Thursday, July 1, 2010

STATUS kesihatanku.

Salam..

Seminggu yang lalu, apabila saya melihat wajah saya pada cermin saya dapati mata putih saya ada darah beku. Saya cepat2 memakai cermin mata dan melakukan ujian penglihatan dengan membandingkan mata yang ada darah beku dengan mata sebelah lagi yang normal. Mujur tiada masalah penglihatan yang berlaku juga tiada rasa sakit pada mata tersebut. Selepas itu saya memerhatikan tanda2 pendarahan contohnya apabila memberus gigi saya lihat sama ada terdapat gusi yang berdarah atau tidak dan juga terdapat lebam2 pada kulit atau tidak.

Saya dibawa oleh klinik oleh ibubapa saya. 2 minggu sebelum tu saya juga ada datang ke klinik yang sama dan saya di diagnosiskan (di tentukan jenis penyakit) mendapat pharyngitis (jangkitan pada pharynx yang merupakan salur pernafasan atas dari mulut hingga ke larynx yang mengandungi tonsil, dan peti suara). Setelah di periksa doktor memberitahu saya mendapat subconjunctival hemorrhage (pendarahan pada lapisan bawah conjunctiva). Penyebab berlakunya pendarahan tersebut adalah sebab tekanan yang terlalu kuat (berpunca dari batuk, bersin, mengeran, muntah dan juga tekanan darah tinggi) yang menyebabkan salur darah mengembang dan pecah. Selalunya tanda2 pendarahan tersebut akan kelihatan selepas bangun tidur dengan tompokan merah pada putih mata. Doktor juga akan memastikan pendarahan tersebut bukan berpunca daripada masalah pembekuan darah.

Ubat yang diberikan kepada saya adalah serratiopeptidase iaitu sejenis proteolytic enzyme (sejenis enzim yang memecahkan rantaian protein contohnya seperti fibrin, iaitu protein yang penting dalam proses pembekuan darah). Jadi, ubat ini untuk melarutkan darah beku dan di singkirkan melaui sistem limfa. Uniknya ubat ini adalah enzim yang dihasilkan oleh bakteria di dalam perut ulat sutera. Boleh juga digunakan untuk megurangkan sakit dan sebagai anti-inflamasi. Ia juga boleh digunakan sebagai antibiotik. Daripada pembacaan saya ubat ini di ambil selepas makan kerana boleh menyebabkan gastrik.

No comments:

Post a Comment