Syukur juga atas nikmat Tuhan Rabbul Izzati.. Allah yang
menciptakan langit dan bumi, memberikan kita peluang menghirup udara yang segar
membenarkan jari-jemari menulis,
menyaksiakn mata sebagai membantu
penulisan dan karya berterusan Alhamdulillah..
Mata membaca, akal berfikir, hati berdetik, lidah berkata..
fenomema dakwah terkini di layar-layar maya.. Ustaz Azhar Idrus, Ustaz Don
Daniyal Biyajid, Dr.Muhaya, Dr MAZA, Ust Zahazan, Ust Zaharudin… Semuanya
menjadikan layar maya ini sebagai medan pejuangan dakwah mereka, buat tatapan
anak-anak muda khasnya.. Pendapat peribadi saya antara mereka ini, jika
diberikan pilihan dan sentiasa terkesan di hati, apa yang dilontarkan oleh Dr.
MAZA, Dr. Muhaya, Ust, Zahazan dan Ust Don Daniyal.. Namun begitu bukanlah
bermakna sy menolak apa yang dilontarkan Ust Azhar Idrus.. Beliau setanding dengan
mereka ini.. malah jiwanya lebih dekat dengan anak-anak muda.. Mungkin
anak-anak muda lebih santai dan thumbs up la jugak untuk ust Azhar sebab dengan
dakwahnya itu, menarik minat golongan muda mendekatkan diri dengan Islam itu
sendiri.. Kadang-kadang, di status FB, youtube, blog or mana-mana bahan media di alam maya,
yang mana penggunanya golongan muda dan remaja akan menggunakan kata-kata ustaz
Azhar Idrus sebagai rujukan. Tak dinafikan saya juga pernah
meletakkan salah satu, kata-katanya sebagai status di dinding FB saya.
Namun begitu, entry saya kali ini Cuma ingin mengingati sesame
kita, janganlah dianggap apa yang di lontarkan oleh Ust Azhar itu sebagai suatu
perkara yang langsung kita tak boleh lakukannya.. Contohnya.. Sambutan Hari Ibu…
Seperti mana yang dimuatnaikan oleh pengguna-pengguna FB yang mana lontaran dakwah Ust Azhar iaitu
:
“ Hari ibu adalah
hari ibu Church / Ibu Gereja Kristian. Siapa yang nak sambut, silakan.. Sapa
yang nak ROSAK AKIDAH jangan sambut.
Semua orang tak nak rosak akidah.. Nauzubillah. Namun
begitu, secara peribadinya, saya berpendapat tak salah selagi kita tidak
membawa kepada maksiat.. Soalan ini di utarakan kepada saya.. Ustazah, boleh
tak kita nak bagi hadiah pada mama?? Akak boleh ke kita nak ucap?? Nanti rosak
akidah macam yang ust Azhar cakap..
Hah!! Ahh.. sudah.. berpegang teguh sungguh mereka pada
setiap yang dilontarkan oleh pendakwah ini..Apa yang diperintah Allah dan
dingati Nabi, tidak pula dijadikan ikutan..Aduhai..
Begini saya jawab, tak salah awak nak bagi hadiah pada mama
awak, malah kita menghargai segala pengorbanan mama awak selama ni..
Sememangnya apa yang dikatakan Ust tu benar.. 13 Mei tu Hari Mother Church..
Tapi dah sememangnya setiap tahun dari kecil kita selalu hargai mama kita pada
tarikh itu.. bukan bermakna kita raikan hari orang Kristian.. Cuma hari itu
lebih kita mengingati.. Semua orang mengingati.. Di dada-dada akhbar, di media
elektronik, alam maya semua orang meraikan ibu kita.. Cuba bayangkan kalau ibu
kita seorang sahaja yang tak di rai?? Bukan kah sedih hatinya..Ape kah dosa nya
kita membuatkan ibu kita sedih pula.. Ape ape pun, hari-hari adalah hari
ibu..Setiap hari kita raikan hari ibu.. Kadang-kadang, cukup dengan ciuman
sebelum ke sekolah, tempat kerja, atau sebelum tidur untuk ibu dan ayah kita
pun dan buatkan mereka bahagia.. Sebabnya berjaya mendidik anak-anak yang penuh
kesopanan… Kadang-kadang cukup dengan memohon maaf di akhir perbualan telefon
di kala kejauhan..
Hehehe.. tersenyum saya tersendiri.. Dan kini “Calon suami
menurut Ust Azhar Idrus”.. Ahh Sudah.. Tak dapat yang macam tu macam mana??
Siap ade senarai lagii..hukhuk.. Tak semua lelaki begitu.. Seribu dalam satu..
huhuhu tp tak mengapalah.. bagus juga di keluarkan artikel berkenaan..
sekurang-kurangnya, apabila status berkenaan di keluarkan oleh seorang wanita,
dan di “like”kan oleh ramai wanita.. maka lagi ramailah LELAKI yang berusaha
kearah itu… Menjadi lebih baik… insyaAllah…
Haaaa… kan dah terpanjang pulak ulasan saya untuk entry kali
ni.. Sekadar pendpat peribadi.. Saya akui Ust Azhar itu, seorang bagus.. setiap
persoalan pasti ada jawapan.. Contohnya “Ustaz, ape hukumnya tabur beras pada
pengantin??? Jawapan Ustaz Azhar : HARUS, jika pengantin itu adalah ayam..”
heheheh
Tapi ape-ape pun saya mengucapkan syabas dan tahniah
kepada semua pendakwah yang BERJAYA menarik minat pendengar dari semua
golongan.. saya akui tidak ramai orang seperti mereka.. ada kelebihan pandai
dan bijaksana dalam mengatur dan menyampaikan dakwah.. Seumpama juga saya disamping menjadikan blog sebagai wadah pejuangan seorang muslimah, pengalaman, cerita hariah dijadikan perkongsian agar kita sama-sama memperbaiki hidup kearah yang lebih baik..MATLAMAT HANYA SATU…
UNTUK ILMU ALLAH dan ISLAM YANG AGUNG… InsyaALLAH...