9/25/10

Andai Engkau Tahu ......

Alhamdulilah cuti midsemester telah bermula... Setelah hampir 2 bulan berpenat lelah menyesuaikan diri di Monash, akhirnya diri ini diberi sedikit kesempatan untuk pulang ke kg halaman buat berjumpa dgn keluarga tercinta...Walaupun pada awalnya diri ini tidak berhajat untuk plg awal sebegini ke kg halaman...tetapi panggilan dan hajat dari seorang bapa perlu sy penuhi.. Katanya, ada satu misi perlu diselesaikan.. Misi apa agaknya ye?

Jeng2.... "Misi" on impossible.. Menjadi seorang guru buat Mohamad Ariff B. Mohamad Farique !!!!! Walaupun sukar saya akan tetap mencuba.. Niat saya pada kali ini bukan hanya untuk menjayakan akademik si adik.. tetapi juga menjayakan akhlaknya.. Erm.. sukar.. sgt sukar, lebih2 lg utk menasihati seorang adik lelaki yg semakin meningkat dewasa.. Sebenarnya bila difikiri kembali, inilah permulaan cabaran saya sbg seorang dai... Teringat dalam satu adegan dari filem "Sang Murabbi" pabila watak utamanya pasrah dan tabah dalam mentarbiahkan keluarganya..si abang seorang kaki judi dan pemabuk tegar. tetapi lihatlah bagaimana si adik berjaya mengajak abgnya kembali ke pangkal jalan dgn nasihat yg penuh hikmah dan untaian kata yg begitu menyentuh kalbu.. Subhanallah...

Murabbi... sememangnya tugas sebagai seorang murabbi atau guru ini, tersangatlah mulia, hatta Rasulullah s.a.w juga merupakan seorang Guru. Guru agung yg berjaya membentuk masyarakat arab jahiliyah agar kembali berpegang kepada ajaran Islam.. Kita seharusnya mencontohi Beliau dalam usaha baginda menegakkan islam. Baginda rela dicaci, dimaki, dihina... Namun, byk perkara yg seharusnya kita kagum.. Baginda sama sekali tidak pernah berputus asa, jauh sekali mengeluh... Semoga Allah melimpahkan rahmat buat Baginda Nabi s.a.w dan para keluarganya.

Jika anda ingin mencontohi Nabi s.a.w dalam berdakwah...

InsyaAllah pada entry yg akan datang saya akan menghuraikan serba sedikit tentang buku yg bertajuk "7 tahapan dakwah fardiyah karya Syaikh Mushthafa Masyhur"

Berbalik pada permasalahan masyarakat masa kini... agak2nya wajarkah penubuhan sekolah harapan oleh kerajaan kita ? Sekolah yg menjadi tempat pembelaan ibu2 "muda" yg mengandung.. maaf jika bahasa ini sedikit menyindir.. pada pendapat saya, pada satu segi ia memang relevan dan punyai banyak kebaikkan.. tapi lihatlah, pabila masyarakat kita tidak takut pada hukum Allah... maka sekolah ini akan tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan.. remaja2 berzina yg seharusnya dihukum dgn hukum Allah iaitu hukum hudud, dibiarkan terus terlepas.. maka... beranak pinaklah mereka.. alangkan bagus jika anak ini dijaga, dan diasuh, tetapi mereka...? BUANG pula anak ini.. alahai.. apakah dosa si anak kecil ini..


Di mana silapnya ?

Kesilapan ini bermula dari proses pembinaan keluarga itu sendiri.. Pabila konsep "baitul muslim" (keluarga muslim ) diabaikan, maka.. keluarga yg akan lahir itu ? anda pasti tahu bukan.. keluarga yg mengabaikan hukum2 islam

Zina pula? Bagaimana masalah ini berlaku? Bermula dengan zina kecil2an... kemudian terjadinya zina besar2an.. Pabila si wanita nya mendedahkan aurat sana sini, pakai pakaian yg ketat, tidak menjaga pergaulan, maka si lelakinya pula mencucuk jarum.. Bermula sekadar berbalas2 mesej, berpegang2 tangan kemudian berani pula berpeluk2 kan... dan kemudian? anda pasti tahu bukan....

Andai kita tahu....

Andai kita tahu, setiap apa yg diciptakan Allah itu terbaik buat kita, pasti kita akan bersyukur... Pabila menulis tentang perkara ini, saya teringat akan ceramah ustaz Nidzam kadir.. beliau berkata.. pernah satu ketika, ada seorang sahabat Baginda Nabi s.a.w ditanya tentang matanya yg cacat.. kemudian anda tahu apa yg dia jawab? "Seandainya Allah suka aku buta, maka aku redha, kerana itulah yg terbaik buat ku..." Subhanallah, betapa besarnya kesyukuran dia kepada Allah.. Anda tahu sebab apa dia buta? Sahabat ini buta kerana terbaca potongan ayat Quran yg mengatakan bahawa munajat yg terbaik adalah pada waktu sebelum waktu imsak.. Lalu ia menangis dan menangis dan sampai pada satu hari, ia buta....

Teringat pula akan nasib si adik, agak kasihan juga melihat dia terketar2 menulis, memandang jarinya belum sembuh.. andai kamu tahu duhai si adik, Jika Allah telah menetapkan bahawa jari kamu yg hilang itu terbaik buat kamu.. maka, itulah yg terbaik....begitu juga dalam soal rezeki dan juga soal jodoh.. Andai si Asyraf ini tahu bahwa.. si.... adalah terbaik buatnya maka ia akan redha... Andai si Asyraf ini tahu, Monash Sunway dan bukan Monash Clayton terbaik buatnya maka dia akan redha... hehe,, sedikit kiasan..

wallahualam.. selamat membaca.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...