"Untuk Respon Pantas, WASAP Je Kak Engku"

019 2077 643 (Nak Tanya Soalan)
019 366 7525 (Nak Order Barang)
KEPAKARAN Kak Engku adalah membantu Mama semua untuk mendalami dan mempratikkan ilmu Kehamilan, Berpantang, Penyusuan Dan Penjagaan Bayi secara online agar Mama lebih bersedia, sentiasa ceria dan teruja sebelum dan selepas kelahiran. Di samping menyediakan khidmat nasihat berkaitan barangan keperluan berpantang dan set bersalin yang pratikal digunakan dengan harga yang Murah dan Semestinya ORI.
Showing posts with label Panduan Berpantang. Show all posts
Showing posts with label Panduan Berpantang. Show all posts

28 April 2020

Hospital Bag - Bawa Yqng Perlu Sahaja

PERSIAPAN KE HOSPITAL
(Hospital Bag - Bawa Yang Perlu Sahaja)

Barang-barang keperluan yang perlu dibawa ke hospital sebaik-baiknya sudah tersedia 2 minggu sebelum tarikh dijangka bersalin.

Seelok-eloknya asingkan barang keperluan ibu dengan barang keperluan bayi di dalam 2 beg yang berbeza. Sediakan juga senarai semak bagi memastikan tidak ada barang yang tertinggal.

Untuk Senarai Hospital Bag, Jom Tonton Video Kak Engku.

Psstttt: Tolong SHARE Juga Pada Kawan Kawan Yang Sedang Peknen Ye.

https://youtu.be/sHZg4NHURNE


28 October 2019

Pentingnya Penjagaan Diri Semasa Pantang Bersalin


Aspek penjagaan diri bagi ibu-ibu bersalin semakin dipandang remeh dan diambil ringan oleh ramai wanita hari ini, terutama amalan berurut, bertuam, bertungku, bertangas dan berbengkung atau berbarut. Tidak dinafikan amalan tersebut agak leceh, tetapi kesan dan hasilnya berpanjangan. Sekiranya penjagaan diri semasa dalam pantang diabaikan, kesannya mungkin tidak serta-merta. Namum, apabila melalui kelahiran yang banyak, usia pula meningkat, daya tenaga semakin menurun, barulah terasa lenguh-lenguh dan bisa urat, sendi serta otot, sakit pinggang dan kebas tangan. Apabila keadaan sedemikian berlaku, kebanyakan ibu menjadi dingin dan lemah tenaga batin.
..
Secara umumnya, wanita yang melahirkan anak berdepan dengan risiko peranakan rendah atau rahim turun. Ini kerana otot pelvis atau tulang kajang akan merenggang akibat peneranan yang kuat semasa proses melahirkan. Jika tidak dirawat dari awal, keadaan tersebut boleh menjadi penyebab kepada masalah kerap membuang air kecil atau terkencing apabila batuk, ketawa atau bersin. Jika kelahiran berulang, otot faraj akan semakin longgar sehingga mengakibatkan terjadinya prolaps atau keluar tombong.
.
Secara fizikal, keadaan urat saraf dan luka kelahiran sama ada secara normal atau pembedahan tidak banyak berbeza. Cuma luka kelahiran secara pembedahan adalah lebih ketara dengan kesan bukaan pada abdomen, tempat di mana bayi dikeluarkan, manakala ibu yang bersalin normal hanya mengalami luka di mulut rahim atau mulut faraj.
.
Ramai wanita hari ini mengganggap bersalin secara pembedahan tidak meninggalkan kesan longgar pada saluran faraj atau kesan lain pada peranakan, lalu sewenang-wenangnya memendekkan jangka masa berpantang. Dengan itu, jimak dimulakan dengan lebih cepat. Seyogialah diingatkan bahawa sebenarnya, bersalin secara pembedahan memerlukan lebih perhatian perubatan tradisional berbanding bersain secara normal.
.
Walaupun keadaan darah nifas mengering dan ibu sudah boleh bersuci dengan mandi wajib bagi menjalankan ibadah seperti solat, tetapi tidak semestinya boleh menunaikan tanggungjawab sebagai isteri dengan melakukan jimak. Ini kerana seluruh peranakan masih bengkak dan luka jahitan masih mentah. Bagi memulihkannya dengan sempurna, satu jangka masa yang panjang diperlukan, iaitu sekurang-kurangnya 60 hari. Sebaik-baiknya, setiap ibu bersalin menunggu sehingga melepasi hari yang ke 100 agar seluruh anggota peranakan pulih seperti sediakala, dan sekaligus dapat menjauhi masalah penuaan sebelum masanya. Bagi yang bersalin normal, ilmu perbidanan Melayu menekankan bahawa tempoh berpantang selama 60 hari adalah amat penting untuk memilihara mulut rahim serta seluruh peranakan yang masih lemah dan mentah.
.
Terdapat juga wanita yang mulai berjimak selepas dua minggu bersalin apabila darah nifas sudah kering kerana menurut kefahaman dan nasihat perbidanan moden. Walaupun persetubuhan dilakukan secara lembut, aktiviti tersebut akan mengganggu urat saraf peranakan yang menegang apabila mencapai inzal. Ketegangan urat saraf akan menyebabkan bentan urat, manakala gerakan kucupan mulut rahim akan membuka kesan luka bersalin yang masih dalam proses penyembuhan. Keluaran darah nifas yang lebat atau tumpah darah sering berlaku, sama ada dalam kalangan ibu bersalin normal atau secara pembedahan. Luka-luka jahitan di bahagian lapisan perut serta rahim akan mulai membengkak dan adakalanya jahitan terbertas dan mengakibatkan pendarahan.
.
Terdapat ramai wanita yang menamatkan pantang selepas 30 hari atau 40 hari bersalin. Walaupun didapati tidak berbahaya, tindakan tersebut memberi kesan yang buruk terhadap kewanitaannya. Keseluruhan peranakan, iaitu rahim, tiub Fallopio serta ovari yang masih belum pulih akan kembali membengkak, urat saraf akan menegang dan mulut rahim akan tersembul merkah dan mentah. Mungkin posisi rahim akan terganggu kerana organ tersebut baru sahaja mengecut dan walaupun sudah kembali ke tempat asal, kedudukannya masih belum mantap.
.
Aktiviti berjimak akan menarik turun posisi rahim ke peringkat peranak rendah atau prolaps tahap pertama. Ibu akan terasa berat di bahagian pelvis atau ari-ari dan kurang selesa apabila membuang air kecil dan adakalanya kerap membuang air kecil. Lama-kelamaan ini menimbulkan rasa lenguh atau sakit pinggang, bisa-bisa betis serta sakit tumit, badan terasa berat, letih selain bisa otot dan sendi. Apabila sampai ke peringkat yang serius, bahagian lutut terganggu oleh rasa sakit dan bisa serta bengkak. Gangguan di bahagian lutut menandakan berlakunya kelemahan di bahagian peranakan.
.
Oleh yang demikian, ilmu perbidanan Melayu menekankan bahawa ibu bersalin normal dipantangkan berjimak sehingga 44 hari. Difahamkan pada hari ke 44 pantang bersalin, segala urat saraf peranakan kembali memperkemas kemantapannya dan berada dalam proses penyembuhan peringkat terakhir serta berkeadaan lemah. Semasa itu, ibu dilarang ke mana-mana dan perlu berehat. Jika terjadi kemalangan seperti terseliuh kaki, tersepak ibu jari atau jatuh terduduk, keadaan tersebut sukar dirawat. Ada ibu yang berjalan tempang atau lumpuh kerana bentan urat sum, iaitu tersentap urat besar di bahagian pinggul. Ada juga yang keluar tombong kerana terhentak punggung dengan kuat dan kejadian ini menyebabkan penderitaan selama-lamanya. Kejadian ini bukalah kisah dongeng, tetapi telah banyak berlaku, terutama pada zaman ini. Ibu yang kemalangan ini mesti mendapatkan rawatan awal daripada pakar urut perbidanan. Walaupun dapat disembuhkan, kesannya, ibu tersebut cepat laih dan makan tua sebelum usia.
.
Lazimnya, hari yang ke 45 ialah hari kelepasan tempoh pantang ibu bersalin normal. Untuk ibu bersalin secara pembedahan, hari kelepasannya ialah hari yang ke 50. Pada masa yang tersebut, ibu boleh kembali melayan suami dengan mesra secara mana yang diinginkan. Bagaimanapun, ilmu perbidanan Melayu menekankan bahawa sebaik-baik hari kelepasan pantang bagi ibu bersalin, sama ada secara normal atau pembedahan adalah pada hari yang ke 101 kerana telah terbukti berkesan melambatkan proses penuaan, disamping memelihara tahap kesihatan.
.

NAK GUNA APA MASA BERPANTANG?

Kalau Nak Elak Badan Masuk Angin, Rajinlah Pakai Param, Pilis & Tapel Masa Berpantang.
.
Orang dulu-dulu kalau berpantang tak sah kalau tak semerbak bau herba dan jamu satu rumah. Tetapi orang sekarang kalau dalam pantang tak ada masa dan tak suka hendak sapu badan dengan param atau menyapu pilis di kepala serta menepek tapel di perut.
.
Alasannya susah dan leceh hendak pakai itu semua. Tapi ada masa pula hendak berlipstik merah dan berbedak walaupun baru seminggu lepas bersalin. Rawatan tradisional ini nampak sahaja leceh tetapi kesannya memang menakjubkan kepada kesihatan dan kecantikan diri untuk jangka masa panjang.
.
Kalau anda sayangkan diri sendiri, lebih baik bersusah-susah dahulu bukan bersakit-sakit kemudian. Jom semak apa faedah memakai param, pilis dan tapel masa berpantang.
.
.
Param
.
Param ialah rawatan di mana seluruh badan disapu ramuan khas bagi mengelakkan angin masuk ke dalam tubuh dan memanaskan badan. Ramuan asas yang digunakan untuk membuat param ialah beras yang direndam. Beras ini kemudiannya dicampur dengan beberapa herba seperti cekur, jerangau, cendana, kulit limau purut, kulit rambai, halia, bawang putih, asam jawa dan kunyit.
.
Sapuan param yang dilakukan selepas mandi mampu memberikan kesegaran pada badan. Antara faedahnya adalah
.
1. Menghaluskan dan melicinkan kulit.
.
2. Menghindarkan badan masuk angin.
.
3. Tubuh sentiasa hangat dan panas.
.
4. Mengurangkan rasa sejuk dan kebas pada badan.
.
5. Mengurangkan kesan-kesan pecah pada anggota badan.
.
.
Pilis
.
Pilis ialah sejenis campuran ramuan yang ditampal pada dahi. Antara ramuan yang digunakan untuk membuat pilis adalah tepung beras, kunyit, buah kapulaga, sintok, kulit kayu manis, halba, kapur sirih dan air limau nipis.
.
Antara kebaikan memakai pilis kepada ibu berpantang adalah
.
1. Mengurangkan panas di kepala.
.
2. Mengelakkan sakit di bahagian ubun.
.
3. Menghindarkan rasa pening kepala.
.
4. Menyegarkan mata dan mengelakkan darah putih naik ke kepala.
.
5. Mengelakkan mata rabun di usia muda.
.
6. Dapat mengurangkan pitam dan tekanan darah rendah.
.
7. Mengelak angin merian yang dialami oleh ibu yang mengalami tekanan emosi.
.
.
Tapel
.
Tapel pula ialah sapuan pada bahagian perut yang bertujuan mengeluarkan darah kotor. Sapuan tapel boleh juga dilakukan bagi ibu yang bersalin melalui pembedahan caesarean tetapi hanya boleh dilakukan selepas luka sembuh sepenuhnya. Rawatan ini dilakukan sebelum anda memakai bengkung.
.
Antara kesan positif yang dirasakan oleh ibu adalah
.
1. Mengurangkan rasa sakit-sakit selepas bersalin.
.
2. Mempercepatkan pengeluaran darah kotor.
.
3. Mengempiskan perut serta memulihkan kulit perut.
.
4. Menegangkan kembali kulit perut.
.
.
Minyak Telon
.
Digunakan pada baby. Antara kesannya adalah untuk mengelakkan perut baby kembung. Memanaskan badan baby selepas mandi. Memberikan rasa nyaman dan selesa pada baby ketika tidur. Juga boleh digunakan untuk meredakan kegatalan kesan gigitan nyamuk.
.
.
Pil Pytonatal Nona Roguy
.
Pytonatal NR nie sgt bagus utk rawatan dalaman, bagus utk elakkan sembelit, terbaik utk kuruskan badan selepas bersalin, menambah susu badan dan yg bestnya Pytonatal nie, ianya Selamat dan InsyaAllah tak efek pada penyusuan dan baby.
.
Klu sape sape yg pernah gune set bersalin Nona Roguy pasti tahu kebaikan Pil Pytonatal nie.
.
Selamat Berpantang Ye Mama
.

10 CARA ATASI PERUT BUNCIT SELEPAS BERSALIN

Membentuk tubuh langsing dan mendapatkan semula berat badan ideal selepas bersalin adalah idaman setiap Ibu. Namun, pastinya ia tidak semudah disangka dan lebih sukar terutama buat Ibu yang memberikan susu badan kepada bayi mereka. Bahagian perut yang buncit serta kehadiran selulit dan tanda regangan membuatkan ramai Ibu yang gelisah. Lemak yang terkumpul di perut mendedahkan Ibu kepada masalah yang serius seperti diabetes dan penyakit jantung.
.
Masalah perut buncit, ‘Spare Tyre’ atau perut menggeleber selepas bersalin adalah perkara normal bagi setiap Ibu selepas bersalin. Namun, jika dibiarkan sahaja tanpa sebarang tindakan susulan ianya akan berkekalan dan boleh menjejaskan penampilan Ibu. Atas faktor kesihatan, saiz ukuran pinggang Ibu disarankan tidak melebihi 35 inci. Saiz lingkaran pinggang berlebihan mendedahkan Ibu kepada pelbagai risiko penyakit.
.
Individu dengan kadar lemak yang tinggi di perut cenderung mempunyai nafsu makan yang besar. Lemak berlebihan dalam tubuh menghalang pelepasan hormon yang mengendalikan nafsu makan. Justeru membuatkan individu sukar mengawal nafsu makan mereka dan makan dalam jumlah yang banyak. Akibatnya, masalah perut buncit sukar diatasi.
.
Tubuh yang langsing sememangnya menjadi idaman setiap Ibu. Ada segelintir Ibu yang ingin langsing cepat dengan mengambil ubat-ubatan tanpa memikirkan kesannya terhadap kesihatan diri dan bayi. Apakah rahsia untuk kekal langsing secara sihat? Kak Engku ingin berkongsi tip yang lebih selamat untuk menghilangkan masalah perut buncit selepas bersalin dengan kaedah yang mudah dan murah. Ikuti 10 tip berikut:
.
1. Penyusuan
.
Penyusuan bukan hanya memberi manfaat kepada bayi sahaja, malah ianya juga sangat membantu Ibu untuk langsing semula. Ibu digalakkan menyusukan anaknya hanya dengan susu ibu sebaik sahaja bayi dilahirkan. Sebaik-baiknya lakukan penyusuan secara ekslusif sehingga bayi berumur 6 bulan tanpa memberi makanan dan minuman tambahan selain dari susu ibu. Juga disarankan agar penyusuan diteruskan sehingga bayi berumur 2 tahun.
.
Ibu yang menyusukan bayi akan cepat berasa lapar dan dahaga. Ini disebabkan air dan banyak kalori diperlukan untuk menghasilkan susu ibu. Oleh sebab itulah, ibu menyusu dinasihatkan mengamalkan pemakanan seimbang terutama makanan yang rendah lemak dan tinggi serat. Diet ideal ialah makanan yang tinggi kandungan protein dan vitaminnya. Kalori juga harus dikira supaya ada penyusutan berat badan. Perlu diingat, kalori yang sesuai bagi ibu menyusu adalah sekitar 2500 kcal. Kalau terlalu kurang, dikhuatiri kualiti susu yang dihasilkan tidak memuaskan.
.
Penyusuan dan pemakanan seimbang mampu membantu menurunkan berat badan. Setiap kali sesi penyusuan 85kcal akan di bakar bagi 100ml susu badan yang dihasilkan. Untuk 6 bulan pertama, purata susu badan dihasilkan sehari adalah sebanyak 750ml. Ini bermakna sebanyak 650kcal akan dibakar hanya dengan menyusukan susu badan. 650kcal kalori yang dibakar adalah bersamaan dengan naik tangga berterusan selama 90 minit. Penyusuan juga membantu mengecutkan rahim ibu dan bantu mengembalikan bentuk badan asal dengan cepat. Jadi teruskanlah menyusukan anak dengan susu ibu.
.
2. Pemakaian Bengkung
.
Aspek penjagaan diri bagi ibu-ibu bersalin semakin dipandang remeh dan diambil ringan oleh ramai wanita hari ini, terutama amalan berurut, bertuam, bertungku, bertangas dan berbengkung atau berbarut. Tidak dinafikan amalan tersebut agak leceh dan remeh tetapi kesan dan hasilnya berpanjangan. Amalan berbengkung yang dilakukan secara berdisiplin boleh membantu seseorang ibu mengembalikan bentuk badan asal secara semulajadi. Pemilihan dan penggunaan bengkung yang sesuai serta cara pemakaian yang betul mampu merampingkan pinggang Ibu.
.
Di samping itu, berbengkung bertujuan untuk memejalkan semula otot-otot badan, perut dan pinggul. Ia juga mengempiskan semula perut yang menggeleber dan mengetatkan peranakan agar tidak jatuh. Ibu perlu berbengkung untuk mendapatkan kembali tubuh yang langsing kerana fizikal badan berubah semasa mengandung. Otot menjadi kendur dan perlu ditegangkan semula agar tubuh menjadi kemas dan langsing semula.
.
Waktu sesuai berbengkung adalah selepas mandi pagi dan setelah di urut. Ulangi semula pada sebelah petang selepas mandi hinggalah pagi keesokannya. Ibu pasti tersenyum melihat hasilnya.
.
3. Amalan Bertungku
.
Bertungku adalah amalan tradisional ibu-ibu untuk memecahkan darah beku selepas bersalin. Amalan ini semakin kurang mendapat sambutan kerana khasiat dan kebaikan bertungku sudah tidak dititikberatkan. Tujuan bertungku adalah untuk membantu mengecutkan rahim dan mengeluarkan darah beku, memecahkan lemak dan mengecutkan rahim bagi ibu selepas bersalin.
.
4. Kawal Diet Pemakanan
.
Untuk 6 bulan pertama, Ibu yang menyusukan bayi secara eksklusif dinasihatkan mengamalkan pemakanan sihat yang rendah lemak dan tinggi serat. Manakala bagi Ibu yang sudah tidak menyusukan bayi, Ibu boleh mengawal diet pemakanan secara teratur. Kurangkan pengambilan karbohidrat, lemak dan minyak. Lebihkan pengambilan protein bagi membina otot tubuh dan menganjalkan semula perut yang menggeleber. Tingkatkan juga pengambilan makanan yang dapat mempercepatkan proses pembakaran lemak seperti oat, kekacang, bayam dan madu.
.
Ingin sentiasa kenyang pada masa yang sama mampu mengecilkan saiz pinggang? Cuba amalkan oat, cendawan, asparagus, bawang dan pisang. Ini kerana makanan tersebut menghasilkan lebih hormon yang mengawal selera yang membuatkan Ibu sentiasa berasa kenyang.
.
5. Kepentingan Sarapan Pagi
.
Bagi Ibu yang ingin kembali langsing, jangan pandang remeh akan perkara ini. Bersarapan dapat meningkatkan metabolisma dalam badan dan menyebabkan kadar pembakaran tenaga berlaku dengan lebih cepat. Namun, cuba ambil makanan dalam kuantiti yang kecil tetapi makan dengan lebih kerap. Amalkan makanan tinggi serat, kurangkan gula ringkas dan makan lemak yang sihat.
.
6. Teh Hijau Dan Jus Limau Nipis
.
Untuk mengempiskan perut, selain menjaga pemakanan dan bersenam secara teratur, Ibu boleh mempercepatkan proses tersebut dengan mengamalkan minum teh hijau. Sejak dahulu lagi, teh hijau disebut sebagai minuman pelangsing kerana memiliki kandungan Catechin yang berupaya meningkatkan pembakaran lemak, sekali pun sewaktu Ibu tidak bergerak. Catechin adalah sejenis polifenol yang terdapat di dalam daun teh yang memiliki sifat sebagai antioksidan. Ibu disarankan meminum teh hijau selepas makan makanan yang berlemak. Kaedah ini sesuai untuk ibu yang tidak menyusukan bayi dengan susu ibu.
.
Selain mengamalkan minum teh hijau, minum minuman yang masam akan menggalakkan pembakaran lemak di dalam tubuh. Amalkanlah minum air limau nipis atau jus oren segar sebaik-baiknya tanpa gula.
.
7. Minum Air Sebelum Makan
.
Pelik tapi benar. Menurut satu kajian, Ibu yang minum 2 gelas air sebelum sarapan, makan tengahari dan malam mampu mengurangkan berat badan sebanyak 12kg setahun. Ibu yang minum 2 gelas air mendapat 75 kalori berbanding yang tidak minum air. Ia juga meningkatkan metabolisma tubuh.
.
Elakkan makan bersulam air. Ramai yang gemar menikmati makanan dengan ditemani segelas air. Mungkin sudah terbiasa makan diselangi minum air agar tidak tercekik dan tersedak. Sebenarnya minum bersulam air boleh memberi kesan buruk kepada sistem penghadaman dan meningkatkan insulin dengan cepat. Bukan sahaja masalah kesihatan, tetapi turut membuatkan lemak berkumpul di bahagian perut dengan cepat.
.
8. Selepas Makan, Gerak 25 Langkah
.
Kurangkan segera kalori selepas makan! Setiap 25 langkah anda berjalan, satu kalori akan digunakan. Lebih-lebih lagi jka anda menaiki tangga. Lakukan dengan santai kerana perut baru diisi. Selain memberi peluang makanan untuk hadam, amalan berjalan-jalan sesudah makan membantu menghabiskan sebahagian kalori daripada makanan yang diambil.
.
9. Senaman Secara Teratur
.
Sebaik sahaja bersalin, senaman kurang sesuai dilakukan kerana ibu perlu berehat bagi menyembuhkan luka pada vagina (kelahiran normal) atau perut (kelahiran caesarean). Selepas 3 bulan bersalin, pemulihan ibu sudah sempurna. Usaha untuk merampingkan pinggang perlu dititikberatkan. Pelajari cara dan panduan untuk menurunkan berat badan yang betul dan jangan lakukan diet secara membuta tuli, ini boleh menjejaskan kesihatan anda.
.
Senaman hendaklah dilakukan dengan betul dan teratur agar ia dapat memberi manfaat. Senaman mestilah sesuai dengan individu yang melakukannya. Sebagai contoh, individu yang mempunyai perut geleber haruslah melakukan senaman yang boleh membakar lemak.
.
Senaman juga mestilah seiring dengan diet yang betul. Tisu lemak akan hanya digunakan oleh badan apabila kita membakar kalori melalui senaman lebih tinggi daripada jumlah kalori yang diambil pada hari sebelumnya. Sebagai contoh; sekiranya kita mengambil 2,500 kalori pada hari sebelumnya, kita mesti bersenam untuk membakar 3,000 kalori pada hari berikutnya.
.
Ibu yang ingin kembali ramping, mesti melakukan senaman setiap hari untuk membakar kalori yang cukup agar lemak yang tersimpan dapat digunakan. Diet makanan yang sihat mestilah diteruskan supaya tiada lebihan lemak yang boleh disimpan kembali oleh badan.
.
Senaman kardio vaskular dan abdomen tertentu boleh membantu mengempiskan perut. Senaman yang dilakukan secara konsisten boleh mendapatkan kesan terbaik. Untuk mengempiskan perut juga, gerakan punggung secara perlahan boleh dilakukan contohnya dengan melakukan tarian gelek, dangdut atau hula-hula.
.
10. Petua Tradisional
Selain daripada berbengkung, masalah perut buncit selepas bersalin boleh juga diatasi dengan mengamalkan petua tradisional. Caranya, dua hari selepas bersalin, ambil kapur sirih, perahkan sebiji asam limau kepada kapur sirih tadi, lumurkan campuran tersebut di permukaan perut Ibu sehingga rata, biarkan seketika sehingga kering. Sapuan ini akan menyebabkan perut terasa hangat kerana kesan kapur. Oleh itu jangan sapu terlalu banyak.
.
Tujuannya adalah untuk mengempiskan perut yang membuncit dan membakar lemak. Namun rawatan ini mengambil masa yang lama untuk perut kembali kempis. Amalkan petua ini selama tempoh berpantang (44 hari) berturut-turut. Kebiasaannya jika dilakukan secara berdisplin selepas tempoh berpantang, perut Ibu beransur kempis, kelihatan licin, anjal dan tidak berkedut-kedut. Keadaan perut kembali menarik seperti sebelum Ibu bersalin.
Selamat mencuba.
.
Psstt... Dah 5 Hero Kak Engku Sekarang Hihihi
.

17 July 2017

Masalah Yang Sering Timbul Ketika Pantang Bersalin



KATA orang tua-tua, wanita perlu berpantang kerana proses mengandung dan bersalin menuntut tenaga dan perubahan yang bukan sedikit kepada organ tubuh. Semasa berpantang, ibu sering terdedah kepada pelbagai masalah. Penjagaan segera selepas bersalin adalah penting untuk memulihkan tubuh ibu dengan cara yang sihat dan seimbang. Tempoh pemulihan selepas kehamilan yang kritikal adalah mulai hari pertama hingga enam minggu pertama bersalin. Setiap masalah hendaklah ditangani dengan teliti agar ianya tidak berlarutan sehingga sukar dirawat.

Sebaik sahaja bersalin ibu akan kehilangan:

·           Haba badan bayi.
·           Darah yang banyak.
·           Air ketuban.
·           Uri / Plasenta.
·           Tenaga (kerana proses kelahiran).

Oleh itu, suhu dalaman tubuh ibu selepas bersalin akan jatuh serta-merta, sekaligus menyebabkan tubuh berada dalam keadaan sejuk. Lazimnya, perubahan berlaku dengan cepat sejurus kelahiran. Ibu perlu tahu, masalah ini hanya bersifat sementara dan ianya mampu diatasi sekiranya ibu sememangnya telah bersedia dari awal.


Ketidakselesaan Selepas Bersalin

Ibu mungkin berasa sakit kekejangan di dalam perut, terutamanya pada waktu ibu menyusukan bayi. Ini disebabkan rahim ibu sedang mengecut semula ke saiz asal. Kesakitan ini mungkin berlanjutan selama beberapa hari.

Untuk meredakan kesakitan, ambillah ubat penghilang sakit yang tidak begitu kuat contohnya seperti paracetamol.


Sakit Pinggang & Belakang

Sakit pinggang dan belakang ini juga boleh terjadi kesan daripada proses bersalin yang lama. Semasa bersalin, otot-otot yang biasanya tidak digunakan akan sama-sama bekerja keras. Kesannya, pinggang dan belakang badan rasa sakit. Pergerakan yang agak terbatas ketika dalam pantang juga boleh menjadi punca rasa sakit pinggang dan belakang.

Tidak dinafikan, ibu yang baru belajar menyusukan bayi turut mengalami masalah yang sama. Ini disebabkan posisi penyusuan yang tidak betul. Walau bagaimanapun, masalah sakit belakang dan sakit pinggang ini akan beransur pulih dalam tempoh beberapa bulan selepas bersalin.

Bagi melegakan masalah ini:

·           Berurut dapat melegakan tekanan pada otot-otot yang sakit.

·           Mandi air suam

·           Tuam kawasan yang sakit dengan pad pemanas ataupun bertungku.


Pundi Kencing

Pada hari pertama, membuang air kecil yang banyak merupakan perkara biasa kerana badan mengeluarkan cecair tambahan yang didapati semasa kehamilan.

Perkara Yang Perlu Dilakukan:

Kebiasaannya, membuang air kecil mungkin sukar dilakukan disebabkan rasa sakit, jangan risau ibu pasti dapat mengatasinya.

·           Bangun dan berjalan ke sana sini untuk menggalakkan pengalirannya.

·           Berendam dalam air mandian.

·           Jika ibu mempunyai luka jahitan, cuba jiruskan air suam ke atasnya ketika ibu sedang membuang air kecil untuk mengelakkan rasa pedih.


Kencing Tidak Lawas

Tempoh berpantang sangat penting bagi ibu selepas bersalin kerana inilah peluang untuk ibu berehat kerana kehamilan dan kelahiran menyebabkan beberapa fungsi badan terganggu. Begitu jugalah dengan sistem peranakan. Antara masalah yang timbul ialah kencing tidak lawas. Masalah ini dikatakan berpunca daripada kedudukan rahim tidak berada pada tempat sepatutnya. Biasanya untuk mengatasinya, urutan menjadi pilihan. Peranakan akan diurut untuk menaikkan kembali atau meletakkannya ke tempat asalnya.

Selain itu, otot sekitar rahim boleh dikuatkan kembali dengan melakukan senaman kegel. Senaman kegel dilakukan dengan cara mengemut faraj seperti menahan  kencing. Tahan dan kira sehingga bilangan sepuluh sebelum berhenti dan kemut kembali beberapa ketika selepas itu. Ulang sebanyak empat kali untuk setiap sesi.

Walau bagaimanapun, senaman ini tidak dicadangkan kepada wanita yang bersalin secara pembedahan atau terlalu banyak koyak pada vagina.


Gatal Pada Alat Sulit

Alat kelamin perlu dijaga agar kekal normal. Namun begitu, ramai di kalangan ibu tidak menjaganya sebaik mungkin. Akibatnya luka yang dialami lambat sembuh. Hal ini berlaku mungkin kerana ibu takut rasa pedih dan ngilu jika mereka menyentuh luka tersebut.

Akibatnya, alat sulit mengalami masalah gatal. Perkara ini terjadi disebabkan darah nifas dan pengabaian penjagaan kebersihan pada alat sulit. Darah nifas pada tuala wanita memudahkan pembiakan bakteria kerana kandungan protein dalam darah menjadi sumber makanan bakteria. Jangkitan bakteria boleh merebak hingga dalam anggota kelamin seterusnya menyebabkan timbulnya pelbagai komplikasi. Untuk memastikan tiada sebarang jangkitan kuman pada alat kelamin, tiada rasa gatal dan agar rasa tidak selesa segera sembuh, penjagaan kebersihan alat sulit perlu dititikberatkan.

Antara amalan tradisi penjagaan alat kelamin ialah membersihkannya dengan menggunakan garam kasar. Biarpun pedih, proses pengecutannya sangat cepat. Selain garam kasar, ibu juga boleh menggunakan manjakani. Caranya ialah dengan menumbuk manjakani sehingga halus dan sapukan pada alat sulit. Hasilnya luka akan cepat sembuh.


Sembelit

Tidak selesa atau sukar membuang air besar merupakan masalah biasa yang dialami ibu semasa berpantang. Jika diabaikan, ianya mungkin akan memudaratkan ibu. Sembelit berlaku disebabkan oleh beberapa perkara. Antaranya kurang minum air dan pengambilan ubat-ubatan yang bersifat panas seperti jamu atau ubatan herba.

Selain itu, tidak mengamalkan pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan dalam diet harian turut menjadi penyumbang kepada masalah ini. Alasannya kebanyakkan sayur-sayuran dan buah-buahan bersifat “sejuk”. Pengambilannya dikatakan boleh memudaratkan ibu dalam pantang padahal sayur dan buah kaya dengan serat yang berfungsi membantu proses penghadaman.

Untuk Mengatasi Masalah Ini:

·           Minum air antara 6 hingga 8 gelas sehari. Air membantu penghasilan susu yang banyak, mengurangkan jangkitan kuman pada pundi kencing serta mampu mengelakkan sembelit.

·           Jangan suka menahan atau melengah-lengahkan untuk membuang air besar.  Segeralah ke tandas walaupun anda rasa kurang selesa terutamanya dalam minggu pertama selepas bersalin. Ketahuilah bahawa lebih lama anda menahan diri daripada membuang air besar, lagi keras najis anda dan pastinya akan memburukkan lagi keadaan.

·           Lakukan banyak pergerakkan seperti berjalan dan senaman ringan walaupun ketika dalam pantang. Cara ini akan memudahkan anda membuang air besar.

·           Makan makanan yang kaya serat seperti sayur-sayuran dan buah-buahan.


Buasir

Buasir terjadi pada bahagian dubur dan dikesan apabila saluran dubur membengkak. Buasir boleh terjadi sama ada di dalam atau di luar kawasan dubur. Bagi ibu yang mengalaminya,  ianya akan berasa sakit akibat tekanan pada saluran dubur yang membengkak sehingga menyukarkan proses pembuangan air besar. Masalah akan bertambah buruk apabila ibu juga mengalami sembelit.

Langkah Pencegahan:

·           Makan makanan yang kaya dengan serat.

·           Minum air antara 1.5 liter hingga 2 liter sehari.

·           Jangan ambil makanan yang terlalu pedas atau berempah.

·           Dapatkan rawatan segera jika ibu alami bengkak pada dubur dan najis berdarah.


Petua Mencuci Buasir

Ambil segenggam akar pokok kangkung, bersihkan dan rebus. Apabila sudah sejuk, minum air rebusan tadi dan tinggalkan sedikit untuk memcuci bahagian dubur.


Jahitan

Ibu mungkin akan berasa sakit pada bahagian jahitan untuk beberapa hari selepas bersalin. Selalunya benang akan melarut selepas seminggu dan jahitan luar akan tertanggal. Masalah ini bersifat sementara dan akan beransur hilang dalam masa beberapa hari selepas bersalin.

Perkara Yang Perlu Dilakukan:

·           Pastikan jahitan dalam keadaan bersih dan keringkan kawasan berkenaan dengan sempurna.

·           Rasa sakit dapat dikurangkan dengan meletakkan bungkusan ais (kacang pea yang disejukbekukan dan diikat ke dalam beg plastik) pada kawasan berkenaan.

·           Baring untuk mengurangkan tekanan ke atas jahitan atau duduk pada tempat empuk.


Pendarahan

Ibu mungkin mengalami pendarahan faraj dalam masa dua hingga enam minggu. Jika ibu menyusukan bayi, pendarahan ini mungkin terhenti dengan lebih cepat. Lelehan merah cerah keluar dengan banyak pada mulanya tetapi beberapa hari berikutnya, lelehan berkurangan dan beransur-ansur berwarna coklat. Biasanya lelehan ini berterusan hingga kitaran haid yang pertama.

Perkara Yang Perlu Dilakukan:

Pakailah tuala wanita untuk menyerap lelehan tersebut. Jangan gunakan tampon dalaman kerana ini boleh menyebabkan jangkitan.


Kurang Rehat

Masalah keletihan dan kelesuan sering melanda ibu selepas bersalin. Masalah ini mungkin berlanjutan untuk beberapa hari atau minggu. Oleh itu, ibu disarankan agar berehat secukupnya selepas bersalin kerana proses melahirkan anak amat memenatkan. Namun, ibu juga dinasihatkan untuk melakukan pergerakan ringan dan berjalan perlahan-lahan. Tindakan ini amat baik untuk memperbaiki otot-otot saluran darah nifas dan menyegarkan tubuh badan. Ibu yang aktif selepas bersalin juga akan berasa lebih segar.

Jangan bimbang, Ibu boleh berehat secukupnya kerana ahli keluarga sedia membantu untuk menjaga bayi. Bagi ibu yang terpaksa menjaga seorang diri, cuba “curi” masa untuk berehat apabila bayi sedang tidur. Ambil peluang untuk tidur bersama dengan bayi. Jangan malu kalau rumah bersepah kerana tetamu amat memahami keadaan anda yang memerlukan rehat yang cukup.


Gangguan Perasaan

Terdapat beberapa gangguan perasaan yang ketara sehingga menyebabkan masalah psikologi atau penyakit mental selepas melahirkan anak. Gangguan perasaan selepas bersalin sebenarnya dialami oleh ramai wanita iaitu sehingga 85 peratus sewaktu tempoh berpantang.

Namun, kebanyakannya hanya mengalami pada tahap yang ringan dan tidak membahayakan. Malah ia berlaku sekejap sahaja, biasanya tidak memerlukan rawatan perubatan. Bagaimanapun, dalam segelintir 10 peratus wanita, gangguan perasaan berlaku lebih mendalam dan berpanjangan. Kemurungan akan bertambah jika ibu tidak mendapat sokongan dan tunjuk ajar daripada ahli keluarga serta suaminya dari segi penjagaan bayi dan dirinya sendiri.

Ada ketikanya ibu berasa sedih beberapa hari selepas kelahiran. Satu daripada punca tersebut ialah perubahan yang tiba-tiba pada tahap hormon. Gangguan perasaan ini akan hilang. Namum jika ibu terus berasa sedih lebih dari empat minggu atau kemurungan ibu sangat serius, dapatkan rawatan segera.


Tanda-Tanda Gangguan Perasaan

·           Terlalu risaukan keselamatan bayi.
·           Sukar atau sering mengalami gangguan ketika tidur.
·           Suka termenung
·           Berdebar-debar dan degupan jantung menjadi laju.
·           Benci dengan keadaan sekeliling
·           Merasakan diri tidak lagi menarik dan cantik seperti dahulu.
·           Sering mengalami sakit-sakit kepala.

Sekiranya ibu berada dalam situasi sebegini, luahkannya kepada ahli keluarga terdekat, terutamanya suami atau orang yang dipercayai agar mereka boleh mendengar dan memberikan nasihat. Pastikan ibu mendapat sokongan daripada suami, ahli keluarga yang lain untuk memberi sokongan emosi jika merasa tertekan. Dapatkan pembantu rumah atau ahli keluarga yang lain sebagai peneman.


Masalah Payudara

Bengkak Susu Dan Berdenyut

Masalah ini terjadi apabila susu tersumbat dan terkumpul di dalam payudara. Payudara yang bengkak biasanya akan disertai rasa bisa dan sakit berdenyut. Tahap kesakitan adalah berbeza antara seorang ibu dengan ibu yang lain. Untuk melancarkan pengeluaran susu serta meredakan kesakitan, ibu boleh melakukan rawatan tuaman ke atas payudara.


Puting Merekah Dan Berdarah

Keadaan merekah dan berdarah sering terjadi di bahagian leher atau pangkal puting ibu yang menyusukan bayi. Keadaan ini berpunca daripada cara penyusuan yang tidak betul, iaitu bayi hanya menghisap di bahagian puting sahaja tanpa memasukkan sekeliling kelopak ke dalam mulut. Sebab yang lain, bayi menghisap terlalu kuat apabila susu berkurangan dan mengakibatkan puting dan lehernya melecet. Rawat luka dengan menyapukan air susu ibu pada bahagian puting yang luka. Teruskan penyusuan seperti biasa.


Bentan

Bentan ialah keadaan bagi ibu selepas bersalin yang secara tiba-tiba mengalami rasa seram sejuk melampau dan pening kepala. Ianya terjadi kerana termakan benda yang berbisa, melakukan kerja-kerja berat atau ibu jari kaki tersepak benda keras.

Mengikut amalan tradisional Melayu, semasa berpantang, pemakanan adalah perkara utama yang perlu dijaga. Ibu disarankan agar elakkan daripada memakan ikan berbisa seperti bawal hitam, pari, duri dan sembilang kerana dikhuatiri boleh menyebabkan bisa atau bentan pada pintu rahim. Selain ikan berbisa, ikan yang boleh mengakibatkan gatal serta menimbulkan reaksi alahan juga perlu dielakkan. Antaranya ialah ikan kembung, tamban, cencaru dan tongkol.

Ikan-ikan yang sesuai untuk ibu selepas bersalin ialah seperti ikan haruan dan ikan yu. Ikan-ikan ini dikatakan boleh memulihkan luka yang dialami sepanjang proses kelahiran.

Sekiranya masalah ini berlaku, ibu hendaklah secepat mungkin dan cuba panaskan badan dengan berselimut serta menyapu minyak panas ke seluruh badan. Ibu turut disarankan agar meminum secawan kopi atau air gula panas.

Selamat Berpantang.