, ketika menjawab soalan Datuk Ngeh Koo Ham (DAP-Sitiawan) Zambry berkata, isu berhubung kelulusan terhadap pelaburan projek pengagihan bijih besi oleh Vale International di Perak sepatutnya dijawab oleh Nizar kerana beliau menjadi menteri besar ketika itu.


Ngeh mahu penjelasan mengapa kerajaan Barisan Nasional (BN) meluluskan projek bijih besi itu di Teluk Rubiah, Lumut sedangkan kerajaan negeri di bawah pimpinan pakatan pembangkang telah mencadangkan di Tanjung Hantu, Bagan Datoh.


Zambry berkata, soalan yang dikemukakan oleh Ngeh menimbulkan kehairanan kepadanya kerana isu pelaburan Vale di Perak yang dimainkan bagi kepentingan politik pembangkang sepatutnya ditujukan kepada Nizar yang bertanggungjawab sebagai menteri besar semasa pentadbiran pembangkang.


"Isu ini dimainkan oleh pakatan. Nizar bersungguh-sungguh mendakwa tidak pernah langsung bersetuju dengan projek ini, beliau mendakwa projek itu dicadangkan di tempat lain... lantas pelaburan Vale di Teluk Rubiah telah menjadi isu," katanya.


Beliau menjelaskan Vale sebelum itu telah membuat kajian bagi pelaburan itu di Thailand, Vietnam, Filipina serta Malaysia dan akhirnya pada 2007 syarikat berkenaan memuktamadkan projek itu akan dijalankan di Perak, Malaysia kerana mempunyai persekitaran yang lebih kondusif.


"Mereka menjalankan kajian teknikal khususnya mengenai kedalaman dasar laut terutama bagi laluan kapal-kapal besar. Kawasan di Teluk Rubiah didapati paling sesuai dengan saiz keluasan tapak dan kedalaman dasar laut," katanya.


Selepas melalui proses rundingan dengan beberapa pihak, Vale akhirnya mencapai kata putus mengenai rundingan dengan Harta Makmur Sdn Bhd yang merupakan pemilik kepada tanah di Teluk Rubiah dan menteri besar pada ketika itu telah mengeluarkan surat sokongan kepada projek itu bertarikh 17 Diember 2008, katanya.


"Kandungan surat itu akui bahawa projek Vale itu akan mendapat lessen pelaburan dan insentif. Surat itu turut memaklumkan Perak berasa sukacita apabila dimaklumkan mengenai perkembangan positif antara Vale dan Harta Makmur berhubung tapak tanah. Selain itu, Perak akan memproses pindah milik itu dan tukar syarat tanah daripada pelancongan kepada industri," katanya.


Dengan penjelasan berhubung isu projek pelaburan Vale yang dicetuskan Pakatan Rakyat itu, Zambry berkata, dalam usaha memacu pertumbuhan ekonomi negeri, kelakuan pembangkang membuat tomahan, fitnah dan tuduhan tidak berasas adalah tidak wajar.


Beliau berharap projek pelaburan bijih besi oleh Vale itu akan menjadi penjana ke arah pertumbuhan yang besar kepada negeri Perak dan tidak dijadikan bahan serta gadaian politik murahan sehingga ada Adun pembangkang yang terlibat dalam demonstrasi di Teluk Rubiah baru-baru ini.


Pada Sabtu lepas, Nizar, Ngeh dan Adun Tronoh V. Sivakumar menyertai 100 anggota Jaringan Aktivis Alam Sekitar Perak (JAASP) mengadakan bantahan operasi syarikat bijih besi Vale SA di Teluk Rubiah yang didakwa akan memusnahkan alam sekitar di kawasan itu. Sila klik di sini.


Suara Politik
Taminsari











03 April, 2012

ISLAM SUDAH BUKAN PERJUANGAN PAS LAGI





1. Para penyokong Pas memang perlu bermusabah diri. Pemimpin Pas sendiripun perlu kembali melihat kepangkal jalan. Perjuangan Pas kini memang sudah jauh terpesong. Bukan lagi jadi kata-kata provokasi bahkan inilah kebenarannya bahawa Pas memang sebuah parti yang sesat dan menyesatkan.

2. Pas mendapat sokongan di kampong-kampong adalah kerana perjuangan Islam yang dibawanya. Pas berjaya menambat hati pengundi dari daerah pedalaman kerana mambawa perjuangan Islam. Perjuangan bagi melaksanakan hukum hudud jangan kita nafikan turut juga jadi pemangkin kepada pertambahan sokongan Pas. Namun dalam keadaan sekarang ini, mereka gagal melaksanakannya bahkan gagal perjuangkan kepentingan agama telah membuatkan Pas dilihat lebih buruk dari UMNO yang selama ini mereka kafirkan.

3. Apa ertinya lagi perjuangan Pas jika sudah menolak perjuangan Islam? Tidak hairanlah kecenderungan kebanyakan anak-anak muda dewasa ini lebih memilih PKR dari perjuangan Pas. Mungkin pemimpin Pas menganggap mereka bergerak kehadapan dengan memperjuangkan 'negara berkebajikan', namun sebenarnya mereka lupa bahawa itulah perjuangan yang telah sekian lama diperjuangkan oleh UMNO. Ini bermakna Pas sekarang berjuang dibelakang UMNO. 

4. Jika perjuangan Pas adalah sama dengan apa yang UMNO telah perjuangkan selama ini maka untuk apakah perlunya parti Pas? Bukankah lebih baik penyokong-penyokong Pas semua keluar parti dan menyertai UMNO bagi terus memperkuat dan memperkukuhkan UMNO yang jelas dan nyata memperjuangkan agama Islam dan bangsa Melayu.

5. Pas yang dengan sikapnya sering berdolak-dalik juga membuatkan pengundi muda benci dan bosan. Jika dulu Pas menuduh UMNO kafir apabila bersama MCA dan MIC, sekarang ini mereka bahkan lebih mesra bersama DAP yang tentunya kafir harbi, apa alasan Pas tentang ini? Beza diantara UMNO dan MCA/MIC dengan Pas dan DAP sangat jelas. UMNO menjadi pemimpin walaupun berkerjasama dengan MCA dan MIC sedangkan Pas hanya sebagai pencacai dan penjilat bagin hubungan diantara mereka dan DAP.

6. BN menang maka DS Najib akan diangkat sebagai PM, bagaimana jika Pakatan Pembangkang menang? Apakah kita sedia menerima Anu arr Si-Peliwat tegar dan pemimpin yang tidak bermoral untuk jadi PM? Atau kita sudah bersedia menerima Lim Kit Siang atau Karpal Singh jadi PM? Mungkin Mahfuz sanggup menawarkan diri, tetapi itu hanyalah lakonan kawak bodoh semata-mata. Dan juga kemana Suck-Mongkol dan Aspan hendak membawa diri?

02 April, 2012

JIKA LALAI, KITA AKAN JADI SEBAGAIMANA MESIR DAN SYRIA

Kerana pulut santan binasa, kerana bontot badan binasa



Ada orang yang rela korbankan apa saja demi mencapai matlamatnya, untuk jadi PM dan berkuasa. Baginya dia sudah tidak peduli lagi apa akan jadi kepada bangsa dan negara, bahkan agama sanggup digadaikannya. Ada banyak rahsia yang perlu disembunyikan selama-lamanya dan itu hanya mampu dilakukan jika beliau jadi PM.

Apabila beliau berkuasa sudah tentu kekuasaan itu akan digunakan sepenuhnya untuk membersih segala kekotoran yang dilakukannya sebelum ini. Kala ini beliau sangat bimbang apabila semua yang sebelum ini rapat dengannya sudah berpaling arah. Segala rahsia dan kebenaran tentang dirinya sudah tentu tidak dapat disimpan lagi. Kerana itulah dia harus lakukan satu pukulan terakhir....untung sabut timbul dan untung batu tenggelam.

Apakah masyarakat masih tidak percaya bahawa dia memang meliwat bahkan beliau adalah peliwat bersiri selain dari terlibat dengan banyak skandal seks. Kerana kuasa juga isterinya terus menerus pertahankannya walaupun sebenarnya dia sendiri sudah tidak dapat menahan kerakusan dan kegilaan seks tanpa mengira menerjah dari hadapan mahupun belakang. Dialah orang yang paling lebih tahu mengenai suaminya namun kerana tamakkan kuasa maka mereka rela jadi kumpulan yang dayus.

Sedar atau tidak ada pihak luar yang sedang berusaha bersungguh-sungguh memporak perandakan negara. Kelemahan kerajaan yang ada harus ditunjukkan supaya rakyat marah dan memberontak Kemudian jadilah negara kita sebagaimana negara Syria dan Mesir yang huru hara. Maka negara barat akan datang konon untuk membantu namun sebenarnya bertujuan menjajah kita. Kerana gilakan kuasa, Anu arr rela jadi boneka barat.

Tidakkah kita pelajari dari apayang terjadi dikedua-dua negara yang disebutkan tadi? Konon rakyat memberontak dan menolak kerajaan yang zalim dan tidak baik namun setelah kerajaa itu ditolak barulah mereka sedar keadaan mereka sekarang ini tidakllah lebih baik dari keadaan dahulu malah berlaku huru hara berpanjangan. Apakah ini yang kita mahu?

Agenda Yahudi yang dibantu barat sangat licik. Mereka sangup bersabar lama menunggu peluang dan ketika bahkan mereka juga sanggup melabur wang yang banyak bagi menyokong cita-cita itu. Hanya kita yang mampu menyelamatkan negara kita, masa depan anak dan cucu kita, agama dan bangsa kita. Jika kira asyik berperang sesama kita dan membiarkan orang lain pergunakan kita maka benarlah kita menempah masa depan yang kelam.

Jika kita mampu memperkasakan dan memperkukuhkan kerajaan yang ada sudah pasti anasir-anasir jahat itu akan merasa kecewa. Kerajaan harus terus dipertahankan. Untuk itu bersamalah kita pastikan bahawa dalam PRU ayang tidak lama lagi ini BN akan mempu terus menang dan berkuasa bahkan mengembalikan suara 2/3 di dewan parlimen.

Baca pandangan Tun Dr. Mahathir mengenai kuasa asing ini yang telah berjaya menumbangkan Mesir:

Dari blog TDM:

PEPERANGAN MESIR MELAWAN NGO

1. Baru-baru ini pemerintah Mesir telah menangkap lebih daripada 10 rakyat Amerika Syarikat.

2. Siapakah mereka ini?
3. Mereka, mengikut laporan dalam sebuah majalah Amerika, Newsweek, adalah ahli beberapa NGO dari Amerika yang terlibat kononnya untuk membawa demokrasi kepada Mesir. Diantara mereka adalah NDI (National Democratic Institute), IRI (International Republican Institute) dan Freedom House. Semua mereka mengikut Newsweek “receive U.S. Government funding”.
4. Laporan yang sama berkata dalam keluarannya pada Februari 13, “But storming NGO’s, interrogating U.S. citizens, and banning them from leaving the country has strained U.S-Egypt relations and threatened the sacrosanct $1.3 billion in military aid from the U.S.” (Menggeledah NGO, menyoal rakyat Amerika, dan melarang mereka keluar dari Mesir telah menegangkan hubungan Amerika dengan Mesir dan menggugat bantuan $1.3 billion untuk tentera (Mesir) dari Amerika.)

5. Semasa Mubarak Amerika dilarang membiayai NGO Mesir yang tidak berdaftar melalui badan-badan bantuan kewangan Kerajaan Amerika seperti Bureau of Democracy, Human Rights and Labour. Sekarang agensi-agensi Kerajaan Amerika memula semula membiayai badan NGO yang tidak berdaftar.
6. (However, following the uprising that toppled Mubarak, U.S. AID once again began distributing funds to unregistered NGOs in an effort to be part of Egypt’s democratic future – Newsweek Feb. 13)
7. Campurtangan Amerika Syarikat dalam gerakan untuk menjatuhkan Kerajaan negara-negara yang tidak sebulu dengannya amatlah jelas. Sudah tentu di Malaysia juga pembiayaan badan-badan NGO dilakukan untuk menjayakan “Regime Change” (Pertukaran Pemerintah).
8. Bahawa Amerika menyokong Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia adalah jelas dari laporan akhbar dan majalah mereka. Apa yang sedang dilakukan oleh Amerika Syarikat di Negara Arab sudah tentu dilakukan juga di Malaysia. NGO-NGO yang sedang menghasut dan memburukkan Kerajaan supaya Anwar Ibrahim dapat menjadi Perdana Menteri tentu sekali mendapat bantuan kewangan dan media Amerika. Mereka kononnya tidak puas hati dengan dasar Kerajaan berkenaan hak asasi manusia termasuk seksualiti bebas (menghalalkan zina, perkahwinan sejenis, menghapuskan institusi perkahwinan dan kekeluargaan dan liwat). Sebenarnya tujuan mereka ialah untuk menjayakan hasrat Amerika Syarikat untuk melakukan regime change supaya Malaysia menjadi alat Amerika Syarikat. Sudah tentu setelah Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri Malaysia, tuntutan NGO-NGO berkenaan akan dihalalkan. Sebagai penyokong kuat Israel, Amerika Syarikat tetap akan memujuk Anwar supaya mengadakan hubungan diplomatik dengan negara Yahudi itu.
9. Malaysia merdeka. Tetapi apabila kuasa asing dapat menukar Kerajaan Malaysia dengan pelbagai cara yang haram, apakah Malaysia akan terus merdeka?
10. Tetapi terpulanglah kepada rakyat Malaysia. Jika mereka suka Malaysia menjadi alat Amerika Syarikat (penyokong kuat Israel) sokonglah puak yang menerima bantuan dan sokongan Amerika Syarikat.
11. Tetapi jika kita ingin betul-betul merdeka, tidak dikongkong oleh Amerika Syarikat dan sekutunya, tolaklah mereka yang sanggup diperalatkan oleh Amerika Syarikat untuk menukar Kerajaan.

01 April, 2012

APA HARAPAN KEPADA WAKIL RAKYAT PEMBANGKANG?


Berfacebook semasa sidang dewan, inikah kerja wakil rakyat pembangkang?


Ada wakil rakyat yang hanya membisu didalam dewan dan hanya mengambil gambar


1. Dalam ceramah-ceramah serta setiap apa peluang yang mereka ada bila berhadapan dengan rakyat,  pihak pembangkang memohon undi rakyat dalam PRU akan datang supaya memilih mereka. Konon wakil rakyat dan kerajaan yang ada tidak relaven dan mereka menawarkan kerajaan yang lebih baik untuk memakmurkan rakyat.

2. Namun dalam PRU12 lalu, wakil rakyat dari Pakatan Pembangkang yang terpilih bukan juga dari kalangan yang terbaik dalam memberi perkhidmatan kepada rakyat. Mereka bagaikan calon tangkap muat semata-mata. Justeru itu apabila terpilih maka mereka gagal melaksanakan tugas bahkan kelihatan tidak mengetahui apakah tanggungjawab sebenar mereka sebagai wakil rakyat.

3. Justeru, kita sering melihat drama-drama kelakar dan lawak bodoh para wakil rakyat berkenaan sama ada apabila berhadapan dengan rakyat mahupun apabila mereka berada didalam dewan parlimen yang mulia.

4. Ingat ada wakil rakyat yang datang ke Parlimen dan sibuk dengan kamera seolah-olah beliau melawat zoo. Ingat juga wakil-wakil rakyat yang bertindak dengan tidak berakhlak didalam dewan serta mengenepikan peraturan-peraturan dewan. Ada juga kalangan wakil rakyat yang datang ke dewan setakat untuk berfacebook didalam dewan tanpa mengikuti sebarang perbahasan dengan serius. (Klik Sini)

5. Apakah demikian ini wakil rakyat yang hendak kita pertaruhkan masa depan anak cucu kita? Memilih orang bodoh menjadi pemimpin kita akan membuat kita semua menjadi lebih bodoh lagi. Justeru jangan lagi jadi bodoh untuk memilih para pemimpin yang bodoh. Jangan biarkan kerajaan Pak Lawak memerintah negara dan jangan memilih si-badut menjadi pemimpin kita.

6. Justeru, 'Suck-Mongkol' dan 'Aspan Alias' tu dinasihatkan janganlah membakar jembatan dan jangan meludah ke langit, nanti muka sendiri yang terconteng arang. TS(?) Kadir pun sama, tak usah nak telanjangkan sesiapa bimbang nanti orang akan telanjangkan kita semula. Semasa didalam UMNO dulu tak pernah membeli dan dibeli undi ke? Kenapa ketika itu berdiam dan kini baru bersuara?

7. Perhatikan klip di sidang dewan undangan negeri Perak dibawah ini dan buatlah penilaian apakah layak kita memilih mereka ini sebagai pemimpin dan wakil kita? PRU13 nanti, sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tidak berguna.




31 March, 2012

JANGAN BAKAR KELAMBU KERANA MARAHKAN P'IJAT'

Kini Kak P'Ijat' sinsing lengan, nanti Kak P'ijat singkap kain pula...


Baru-baru ini diadakan satu pertemuan santai diantara mantan Ketua Wanita UMNO Malaysia, TS Rafidah Aziz dengan sebahagian pengamal media sosial disuatu tempat di ibu kota. Saya tidak menghadirinya atas sebab-sebab tertentu. 

TS Rafidah adalah pemimpin yang saya hormati dan 'sokong' sewaktu beliau dalam jawatan Ketua Wanita. Ketika beliau ditentang oleh DS Sahrizat Jalil (Kak Ijat) pun saya masih menyokong beliau. Namun setelah beliau gagal pertahankan jawatannya saya terpaksa memberikan sokongan kepada kepimpinan baru. Ini memang wajar kerana inilah namanya demokrasi - menyokong sesiapa saja yang dipilih oleh majoriti - bukan berpaling tadah atau berubah arah!

Entah benar atau tidak, konon khabarnya dalam pertemuan berkenaan Kak Idah memulangkan 'paku buah kerasnya' kepada Kak Ijat. Biarkanlah, mungkin kerana hendak melepaskan geramnya kepada Kak Ijat kerana tidak memeggang janji dan sumpah setia, ingkar dan khianat disaat akhir. Itu adalah hal dan kisah antara mereka berdua.

Hakikatnya, Kak Ijat adalah Ketua Wanita UMNO yang telah dipilih oleh majoriti perwakilan. Soal bagaimana mereka memilih atau kerana alasan apa sekalipun jangan kita timbulkan. Beliau telah menang dan tetap menang walaupun andainya dengan kelebihan satu undi sekalipun serta bagaimana caranya sekalipun, menang tetap pemenang.

Apa yang berlaku kepada Kak Ijat dalam isu NFC adalah persoalan lain. Itu adalah masalah beliau dan keluarganya. Jika kita ingin kaitkan pun, hanyalah beliau atas kapasitinya sebagai Menteri Pembangunan Wanita yang dilantik oleh Perdana Menteri. Justeru, saya menyokong perletakkan jawatannya sebagai menteri bagi memberikan lebih kebebasan kepada mahkamah untuk menyiasat dan menghukum dengan wajar, adil dan saksama.

Pihak pembangkang memang mendesak supaya Kak Ijat juga meletakkan jawatannya dari Ketua Wanita UMNO. Tujuan mereka adalah untuk melemahkan UMNO dan memudahkan pembangkang memenangi PRU akan datang. Niat pembangkang tidak pernah ikhlas. Mereka sentiasa menggunakan alasan yang betul untuk melakukan perkara yang salah. 

Kenapa tidak pembangkang desak Ostad Badrul letak jawatan apabila kes khalwat dengan isteri orang-nya tersebar? Kenapa Mat Sabu 'Sayang Normah' dan ADUN 'keretapi' Selinsing tidak letak jawatan apabila tertangkap kes khalwat mereka? Kenapa Anu arr 'Si-Peliwat' bersiri itu tidak didesak meletakkan jawatan apabila kesnya dibicarakan di mahkamah dan keruntuhan moralnya jelas terdedah melalui isu klip video ketika bersama chinadoll?

Kenapa hukuman dan desakan meletakkan jawatan hanya ditujukan kepada para pemimpin UMNO dan Kerajaan sahaja? Apakah hukuman hanya kepada pemimpin UMNO dan Kerajaan saja sedangkan jika pembangkang yang melakukan perkara sama mereka tidak perlu dikenakan hukuman? Inikah keadilan yang pembangkang perjuangkan?

Kita jangan terperangkap dengan agenda pembangkang untuk melemahkan kerajaan. Kita jangan membakar kelambu kerana marahkan P'Ijat'. Kalaupun Kak P'Ijat' menyinsing lengan baju dan menyelak kain, jangan pula, bila memandang ke langit, dilupakan rumput di bumi. Ramai yang boleh membantu, kenapa hanya sebahagian sahaja yang diberikan madu? Mungkin sekarang Kak P'Ijat' lebih mesra dari sewaktu bertemu di Sarawak dulu.....

30 March, 2012

APABILA CINA SENDIRI TIDAK MEMANDANG PADA DAP

Bapak 'rasis' yang mencetuskan rusuhan kaum 13 mei dahulu...


1. Kebelakangan ini kita lihat kecenderungan politikus Melayu menyertai parti DAP yang dahulunya sangat terkenal sebagai suara kasar kaum Cina. Berbagai alasan diberikan oleh politikus berkenaan dan berbagai alasan juga diberikan oleh DAP sendiri untuk membenarkan kemasukan mereka. Yang pasti masing-masing mencari keuntungan dan faedah daripada keadaan berkenaan.

2. Blogger 'Suck-mongkol' dan 'Aspan Alias' diberitakan akan bertanding atas tiket DAP dalam PRU13 nanti. Mereka berhak menyertai mana-mana parti politik yang mereka sukai, cuma kita kesalkan sikap bangsa Melayu kita ini adalah suka mencerca setelah mereka tidak bersama, bagaikan mencaci janda setelah bercerai; ketiak janda pun katanya masam walhal sebelum itu dicelah kangkangnyalah muka disembabkan.

3. Kenapa semasa menikmati manisnya madu didalam UMNO mereka tidak sedar keburukkan UMNO? Kenapa apabila peluang diberikan kepada orang lain mereka merasakan UMNO sudah tidak baik seperti semasa mereka mendapat banyak habuan dari UMNO dulu? Ada wakil rakyat yang mendapat banyak habuan semasa jadi wakil rakyat dan ibarat lembu kenyang mendiamkan diri bahkan tidak memberikan perkhidmatan memuaskan kepada rakyat walaupun itu adalah tanggungjawabnya? Kenapa apabila khidmat ditamatkan baru bangkit semangat perjuangan? Jadi ini perjuangan untuk rakyat atau perjuangan kerana diri sendiri?

4. Jika benar mereka berjuang untuk bangsa dan agama Islam sudah pasti mereka akan memilih Pas sebagai landasannya, ataupun setidak-tidaknya memilih PKR yang lebih terbuka kepada pelbagai 'ras' sifatnya tetapi bukan DAP yang sangat terkenal sebagai sebuah parti rasis sejak dulu lagi.

5. Perjuangan DAP yang terlalu bersifat perkauman bukan disukai semua kaum Cina terutama kepada yang benar-benar cintakan negara. Jika ada kalangan kaum Cina sendiri yang menolak DAP kenapa pula ada Melayu yang sanggup melakukannya? Fikirkanlah, DAP memenangi majoriti kerusi di DUN Perak namun terpaksa mengangkat wakil Pas sebagai MB hanya kerana 'kanun' yang menetapkan demikian. Justeru selepas itu DAP bersungguh-sungguh mendapatkan ahli Melayu untuk dijadikan 'boneka' mereka apabila perlu. Apakah kita rasa jawatan tertinggi DAP akan rela mereka berikan kepada bangsa Melayu? Harap tidak ada Melayu yang berangan-angan begitu.

6. Helen Ang, seorang wanita Cina dari keturunan Han yang aktif berblog di 'Reboot Your Thinking' juga tidak mempercayai perjuangan rasis DAP ini. Baca apa yang beliau tulis tentang DAP dalam postingnya yang bertajuk 'Kalau ditakdirkan Pakatan memerintah...'  dan post sebelumnya (Klik Sini). Beliau jelas tidak mempercayai perjuangan rasis DAP, namun jika ada bangsa Melayu yang kononnya ingin berjuang bersama DAP, apakah muslihat sebenarnya agaknya? Atau mereka hanya rela dipergunakan untuk dijadikan alat sebagai pencacai politik pembangkang yang kaya dengan sifat perkauman itu.

23 March, 2012

HANGAT: FAUZIAH 'THORON' SAWAN BABI




1. Konon pembangkang hendak pulaukan PSC, tetapi semakin ramai yang hadir ketika pengundian hendak dibuat.

2. Fuziah 'Thoron' Salleh kecewa dan berang kerana akhirnya pembangkang gagal untuk menganggalkan parlimen meluluskan PSC. Fuziah sangat kecewa sehingga diserang 'sawan babi' (perhatikan klip dibawah)

3. PRU13, pastikan BN akan menangi melebihi 2/3 supaya kekecohan di parlimen seperti demikian tidak lagi akan berlaku serta akan memudahkan kerajaan merancang pembanngunan negara tanpa ada halangan dari pembangkang yang berniat jahat.

4. Ahli Parlimen pembangkang tidak layak berada dalam perlimen kerana sikap biadap dan menimbulkan kekecohan. Di minit ke 5:17 - wakil Kuala Selangor tunjuk isyarat 'Fuck' kerana menyokong Anu arr meliwat dan melanggan pelacur.







5. Elok dicadangkan supaya logo Pakatan Pembangkang ditukar kepada logo dibawah ini yang sesuai dengan aliran fikiran mereka terutama pemimpin utama mereka Anu arr Al-Juburi.....




21 March, 2012

BLOGGER SUCK CABAR BUKA GELANGGANG?

"UMNO sudah tidak sebaik seperti sebagaimana ketika saya masih menteri dulu, sayalah insan pilihan yang mampu lakukan yang tiada siapa lagi yang dapat melakukan sepertinya. Saya patut kekal jadi menteri selama-lamanya."


1)
Kebelakangan riuh di media massa bekas-bekas pemimpin UMNO meninggalkan parti dan menyertai parti lain, atas alasan UMNO sudah tidak baik lagi serta mereka sedar bahawa ada kepincangan didalam UMNO. Ahli biasa UMNO diperingkat akar umbi tidak pula begitu dan masih memberikan sokongan kepada UMNO kerana kepercayaan mereka terhadap kepimpinan yang ada dewasa ini.

Kita tertanya-tanya kenapakah yang berubah hati ini adalah pemimpin yang pernah memimpin parti dan mengecap kemanisan dari apa yang parti berikan kepada mereka. Apakah benar-benar mereka itu berubah atas kesedaran dan penuh keikhlasan?

Kita tidak kesal kepada mereka yang meninggalkan parti, namun kita kesalkan sikap mereka itu yang boleh diibaratkan sebagai selama ini diberikan madu namun membalasnya dengan tuba. Sikap orang yang tidak mengenang budi dan tidak bertimbang rasa. Apa yang menyedihkannya ialah apa yang mereka pertikaikan itu adalah apa yang mereka pernah kecapi sebelum ini. Setelah mereka mendapat nikmat bagaikan 'lembu kenyang' baru itu mereka sedar bahawa mereka tersilap makan hanya kerana ianya sudah dimana oleh orang lain pula!




Klip ini saya temui dari sebuah blog orang sekampong, mungkin sesuai untuk mengambarkan keberanian seseorang yang kononnya sedang berjuang


2)
Rupanya blogger Suck mudah marah dan juga mudah naik darah. Entah apa dan siapa yang dimarahkan sehingga dia mencabar entah siapa pula.... 'Jika Anak Jantan, Buka Gelanggang Lawan Berhujah' Entah siapa pula yang akan takut dan seriau dengan 'gertak'kannya itu tak siapa yang tahu.

Namun, seperti yang saya katakan sebelum ini, tulisannya lebih tajam dari kata-kata dalam ceramahnya. Ceramahnya nampak dangkal dan tidak bermaya, mungkin CMK lebih hebat berbanding beliau. 'Si-Hingusan' yang Suck maksudkan itu juga jauh lebih baik darinya. Justeru, jika beliau mencabar sesiapa untuk berkongsi gelanggang dan berhujjah atau debat, maka peluang nya untuk kalah adalah tinggi. Jadi saya cadangkan kepada blogger Suck supaya mengelak dari sebarang perdebatan terbuka yang akan menurunkan sahamnya sebagai ahli politik.

Saya membaca posting terkininya dan meninggalkan komen yang saya tidak pasti apakah disiarkan atau sebaliknya. Komen saya begini; ...tidak kurang kebenaran yg diperkatakan, cuma masanya kurang tepat, kenapa sekarang? kenapa setelah terlucut kuasa? kenapa setelah manisnya habis, jika perjuangan sekarang ini dilakukan semasa bejawatan dulu sudah tentu tiada sebarang penafian. dalam keadaan sekarang ini yg saya ingin katakan adalah ini adalah perjuangan yg berkepentingan.....

Saya nak perbetulkan kenyataan blogger Suck sekali lagi bahawa harga cincin sepertimana yang dicanangkan oleh sibertropper pembangkang adalah RM24Juta, (Klik Sini) jumlah ini dirujuk oleh kebanyakan kenyataan tetapi kenapa blogger Suck menyatakan harganya adalah RM72Juta? Apakah itu cincin kedua DS Rosmah selepas cincin yang dikatakan bernilai RM24Juta itu? atau harganya sudah meningkat serta merta kerana cincin berkenaan sudah semakin popular? atau ini adalah satu lagi fitnah terbaru dari pencacai dan penjilat Anu arr? Siapa sebenarnya pembohong? atau memang kesemua mereka itu berbohong diatas pembohongan?

Pada bahagian rangkap berikut saya merasakan ianya ditujukan khas kepada WZWH sebagai menjawab posting beliau terdahulu;  "Akhir sekali- saya menyebut tajuk ulasan saya sebagai memasuki lion’s den bukan untuk menyamakan diri saya dengan nabi Danial tapi untuk memberitahu pembaca, kubu PM di anggap sebagai lions den. Ceramah juga bukan pembentangan kertas kerja. Oleh yang demikian tidak perlu lah ada orang menunjuk dia pandai dengan membutirkan setiap rangkap yang ceramah yang saya sampai. Handal mana lah kekuatan analisa kamu? Nanti bukan nya kehebatan yang di tunjukkan, tapi kebodohan yang di pamirkan.

Bolehkan kita terima menyamakan kritikan yang saya beri sebagai menjatuhkan maruah institusi raja Pahang? Mentang mentang lah, Najib Razak merupakan orang besar berempat. Berempat, berlapan, ber enam belas, kalau mungkar akan saya tentang".

Nampaknya blogger Suck begitu terguris dan tercalar hatinya dengan tulisan WZWH itu dan benarlah seperti sangkaan WZWH terhadapnya sebagaimana yang saya tulis sebelum ini;  'Aok baca posting Sakmongkol terbaru, dia jawab posting WZWH. Aku berjaya psiko dia sampai dia angkat blog aku!' 


Jika apa yang blogger Suck lakukan sekarang kini dilakukannya sewaktu dia masih berkuasa dan berjawatan, tentu perjuangannya nampak lebih ikhlas dan akan mendapat sokongan ramai, namun ianya salah ketika. Apakah sekiranya beliau masih ADUN dan tidak digugurkan dahulu suara beliau masih seperti ini? Apakah beliau akan meletakkan jawatan dan sertai DAP atas nama prinsip dan perjuangan jika masih seorang wakil rakyat?

Mungkin ramai dikalangan pembaca yang sudah ada jawapannya namun tentu kita tidak berminat untuk menyatakannya disini kerana bukanlah niat kita untuk menjatuhkan maruah dan air muka seseorang. Sebagaimana juga dengan apa yang berlaku kepada seorang mantan menteri yang baru-baru ini mengumumkan keluar dari parti UMNO, soalnya kenapa baru sekarang? Kenapa terlalu lambat untuk mereka insaf? Jika mereka insaf lebih awal adalah lebih baik untuk pelan transformasi UMNO yang sedang DS Najib laksanakan ini bagi membersihkan UMNO dari dalam...membuang duri dalam daging...

20 March, 2012

PETUALANG YANG MENGAKU PEJUANG

Saya berjuang dengan ikhlas, saya tak dapat apa-apa pun semasa saya UMNO, saya nak sertai pembangkang kerana nak tegur UMNO, perbaiki UMNO yang tak betul selama ini, semasa saya dalam UMNO saya terlupa dan tak terfikirpun nak perbetulkan kerana semuanya nampak betul sebab saya ada disana. hehehe! sorilah saya terlebih pulak buat lawak....


1. Saya menulis dan menguatkan kepercayaan bahawa populariti DS Najib semakin meningkat. (Baca Sini) Ada pendapat mengatakan walaupun populariti DS Najib meningkat namun populariti BN semakin menurun dan ini akan memudahkan pihak mereka (pembangkang) menuju ke Putrajaya dan mengambail alih pentadbiran kerajaan. (Klik Sini dan dengar klip diminit ke22:46) Apa benarkah demikian?

2. Suck kata blogger pro BN memaki hamun, tapi dalam ceramahnya itu banyak juga kita dengan dia memaki hamun termasuk kepada PM. Dia tak sedar ke agaknya? Atau untuk dia hukumnya halal?

3. Yang harus kita akui adalah PRU kali ini adalah pertentangan diantara DS Najib dengan Anu arr 'Berahi'. Walau apa parti yang bertanding atau mereka wakili sekalipun, hakikatnya adalah kita akan memilih satu diantara dua untuk diangkat menjadi permimpin utama kita iaitu Perdana Menteri Malaysia. Maka kita akan memilih diantara DS Najib yang kelihatan bersih dengan Anu arr yang jelas terlibat dengan rasuah dan penyalahgunaan kuasa serta penyalahgunaan 'anu'-nya yang juga terlibat dengan kes liwat bersiri serta keruntuhan moral melanggani pelacor Cina. Siapa yang akan kita pilih? Sudah tentulah kita akan memilih BN dan DS Najib.

4. Saya pertahankan bahawa tranformasi yang sedang DS Najib lakukan dalam UMNO sekarang ini adalah wajar. Mengubah UMNO kelandasan yang baru sambil membersihkan 'kekotoran' yang ada secara perlahan-lahan. Pemimpin-pemimpin yang tidak sehaluan direhatkan dari jawatan serta ada antaranya mengundurkan diri secara sukarela sama ada hanya untuk berehat atau ada yang menyertai 'kapal' lain bila sedar bahawa sudah tidak ada tempat untuk orang sepertinya dalam UMNO. (Klik Sini) Baca juga mengenai TS Abdul Kadir Syeikh Fadzir di Sini

5. Kita merasa hairan dengan sikap sebahagian mereka, apabila sudah dipinggirkan mulalah mereka mencanang kesana-sini kononnya keluar parti kerana keburukan didalam UMNO dan mereka itu sudah insaf. Mungkin mereka lupa bahawa sebelum ini dengan UMNOlah mereka menumpah hidup sekian lama. Sama sebagaimana cerita si musang dengan anggur yang dikatakannya masam kerana memujuk hatinya sendiri yang gagal mendapatkan anggur itu.

6 Jika ada yang ingin kita lablelkan sebagai pengkhianat kepada perjuangan parti dan rakyat, maka orang-orang inilah yang paling sesuai kita labelkan demikian. Merekalah petualang yang selama ini kita sangka sebagai pejuang negara dan bangsa.


Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...