May 24, 2011

Kenduri Kahwin

Ada lagi 4 hari nak sampai tarikh kenduri kahwin adik aku nie..Kami ni xde catering2. Semua buat sendiri.So, keje mcm banyak la gamaknya. Skang ni semua tgh bz menyiapkan apa2 yang patut. Nanti aku hapdet pic2 yang berkenaan ye. Tungggguuu....

May 19, 2011

Nasi Beriyani Gam

Entri pasal makanan lagik. hehee..dah tiap2 minggu out station. Makanan jelah yang menjadi buruan.

Okeh, waktu ikut En.Suami pg keje kat Batu Pahat aritu, sementara tggu dia pg keje, aku yang duk dlm bilik otel ni kejenya mengugel tmpt makan je. Duk lam ekon, mmg la perut ni asek bergelodak je lapo. kira2 dlm sejam dh nak abes time keje, En.Suami akan anta sms "balik kang,kita trus pg makan ye..pas makan senang leh lepak trus..letih.."

Gugel pny gugel, jumpa la banyak org blog kan pasal Nasi Beriyani Gam kat BP tuh. Antara yang terkenal adalah Nasi Beriyani Md.Shah kat ngan Hospital Pakar Putra. dekat sangat ngan hotel ktrg. So, misi mlm tu adalah ke situ...




Anak ini sedang sibuk menghalau kucing2 yang ada kat situ.
Medan selera la katakan....

Hehee...seperti biasa..takdolah sodap sangat..buleh la kalau nak ngisi poghot yang lapa nih. Kalau nak mengulang, takdo do..huhuu...tp murah la. makan 2 org beriyani gam ayam + air, kena byr RM13 je...jadik la..alhamdulillah...

May 14, 2011

Asam Pedas Johor

Penah makan asam pedas Johor?


asam pedas johorMinta maaf..tak sedap!!

1st time rasa dah kelaut..org citer kemain la asam pedas Johor. Napelah dorang meniaga kalau makanan dorang takde rasa..bukan semua org dikurniakan bakat memasak. Janganlah nak menganiaya org lain. Dah cukup ilmu br la boleh bukak kedai. Pandangan pertama ttg asam pedas johor sudah kecundang.

Memang betul asam pedas Johor sedap?? buktikan!!

May 12, 2011

Johor Bahru.....

Bulan 5 nie asek kena outstation je..bergilir2..pas isteri,suami,isteri lagik..hehee..Mula2, kami pg JB. Oleh kerana kejenya wiken, so bolehlah bawak family. Jumaat tu pas abes ofis hour, trus shoot pg JB. campur jammed ngan R&R, kul 10.30 ktrg smpai hotel. Mandi2 sket, trus tido. letih..huhuu...

Gambar ni En.Suami yang snap time matahari naik pagi tu. Ktrg punya bilik kat tingkat 24. kemain tinggi. nak pegi dekat ngan tingkap pon seriau. :)

Ni wajah baby aku time pepagi turun breakfast. Oleh kerana kul 8.30pg aku dh kena pegi ofis kat JB, kul 7.40 camtu ktrg dah de kat coffee house tuk sarapan. Kena isi perut dulu terutama En.Suami. maklumlah kena duk dalam bilik sampai la aku abes keje. hehee..cian..



Ha, ni gambar dekat Stulang Laut tue. Time ni dah abes waktu keje aku. Balik je dr ofis, siap2, trus kua. Sian kat ayah & anak nih. bosan je duk menunggu dlm bilik..

nampak tak kami bertiga tu?hehee..

ni gambar aku ngan Akeef naik musical cup tu kat Danga Bay. Akeef memula kemain bising nak naik. Asek membebel je..bila dah bawak naik, sunyi sepi..gayat agaknya..sama mcm ibu.. :)

berembun anak malam2..cuma harap xde pape la time tue..

excited tgk org men tikam2, aku pon join gak..

tukar RM10..men baling2 bola pingpong bia masuk lubang..hahahaa...dapat la hadiah mengarut2..

muka baru bangun tido + gusi gatal..

danga bay stulang lautpas balik dr Danga Bay, ktrg pg jumpa kawan En.Suami..so, dia bawak makan kat Angah&DC..sampai sudah aku tatau pe makna DC tue..tp makanan western ni mmg bajet..sesuai la utk kita yang dah makan banyak2 ni kan..rege chicken chop dia RM5 je..terbaek...

Telur Masak Kicap

Arini aku nak bagi resepi lagik.hahahaa...mesti bengang je tgk tajuk entry nih.Aku nak bagi resepi telur masak kicap..ececeehh...mesti ada yang tau nak buat kan.ni kira resepi yang dah upgrade sket.bukannya goreng telur mata pastu tuang kicap.mesti korang selalu wat yang mcm tu kan?hahaa..berangin je aku ckp camni kan..

Resepi dia mmg la sama. kena goreng telur mata kerbau dulu. terpulanglah bape biji korang nak jamu selera. Pastu, guna minyak yang sama just kuarkanlah sket. Kang berladung2 lak minyak. Bila minyak dah panas, campakkan bawang besar yang dah dipotong dan cili merah yang dah dipotong. Aku tambah cili api sket. Biasalah, kat umah ni xde yang makan benda tak pedas. Keturunan masak lomak la kan. Bila dah bau wangi, baru la korang tuang kicap dalam kuali tu. Cam aku guna kicap lemak manis + kicap pekat sket. So, xyah la ubuh garam. Ada org ubuh air asam jawa dalam resepi ni. Tapi mak, nan ado...Pas bia mendidih sket, boleh la tutp api dan tuang atas telur2 yang dah digoreng tadi. kalau emergency leh la guna resepi ni...

Kebetulan adik aku baru balik dr KK. dia ada beli ikan masin keropok nie. Sedap layan nasik panas2 + telur masak kicap + ikan masin keropok.. waahaa... pastu tersandar kekenyangan.. alhamdulillah...

sapa kata memasak tu susah? hehee...


May 3, 2011

Swimming Lessons Part 1

Anak saya dah mula menceburkan diri dalam bidang main air. hehee...kalau kat rumah, bz nak mandi shower. Bila dah mandikan, nak angkat keluar, kemain la susah. Meronta2 nak masuk balik dlm bilik mandi.

Aritu waktu pg Penang, sempat la turun pg pool kat bawah hotel. Baru je turun, ujan pon start turun gak. Rintik2 lg time tu. Tapi bila melihatkan muka anak yang sangat excited tgk air yang banyak, tak sampai ati lak tak bagi dia rasa jap. First time tgk kolam renang. Maklumlah, aku ni jenis berpantang lama. Selagi tak rasa anak ni mampu tahan sejuk2 ni, selagi tulah xdenye aku nak bawak pg tempat2 sejuk ni. Skang dia dah 9 bulan, so rasanya boleh dah dia try benda2 sejuk ni sket kot.

Mula2 cam takut je dia nak duk kat tangga kecik tue..kemain rapat sandar kat Ayah.

dah start nak panas..dah boleh senyum2 bila dudukkan dalam kolam tue..

agak2 Akeef pandang minta Ayah lepaskan dia kot..huhuu..

sayang Akeef..... :)

Pasni, kalau nak jalan2, mmg kena cari hotel yang ada swimming pool la nampaknya..manalah tau prektis2 leh jd jaguh renang ke kan..hehee..amin...

May 2, 2011

Nasi KandaQ Line Clear

Nak buat entri potong2..letih rasanya nak menaip pepanjang..hehee...

Kalau pg Penang, mesti la kena makan nasi kandar Line Clear..kalau tak, xyah citer la pegi Penang kan..hahaa..cam berlagak ayat nih!! Pas bershopping jeruk kat Chow Rasta, seperti biasa, penat + panas + ramai orang = nak balik hotel..hehee..tgk jam dah kul 1 petang,perut pon dah lapar balik..jadi,nasi kandar lagik..

Pusing area Komtar 2,3 kali sbb sesat asek salah lorong je. Penang ni semua nak one way konon2. Jadi, sesat adalah biasa bagi 'pelancong' macam kami. Jumpa je jalan yang betul, suh En.Suami & Akeef tunggu jap, Ibu pg tapau kay. Ingatkan kejap sbb dulu2 kalau pegi, laju je leh siap. Sampai2 je dalam kedai....tarraa....

Waktu sampai tu aku kira ada 9 org depan aku. Kalau sorang 2 bungkus, 18 kali la nak tunggu mamak ni bungkus. tu kalau 2, kalau sorang bungkus 5,6 bungkus..huhuu...lenguh kaki beratur.

Ane ni mmg dari dulu dia la yang tukar siapkan order. Slow je dia buat keje..sabar jelah!!
Dekat 20 minit beratur baru tiba giliran.
Pas bungkus, cepat2 pegi balik ke keta sbb dh nak dekat kul 2 dah..takut Akeef dah ngamuk lapar dlm keta..tgk2, dia relax je men gelak2 ngn Ayah..

Taddaa...
ni nasi untuk En.Suami
Nasi + Ayam Goreng 1/4 (mcm biasa..hehee..) + Sayur Kubis (tak nampak sbb dh kena timbun)
RM 6.50 je..

Ni Ibu punya...waahhh...cam meriah ngan kari..
Nasi + Sotong (2 ekor + besaQ) + Bendi (liat sket)
RM 7.90 je..

total tuk lunch ni RM14.40..huhuu...sotong tu siap bg sekor kat En.Suami sbb besar..best giler sbb puas hati dpt makan sotong kemain besar dan lembut..

*pas je suapan pertama, En.Suami cakap "ha,ni baru la betul2 rasa makan nasi kandar.." nama pon nasi kandar line clear kan..mesti mari!!!

LASIK - PEMBEDAHAN PEMBETULAN PENGLIHATAN

Disebabkan masalah kerabunan yang telah lama menghantui diri kakak ni, jadi kakak ambil keputusan nak buat lasik la konon2. Korang mesti tak...