Disebabkan masalah kerabunan yang telah lama menghantui diri
kakak ni, jadi kakak ambil keputusan nak buat lasik la konon2. Korang mesti
taktau kakak ni rabun sebab kakak tak pernah pakai spek mata. Kakak hanya
sesuai pakai contact lens sahaja. Mula disahkan rabun lepas balik LI time
belajar Diploma dahulu kala. Waktu tu salin nota kat whiteboard, akan
tertinggal formula yang ditulis guna marker merah. Partner kakak LMY akan komen
"Miss Fid, u punya formula salah. U tak copy betul2 nih". Waktu tu
baru sedar yang kau dah rabun sebenarnya.
Selepas pecah tabung ayam & timbang barang kemas, kakak
pon ajak Abang Jamil pergi test mata sesuai ke tak nak buat lasik ni. Sebab
ngam dah hujung tahun kan. Targetnya lepas tutup akaun, bolehlah MC lama sikit.
Tempat ni buat promosi RM5588 untuk 2 belah mata. Kakak pakai contact lens dah
masuk tahun ke 25 kau tau tak? Boleh celebrate Jubli Perak dah..
Mula-mula, optometrist akan uji dulu mata sesuai tak untuk
buat lasik. Dia scan guna 4 jenis mesin canggih. Ada yang gambar belon, ada
gambar kotak2, ada yang kemain silau. Siap test baca huruf E F P T O Z kat
dinding tu sekali.
Lepas test, dia kata:
"Okay..kornea u cantik untuk orang yang dah lama pakai
contact lens. Mata u sesuai buat lasik..tapi kita kena remove lebih sikit
kornea untuk betulkan power. U kena add on sikit RM2999. So, total dalam RM8600
macam tu. U boleh bayar installment guna credit card 12 bulan zero interest.
Kalau u takde kad, boleh guna sedara mara punya kad tapi time nak swipe,
cardholder kena hadir". Fuhhh...sekali je dia hembus bagitau harga.
Hahaaa...
Kakak cakap, payment jangan risau. Kalau orang takde duit,
dia takkan datang u punya centre ni...
"Atau you nak jumpa doktor dulu tak? Sebab tadi kita
scan mata depan je. Kalau nak full scan, kena jumpa doctor dan kena bayar
RM100”
Okay, boleh. Nak jumpa doctor.
Sebelum masuk jumpa doctor, dia akan titik ubat untuk
besarkan anak mata. Penglihatan kau akan kabur 4-6 jam. Kau tenyeh2 pon tak
nampak beb..terus rasa takut sebab tak nampak.. Doktor scan guna mesin kecil je
tapi canggih.
Soalan paling kelakar, “dah berapa lama tak gosok2 mata?”
hahahaa…
Dah lamaaaaa….saya rasa saya tak pernah genyeh mata. Dah
terbiasa sejak mula-mula pakai contact lens.
Kembang Kakak waktu doctor puji kornea cantik. Tapi kornea cantik tak menjamin penglihatan cantik juga.
“Saya kena bagitau. Kalau awak nak buat lasik, kemungkinan
selepas penglihatan pulih, awak akan ada masalah untuk membaca atau tengok
laptop sebab rabun dekat akan muncul. Sekarang ni rabun dekat tak berapa ketara
sebab dibantu oleh power rabun jauh. Tapi bila rabun jauh dah dibetulkan, rabun
dekat dah takde bantuan power dari mana-mana mata. Saya taknak nanti lepas
sebulan, awak complaint kenapa lepas lasik terus tak boleh membaca”
Owh…kalau ada rabun dekat tak boleh dilasikkan sekali ke?
“Tak boleh..rabun dekat setakat ini tiada teknologi lasik.
Memang kena guna spek mata”
Okay Doktor..saya balik fikir dulu ye...
Tujuan utama buat lasik, taknak pakai spek langsung. Nanti
rabun jauh takde, rabun dekat kena pakai spek jugak lebih baik pakai je spek
terus kan.. Kesimpulan yang kakak boleh buat, kalau umur kau muda remaja,
sesuai la buat lasik ni. Kalau umur dah masuk fasa rabun dekat, kau enjoy jelah
terima hakikat kerabunan..hahaa..
So, I am 10 thousand richer than yesterday...
No comments:
Post a Comment