Salam kasih untuk semua pembaca blog bicaraQaseh. Sudah lama tidak bersua. Kekangan masa dan kerja membuatkan ruangan ini sepi seketika. Sepanjang ketiadaan entri baru dengan suka-duka kehidupan, banyak peristiwa yang terjadi. Gembira, sedih, suka, duka semua mewarnai dunia aku satu persatu. Entri kali ini aku paparkan rentetan peristiwa yang cukup aku ingat. Abah tersayang telah kembali mengadap Ilahi. Semoga roh allahyarham Hussin bin Mat Saad dicucuri rahmat-Nya dan ditempatkan bersama orang-orang beriman. Secebis kisah buat perkongsian semua...
Kenangan beraya di kampung bersama abah pada tahun 2011 |
24 Mei 2013 (Jumaat)
Aku pulang ke rumah pada pukul 8.00 malam. Baru balik dari Kelantan (outstation). Tak banyak buah tangan yang aku beli. Beberapa helai kain batik, sehelai kain pelekat dan dua pasang kain untuk dibuat baju kurung. Anak-anak gembira menyambut aku pulang, mak aku (makcik Ani - gelaran yang biasa orang panggil) turut menyambut aku pulang. Masa dalam perjalanan balik, aku dan kawan-kawan singgah di area apa ye... rasanya Merapoh kot.. kalau salah maafkan aku. Aku beli buah mata kucing, limau dan buah salak. Limau tu memang favourite abah. Sampai aja kat rumah, cepat-cepat ke bilik abah. Oh, abah dah tidur. (Awal pulak abah tidur malam ni..)
25 Mei (Sabtu)
Pagi-pagi lagi aku dah bersiap-siap. Nak bawa anak-anak keluar berjalan-jalan. Pagi-pagi dah ke warung roti canai fovourite di simpang berdekatan Subang Flora. Aku beli roti canai untuk sarapan dan soto ayam untuk lunch abah dan mak. Masa aku nak bawa anak-anak keluar, mak ada bagitahu kat belakang badan abah ada kudis. Aku tak percaya. Aku cakap mungkin mak salah tengok. Aku suruh mak tengok sekali lagi nanti. Tengah hari ni Jonny (pekerja Indonesia lelaki) akan mandikan abah. Setiap hari abah mandi. Mana mungkin ada kudis. Abah dah strok sejak 7 tahun yang lalu.. cumanya abah mula terlantar sejak awal bulan April baru-baru ni. Aku keluar rumah jam 10.00 pagi. Sampai di Jusco Bandar Utama dah pukul 10.50 lebih.. Mana tak lewat, berputaq-putaq cheq cari parking. Sampai aja di sana aku belikan baju raya anak-anak. Bila dah dapat sorang sehelai blouse, aku ke Popular Book Store. Tiba-tiba mak telefon. Kata mak abah muntah. Aku suruh mak call Johnny. Kami tiba di rumah pukul 2.30 petang. Aku tengok abah ok aje.
26 Mei (Ahad)
Pagi-pagi aku dah bangun. Aku rebus bubur nasi utk abah. Aku belikan kuih utk breakfast. Abah cuma makan sebiji aje. Aku suapkan kopi. Abah minum menggunakan straw. Aku tinggikan sikit katil abah. Sambil suapkan abah kuih aku buka tv di bilik abah. Tanyalah Ustaz... Abah cuma tengok aja. Tengah hari mak cuba suapkan bubur nasi. Tapi abah dah nak muntah. Baru 3 sudu. Mak stop menyuap. Mak cuma bagi abah minum air. Sesekali dengar abah mengaduh sakit. Aku cepat-cepat tengok. Cepat-cepat aku alihkan posisi tidur abah. Pampers abah basah. Aku cakap kat abah, nak tunggu Johnny lambat lagi. So aku tukarkan pampers abah. Aku nampak kudis di pinggul abah. Dah bernanah dan berdarah. Air mata cepat aja turun. Dalam hati aku meruntun sedih. Patutlah abah bising aje setiap malam. Rupa-rupanya dia menanggung sakit. Hari ni memang aku dudukkan abah beberapa kali. Kesian melihat dia terbaring. Malam ni abah tidur lena.
27 Mei (Isnin)
Hari ni hari Isnin pertama cuti sekolah pertengahan tahun. Memang aku dah set nak keluar gie opis lambat. 7.10 pagi baru aku gerak keluar rumah. Sebelum tu, aku menjalankan rutin biasa pagi-pagi. Aku buka tingkap bilik abah, aku pasang tv. Abah cheq nak pi keja dah. Awai lagi kata abah. Mana awainya bah. Dah cerah pun. Pagi ni abah lesu sikit. Nafas abah kuat. Jelas kedengaran kahak di kerongkong abah. Aku menjalankan kerja di opis seperti biasa. Namun hati rasa tak sedap. Mak call. Kata mak abah pejam mata erat sangat. Mak memang panik. Cepat aja call mak mertua aku suruh datang rumah. Setelah berbincang, kata sepakat dicapai. Malam ni kami buat bacaan Yaasin. Tak panggil sesape pun.. Adik beradik aje. Kami semuanya perempuan. Bacaan Yaasin dibuat selepas Isyak. Masa kat opis aku ada bagitau Kak Ma dan Kak Fizah tentang keadaan abah. Depa dua orang datang rumah aku sebaik aja abis waktu opis. Anak abah yang tunggal ni memang selalu sibuk menyiapkan keje di opis. Pukul 6.00 tepat nak keluar opis.. tersempak dengan bos.. masuk balik opis. Mcm2 pesanan bos. Aku minta izin pulang rumah. Abah tak sihat. Dek terikut rasa panik mak, aku ke farmasi Cosway dekat ngan opis aku. Kat sini aku beli spray luka utk hilangkan kuman dan tilam buble yang guna elektrik. RM380 harga ahli. Laju aje aku memecut ke rumah. Kak Ma dan Kak FIzah masih di rumah aku. Aku dah siap belikan bihun goreng malam ni. Mak mcm biasa, setia di sisi abah. Nafas abah kuat lagi. Selesai sembahyang Isyak, biras dan mak mertua datang. Kami membaca Yaasin di sisi abah. Sebelum tu aku dah baca masa abis solat Magrib. Selesai aja bacaan Yaasin, nafas abah bertambah teruk. Aku semakin panik. Nasib baik mak mertua dan biras-biras menenangkan aku. Encik Suami menelefon, aku maklumkan keadaan abah semakin teruk. Mak mertua dah menyuruh aku menelefon ambulans. Suara abah dah tenggelam timbul. Ambulans dari Hospital Sg. Buloh sesat di perjalanan. Aduh, dugaan betul! Akhirnya ambulans tiba, anak-anak aku tinggalkan bersama mak mertua dan biras. Aku suruh mak bersiap ala kadar. Abah memandang aku sayu. Aku meyakinkan abah.. aku dan mak akan menyusul. Aku drive dengan penuh ketenangan. Ambulans membawa abah meredah malam yang semakin gelap.
Suasana di Zon Kritikal, Hospital Sungai Buloh
Akhirnya aku tiba dengan mak di hospital. Rupa-rupanya ambulans masih belum sampai. Aku mula gelisah. Setibanya abah, aku lihat dia memandang aku. Abah dikejarkan ke ICU. Aku dan mak diminta menunggu di ruang menunggu. Ramai rupanya orang di situ. Aku tak dapat menahan air mata yang dari tadi laju membasahi pipi. Mak kelihatan cukup tenang. Doktor memanggil aku. Setelah ditanya satu per satu tentang kesihatan abah, dia memaklumkan bahawa abah tidak mempunyai harapan lagi. Awak siapa yang dapat menentukan hidup dan mati. Aku berjalan menghampiri abah. Pelbagai wayar dah siap dipasang di badan abah. Abah memakai musk oxigen. Perlahan-lahan dia menurunkan musk itu, dia cakap nak balik, kenapa bawa dia kat sini. Aku tak dapat memberi jawapan. Sedaya upaya mengelap pipi yang basah atas jawapan doktor sebentar tadi. Sekali lagi aku dimarahi pengawal keselamatan yang meminta aku masuk ke ruangan menunggu. Awak ni siapa, aku ada seorang aja abah, dan abah ada aku saja seorang anaknya. Aku kembali ke duduk. Makcik di situ memandang aku. Tangisan aku semakin lama, semakin teruk. Mak berkali-kali minta supaya aku tak menangis. Mak, abah dah semakin teruk.. Sekali lagi aku dipanggil oleh doktor, jam dah menunjukkan pul 2.00 pagi. Seorang lagi doktor menyampaikan kata-kata yang sama. Abah kamu sudah tidak ada harapan. Paru-paru kritikal kena jangkitan kuman, buah pinggang dah out, kencing manis dah mencecah 19 dan darah tinggi yang tidak stabil. Aku semakin kuat menangis... Ya Allah berikan aku kekuatan dalam menmpuh dugaan ini.. Tepat jam 3.30 pagi keadaan abah semakin stabil. Abah ditolak masuk ke wad 4A. Aku dah mak berasa lega. Perlahan-lahan kaki melangkah masuk ke wad itu. Abah ditempatkan di katil 15, berhadapan kaunter doktor dan jururawat. Hati berkata, keadaan abah kritikal agaknya..Jauh-jauh aku buang rasa sangsi..
Hari-hari di wad 4A akan menyusul di entri akan datang.
1 Komentar Terbaik
Semoga arwah abah kak noraini dicucuri rahmat ilahi...dan semoga kak noraini sekeluarga sihat sejahtera...salam dari abg chaq (anak aunty jullia sg.bakap).
Catat Ulasan