Are you freakin' kidding me??? |
Sebagai rakyat Malaysia yang mahukan yang terbaik untuk negara, gua lagi suka refer diri gua sebagai rakyat Malaysia berbanding orang Melayu Malaysia. Maka, oleh sebab itulah gua agak kritikal dengan golongan ultra-Melayu seperti budak-budak PERKASA, geng-geng Biro Tatanegara dan orang-orang Melayu yang bermati-matian memperjuangkan ketuanan status 'Bumiputera'.
Source: FOA |
Okay. Gua dah dapat rasa budak-budak keyboard warriors, ultra-Melayu dah start nak hentam gua. Chillax. Hold your horses. Bagi gua masa untuk terangkan pendapat gua.
Mengikut pemahaman gua, kontrak sosial yang telah ditanda-tangani oleh wakil semua kaum di Malaysia mempersetujui bahawa golongan Bumiputera adalah golongan yang diberi keutamaan dalam pembangunan kerana golongan ni yang paling ketinggalan antara kaum-kaum lain.
Niat asal kerajaan pada masa itu adalah untuk bagi peluang golongan Bumiputera untuk catch up dengan kaum-kaum lain dalam bidang ekonomi khususnya. Dan untuk memberi keyakinan orang Melayu yang hilang setelah dijajah selama lebih 400 tahun.
Sampai sekarang, kontrak sosial ni masih diteruskan dan alhamdulillah peristiwa 13 Mei tidak lagi berulang. Bangsa Melayu semakin bijak, berkeyakinan dan ramai yang sudah berjaya. Meskipun orang Melayu masih bukan kuasa dominan dalam ekonomi Malaysia, orang Melayu perlu akui bahawa mereka sudah jauh berkeyakinan dan berani berbanding 53 tahun yang lepas.
Untuk pengetahuan semua, ekonomi Malaysia masih berada di takuk yang sama sejak tahun 1990 - tahun pelancaran Wawasan 2020. Kita masih berada di kelas 'middle upper income' dengan pendapatan perkapita sekitar USD8260 - berbanding USD15500 untuk menjadi negara berpendapatan tinggi. (Baca)
Dude, yang ghairah sangat nak jadi negara maju ni apahal?
Well, jadi negara berpendapatan tinggi bermakna korang akan menikmati kualiti dan taraf hidup yang lebih tinggi. Korang takkan dapat gaji permulaan RM2000 dengan bekerja sebagai jurutera. Korang takkan dapat servis broadband yang slow macam siput, takkan kerja 60 jam seminggu untuk gaji RM3000 sebulan dan akan dijanjikan kenaikan pangkat berdasarkan produktiviti kerja korang.
Yelah...gaji naik pun kalau harga barang naik, apa guna beb?
Masa ni la Bank Negara kena bertindak untuk mengawal kadar inflasi negara. Kenaikan gaji sebanyak 10% sepatutnya boleh meningkatkan 'purchasing power' korang sebanyak 5%. (Baca) .Korang akan jadi kaya 'sikit' dari sebelum ini. Hati-hati. Jumlah 'sikit' ni besar nilainya bagi golongan proletariat.
Sekarang kita dah tau kenapa pentingnya jadi negara berpendapatan tinggi.
Gua rasa sudah sampai masanya semua orang Malaysia bekerjasama, berganding bahu untuk memajukan negara.
Sudah sampai masanya kita hapuskan kronisme. Sudah sampai masanya kita mengamalkan sistem meritokrasi dalam beberapa bidang tertentu, bukan sistem kuota. Sudah sampai masanya kita liberalisasikan ekonomi. (Baca). Sudah sampai masanya kita berhenti berkata "aku Melayu, lu Cina, ko India".
Dude, ko cakap senang la..Melayu dah la makin terkebelakang dalam pendidikan dan ekonomi. Ni kalau diserahkan kuasa politik, apa lagi yang kita ada?
To all pessimist out there, do me a favor please. Would you please jump off a cliff already? And to all racists out there, masa korang sekolah agama dulu pernah belajar tak pasal 'husnus-zann' dalam subjek Akhlak? Yang buruk sangka kat orang lain apahal? Buang lah prejudis terhadap kaum lain. Grow the fuck up.
Gua cuma berharap untuk sementara, kita lupakan ketuanan Melayu, status Bumiputera and all that shit. Bila kita terlalu obses dengan semua tu, seolah-olah kita akan layu terkulai tanpa kuasa sosio-politik. Semua ni menggambarkan seolah-olah kita paranoid dengan kemungkinan kehilangan kuasa.
Mana keyakinan kita, beb?