CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Berbunga Cinta Aisyah Di Hati Rasulullah

Berbunga Cinta Aisyah Di Hati Rasulullah

Friday, July 22, 2011

Hati di Antara Dua...

Salam.. Syukur Ya Allah kerana diberikan peluang untuk masih bernafas dikala ini.. Alhamdulillah di panjatkan ke atas segala RahmatMu.. Menginsafi diri akan hadirnya waktu yang begitu bermakna buat kita yang bergelar manusia. Memanfaat dengan sebaik mungkin selagi masih diperlukan khidmat ini.. Ya Allah sesungguhnya saya berterima kasih kepada semua yang memberikan dan menyuntik kata-kata semangat untuk teruskan perjuangan sebagai mukminah yang berbakti kepada AGAMA ISLAM ini...

Cinta saya pada bakti masyarakat ini sejak dahulu lagi.. sejak bersama-sama belia kg, sejak bersama-sama Jabatan Kebajikan Masyarakat, sejak menjadi siswi.... dan kerana itulah saya meneruskan langkah ini agar berseiringan dengan masyarakat sekeliling membentuk MUTIARA dan PERMATA ISLAM yang masih kecil ini kearah jati diri yang luhur.. Saya akui khidmat sukarelawan ini takkan pernah hilang walau dimana saya berada, selagi mereka masih ingin terus mendengar bingkisan hati dan suntikan jiwa buat panduan menerajui kehidupan akan datang.. Sekadar berkongsi pandangan, pengalaman dan nasihat. Mengharapkan cukup hanya setitik perubahan dalam diri mereka.

Hati di antara DUA.. Antara kewajipan untuk kerjaya dan cintanya saya kepada kerja sosial ini.. Dua-dua ada kepentingannya. Yang pertama pada 24 hingga 28 ini saya terpaksa menghadiri satu program yang telah di wajibkan kepada pelajar KPLI jQAF (Diploma Perguruan) setiap Institut Pendidikan Guru, iaitu BIG (Bina Insan Guru) di Kuala Berang Terengganu. Ianya merupakan satu kewajipan yang tidak boleh tidak ditolak oleh setiap pelajr. WAJIB HADIR..

Yang kedua, Program Kem Motivasi Kecemerlangan dan Kem Remaja Addin ( untuk Pelajar Tahun 6 Sekolah Kebangsaan Sri Bemban Kota Bharu, yang akan diadakan pada 24 dan 25 Julai di Tok Bali... Sungguh hati berbelah bagi.. Bukan kerana apa, Modul dan Kertas kerja ini adalah di hasilkan oleh saya sendiri berdasarkan pengalaman menjadi Fasilitator di bawah JKM dahulu.. Aduhai hati sesungguhnya relakanlah segalanya agar dipermudahkan dan berjalan dengan lancar. Saya meminta pertolongan 2 orang pelajar praktikum IPG Kota Bharu, cikgu Ikmal dan Fadhli serta dua orang guru pembimbing saya yang akan turut serta bersama-sama murid tahun 6 menggantikan saya bagi melancarkan program. Taklimat ringkas dan penyediaan bahan-bahan material telah saya uruskan dengan sebaik mungkin.. Mengharapkan agar fasa pertama ini berjalan dengan lancar bagi memudahkan perjalanan program untuk fasa kedua nanti insyaAllah.. Doakan mereka..

Tuesday, July 12, 2011

Memotivasikan Diri...........

My new life…. Salam Alaika….. Semoga hari-hari kini benar-benar mematangkan kita… Tahniah… buat mereka-mereka yang masih menyemai cinta sesama manusia tidak melebihi cinta kepada Allah…. Alhamdulillah.. Moga Rahmat Allah itu selalu ada untuk kita.. Pengorbanan cinta dunia untuk cinta di akhirat lebih bererti… Syukur Ya Rabb…Memilih saya sebagai sebahagian darinya untuk mengharungi segala ujian yang penuh berliku ini… Pernah juga dulu saya selalu memikir.. Kenapa sy???? Kenapa sy yg harus mengharungi ujian seberat ini… Jawapan yg selalu kekal dan memotovasikan sy… “Allah tidak akan membebani seseorang itu melainkan dengan kesanggupannya…- AlBaqarah 286… InsyaAllah menjadi pegangan dan bimbingan buat sy hari ini, seterusnya akan datang…

Alhamdulillah.. sememangnya saya mensyukuri nikmat yang Allah berikan ini.. inilah yang dikatakan Rahmat Allah… Alhamdulillah…Menjalani kehidupan sebagai pendidik, dengan pelbagai cabaran memanusiakan manusia ini… Sungguh tercabar rasanya andai berdepan dengan kerenah anak-anak yang tersedia dari kecilnya “dibesarkan” dan “dimatangkan” dengan pendidikan guru. Dengan menyibukan diri, sedikit sebanyak saya dapat melupakan apa yang telah mengganggu fikiran saya sejak akhir-akhir ini.. Mungkin hanya godaan perasaan dan jiwa yang tidak matang menyebabkan ianya “bermain semula “ dengan emosi saya.. Namun, sy harus tawakal dan REDHA dengan segala ketentuan Allah.. Faiza azamta fayatawakkal a’lallah… buat apa la sy menyibukkan diri dengan segala urusan Allah itu, sedangkan telah tertulis segala ketentuannya.. sebagai hamba sy harus Redha.. InsyaAllah…

Memasuki penggal kedua persekolahan.. terlalu sibuk mengatur perlaksanaan KSSR (Bahasa Arab).. Walaupun masih hanya guru pelatih, namun Guru Besar telah memberikan kepercayaan kepada sy menyelaras pengajaran dn pembelajaran KSSR (Bahasa Arab) bagi murid tahun 1 2011 di sekolah ini. Beberapa kursus di PPD Kota Bharu yang telah sy ikuti, bagi memastikan pelaksanaan ini berjalan dengan licin dan teratur.. Alhamdulillah, murid-murid banyak membantu sy dalam melaksanakan program ini. Mereka nampaknya mudah mengikuti pembelajaran ini. Minggu ini sy membawa anak-anak murid bermain “dekcop” (ketinting).. Dengan setiap lompatan dan langkah dikira dalam bilangan Arab.. bersungguh mereka.. sehingga sy hampir terduduk melihat seorang murid ini mengira.. di sebabkan terbitnya perasaan tidak sabar untuk bermain, “Wahid!! Ismail!!!.... hahahahaha….. aduhai… anak-anak.. kalian membuatkan sy lupa apa yg berlaku disekeliling… Wahid! Ithnani! Thalathah! Arba’ah!!... Muallimah.. seronoknya hari ni… nanti boleh kita main lagi??? Boleh… tapi dengan syarat, awak semua mesti dengar cakap sy, mesti siapkan homework sy.. boleh???? InsyaAllah Muallimah… bika bika bikallah..!!!! Sy sayang kalian… Disinilah kasih sy tertumpah…

Alhamdulillah.. hujung tahun ni ada “perjanjian:” yang akan termetrai… Ikatan kasih dari salah seorang ahli keluarga sy.. InsyaAllah.. moga dalam Redha Allah.. Keingginan si ibu akan termakbul dari doanya menginginkan “orang baru” hadir dirumahnya… Alhamdulillah mak.. doa mak termakbul juga… KeGILAan sy dan Cik Lieya mengatur persiapan moga berjalan lancar.. Sorry la yer abg.. di sebabkan kami berdua ni terLEBIH kreatif.. hikhikhik Pink Purple jadi pilihan… aduyai.. menggeleng kepala si adik… Kakakku yg MENTAL katanya… hikhik.. Apa-apa pun senyuman merupakan hadiah terbaik buat mereka-mereka disekeliling, sehinggakan kita dapat mehilangkan segala kekusutan yg berlaku… InsyaAllah…. So, Senyumlah selalu…

Ketulusan Hati

Sedih ku sakitku.. kuterima..

Ku rela kupasrah jalanku

Ini suratan aku dicuba

Demi rahmat mu ku memohon

Ya Allah, redhai ketulusan hati

Ya Allah beri aku ketabahan

Ya Allah aku sanggup berkorban

Demi rahmat Mu Ya Allah..

Di dunia yg sarat kudoa

Ku mohon dosa ku ampunkan

Ingin bahagia dunia akhirat

Turunkan rahmatmu untukku

Ya Allah, redhai ketulusan hati

Ya Allah beri aku ketabahan

Ya Allah aku sanggup berkorban

Demi RahmatMu YaAllah…

Ya Allah, redhai ketulusan hati

Ya Allah beri aku ketabahan

Ya Allah, redhai ketulusan hati

Ya Allah beri aku ketabahan

Ya Allah aku sanggup berkorban

Demi Rahmat Mu YaAllah…

Friday, July 1, 2011

Kisah Kita...wmv



Yup... Akan terus sabar menanti.. ANDAI JODOH ANTARA KITA...

I can smile..:)

Salam... Alhamdulillah.. syukur dipanjatkan... Moga sentiasa dalam redhaNya.. mencintai, menyayangi adalah milikNya.. kita manusia hanya sebagai peminjam sementara.. Hanya sementara.. tak akan kekal.. satu perkara yg menjadi sebak dan sayu seketika tatkala menerima berita ketika sedang berchatting dengan ADIK.. sungguh sebak.. sayu.. tak tertahan-tahan air mata ni.. tp apa kan daya.. kerana itu adalah keputusannya.. keputusan utk masa depannya.. berharap saat itu dia memilih kerana imannya, dan bukan kerana detik hati... Dan saat itu juga saya hanya mampu berdoa, moga dia bahagia dengan jalan yang ditemuinya... Kiriman sms yg terakhir kalinya menyebabkan sy terpaksa rase melepaskan segala kenangan yg pernah dilalui bersama... Namun..... untuk yng kesekian kalinya, terima kasih untuk penjelasan itu.. saya hanya mampu tersenyum... dan terus tersenyum... benarlah kata mak, jgn terburu-buru mengatakan seseorang itu begitu begini... dengarlah penjelasannya dulu... kini hati mampu tersenyum.. terima kasih untuk dia...