Pages

Showing posts with label perempuan. Show all posts
Showing posts with label perempuan. Show all posts

Friday, December 24, 2010

ADA TAK MAYSAA KAT MALAYSIA?

teringin nak beli snood maysaa..huhu..

sape tahu camana nak beli snood ni??

ada tak yang pernah beli online?
 nak tahu harga sebenar, nati leh kumpul duit..hehe


snood maysaa
12 dolar babe.


chiffon scarf snood
19 dolar

cantik kan??


p/s : teringin = mengidam = nafsu = simpan dulu...hehe

Friday, December 17, 2010

:: AKU GERAM SANGAT GAN KO ::







santek tak..
ishk2

seyesly rase nak beli je semua ni..waaa comei gilak..

geram-geram
T_T


kalau ada duit berbilion pun belom tentu nafsu shopping ni akan habis..hailaaaa
 susah benor jadi pompuan macam aku nih..haha..

*PANG*

 + duit ptptn untuk belajar ju, bukan untuk shopping..
- tapi beli selai dua tak pe kan??
+ manyak lah xpe ko, nanti tak cukup duit nak makan mulalah
- ishk, takpe , tak cukup duit t pose r
+ pose ganti pun lom habis, ko nak pose ikat pewot?podahhh
- cet, akan ku buktikan padamu , tengoklah nanti!

+ haha..

arghh, tensi-tensi nak dress baru..warghhhhh



p/s : ade ke pompuan giler shopping macam saya?

Friday, November 26, 2010

apa yang si gadis suka

  1. lelaki yang gagah walaupun kamu jarang ke gymnasium
  2. lelaki yang pandai bersukan tidak kira walaupun hanya tahu SATU sukan sahaja
  3. lelaki yang bijak dan pandai.
  4. mempunyai kereta! Tidak kira baru atau terpakai, tetapi mestilah milik merek sendiri.
  5. lelaki pandai bermain alat muzik . sedap halwa telinga si gadis mendengarnya apabila kebosanan datang melanda.
  6. lelaki suka berjenaka da buat lawak. Tidak kering gusi apabila bersamanya. Lelaki yang penuh dengan sense of humor .
  7. lelaki yang tahu jalan dan cekap tengok tempat. Bolehlah diharap apabila pergi melancong ke mana-mana.
  8. tahu serba sedikit tentang komputer. Jika si gadis ada masalah dengan komputer peribadi atau komputer ribanya, kamu dulu yang dicarinya.
  9. lelaki yang tahu hukum-hakam agama. Walaupun sifat luaran fizikal agak selamba atau sempoi , setiap lelaki dambakan lelaki yang mampu pimpin mereka apabila solat berjemaah kelak!
  10. lelaki yang berambut pendek dan kemas . walaupun ada yang suka lelaki bermabut panjang , wahai lelaki , percayalah lambat launsi dia pasti menyuruh kamu potong rambut bagi nampak kemas.
  11. lelaki yang mempunyai sedikit janggut! Macho katanya..
  12. lelaki yang wangi  dan andai memilih wangian yang sesuai dengan diri mereka.
  13. lelaki yang prihatin! Maknanya , lelaki yang tahu dan hafal tarikh-tarikh penting si gadis.
  14. apabila ingat tarikh-tarikh penting, tak reti-reti ke nak bagi hadiah ataupun kejutan? Si gadis amat menyukainya.
  15. lelaki yang pandai mengambil hati kedua orang tuanya.
  16. penyabar! Tetapi dalam keadaan apa? Tentulah dalam keadaan apabila kamu dapat menemani si gadis ergi membeli-belah. Kamu tak beli pun taka pa asalkan sudi menjadi peneman itupun sudah memadai.
  17. apabila bercakap di telefon, biarkan si gadis yang bercakap. Jangan menyampuk kata-katanya.


sumber : REMAJA'10

apa yang si gadis tak suka

  1. lelaki yang lemah, terlalu kurus, dan selalu sakit. Macam mana nak jaga anak orang kalau diri sendiri tak terjaga, kan?
  2. lelaki yang tidak gemar bersukan. Aktiviti petangnya, duduk rumah dan tidur sahaja.
  3. lelaki yang tidak berpelajaran.
  4. lelaki yang malas dan tidak ada tujuan hidup. Hanya tahu menghabiskan duit ibu bapa sahaja..opss
  5. lelaki yang tidak mempunyai kereta atau motosikal. Untuk kemana-mana , asyik tumpang orang saja. Paling teruk ? suruh kekasih ambil.
  6. lelaki yang tidak meminati muzik.hidupnya hanya kerja, kerja dan kerja...bosannya!
  7. lelaki yang terlalu serius dalam hidup. Nak bergurau pun tak boleh.
  8. lelaki yang tidak suka berjalan. Hanya terperuk di dalam rumah. Buat apa pun tak tahulah.
  9. lelaki yang buta komputer. Jangankan nak baiki , microsoft powerpoint pun tak tahu nak guna.
  10. lelaki yang hanya tahu berseronok siang malam. Tak ingat dosa pahala.
  11. lelaki buta gaya. Rambut serabai, pakaian tidak terurus..kesian
  12. lelaki yang terlalu kuat merokok! Kalau sekali-sekala dimaafkan . kalau tak merokok langsung lagi bagus.
  13. lelaki yang ada bau badan. Ouch .. rajinkan mandi dan segera atasi masalah bau badan itu.
  14. lelaki yang ucap hari jadi kamu seminggu lewat? Oh si gadis paling pantangnya..
  15. lelaki yang tahu berpasangan , tetapi bila diajak berjumpa dengan kedua ibu bapa si gadis , bermacam-macam alasan!
  16. lelaki yang tidak romantik . tidak pernah langsung memberi bunga, hadiah atau sebarang kejutan. Bosannya hidup.
  17. apabila ditanya pendapat lelaki, si dia akan cakap ‘ tak kisah lah, apa-apa je, ikut awak lah’ hmm , baik tak payah tanya kan?
  18. lelaki yang kuat membebel mengalahkan mak si gadis! Aduh , sakit telingalah apabila lelaki membebel.


sumber : REMAJA'10

Friday, November 12, 2010

::bila isteri dah tak cantik ::


tadi masa tengah 'jalan-jalan' kat fb terjumpa artikel nih..jom bace sama-sama.. =)


"Saya ingin berkongsi pengalaman ini dengan semua kerana saya ingin puan2 tahu apa sebenarnya tersirat di dalam benak sesetengah suami dan bagaimana dia melihat kita dari pandangan mata mereka. Walaupun mereka tidak pernah komplen tentang perawakan kita tetapi di sudut hati mereka mereka menilai secara diam2 dan membanding kita dengan perempuan lain.

Barangkali suami puan2 tidak begitu, tapi ini boleh jadi panduan.. Saya seorang isteri baru berusia 29 tahun dan mempunyai 3 orang anak, Perawakan saya biasa sahaja, tidaklah hodoh, sedikit gempal setelah melahirkan 3 orang anak. Saya berkerja sebagai seorang eksekutif dan suami saya berkerja biasa saja..

Kebanyakan belanja rumah seperti ansuran rumah dan kereta, saya yang menbayarnya demi suami yang mempunyai gaji tidak seberapa.

Suami saya bolehlah di katakan menarik jika dibandingkan saya, tinggi, putih dan menarik minat ramai perempuan semasa bujangnya. Saya mengabdi diri seluruhnya untuk rumah tangga, pagi sebelum pergi kerja saya akan masak utk anak2, sarapan utk suami, saya memandu sendiri ke pejabat dan setelah balik ke rumah pada petangnya sayalah yang menyediakan segala keperluan rumahtangga.

Sepanjang perkahwinan suami tidak pernah komplen pasal perwatakkan saya. Saya memakai tudung, dia nampak biasa saja, tetapi dia tidaklah sentiasa tertarik kepada saya semasa di rumah seperti cuba mencium saya, memeluk atau memegang saya,biasa shj kami akan bersama bila waktu malam apabila dia perlukan saya.

Baru2 ini saya mendapat tahu dia mempunyai kekasih di tempat kerja sendiri. Gadis tersebut bukanlah muda dari saya tetapi sudah berumur 30 tahun. Saya mendapat tahu juga yang suami saya sering ke rumah gadis tersebut semasa waktu kerja. Hubungan yang terjalin nampaknya telah sampai ke tahap hubungan seks.

Bila saya bersemuka dan bertanya kepadanya, pada mulanya dia menafikan,tetapi setelah dikemukakan bukti dan sebagainya, baru dia mengaku. Saya ingin tahu kenapa dia menjalin hubungan. Apa kurangnya saya, dia akhir berterus terang mengatakan memang tiada apa yang kurang dengan saya, saya menjaga makan minum, membantu kewangan, menguruskan rumahtangga dengan baik tetapi saya hanyalah setakat itu shj tiada rangsanngan lagi bila melihat saya.

Baginya, dia kadangkala ingin bersama wanita yang di lihat cantik,menarik minat lelaki lain dan bila berjalan sama menimbulkan cemburu pada lelaki lain.Dia dengan berani memberitahu saya bahawa teman wanitanya mempunyai kuku yang cantik, perut yang nipis, bau yang sedap, fashion yang menarik.

Sedangkan saya menurutnya walaupun tidak hodoh tetapi hanyalah wanita yang sangat biasa saja,kuku saya pendek dan kadang2 rosak kerana memasak, rambut pulak kadang2 berbau bila balik kerja kerana bertudung sepanjang hari, Perut saya pula tebal, tidak menarik di rumah bila hanya bert-shirt dan berkain batik.

Hari2 melihat saya dia merasa tiada apa yang dibanggakan tentang saya, bercakap di rumah pula hanyalah tertumpu pasal rumah, anak2.Tiada topik menarik seperti teman wanitanya yg boleh bercakap pasal politik,carreer, mempunyai taste yang tinggi dan dapat membantu dia mengenali dunia yang baru mengaenai fashion, korporat, jadi dia merasakan seperti lelaki yang berjaya bila bersama wanita tersebut.

Memang saya akur tentang perawakan saya kerana pertama memang saya di lahirkan begini, kedua saya terlalu sibuk untuk membelek diri sendiri, ketiga saya tidak mempunyai cukup wang untuk berbelanja sepenuhnya untuk kecantikan.

Begitulah hati budi lelaki sebenarnya walau bagaimanapun kita menjaga dia tetapi dia masih mementingkan fizikal jauh di sudut hati ingin bersama wanita menarik yang boleh menbuat dia berasa bangga.

Saya telah pun berpisah dengan suami sekarang tetapi sy tidaklah duduk meratap tetapi menghadiri slimming session dan membelanjakan duit separuh untuk kecantikan bukan untk lelaki tetapi untuk kepuasan sendiri, biarlah saya pendek dan sedikit tembam tetapi saya berazam untuk menjaga kebersihan dan kelihatan menarik.



MJ say : kalau tak nak wife kuku pendek, rambut berbau, perut tebal, tak menarik sila daftarkan mereka ke slim world ye..tolong masakkan untuk seisi rumah, tolong syampu kan rambut dia dan teman dia jogging, tu lebih baik daripada cari pompuan lain..demand tinggi , ntah2 pewot die pun boroi gak..huahaha..

Thursday, October 14, 2010

PETIKLAH BUNGA ITU WAHAI KUMBANG SAKTI


Bunga mekar di taman larangan
Elok kelopaknya, elok harumannya
Dijaga rapi Sang Penjaga
Dihias tertib tiada tercela

Aku menyaksikan bunga itu kembang
dan aku juga menyaksikan bunga itu layu
Lantas! Siapa yang harus kupersalahkan?
Bunga itu? Atau kamu sang kumbang?
Atau kamu?

Tika bunga itu mula menjalar indah ke hentian tertinggi,
Kau datang merampas langkahnya.
Kau datang menghalang cintanya,
Ya!
Kamu datang menghalang cintanya
pada Raja Segala Cinta.
Masakan tidak kamu ketahui?
Cintanya itu milik Raja Segala Cinta!
Kamu tahu itu?
Kamu sedar itu?
Bukankah kamu kumbang sakti?
Mengapa tegar untukmu,
merampas dan merosak cintanya pada Si Dia?

Kamu datang membawa sejuta janji
Kamu datang membawa sejuta pengharapan
Dia itu bunga, wahai kumbang.
Dia itu bunga.
Disentuh oleh tangan asing, layulah dia.
Dibuai cerita angkasa melangit, terbanglah dia.

Jangan kau gantung dia tiada bertali
Jangan kau biarkan dia lemah tiada hati
Jika benar kamu kumbang sakti, bunga itu tidak perlu tersungkur.
Petiklah dia.
Secepatnya.
Lekas! Jangan sampai bunga itu hilang seri
Saktimu dan serinya akan mengembalikan cahaya alam buana ini.
Bukankah itu ajaran Rasul kita?
Bukankah itu mengelakkan kemurkaan Tuhan kita?
Dari kamu berterus-terusan menghentak kaki, ego tiada bertepi, lekaslahhh..
Petik bunga itu dan berlarilah kamu di syurga nanti

Aku sayangkan bunga
dan kamu wahai kumbang
Cinta mana yang harus kusumpah menjadi racun?
Cinta yang membuatkan bunga dan kumbang tenggelam di alam fantasi.

Siramkan air dan baja
Mentari! Pancarkan cahaya!

Sempurnakan ia mengikut acuan yang sudah ditetapkan
Jangan diambil racun berbisa andai taman syurga bisa jadi milik kalian berdua

Petik dia.
Mohon petunjuk Raja Segala Cinta
Minta restu kedua orang tua
Dan aku mendoakan sentiasa

Bukan aku memaksa.
Tapi aku terpaksa
Sampai bila harus kau biarkan bunga itu terkulai di situ?
Dia perlukan jawapan.
Petik dia secepat yang kau mampu kumbang..
Andai bunga itu yang hadir dalam petunjukNya
Andai bunga itu yang tersenyum indah dalam mimpimu

Andai kamulah kumbang sakti itu..
Buktikan pada dunia kamu punya kuasa itu

Allah akan mempermudahkan segalanya.
Janji Allah itu past!

"Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah niscaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusanyang dikehendakiNya."
(At-Talaq:2-3)


sumber : iluvislam

Friday, October 8, 2010

You Again?



nuffnang wat contest lagi, kali ni kalau menang dapat  sepasang  tiket untuk menonton You Again bersama rakan-rakan blogger...

how to get the ticket??

senang je korang cume perlu  ceritakan tentang orang yang paling mean yang pernah korang jumpa dalam hidup korang..

.
.
.
.

Erm bercakap tentang orang yang meanies ni..
teringat lak masa zaman sekolah dulu dua orang budak perempuan yang suka sangat buli aku..
(mentang-mentang aku orang susah kan? so sesuka hati korang je nak buli orang ek)

macam-macam gak ar dak berdua ni buat kat aku

kalau bab menyindir tu no 1 dalam sekolah tu kot..

dari sekolah rendah sampai sekolah menengah aku same sekolah gan budak dua orang tu.

homework aku kalu tak ditiru memang tak sah lah..hehe..tapi jenis aku kalau homework aku suka wat last minute jadi, dekat-dekat nak anta tu baru aku siapkan..hehe..

kadang-kadang aku saje je wat salah..hihi

(padan muka ko sape suh meniru, haha.)

tetibe rasa diri mean giler..ahaks

dak2 ni kan
depan orang baik giler pijak semut pun tak mati

belakang orang tak payah nak citer lah..
ntah berapa ramai yang terluka oleh perkataan die tuh

tapi yang paling aku ingat sekali ialah masa aku dipilih masuk team bola jaring sekolah..
happy gila time tu..walaupun cume tak masuk final list lagi..tp memang aku bersyukur sangat sebab dr awal tahun aku dah aim nak masuk final list 2..huhu



boleh dijadikan cerita

selepas training macam-macam

berlari  10 round keliling padang 
tengah-tengah panas lak tu.
sampai berbelang macam kuda belang..
dan mengorbankan waktu study aku (study la sgt)

sampailah waktunya untuk final list team bola jaring tu

tapi bak kata orang

manusia ni tak pernah nak berpuas hati gan orang lain
ada je yang terkena gan orang lain di mata dia

haila-haila

nak tahu apa dah berdua ni buat

diorang p bodek cikgu tu suh aku jangan masukkan aku dalam final list team tu..
how does i know

hurm..

diorang cakap depan-depan aku kot..

diorang lagi sanggup pilih dak yang datang training sambil pegang hp tu..adoilah..
nak banding-bandingkan aku lak..


tp ALLAH nak tunjukkan

cikgu tu tetap pilih aku..sebab die cakap saya pilih berdasarkan disiplin korang...


and now

dak berdua tu dah insaf dah kot

sekarang dah tak berani nak sound-sound orang lagi dah

baguslah kan

dok umah tengok diri dalam cermin baru nak tengok silap orang k..











Saturday, October 2, 2010

when a girl is quite

When a girl is quite
She is thinking deeply

When a girl looks
At u with eyes of questions
She is wondering
How long you will be around

When a girl answer im fine after a few seconds… she is not at all fine
When a girl stares at you is wondering why u are lying
When a girl lays on your chest she hope u will be with her forever..
When a girl wants to see you everyday…
She wants to be pampered

When a girl says
I love u
She means it
When a girl say
I miss u
No one in the world  can miss u more than that
Life only comes around right person
Find a guy
Who call u beautiful instead
Of hot
Who calls u back when u hang up on him
Who will stay awake just to watch
U sleep
Wait for the guy who kisses ur forehead
Who wants to show u off to the world when u are in your sweats

Who holds your hand in front of his friends
Who is constantly reminding u of
How much he cares about u n how lucky he is to have u
Who turns to his friends n says , 
That’s her


sumber : unknown