Kenapa mengeluh?

5/14/2016 11:43:00 am

Assalamualaikum...

Kejayaan. siapa yang tak nak berjaya dan impikan sebuah kejayaan buat diri dia dan keluarga. tapi, nak berjaya ni bukannya senang. kejayaan bukan datang bergolek tanpa ada usaha dari diri kita sendiri. bila kita dah berusaha tapi kita masih tak berjaya lagi, sabar. Allah ada perancangan yang lebih baik buat diri kita. tak pernah Allah nak tengok hamba dia dalam kegagalan ataupun lemah. cuma, kejayaan yang kita impikan tu Allah bagi lambat sikit dari orang lain.

Mungkin kita akan rasa kecewa dan rasa macam tak guna lagi aku nak berusaha dan kau putus asa. ya, memang perasaan macam ni muncul bila apa yang kita harapkan tak dapat. tapi ingat, setiap apa yang Allah aturkan untuk kita tu tersangatlah indah. mungkin kita tak nampak lagi hikmah dia sekarang tapi untuk masa akan datang, In Shaa Allah kita akan nampak. gagal sekali bukan bermakna kita gagal untuk selamanya. ingat! Allah sentiasa ada bersama dengan kita, mintaklah pertolongan daripada Dia.

Bila tengok orang lain berjaya, kita pun teringin nak jadi macam tu jugak. sebelum tu, cuba fikir dan tengok diri kita dulu. mungkin ada yang kurang yang buat kita tak dapat capai apa yang kita nak tu. mungkin kita kurang berusaha, belajar pun main-main. ataupun, kita dah berusaha bersungguh-sungguh dan bila belajar pun sanggup bersengkang mata sebab nak pastikan dapat keputusan yang elok dan baik tapi dalam masa yang sama kita lupa sesuatu. kita lupa yang tugas kita sebagai seorang hamba kepada Sang Pencipta.

Cuba fikir balik semula. mungkin Allah nak sedarkan yang kita ni makin lalai dan lupa akan tanggungjawab sebagai hamba Allah. contohnya, selalu lengahkan waktu solat. dah nak masuk waktu asar baru kita kelam-kabut nak solat zohor. macam mana nak dapat keberkatan macam tu? cuba fikir balik semula semua yang kita pernah buat. entah-entah dalam tak sedar kita pernah lukakan hati ibu atau ayah kita. semuanya bermula dari diri kita sendiri.

Ingat baik-baik yang kegagalan tu bukan bermakna kau seorang yang gagal. cuba bangun semula kerana Allah dan tetapkan niat belajar tu kerana Allah. takpe, kita mula dari bawah semula sebab tak salah pun dan Allah tak marah pun. malah, dengan cara ni usaha kita akan berlipat kali ganda. Allah pandang usaha kita tu bila kita berusaha untuk dapatkan sesuatu kerana Allah. tak rugi pun bila kita gagal sebab kita boleh muhasabah balik diri sendiri.

Takpe, biar orang lain pandang kita ni rendah atau mengata kita. betulkan balik niat dan pekakkan je telinga dengan apa yang orang kata tentang kita. dan dalam masa yang sama lipat gandakan jugak ibadah kepada Allah. Allah bukan saja-saja nak bagi kita gagal, Dia tahu yang kita mungkin akan mendongak ke langit tanpa pandang ke tanah bila dah berjaya sekali. dengan cara ni Dia nak kita sedar siapa diri kita. tak selamanya kita berada di bawah dan tak selamanya kita berada di atas. semuanya atas ketentuan Allah SWT.

Apa yang aku tulis ni untuk bangkitkan balik semangat aku yang dah hampir hilang. maafkan salah silap aku. yang baik datang dari Allah dan buruk dari diri sendiri yang lemah. Wallahualam.

Sekian, wassalam :)

You Might Also Like

0 budak comel