Tuesday, January 16, 2007
TOLONG BERSEBAB
Kantung es-em-esku ditebak lagi.

"Assalamualaikum Rudy, Atok M ni! Ko jaga bahagian apa? Tak ada ke kerja-kerja mencuci bangunan dan kawasan? Atok M ada lesen Kementerian Kewangan. Tolong le. Orang lain dah kaya ada saudara tolong. Saudara kita mana ada yang boleh diharap! Ko le yang ada power sikit. Tolong usahakan. Tq."

Aku senyum-senyum.

Oh, dahulu masa keluarga aku susah. Masa aku dan adik-beradik minta belas untuk biaya sekolah, tiada siapa yang mahu tolong. Mak sanggup bersengkang mata setiap malam membuat kuih-muih dan nasi lemak untuk menampung belanja sekolah kami. Seawal jam 6.30 pagi aku sudah berkayuh basikal hantar kuih-muih dan nasi lemak itu ke kedai makan di simpang jalan kampung.

Lagi. Ketika aku mahu sambung belajar ke Jepun. Tiada seorangpun saudara mara aku mahu jadi penjamin. Aku melutut mohon belas termasuk kepada engkau sendiri; Atuk M. Semuanya takut aku tidak mampu bayar semula wang biasiswa, sedangkan biasiswa aku itu tidak perlu dibayar balik. Tapi, tiada siapa percaya. Dan akhirnya, seorang guru yang tiada pertalian darah denganku itulah yang menjadi penjamin aku. (Aku kenang budimu Cikgu Zainal sampai mati!)

Setelah aku berjaya. Setelah adik-adik semua berjaya dalam hidup, mengapa kau mula terhegeh-hegeh meminta bantuan aku yang tak pernah kau hiraukan suatu waktu dulu. Apakah kerana kami tak punya apa-apa dan kuasa pada masa itu?

Sungguh. Sungguh dunia sudah terbalik!
posted by rudy bluehikari @ 10:58 PM  
18 Comments:
  • At Wednesday, January 17, 2007, Blogger ayobkelubi said…

    jgn diberi peluang mereka-mereka yang lupa pada saudara sendiri tapi apakan daya kita ni kan bang?.busuk-busuk daging,kita cuci dgn limau pastu bakar dan makan juga kan?. sedih kan?

     
  • At Wednesday, January 17, 2007, Anonymous Anonymous said…

    Betul tu BH. Kenkadang sedara tu, bila time kite susah, diorang pun buat-buat susah. Bila kiter senang, tak tau la diorang bebetul susah ker tak?

     
  • At Wednesday, January 17, 2007, Blogger irdhi_hayati said…

    yer betulll
    sy setuju sangat..
    n kaang2 org2 yg kite pernh tlg pun x sudi untuk tlg kite bile kite dlm kesusahan..
    siap tpg burukkn lg n jaja satu kampung keburukan kite...
    senang cerita..bukan semua manusia yg kite blh buat baik...

    p/s:hehehe x baiknye jd batu api kan

     
  • At Wednesday, January 17, 2007, Blogger kingbinjai said…

    mak aku selalu kata "mak ingat dalam drama je org susah ni dipandang hina. tetapi tak sangka realiti begitu." aku sampai sekarang bo layan dengan pakcik dan makcik aku. lantakla!

    why should i put a respect for you when you didnt respect my father and mother? dulu masa aku nak kawin, aku langsung taknak bagi sapa sapa saudara aku jadi wakil cakap masa meminang. biar aku je cakap. namun bapak aku halang suh jugak jemput pakcik aku sorang jadi wakil. bila besok tu nak bersanding, malam tu datang rumah aku maki hamun mak ngan bapak aku. go to hell la!

    selagi mereka mereka tak datang sujud mintak maaf kat mak bapak aku selagi itu aku tak hormat mereka. tunggulah, aku hanya menunggu masa untuk memulang paku buah keras. just give me a reason damn it!

    p/s : sorry. emo skit. he he he

     
  • At Wednesday, January 17, 2007, Anonymous Anonymous said…

    ingat kisah Rasulullah SAW dengan seorang perempuan tua. macamana jahatpun perempuan tu kat Baginda SAW, tapi bl perempuan tua tersebut sakit. Rasulullah datang ziarahinya.
    alangkah indahnya peribadi Rasulullah SAW dan alangkah beruntungnya kita jika punya sedikit keperibadian mulia Baginda SAW.

    p/s: ikhlaskan diri

     
  • At Wednesday, January 17, 2007, Blogger ontahsapo said…

    lumrah....

     
  • At Friday, January 19, 2007, Blogger dugongsenyum said…

    ala... Rudy standard aaa tu.

    aku cadangkan kau tolong je beliau, TAPI dalam masa yang sama kau basuh aaa cukup-cukup haha

     
  • At Monday, January 22, 2007, Anonymous Anonymous said…

    Kalau ada peluang kerja tak salah bagi kat sedara tu...tapi 'basuh' habis-habis, bagitau semua yang terbuku...

    Tapi nak senang cite, malas gaduh2...cakap jer, 'takde!'....

     
  • At Monday, December 24, 2007, Blogger artisticklytouch said…

    Dia dah melutut merayu belum?? selagi tak buat macam tuh di hadapan orang ramai...ko wat2 pekak je...

    ko borong cd pe?

     
  • At Wednesday, March 12, 2008, Anonymous Anonymous said…

    Orang memberi kita merasa, orang tak tolong pun kita tolong dia balik, sebab itu yang nabi ajarkan. Barulah akan rasa bahagia. Kalau kau tak percaya cakap aku ni ko cubalah dulu. Hidup bagai roda, hari ini kau di atas, apa pula jaminannya yang kau akan sentiasa di atas?

    Tak baik berdendam, cikgu aku kata dendam kalau dilayan ibarat hirisan tajam datang dari dalam. Aku pegang dan jadikan azimat cakap cikgu aku itu.

    I'm nobody tapi bila aku lihat bangsa aku yang bijak pandai ini menggunakan kebijaksaannya untuk memaki hamun bangsanya sendiri ini aku jadi insaf dan aku rasa aku patut tinggalkan komen di sini.

    Tidakkah kau ada hati dan perasaan untuk rasa semacam dengan apa yang berlaku di Perak buat masa ini. Atau kau rasa betapa hangatnya semangat "pade doh ore Perak biar pape asal begaye tuhhhh".

    Aku belas tinguk orang Melayu Islam berstatus IR diperkotak-katikkan macam itu sahaja. Atau kau nak tunggu DAP "fight for the amendmen of Perak Constitition" baru nak terasa kehilangan?

     
  • At Thursday, April 17, 2008, Blogger Wan Chel said…

    sudah begitu lumrah segelintir...ops...sesetengah manusia di dunia...
    terpulang pada kewarasan akal fkiran dari mengawal nafsu amarah,benci,dendam pada mereka.
    manusia sering melakukan kesilapan tetapi kemaafan adalah lebih mulia dari memaafkan...
    sudah begitu sifat mereka.
    jangan mudah terpengaruh dengan pandngan orang dalam membuat keputusan.
    keputusan dari hati serta fikiran yang positif akan memberikan saudara jalan terbaik menangani masalah sebegini.
    berfikirlah berlandaskan akal berbanding nafsu...
    k...peace yo...

     
  • At Thursday, May 22, 2008, Anonymous Anonymous said…

    begitulah yg sy alami ketika itu,hampir berputar-putar, bapa mencari penjamin, akhirnya seorg juruteknik pertanian shj yg sudi sign surat prjanjian itu.saya amat hargai pertolongannya.saudara mara hanya cakap, sy balik nnt akan kerja kilang shj.sebelum sy dpt bjar ke jepun sy ditawarkan bljar ke Morocco, tp semua saudara mara perli, lepas balik nnt mesti jadi ustaz..sy pun beralih arah ke Jepun...w'pun family suruh ke Morocco kerana sy adalah pljar sek agama..."manusia suka mmandang org, dgn mata..tp tidak menilai dgn hati.."..

     
  • At Saturday, May 24, 2008, Blogger Hann Haidar said…

    traumatic~

     
  • At Tuesday, June 17, 2008, Anonymous Anonymous said…

    urmmm...
    saya x lah susah mcm org lain...tp saye dan adik beradik x pernah harap org lain tolong...arwah mak pun x bising bile ipar die yg keje gomen pandai2 bg harta atok kitorg...yelah bapak kitorg driver jek...tp skang ni kitorg paling berjaya dalam geng sepupu sepapat..rindunyer kt mak sayer...smlm baru stahun die pergi...

     
  • At Friday, August 22, 2008, Blogger BuRuuj said…

    sama lah dgn sy. skrg kuarga sy baru nk senang dgn adanya anak yg berjaya masuk 'u', ada lak yg mnta tlg itu ini. tp sy tak kesah. sy bantu je stakat yg mampu sbb sy tau sy pernah susah suatu masa dulu. sy tlg bila mengenangkan suatu masa akan datang, sy pulak yg akan mnta bantuan mereka. kan hidup ibarat roda?

     
  • At Wednesday, October 28, 2009, Blogger hisyamchemat said…

    Jangan berdendam, bro. Biar orang buat kat kita. Jangan kita buat kat orang. Setiap yang berlaku tentu ada hikmahnya. Allah maha mengetahui segala yang terbaik untuk hambanya

     
  • At Tuesday, March 09, 2010, Anonymous apelmerah said…

    Lumrah Alam...masa susah orang tak pandang...bila senang...semua mengendeng...bak kata pepatah...kawan ketawa senang cari...kawan nangis...belom tentu nak nagis dengan kita sama2...

     
  • At Thursday, July 22, 2010, Blogger Papa said…

    ikut je prosedur jabatan senang....

     
Post a Comment
<< Home
 

RUDY BLUEHIKARI
dari Banting ke Fukushima
Winner of Geng Jurnal Best Weblog Award 2001
Terkini
Arkib 2006
Arkib

 

Links
Karya


    Buku kompilasi entri 20 penulis blog terbitan MINE. Hubungi saya di vicenata2000 [at] yahoo [dot] com untuk mendapatkan buku ini.


    Novel bersama kedua saya hasil tangan Sri Diah, MBA, Rudy Bluehikari dan Ibnuariff sudah berada di pasaran sekarang. Terbitan Alaf 21.


    Novel Bersama sulung saya hasil tangan 23 penulis terbitan esastera.com.


    Buku kompilasi entri penulis blog terbitan MINE. Hubungi saya di rudy [at] bluehikari [dot] com untuk mendapatkan buku ini.

Powered by

Free Blogger Templates

BLOGGER