Showing posts with label AL-KULIAH SUBUH. Show all posts
Showing posts with label AL-KULIAH SUBUH. Show all posts

Thursday, October 02, 2014

dari WSAPP

kebelakangan nih paksu byk muatkan bahan utk recap dalam group2 wsapp

diantaranya





















& banyak lagi.....later on paksu pos

Monday, February 24, 2014

10 WASIAT LUQMAN

paksu agak tertarik pabila terdengar ustaz shauqi di radio ikim 2 hari sudah...

beliau mengupas dalam tafsir al-quran surah luqman ayat 13 hingga 19. kesimpulan dari ayat2 ini dapat di senaraikan 10 wasiat luqman al-hakim kepada anaknya:
  1. jangan syirik atau mempersekutukan allah
  2. buat baik kepada ibu bapa
  3. bersyukur kpd allah dan kpd kedua ibu bapa
  4. jangan ikut mereka (ibu bapa) jikalau mereka suruh kita syirik kpd allah
  5. takwa kepada allah
  6. dirikan sembahyang
  7. kerjakan yg baik dan cegahkan yg munkar
  8. bersabar atas musibah
  9. jangan sombong, angkuh dan berbanggadiri
  10. rendahkan suara apabila berbicara
wallahua'lam

Saturday, January 25, 2014

DOA-DOA YANG DI ILHAMKAN

antara doa-doa yg di ilhamkan kepada nabi2 dan rasul ada terkandung dlm al-quran. dan allah subhanahuwata'ala sentiasa membimbing kita untuk berdoa. semoga ia memakbulkan apa yg kita mohon. insyaallah.

ringkasan dari kuliah subuh kemarin dari tn syeikh alaudin bin syeikh abu bakar, untuk panduan kita bersama.
imam ja'far al-sadiq yg dikatakan waliallah dizaman pemerintahan bani abasiyyah.


wallahua'lam.

Thursday, November 07, 2013

HIJRAH RASUL


bukit thur
kata sheikh malam tadi, mengikut sheikh al-shahrawi, ada 3 peristiwa besar yg berlaku kepada rasulullah:
1.  nabi menjadi rasul
2.  isra' dan mikraj
3.  hijrah rasul

kemudian, kalau cerita tentang hijrah rasulullah, tak ramai pula yg boleh bagi sebab pasai apa rasulullah berhijrah dari mekah ke madinah.(sekurang2nya lepas nih bolehlah cerita kat anak cucu pasai apa rasul berhijrah).

rasulullah s.a.w. berhijrah pada hari khamis 20 safar 1 hijrah, dan boleh disandarkan kepada 3 ayat al-quran berikut:

pertama: atas sebab - rancangan kafir musyrik mekah (wakil2 dari 100 kabilah) untuk membunuh rasulullah

وَإِذْ يَمْكُرُ بِكَ الَّذِينَ كَفَرُواْ لِيُثْبِتُوكَ أَوْ يَقْتُلُ وكَ أَوْ يُخْرِجُوكَ وَيَمْكُرُونَ وَيَمْكُرُ اللّهُ وَاللّهُ خَيْرُ الْمَاكِرِينَ
dan ingatlah (wahai muhammad), ketika orang-orang kafir musyrik (mekah) menjalankan tipu daya terhadapmu untuk menahanmu, atau membunuhmu, atau mengusirmu. mereka menjalankan tipu daya dan allah menggagalkan tipu daya (mereka), kerana allah sebaik-baik yang menggagalkan tipu daya. al-anfal:30

bacaan ayat dibawah oleh nabi diizin allah dengan bersebab:

وَجَعَلْنَا مِن بَيْنِ أَيْدِيهِمْ سَدًّا وَمِنْ خَلْفِهِمْ سَدًّا فَأَغْشَيْنَاهُمْ فَهُمْ لاَ يُبْصِرُونَ
dan kami jadikan sekatan di hadapan mereka, dan sekatan di belakang mereka. lalu kami tutup pandangan mereka; maka dengan itu, mereka tidak dapat melihat.  ya seen: 9

kedua: atas izin - keluar dengan cara yg benar

وَقُل رَّبِّ أَدْخِلْنِي مُدْخَلَ صِدْقٍ وَأَخْرِجْنِي مُخْرَجَ صِدْقٍ وَاجْعَل لِّي مِن لَّدُنكَ سُلْطَانًا نَّصِيرًا
dan pohonkanlah (wahai muhammad, dengan berdoa): "wahai tuhanku! masukkanlah daku ke dalam urusan ugamaku dengan kemasukan yang benar lagi mulia, serta keluarkanlah daku daripadanya dengan cara keluar yang benar lagi mulia; dan berikanlah kepadaku dari sisimu hujah keterangan serta kekuasaan yang menolongku",  ai-isra:80

ketiga:  atas pertolongan allah - ketika rasulullah bersama saidina abu bakar didalam gua thur setinggi 700 meter (dgn labah2 dan sarangnya, juga dua ekor burung merpati memainkan peranan) - tektik perjalanan mula ke selatan kemudian keutara mengikut persisiran pantai sampai ke madinah.

إِلاَّ تَنصُرُوهُ فَقَدْ نَصَرَهُ اللّهُ إِذْ أَخْرَجَهُ الَّذِينَ كَفَرُواْ ثَانِيَ اثْنَيْنِ إِذْ هُمَا فِي الْغَارِ إِذْ يَقُولُ لِصَاحِبِهِ لاَ تَحْزَنْ إِنَّ اللّهَ مَعَنَا فَأَنزَلَ اللّهُ سَكِينَتَهُ عَلَيْهِ وَأَيَّدَهُ بِجُنُودٍ لَّمْ تَرَوْهَا وَجَعَلَ كَلِمَةَ الَّذِينَ كَفَرُواْ السُّفْلَى وَكَلِمَةُ اللّهِ هِيَ الْعُلْيَا وَاللّهُ عَزِيزٌ حَكِيمٌ
kalau kamu tidak menolongnya (nabi muhammad) maka sesungguhnya allah telahpun menolongnya, iaitu ketika kaum kafir (di mekah) mengeluarkannya (dari negerinya mekah) sedang ia salah seorang dari dua (sahabat) semasa mereka berlindung di dalam gua, ketika ia berkata kepada sahabatnya: "janganlah engkau berdukacita, sesungguhnya allah bersama kita". maka allah menurunkan semangat tenang tenteram kepada (nabi muhammad) dan menguatkannya dengan bantuan tentera (malaikat) yang kamu tidak melihatnya. dan allah menjadikan seruan (syirik) orang-orang kafir terkebawah (kalah dengan sehina-hinanya), dan kalimah allah  ialah yang tertinggi (selama-lamanya), kerana allah maha kuasa, lagi maha bijaksana.   at-taubah:40

wallaahu-a'lam

Saturday, June 01, 2013

FITNAH vs FITNAH

fitnah dalam bahasa melayu ialah menuduh orang lain melakukan sesuatu keburukan, padahal orang itu tidak melakukan hal yang dituduhkan kepadanya. itu yg biasa kita faham dgn perkataan nih.

tapi dalam bahasa arab fitnah tidak bererti macam tu sama sekali. kuliah subuh baru2 nih recap kita tentang fitnah yg dimaksudkan dalam al-quran.


mengikut al-imam ibnu jauzi - fitnah dalam alquran punyai pelbagai makna (yg paksu dengar ada 15 macam makna tapi yg tercatit adalah diantara makna2nya)
  • syirik
  • kufur
  • dosa 
  • kesesatan
  • pembunuhan
  • gila
  • siksaan
  • ujian

jadi yg apa kita terjemah dalam ayat 191 dan dlm ayat 217 surah al baqarah
وَٱلۡفِتۡنَةُ أَشَدُّ مِنَ ٱلۡقَتۡلِ‌ۚ
...dan (ingatlah bahawa angkara) fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhan.....  
adalah bermaksud syirik (spt tafsir imam ibnu katsir) bukan fitnah yg kita faham dlm bahasa melayu.

bagitu juga dgn
  وَقَـٰتِلُوهُمۡ حَتَّىٰ لَا تَكُونَ فِتۡنَةٌ۬ وَيَكُونَ ٱلدِّينُ لِلَّهِ‌ۖ فَإِنِ ٱنتَہَوۡاْ فَلَا عُدۡوَٲنَ إِلَّا عَلَى ٱلظَّـٰلِمِينَ  
dan perangilah mereka sehingga tidak ada lagi fitnah, dan (sehingga) menjadilah agama itu semata-mata kerana allah. kemudian jika mereka berhenti maka tidaklah ada permusuhan lagi melainkan terhadap orang-orang yang zalim. al baqarah:193 bererti syirik


وَمِنْهُمْ مَنْ يَقُولُ ائْذَنْ لِي وَلا تَفْتِنِّي أَلا فِي الْفِتْنَةِ سَقَطُوا
di antara mereka ada orang yang berkata: “berilah saya keizinan (tidak pergi berperang) dan janganlah kamu menjadikan saya terjerumus dalam fitnah (dosa).” ketahuilah bahwa mereka telah terjerumus ke dalam fitnah (dosa) at taubah:49

وَمَنْ يُرِدِ اللَّهُ فِتْنَتَهُ فَلَنْ تَمْلِكَ لَهُ مِنَ اللَّهِ شَيْئًا
…barangsiapa yang allah menghendaki memfitnahnya (menyesatkannya), maka sekali-kali kamu tidak akan mampu menolak sesuatupun (yang datang) daripada allah… al maidah:41

وَإِذَا ضَرَبْتُمْ فِي الأرْضِ فَلَيْسَ عَلَيْكُمْ جُنَاحٌ أَنْ تَقْصُرُوا مِنَ الصَّلاةِ إِنْ خِفْتُمْ أَنْ يَفْتِنَكُمُ الَّذِينَ كَفَرُوا
dan apabila kamu bepergian di muka bumi, maka tidaklah mengapa kamu men-qashar sembahyang(mu), jika kamu takut difitnah (dibunuh) orang-orang kafir… an nisa':101

بِأَيِّكُمُ الْمَفْتُونُ
siapa di antara kamu yang terfitnah (gila).  al qalam:6

فَلْيَحْذَرِ الَّذِينَ يُخَالِفُونَ عَنْ أَمْرِهِ أَنْ تُصِيبَهُمْ فِتْنَةٌ أَوْ يُصِيبَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ
…maka hendaklah orang-orang yang menyalahi perintah-nya takut akan ditimpa fitnah (siksaan) atau ditimpa azab yang pedih. an nur:63

وَلَقَدْ فَتَنَّا الَّذِينَ مِنْ قَبْلِهِمْ
dan sesungguhnya kami telah memberikan fitnah (menguji) orang-orang yang sebelum mereka,… al ankabut:3

wallahu-a'lam

Friday, April 26, 2013

TANDA-TANDA TAKUT KPD ALLAH

kuliah subuh pagi tadi recap kita tentang 7 perkara tanda2 takut kpd allah. kata abu lais.
dengan sedarnya tujuh perkara ini seseorang itu boleh dikategorikan seperti yg difirman allah:
sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa adalah ditempatkan di dalam beberapa taman (syurga), dengan mata air mata air terpancar padanya. - al hijr: 45.
  1. tahu menjaga lidah @ lisannya - jauh dari mengumpat, sibar fitnah, dusta, ghaibah, omong kosong. banyak2lah berzikir, baca quran, muzakarah ilmu.
  2. pada hatinya - jauh dari berhasad dengki, bermusuh. penyakit yg berbahaya n takdak ubat kata rasul, kecuali dgn ilmu dan amal yg baik. so buang hasad.
  3. pada mata @ pandanganya - pandang pd benda2 yg haram, suka lebih2 pada dunia. rugi akan dipenuhi dgn api pd hari kiamat kata rasul.
  4. pada perutnya - diisi dgn hasil wang haram, rasuah, riba, duit curi dsbnya. sabda rasulullah s.a.w. sesuap makanan haram masuk ke perut, seluruh malaikat di langit dan di bumi akan melaknati selama barangan itu berada di dalam perutnya. jika mati di dalam keadaan demikian maka dia akan di tempatkan ke neraka - (bgmana dgn sekotak limau raya cina yg diberi taukeh ekoq yg juga sorang jiran??? - komen later)
  5. pada tangannya - menolak dari melakukan dan menerima benda yg haram semata2 takut kpd allah.
  6. pada langkah kakinya - tidak melangkah ketempat2 maksiat, malah melangkahlah ke majlis2 ilmu, dan bergaul dgn ulama' dan org2 soleh.
  7. pada ketaatannya - tidak munafik, tidak riak. semata2 mencari keredaan allah.
wallahu-a'lam

Friday, March 22, 2013

BISMILLAH 21x + 4 perkara lagi

bismillah 21x ... itu lah yg biasa di ingatkan kat anak2 bila nak masuk tiduq. tapi julia dah pun didedah kpd tambahan seperti yg telah dipesan oleh rasulullah saw kepada aisyah ra : “ya aisyah jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara, iaitu :

1. sebelum khatam al quran,
2. sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhir,
3. sebelum para muslim meredzai kamu,
4. sebelum kau laksanakan haji dan umrah.

bertanya aisyah : “ya rasulullah…. bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika?”
rasulullah tersenyum dan bersabda :
  • jika engkau tidur bacalah, al ikhlas 3 kali seakan-akan kau mengkhatamkan al quran.
  • membacalah shalawat untukku dan para nabi sebelum aku, maka kami semua akan memberi syafaat di hari kiamat.
  • beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredzai kamu.
  • perbanyaklah bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir maka seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah.
wallahu-'alam

Tuesday, January 29, 2013

PERKARA PELIK DI AKHIR ZAMAN

dlm kuliah subuh baru2 nih, ada ustaz recap tentang hadis nabi yg menyebut ada 6 perkara pelik berlaku di akhir zaman.
  1. ada masjid - tapi menjadi pelik apabila berada diantara kaum yg tidak bersembahyang didalamnya
  2. ada quran di rumah - tapi penghuninya tidak membacanya - samada sengaja tak mau baca atau dah tak tahu membaca
  3. alquran berada di rongga orang2 fasik - lintang pukang/ di salahtafsir isi alquran
  4. suami baik/soleh - tapi dapat isteri yg fasik/ buruk perangai/ rosak akhlak etc
  5. isteri solehah - tapi dapat suami yg fasik dan zalim
  6. ada orang 'alim - tapi tak dak sapa yg mau mengaji atau menuntut ilmu dengan dia dan nasihatnya tidak didengar orang
sama2 lah kita renung perkara ini, krn sabda nabi seterusnya bhw sesungguhnya allah tidak lihat ke-enam2 perkara ini sbg pandangan rahmat di hari kiamat kelak.
 
dia lah yang memberi rahmat kepada kamu - dan malaikatnya pula (berdoa bagi kamu) - untuk mengeluarkan kamu dari gelap-gelita (kufur dan maksiat) kepada cahaya yang terang-benderang (iman dari taat); dan adalah ia sentiasa melimpah-limpah rahmatnya kepada orang-orang yang beriman (di dunia dan di akhirat).  al-ahzab:43
sesungguhnya allah dan malaikatnya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada nabi (muhammad s.a.w); wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya.  al-ahzab:56
 
dimana terletaknya maqam orang2 yg beriman.
wallahu-a'lam 

Thursday, January 10, 2013

SAFAR vs SAFAR

satu bermula dgn صٓ‌ dan satu lagi dgn سٓ
 
semalam kuliah maghrib, sheikh alaudin ada cerita tentang hari rabu akhir bulan safar dipercayai karut oleh sesetengah orang sbg hari ditimpa bala. ada yg mandi safar utk tolak bala  - dgn tujuh jenis bunga dan tujuh air telaga (dulu yes, la nih wallahu-a'lam).
 
bala yg timpa kaum 'aad seperti dicerita dlm alquran:  sesungguhnya kami telah menghantarkan kepada mereka angin ribut yang kencang, pada hari nahas yang berlanjutan.  al-qamar:19, dan banjir di kaabah dan beberapa bala yg berlaku dipercayai jatuh pada hari rabu terakhir bulan safar. ini menghantui orang2 quraisy sebelum kerasulan nabi muhammad saw. dalam hadis yg diriwayatkan, nabi bersabda: (ringkas maksumnya) mengenai kepercayaan nahas - 
  1. tiada jangkitan penyakit
  2. tiada tanda2 buruk/sial - spt burung melintas sebelah kiri/kanan; kucing hitam melintas etc. etc
  3. tiada sial dlm bulan safar (yg mula dgn صٓ
  4. tiada tanda buruk pada burung hantu yg hinggap dibumbung rumah.
so, tok sah dok percaya yg karut marut tu. segala bala yg diturun semua atas kehendak allah subhanahu wataala. dimana saja, bila dan ketikanya yg dia kehendaki. wallahu-a'lam.
 
yg safar satu lagi tuh? (yg bermula dgn سٓ ). mandi sunat safar nih okay bg orang yg hendak berperjalanan jauh, seperti buat umrah dsb. bagi depa yg nak pi buat umrah tu, selamat mengerjakan umrah, selamat pergi dan balik, dan jaga diri baik2 di tanah suci mekah dan madinah.
 

Friday, November 30, 2012

SIFAT SYURGA

S yurga disebut beratus kali dalam al-quran. dan memang tak dapat nak imagine sifat dan nikmat syurga sebenarnya.
 
bagi paksu la, tiap kali disebut syurga, paksu hanya boleh bayangkan (sedaya kreativiti bayangan otak paksu) sungai2 yg mengalir di bawahnya, (sungai dari susu, dari arak [tak mabuk], dari madu), buah-buahan didalamnya, piala2 minuman perak, dan isteri2 /bidadari2 yg suci dengan mata yg jeli lagi, permata, mutiara, pakaian sutera hijau, (tempatnya /istananya masih kabur2 lagi - yg luas terindah spt kita dok tengok dalam filem2 fantasi sejak tahun 50'an, 60'an, 70'an, kuai dok perelok hinggalah keabad nih dgn lantai kaca see-tru air/sungai mengalir dibawahnya - masih tak pandai nak imagine keindahannya) yg pasti ianya tentu indah. pasti lebih indah dari the world's top palaces, top six/seven-star hotels - seperti burj di dubai, di milan, di switz, di macau dan soon the latest apeiron di dubai.
 
bagi julia (yg dah berumur 3thn+) syurga baginya penuh dgn buah strawberry (buah favourite dia), buah anggur, jus apple (jus favourite tokwan dia) - setakat tu saja yg dia boleh imagine.
 
bagi kawan arkitek paksu (yg berpotensi sgt kreatif) - rumahnya besar kawasan luas, garden dan interior design yg sungguh cantik - dan semua itu 'is already heaven to him'. bagitu juga dua orang kawan paksu di ampang dan di damansara heights, yg akui rumah mereka yg tersergam indah (dgn swimming pool lagi) 'is already heaven to them'.
 
malah yg kafir pun allah berikan lebih2 lagi syurga dunia kpd mereka, tapi tanpa hidayah. syurga yg disebut dalam bible mereka dilukis tak seindah tera mana sangat.

jawapannya, tak payah la kita dok imagine banyak2 sangat, sebab baru2 ni, paksu terbaca sebuah hadis qudsi, drpd abu hurairah r.a. sesungguhnya rasulullah saw bersabda, berfirman allah: 

maksudnya: aku sediakan untuk hambaku yg soleh (nikmat) yg tidak pernah dilihat oleh mata, tidak pernah didengar oleh telinga dan tidak pernah terlintas di hati manusia. diriwayat oleh imam al-bukhari, imam muslim, imam al-tarmizi dan ibn majah.
 
memang terhad imaginasi syurga di atas dunia nih, kerana allah tak kurnia daya imaginasi yg lebih2 kat kita, yg kita dapat cuma 1/99. nikmat yg lebih2 tuh dia simpan, dan kepada dia jua kita akan kembali.

wallahu-a'lam

Friday, November 16, 2012

HIJRAH LAGI

S empena maal hijrah 1434, rata2 kita dok dengaq ceramah2 ustaz suruh kita berhijrah dari yg baik kpd yg lebih baik. insyaallah - kita buatlah yg terbaik lagi tahun nih (eewah! bunyi macam peserta af atau masterchef je!).
 
walaupun bagaimana (kata kawan india paksu masa di vasiti dulu.. hihhi) elok lak kita recap pesanan ustaz2 di radio dan kuliah subuh tadi tentang ilmu.
 
pertama
dalam islam, kita perlu tahu ilmu2 nih: 3 tuntutan fardu ain
  •  ilmu tauhid
  •  feqah
  •  tasauf
ke-tiga2 ilmu ini ada arahan2 dan larangan2 nya. dan conclusionnya: utk mengenal allah - berzikir, beribadat - solat, puasa, zakat, haji; mohon ampun dan istighfar selalu - jg utk melembutkan hati n jauh dari bala.
 
firman allah:  supaya allah menegakkan yang benar itu dan menghapuskan yang salah (kufur dan syirik), sekalipun golongan (kafir musyrik) yang berdosa itu tidak menyukainya. anfal:8
 
kedua 
hadis yg diriwayat imam ahmad, imam nasa'i, imam hakim 
rasulullah pernah bersabda: terdapat 3 golongan manusia, diharamkan memasuki syurga, malah tidak tercium bau syurga.
  • orang minum arak, kekal meminum arak
  • anak yang derhaka kepada kedua ibu bapa nya
  • suami yang dayus
topik dayus - boleh ikuti ceramah ustaz kazim di youtube - diantara makna dayus diberi ialah:
  1. membiarkan isterinya berzina dan dia tahu isterinya berzina dan dia tak kisah.
  2. orang yg tiada menegah akan manusia lain drpd masuk atas isterinya (pegang, peluk, cium, berlakon).
  3. orang yg membeli ia akan jariah i.e. hamba perempuan yg menyanyi2 kpd segala manusia.
dan pernah juga paksu dengaq yg extreme2 lagi tentang dayus.

wallahu-a'lam

Saturday, October 20, 2012

36.3636 RINGGIT SEBULAN X 11 = KORBAN

M ai buat korban .. bukan banyak sangat pun !! satu tumpok, tak sampai 50 ringgit /bulan. qeta rosak boleh bayaq sekali guih pun. tukaq taya 2 bijik boleh pay cash. langgan paper tiap bulan boleh!? (tu pun mamak dok sungut ada kaki tak bayaq hutang paper dia).
 
dah ramai dah ustaz dok ceramah, "mustahil org dok makan gaji tak boleh buat korban". kalau buat tabungan tiap bulan. cukup sebelas bulan beli sebahgian. sungguhpun sunat muakad - buat dpt pahala, janji ikhlas kerna allah. insyaallah diberkahi allah.
 
firman allah:  supaya mereka menyaksikan berbagai manfaat bagi mereka dan supaya mereka menyebut nama allah pada hari yang telah ditentukan atas rezeki yang allah telah berikan kepada mereka berupa binatang ternak. maka makanlah sebahagian daripadanya dan (sebahagian lagi) berikanlah untuk dimakan orang-orang yang sengsara lagi fakir. - al-haj:28

sabda rasulullah saw: tidak ada satu amalan anak adam di hari-hari nahar yang paling allah sukai selain daripada menumpahkan darah (sembelih), kerana ia (binatang korban) itu akan datang di hari kiamat nanti dengan tanduk dan kukunya dan bulu-bulunya (sebagai saksi ke atas ibadah korban tuannya), dan sesungguhnya darah (binatang korban itu) akan tumpah di sisi allah di suatu tempat sebelum tumpah ke bumi, oleh itu pilihlah olehmu binatang terbaik (paling menarik) untuk dikorbankan. [riwayat al-hakim, ibnu majah dan at-tirmizi ]
 
menjelang raya korban, elok kita recap beberapa bab:
  • kelebihan 10 hari awal zulhijjah - sabda rasulullah saw: tidak ada hari yang amal soleh padanya lebih dikasihi allah selain daripada hari-hari yang 10 ini. para sahabat bertanya: walaupun berjihad di jalan  allah? rasulullah bersabda: walaupun berjihad di jalan allah, kecuali lelaki yang keluar (berjihad) membawa diri serta hartanya dan tidak kembali lagi selepas itu (syahid). [riwayat at-tirmizi]
  • 5 malam do'a mustajab -
    • malam jumaat
    • malam 1 rejab
    • malam nisfu syaaban
    • malam raya puasa/ 'idilfitri
    • malam raya korban/ 'idiladha
  • puasa sunat
    • 9 zulhijjah - hari arafah
    • 10 muharam
    • isnin khamis
    • 13+14+15hb tgh bulan
wallahu-a'lam

Friday, October 12, 2012

4 SOALAN BOCOR

kalau dah tau soalan tuh - just get prepared for the answers.
 
mai kita recap dan bermuhasabah diri dgn sebuah hadith yg disabda rasulullah yg bermaksud:
 
tidak akan terlepas kedua kaki seorang hamba itu semasa (berada di padang mahsyar) pada hari kiamat sehingga disoal kepadanya empat soalan.
  • tentang umurnya, dimanakah dihabiskan
  • tentang zaman mudanya, bagaimana digunakan
  • tentang hartanya, bagaimana diperolehi dan bagaimana digunakan
  • tentang ilmunya , apakah diamalkan dengannya .[ hadith riwayat imam al-tirmizi]
  1. UMUR nya - bagaimana kita menghabiskan nikmat masa yang allah kurniakan kepada kita. dimana yg lebih dihabiskan. iqtikaf dimasjid kah vs. ..., baca quran kah vs. ..., solat subuh berjemaah kah, solat tahajjud, dengar kuliah agama kah. sprt kata hassan al-basri ra. kami sempat bertemu dengan generasi yang waktu mereka lebih berharga dari dinar, emas dan perak.    
  2. ZAMAN MUDA nya - samada dipenuhi dengan ketaatan kpd allah atau dgn yg mungkar. orang muda  perlu mencontohi pemuda2 ashabul kahfi - berani mempertahankan aqidah dan agama s/pun di hadapan raja yang zalim yang memaksa mereka kembali kepada kekafiran. tok sah dok dengaq bisikan syaitan tu, utk penuhi nafsu. muda hanya sekali, enjoy dulu, buat maksiat, life begins at 40 etc. etc kemudian baru nak tobat nasuha!! salah tu. kan di syurga kita kan berumur 33 thn forever.
  3. HARTA nya - dari mana diperolehi dan bagaimana dibelanjakan, dari sumber halal or haram. spt pinjaman dgn ada unsur riba', judi, loteri etc. etc. dibayar zakat harta dak? kemana di sedekah atau diinfaq yg selebihnya?
  4. ILMU nya -  diperolehi apa yg diamalkan. mentaati allah, hormati ibu bapa, solat, zikir, fikir - segala yg tidak dimurkai allah. buat yg baik dan tinggalkan yg haram.
dah bersedia belum dgn jawapan yg akan diberi di mahkamah allah? - disaat mulut tak becakap, tapi tangan n kaki yg menjadi saksi.

spt firman allah:  pada waktu itu kami meteraikan mulut mereka (sejurus); dan (memberi peluang kepada) tangan-tangan mereka memberitahu kami (kesalahan masing-masing), dan kaki mereka pula menjadi saksi tentang apa yang mereka telah usahakan. yaasiin:65

wallahu-a'lam. 
     

Tuesday, September 25, 2012

NAMPAKKAN NIKMAT ALLAH vs. RIYA'

kadang2 terperasan juga org tu riya' dan takabur dgn menunjuk2 kereta barunya.
 
tapi dalam islam, mensyukuri nikmat allah adalah dengan menampakkan nikmat tersebut secara lahiriyah. kalau tuhan telah memberi kita rezeki yg lebih, maka nampakkan lah nikmat tersebut dalam makanan dan pakaian kita. bukan dgn cara menyombong diri atau utk mencari puji2an atau riya'.
 
spt firman allah:  dan terhadap nikmat tuhanmu, maka hendaklah kamu menyebut-nyebutnya (sebagai bersyukur kepadanya) - adh-dhuha:11
 
bersyukur cara nih ok asalkan tak membazir (kata ustaz di kuliah maghrib tadi).
 
teringat pula paksu dua situasi sahabat kita:
  1. ada orang koprat dok sponsor orang pi buat haji, drpd dia pi buat umrah berkali dgn package umrah berpuluh2 ringgit tuh! (moga diberkati allah)
  2. ada orang seronok simpan duit (dah 2 juta and accumulating) tapi kedekut pait. nak pi melancong pun dia tak mau. tambah pula nak buat umrah/haji lagi dia buat dek saja! (moga dapat taufik dari allah soon)
wallahu-'alam.
       

Friday, June 22, 2012

3 PERKARA X 4

kuliah subuh tadi ustaz recap bab hadis nabi saw dari abu hurairah r.a: ada 3 perkara/ amalan yg membawa kebinasaan, 3 perkara utk menjauhkan azab, 3 perkara utk meninggikan darjat,dan 3 perkara utk menghapuskan kesalahan/ dosa.

bawa kebinasaan:
  1. hawa nafsu jadi ikutan
  2. sombong + ujub
  3. kedekut
jauh azab:
  1. takut kpd allah - baik dlm keadaan sunyi @ ramai
  2. adil - w/pun dlm keadaan marah
  3. sederhana dlm perbelanjaan - baik ketika kaya @ miskin
tinggi darjat:
  1. bangun tahajud + berdoa ketika org lain sedang tidur nyenyak
  2. beri makan kpd org yg lapar
  3. beri salam
hapus kesalahan/ dosa:
  1. sempurnakan wudhu' - sekalipun kesukaran @ dlm keadaan sejuk
  2. melangkah kaki ke masjid utk solat berjemaah
  3. tunggu tiba waktu solat setelah selesai solat yg satunya.
wallahu-a'lam.

Wednesday, May 30, 2012

BERITA GEMBIRA

sekali lagi paksu terdengar tafsir al-quran yg disampaikan oleh ustaz zahazan di radio ikim. dlm kupasan nya pada ayat ttg azab yg timpa samiri yg mencipta patung anak lembu yg boleh bersuara (dalam surah taha:97). memang allah melaknatkan orang yg syirik dan dosa2nya tak akan diampun.

diantara perbuatan syirik yg ramai tidak sedari, ialah seperti opah membuat tangkal benang hitam, diikat ditangan anak/cucu kecil yg selalu menangis malam. nenek moyang (yg usia dah lanjut tuh) yg dok buat perkara spt nih harus sedar dan berhenti buat benda2 macam ni dan bertaubat nasuha lah. moga apa yg tersalah dan tidak disedari dapat diampun allah subhanahuwa-taala.

kerana selalu sangat diceritakan berita gembira kpd mereka yg beriman:

إِنَّ هَـذَا الْقُرْآنَ يِهْدِي لِلَّتِي هِيَ أَقْوَمُ وَيُبَشِّرُ الْمُؤْمِنِينَ الَّذِينَ يَعْمَلُونَ الصَّالِحَاتِ أَنَّ لَهُمْ أَجْرًا كَبِيرًا 17:9
sesungguhnya al qur'an ini memberikan petunjuk kepada (jalan) yang lebih lurus dan memberi berita gembira kepada orang-orang mukmin yang mengerjakan amal saleh bahwa bagi mereka ada pahala yang besar - al-isra:9

dan sampaikanlah berita gembira kepada mereka yang beriman dan berbuat baik, bahwa bagi mereka disediakan surga-surga yang mengalir sungai-sungai di dalamnya. setiap mereka diberi rezeki buah-buahan dalam surga-surga itu, mereka mengatakan: "inilah yang pernah diberikan kepada kami dahulu." mereka diberi buah-buahan yang serupa dan untuk mereka di dalamnya ada istri-istri yang suci dan mereka kekal di dalamnya - al-baqarah:25

wallahu-a'lam

Thursday, May 03, 2012

LEBIH CINTAI ALLAH DAN RASULNYA

semalam, kuliah maghrib ustaz sheikh alaud recap kata2 al-habib umar (sanad nabi saw yg ke 37 -  yg jelajah dakwahnya di malaysia) dari yaman, yg selalu menekankan ayat al-quran surah at-taubah: 24 yg bermaksud -

katakanlah (wahai muhammad): jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, - (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada allah dan rasulnya dan (daripada) berjihad untuk agamanya, maka tunggulah sehingga allah mendatangkan keputusannya (azab seksanya); kerana allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka). At-Taubah:24 

kalau kata duniawi, kita dok nampak harta, duit ringgit saja - padahal ianya merangkumi kesemuanya yg ke lapan2 benda yg disebut dalam ayat diatas. jika ke 8-lapan nih kita cinta lebih dari allah dan rasulnya ... tunggulah! so, tok sah lah kita tergulung dari orang2 yg fasik. na'uzubillah.

biarlah kita berkeinginan nak tengok wajah allah dan wajah nabi. seperti kisah para sahabat nabi yg sentiasa mahu bersama nabi, menatap wajah nabi, apabila di syurga nanti. kata mereka: wahai rasulullah, kami tidak mahu berpisah denganmu. sesungguhnya jika engkau mendahului kami, engkau pasti dapat tempat yg lebih tinggi bersama para nabi lain sehingga kami tidak akan dapat melihatmu.

lalu allah turunkan ayat2 ni:
dan sesiapa yang taat kepada allah dan rasulnya, maka mereka akan (ditempatkan di syurga) bersama-sama orang-orang yang telah dikurniakan nikmat oleh allah kepada mereka, iaitu nabi-nabi, dan orang-orang siddiqiin, dan orang-orang yang syahid, serta orang-orang yang soleh. dan amatlah eloknya mereka itu menjadi teman rakan (kepada orang-orang yang taat).
yang demikian itu adalah limpah kurnia dari allah; dan cukuplah allah yang maha mengetahui (akan balasan pahalanya). - al-nisa':69-70

taati lah , takuti lah dan minta lah kepada allah, semoga kita ditempatkan di syurga bersama2 mereka yg telah dikurniakan nikmat olehnya. amin.

wallahu-a'lam

Friday, April 20, 2012

RISALAH AL-MA'UNAH

ini bukan risalah militant tuh! ini kitab kecil bab ibadat sembahyang. ustaz ali recommend beli satu. dalam dok cari2 kat pekan rabu, rupa2nya paksu dah ada kitab nih - cuma tak familiar dgn tajuk dia.

ustaz ali selalu menasihati supaya sembahyang kita biaq la lendit. fatihah nya, doa2nya, tokmaninahnya biaq la sempurna, baru la mai khusyuk bila sembahyang.

dulu masa kecik2 kita dah diajar - baca doa waktu iqtidal - sami'allahu-liman-hamidah - rabbana- lakahamdu {kiv dulu dalam tulisan arab nya .. ok?} kata nya, dah tua2 nih eloklah ditambah lagi (spt di dalam risalah nih) yg bermaksud .... yg memenuhi langit dan bumi, dan memenuhi barang yg engkau kehendaki drpd sesuatu kemudian (drpd keduanya).

begitu juga ustaz qadri dlm muqadimmah siaran radio kedah fm. taklimul-quran pagi jumaat lalu @ 9.15pagi. berpesan supaya elok tambahkan doa ketika dibaca masa tahayat akhir (tasyahud). ini pun ada dalam risalah nih - yg bermaksud ... ya allah, ampunilah dosa ku yg telah lalu, dan yg terkemudian, dan yg tersembunyi, dan yg ternyata, dan yg terlajak, dan yg engkau ketahui dgnnya daripada ku. engkau lah yg awal dan engkau lah yg terakhir, tidak tuhan melainkan engkau. wahai yg membalik2 segala hati (ya allah). tetapkanlah hatiku atas agama engkau. dan atas taat akan dikau, maha suci engkau (ya allah) bahawasanya aku adalah drpd orang2 yg dzalim. {kiv dulu yg arabnya ... bila syenang2 buat, paksu akan postkan .. insyaallah}

wallahu-a'lam  

Friday, April 06, 2012

ADAB2 DALAM SEMBAHYANG

sembahyang adalah satu amalan yg terpenting dalam menegak syariat islam, kalau dibanding dgn ibadat puasa, zakat, n haji. jadi, kita hendaklah berhati2 dalam menjaga adab2 bila menunaikan sembahyang. mai kita recap  apa dia adab2 dalam sembahyang tuh (yg sempat paksu recap dlm kuliah subuh pagi tadi). di antaranya:
  1. ikhlas - bukan dipaksa, bukan nak menunjuk, bukan nak ambik hati org2 tersayang - semata2 kerana allah ta'ala
  2. segerakan - pada awal waktu - jgn dikumpui2 bila nak habis waktu nak disambung dgn waktu satu lagi. spt ujung waktu zohor sambung dgn masuk waktu asar, kecuali kalau uzur. istilah dia: "jama' suri"
  3. jgn berebut2 (kelam kabut) - baik masa persiapan nak pi masjid, masuk masjid, maupun masa sembahyang. kata sorang ustaz tasauf: kalau sembahyang tu biaq lah betui2 lendit
  4. khusyuk - walau pun berat tapi kena buat, buat, buat seboleh2nya (ada cerita sahabat nabi suruh cabut anak panah dari kaki dia semasa dia sembahyang. kerana khusyuk sembahyangnya sampai tak rasa sakit bila di cabut) 
  5. berjemaah - yg baiknya di masjid bg orang lelaki
  6. yg sunat - sunat2 rawatib lebih elok buat di rumah
  7. pakaian - baiknya yg bersih, tak tertanggung najis (cek sama seluar dalam tuh). bagi org lelaki disunatkan pakai bau2an wangi, tapi bg org pompuan tak leh pula pakai wangi2an bila pi sembahyang di masjid, sebab nanti timbui fitnah
  8. berdiri selagi mampu - jgn sembahyang duduk. kecuali la kalau sendi2 pinggang, lutut, kaki ada problem sgt.
  9. bila ruku' - biar bongkok belakang sama parallel dgn lantai - jgn separuh ruku' n so on. bagitu juga dalam sujud - biar ke7 tujuh anggota kita kena tanah/lantai/sejadah/carpet etc
  10. bila imam baca surah2 yg ada sebutan 'mentasbih' spt surah a'la - sebut "subha-na-rabbial-a'la" dan sebelum meng'amin'kan fatihah "rabbigh-firli-wali-walidai-ya". kalau ada mengenai siksa neraka dsb - "allahuma-inni-na'uzubika-min-zalik" menandakan kita khusyuk dgn bacaan2 imam
  11. selepas solat - baca la warid2 yg diajar rasulullah. spt allahuma-anta-salam ... astaghafirullah ... lailaha-illallahu-wahdahu-syarikalah... allahuma-'inna-'ala-zikrika ... ayat kursi  ... dsb
sungguhpun amal ibadat yg kita duk buat bertahun2 (maupun 500 tahun - ada satu cerita - baru sama dgn nikmat sebelah mata yg allah bagi) tak gerenti kita boleh masuk syurga straight, kecuali dgn mendapat rahmat allah

wallahu-a'lam

Friday, March 23, 2012

LAGI PESANAN

kuliah subuh pagi tadi ada di ceritakan 10 pesanan mujaddid imam ghazali ttg hidup di dunia: (imam ghazali merupakan mujaddin yg ke5 yg meninggal dunia pd tahun 505H)
  1. jadikan dunia ini sbg api yg menerangi kegelapan - tidak sbg membakar sampai merosakkan
  2. anggapkan dunia kita sbg jambatan dlm persiapan kita di hari akhirat
  3. sibuk tentang diri sendiri hingga tak sempat berfikir 
  4. berjuang pd jalan allah agar malaikat mengiringi kita
  5. berkawan lah dgn para jemaah yg bersolat jemaah di masjid moga menjadi saksi dihari pengadilan
  6. didik lah anak semoga jadi anak yg soleh dan solehah kerana mendidik anak adalah amanah
  7. mentadbir harta dan anak2 (both perhiasan dunia) dgn baik. kerana harta dan anak2 boleh mendorong kpd fitnah
  8. bersedekah atau berinfak ke jalan allah
  9. ingatlah bila tidur mlm tuh entah boleh bangun keesokan hari atau tidak. could be the last sleep (kerana roh [rohul-ya-qozah] akan keluar merayau2). oleh itu, kenangkan dan bisik terima kasih (esp kpd isteri/ suami), berzikir dan berdoa (malah sunat berwuzuk) sblm tidur, dan berdoa syukur bila bangun
  10. ingat akan mati - (ingat akan bekalan kita cukup dak utk ke alam2 seterusnya
wallahu-a'lam
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...