Wasiat Syeikh Sya`rawi kepada PEMIMPIN...


Dan sesungguhnya aku (Sheikh Mutawalli Sya’rawi).. wahai Tuan Presiden, aku berdiri di sudut ini untuk menerima pahala dari Allah.
Aku tidak menghabiskan sisa-sisa hidup aku menjadi munafiq. Aku tidak akan mempamerkan diri aku ini dengan perkara-perkara yang menipu.
Tetapi aku ingin memberitahu satu perkara kepada umat semuanya. Sama ada daripada pihak kerajaan atau parti pembangkang ataupun penyokong dan bangsa.

Aku meminta maaf jika aku ucapkan sesuatu yang kamu semua tidak suka.
Aku ingin semuanya tahu bahawa kekuasaan itu di tangan Allah.
Allah memberi kekuasaan kepada sesiapa yang Dia suka. Maka janganlah ada komplot untuk mendapatkan kekuasaan itu.
Dan janganlah ada tipu helah (penipuan) untuk sampai kepadanya (kekuasaan).
Allah Taala telah menceritakan dialog antara Namrud dan Nabi Ibrahim. Apa yang Allah Taala kata?

“..Tidakkah engkau (pelik) memikirkan (wahai Muhammad) tentang orang berhujah membantah Nabi Ibrahim (dengan sombongnya) mengenai Tuhannya (sedangkan dia dalam kekafiran), kerana Allah memberikan orang itu kuasa pemerintahan (Namrud)…”
(Surah al-Baqarah:258, al Quranul Karim)

Maka kekuasaan itu Allah diberi kepada sesiapa yang dia mahu. Maka jangan kamu melakukan tipu helah terhadap Allah. Dan jangan kamu membuat komplot (penipuan) terhadap Allah. Kerana seseorang tidak akan mendapat kekuasaan di dalam kerajaan Allah kecuali dengan kehendak Allah.
Kalau dia seorang yang adil, maka manusia akan mendapat manfaat dengan keadilannya. Dan sekiranya dia seorang yang zalim, maka dia menjadi hodoh dengan kezalimannya dan Allah akan menjadikannya buruk di dada-dada manusia.
Maka disebabkan Allah menjadikan dia buruk di dada manusia, rakyat akan membenci setiap orang yang zalim walaupun dia tidak terlintas membenci pemerintah itu. Aku berkata kepada kamu sekalian, Alhamdulillah, telah jelas kebenaran pada kata-kata Tuhan berdasarkan dengan peristiwa-peristiwa yang telah terjadi.

Bagaimana kita hendak mentafsirkan kata-kata Allah ::“..Wayamkuruuna wayamkurullah..” (dan mereka merancang perkara yang jahat dan Allah juga turut merancang).

Dan bagaimana kita hendak mentafsirkan kata-kata Allah :“..Innahum yakiidunakaidan wanakiiuunakaida..” (Sesungguhnya mereka membuat tipu daya dan Allah membuat tipu daya juga).
Siapa yang terlintas di dalam kepalanya untuk menjadi pemerintah, aku nasihatkan supaya dia jangan meminta-minta. Akan tetapi menjadi kewajipannya menjadi pemerintah ketika mana dia dilantik.
Sabda Rasulullah salallahualaihi wasalam;

“..Siapa yang dilantik untuk sesuatu perkara, maka dia akan ditolong oleh Allah. Dan sesiapa yang meminta-minta sesuatu perkara, maka perkara itu akan menjadi beban kepadanya..”.

Wahai Tuan Presiden, aku ingin katakan satu perkara kepada engkau, mungkin ini adalah pertemuan terakhir kita!(Sheikh Mutawalli Sya’rawi memegang bahu presiden Mesir dan berkata;) “..
Jika nasib kami bergantung kepada engkau, moga-moga Allah memberi taufiq (menunjukkan kepada kamu jalan yang benar). Dan jika nasib kamu bergantung kepada kami, moga-moga Allah menolong kamu untuk menanggung beban (untuk menghadapi kami)..”.

Ulama’ mesti sentiasa berkata benar tak kira pada siapa, dan memahami kepentingan dakwahnya. Mana lebih patut didahulukan dari yang lain. Ada yang mengatakan kepada saya ulamak mestilah non-partisan dan bersikap bebas.
Saya katakan, jika ulama’ tidak berpihak kepada kebenaran dan tidak menzahirkannya, bagaimana masyarakat umum boleh mencontohi dan mendukung kebenaran? Maka ulama mesti partisan. Ulamak mesti menunjukkan sokongan. Mesti menzahirkan “pihak”nya. Iaitu pihak kebenaran. Pihak yang memperjuangkan Islam, dan membenteras keboborokan kezaliman pemerintah.

Eratkan hubungan luar..


Kaherah,15 Jun - Satu perjumpaan antara wafidat dari pelbagai negara telah diadakan di dewan bangunan (Rabitah Khirrijiyah Al-Azhar A’lamiah)berdekatan kuliah Ziraa’h Banat di Haiyyu Sabiek.Perjumpaan yang dihadiri lebih kurang 50 mahasiswi tersebut bermula pada jam 11-1petang.

Antara negara yang terlibat adalah sepert Kanada , Malaysia,Indonesia,Thailand,Afghanistan,Palestin dan beberapa negara lain.Kepimpinan HEWI PMRAM PUSAT turut hadir dalam perjumpaan tersebut bagi mewakili wafidat dari Malaysia untuk mengeratkan lagi ukuhuwwah sesama Islam khususnya di kalangan wafidat seluruh dunia.

PMRAM merupakan satu persatuan induk yang global di bumi mesir ini dan mempunyai hubungan luar antara negara -negara lain setelah sekian lama kewujudannya.Oleh itu,kepimpinan HEWI PMRAM PUSAT turut dijemput bagi menghadiri perjumpaan yang khusus untuk mahasisiwi wafidat dalam menghadapi isu-isu yang berkaitan wanita.

Perjumpaan itu telah dihadiri oleh tiga orang wakil dari saf Kepimpinan HEWI PMRAM PUSAT iaitu saudari Ibtisam Mohamad,Saudari Samihah Abdullah dan saudari Nurul Hasanah Yahuza.Pengisian perjumpaan tersebut berbentuk forum ilmiah telah disampaikan oleh Doktorah Sua’ad Soleh yang dijemput khas dari Jamia’til Azhar Lilbanat dan Doktor Saiyyid Mohammad Abdul Fadhil Al-Qausi yang merupakan Naib Rais bagi Rabitah Khirrijiyah Al-Azhar A’lamiah.Forum yang menekankan peranan wanita Islam dalam menangani krisis masyarakat masakini banyak memberi input yang berguna kepada seluruh mahasiswi yang hadir untuk menghadapi cabaran semasa terutamanya berkaitan wanita.

Menurut Doktorah Sua’ad ,wanita merupakan sebahagian daripada lelaki dan saling lengkap melengkapi antara satu sama lain bagi memainkan peranan dalam menyebarkan manhaj Islam ke seluruh dunia.Tambah beliau,dalam menghadapi realiti semasa,syariat tetap diutamakan dengan berpandukan Al- Quran dan As-Sunnah supaya tidak lari dari manhaj Islam yang sebenar. Selain itu,“Al- azhar merupakan institusi yang teragung dalam melahirkan para ilmuan Islam telah membawa manhaj Al- Azhar yang bertepatan dengan realiti semasa dan berpandukan manhaj Islam sebenar dalam semua aspek kehidupan’’ ujar Doktor Saiyyid Mohammad Abdul Fadhil Al-Qausi.

Sesi soal jawab antara panel dan hadirin dibuka sekitar sepuluh minit ketika akhir forum bagi merungkaikan permasalahan persoalan yang ditanya oleh beberapa wafidat yang hadir.Majlis berakhir dengan penyampaian sijil penyertaan oleh pihak penganjur kepada semua wafidat yang terlibat.

p/s: Orang belum habis exam dok diam2 bace buku..huhu :(

Tarbiyah Muslimat masa kini..

Bismillahirrahmannirrahim...

Segala yang dimiliki kini masih lagi sempat kita kecapi,anugerah nikmat dibawah naunganNYA..Selawat dan salam buat junjungan tertinggi Nabi Allah..

Alhamdulillah..sedikit perkongsian bersama dari saya untuk pembaca sekalian mengenai satu artikel tentang muslimat masa kini yang kian lesu dimamah masa..Mungkin sedikit sebanyak dari hasil pembacaan, boleh kita sama praktikkan dalam setiap nafas perjuangan kita pada masa kini..Muslimat sering ditohmah sebagai muslimat yang mundur,tidak kehadapan,lemah dan sebagainya..

Link:www.islamcintaku.blogspot.com

Perlu disedari dan diinsafi bahawa muslimah adalah sayap kiri perjuangan ummat ini , demi mengembalikan semula kedaulatan Islam dan kesejagatan ummatnya. Suatu sayap yang amat penting posisinya , sehingga Allah swt telah menegaskan di dalam taujihat Quraaninya yang bermaksud :

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang daripada berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi Mereka zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana." attaubah : 71

Lantaran itu muslimat semestinya berfungsi dan beraksi , mengurus dan mentadbir perlaksanaan Amar Makruf Nahi Mungkar, Justeru ia suatu kewajipan. Namun suatu realiti yang tidak boleh dinafikan bahawa operasi ini amat sulit dan getir.Ianya tidak semudah yang diungkapkan.

Suatu operasi yang terdedah kepada tahaddiyat yang mencabar. Suatu operasi yang terpaksa merentasi ibtila’ dan mehnah.Suatu operasi yang terpaksa menuruni lurah tribulasi. Suatu operasi yang terpaksa berdepan dengan tribulasi musuh yang tidak pernah simpati.Apa yang diharapkan daripada muslimat :


1)Tahan Lasak

Projek الأمر و النهي ini memerlukan battalion yang tahan lasak,mampu merentasi resiko , berjiwa cekal dan tabah serta berpengalaman jauh, penuh strategi dan pengalaman.


2)Pimpinan yang cemerlang

Projek الأمر و النهي ini memerlukan صفوة المخترة atau قاعدة الصلبة dan عصبة المؤمنة . Dalam ertikata lain mereka adalah saf yang gemilang ( Mereka adalah muslimat cemerlang ).

Projek ini akan gagal kiranya saf pejuangan ini turut disertai oleh individu muslimat yang penakut dan lemah jiwanya. Projek ini juga akan gagal kiranya battalion perjuangan ini turut disertai oleh individu muslimah yang lesu , beku,dan jumud.


Dalam ertikata lain mereka adalah “makhluk perosak” yang menggagalkan strategi perjuangan ini. ( Mereka adalah muslimat yang pasif, naih, laih dan dhoif ).


Bagaimana mahu melahirkan muslimat yang kuat?


1) KEKUATAN JISMIYYAH / FIZIKAL

Tidak dimaksudkan dengan kekuatan jismiah ini, muslimat perlu masuk kelab bina badan, Kelab Karatedo/ Taekwando / Ju Do dan sebagainya(jika berminat boleh juga).Tetapi ia bermaksud muslimat perlu memiliki susuk tubuh yang mampu memikul beban dakwah dan tanggung jawab perjuangan ini serta berkemampuan juga menanggung risikonya. AWAS….setiap perjuangan ini pasti diuji dan dicuba.

Ertinya kesihatan dan kemahiran fizikal adalah dua tahap keupayaan yang mesti dimiliki dan ditingkatkan kualitinya

Contoh: Apabila kita nak menyusun program / aktiviti , pelbagai alasan yang kita terima dari muslimat.sakit kepala, sakit perut, tak pandai komputer , tak ada pengalaman dll.
Keluhan-keluhan sebegini sebenarnya boleh menyebabkan muslimat lari dari tugas perjuangan.

2)KEKUATAN RUHIYYAH

Kekuatan ruh adalah bersinonim dengan kekuatan jisim.

Ruh ibarat nadi , menjadi dinamo untuk menggerakkan semangat perjuangan yang berterusan.

Kekuatan ruh bererti kekuatan kekuatan bertawakkal dan tunduk kepada Allah. beriltizam dengan amal Islami dalam apa jua situasi.

"Wahai orang yang berselimut!. Bangunlah sembahyang Tahajjud pada waktu malam, selain dari sedikit masa (yang tak dapat tidak untuk berehat), Iaitu separuh dari waktu malam, atau kurangkan sedikit dari separuh itu, Ataupun lebihkan (sedikit) daripadanya; dan bacalah Al-Quran dengan "Tartil".(Sayugialah engkau dan pengikut-pengikutmu membiasakan diri masing-masing dengan ibadat yang berat kepada hawa nafsu, kerana) sesungguhnya Kami akan menurunkan kepadamu wahyu (Al-Quran yang mengandungi perintah-perintah) yang berat (kepada orang-orang yang tidak bersedia menyempurnakannya)" Al-Muzammil : 1-5

Kekuatan roh yang dimiliki oleh generasi terdahulu telah mencatat kemenangan dan sejarah yang gemilang.


3 prinsip utama yang harus kita pegang :

Iman dan Tawakkal maksudnya Yakin menang dan serah kepada Allah. ( rujuk surah Al Ahzab ayat 22 )

Tegas : Tidak berganjak & cintakan syahid. ( sila rujuk surah Al Ahzab ayat 23 )


Teruskan Dakwah & Istiqamah.

3)KEKUATAN FIKRAH

Ummat Nabi Muhammad Saw di sepanjang zaman menghadapi musuh berbentuk ghazwatul fikr . Lantaran itu Al-Quran diturunkan dalam bentuk hujjah dan keterangan nyata untuk menghadapi mereka.

Ketajaman fikrah Islami amat perlu diera kini ( Era maklumat / era manusia berfikir , tetapi mereka berfikir dengan fikiran yang dikuasai oleh fikrah jahiliyyah moden yang hanya berorientasikan fikrah maddiah. Untuk membina kekuatan ini muslimat mesti berani tampilkan diri, banyak membaca dan mengadakan perbincangan ilmiah.


Apa yang berlaku muslimat kadangkala terkebelakang, usahkan nak menjadi pemidato Islami yang mampu mengutarakan fikrah-fikrah Islamiah kepada masyarakat, mahu mengemukakan soalan kepada penceramah pun , muslimat masih lagi menulis dikertas untuk diajukan. Muslimat tak perlu takut!

Akhirnya,sedarlah bahawa cita-cita kita yang utama islah menegakkan Islam di muka bumi. Kalau benar ini menjadi cita-cita kita , wahai muslimat ! lupakan segala karenah dan masalah peribadi. Telah tiba waktunya kita memberi keutamaan kepada persoalan amal Islami demi masa depan ummah.

Ayuh wahai Muslimat yang dicipta Tuhan dengan sebaik2 penciptaan,kembalikan ruh jihad kalian dalam menjadi sayap kiri golongan Adam..Jangan lagi kalian ditohmah dengan bermacam2 tohmahan yang hanya sekadar didengar tanpa tindakan untuk mengubahnya..Walaupun dengan hanya secebis usaha untuk memartabatkan diri kalian,ianya masih tetap dinilai disisiNYA..

p/s ; Walaupun kutahu ianya terlalu SUKAR...

Agenda ketika Imtihan...

KAHERAH, 10 Jun: Pimpinan HEWI PMRAM Pusat bersama Penasihat telah berkumpul di Markaz HEWI, dalam satu majlis yang cukup bermakna. Majlis yang dibuat dalam musim imtihan ini adalah bagi memberikan suntikan semangat, pengisian rohani disamping memberi ruang buat pimpinan HEWI PMRAM Pusat untuk sama-sama menautkan dan mengeratkan ukhuwah yang sedia terjalin.

Majlis bermula selepas maghrib, setelah selesai iftor antara pimpinan dan solat maghrib berjemaah. Selepas itu, bacaan yasin dan al-Mulk bergema di ruang legar Markaz HEWI yang bertempat di Hayyu Sabiek itu. Antara yang hadir pada majlis tersebut ialah pimpinan HEWI yang berada di Kaherah, Penasihat dan mantan HEWI. Majlis yang diberi nama “ Malam Bingkisan Mujahadah” itu, dipengerusikan oleh Saudari Hurriyyah Abdul Mokti selaku Naib Pengerusi HEWI II(Unit Dakwah dan Pembangunan Insan).

Saudari Dayang Siti Noraini binti Awang Damit Yahya, yang juga merupakan mantan Penasihat, dijemput khas bagi menyampaikan tazkirah. Beliau menyampaikan pengajaran sirah-sirah Islam dan kekuatan yang ada dalam jiwa umat Islam lampau.Beliau menekankan pesanan Allah yang terkandung di dalam surah Al-Buruj yang mempunyai kaitan dengan peristiwa Ashabul Ukhdud. Bagaimana orang Islam tidak akan disiksa melainkan kerana beriman dengan Allah Ta’ala. Inilah realiti yang bukan sahaja berlaku kepada umat Islam sekarang, bahkan sejak dulu sejarah telah membuktikan.

" Kita menantikan ummat Islam yang bersedia menjadi seperti pemuda di dalam peristiwa yang menyaksikan salah seorang bayi yang boleh berkata-kata. Itulah Pemuda yang menjadi contoh dengan sanggup mengadaikan nyawanya demi kalimah Tauhid yang agung, Lailahaillallah Muhammadur Rasulullah. Dengan kesyahidannya, semua yang menyaksikan peristiwa itu lantas beriman dengan Tuhan yang disembah oleh pemuda tersebut”, ujarnya dengan penuh semangat. Selaku mahasiswi atau muslimah, kita harus mencontohi semangat dan kejituan hati yang ada di dalam jiwa pemuda tersebut.

Biarlah kita penat melakukan usaha, memberi idea dan sumbangan, walaupun mungkin tidak digunakan atau diterima pada waktu sekarang, mungkin usaha dan idea itu akan digunakan untuk generasi akan datang.

Sebelum majlis ditangguhkan dengan solat Isya’ dan solat Hajat, beberapa makluman diberikan kepada pimpinan oleh Saudari Ibtisam Mohamad, selaku Naib Pengerusi HEWI I. Turut disampaikan pada majlis tersebut, pesanan Timbalan Pengerusi HEWI oleh pengerusi majlis. Majlis ini cukup bermakna demi kelangsungan ukhuwah dan semangat buat pimpinan untuk memburu kecemerlangan bukan sahaja di dunia bahkan akhirat yang menjadi matlamat utama.

Janji PENCIPTA...




Segala pujian hanyalah milik Tuhan..


Alhamdulillah sudah selesai berperang berhadapan dengan pen dan kertas dalam menyelesaikan 2 madah dalam imtihan yang lepas..dan kumohon, moga ada nusrahNYA bersama mengiringi setiap usahaku yang mungkin dianggap terlalu sedikit jika hendak dibandingkan dengan luasnya rahmat Tuhan..


Walaupun kita sibuk berperang dengan kitab2 kuliah,jangan kita lupa pada sahabat2 kita yang realitinya BERPERANG dalam mengorbankan diri mereka berhadapan dengan kaum2 yang dilaknat Tuhan..Oleh sebab itu,saya rasa terpanggil untuk kembali mengadap di ruangan ini memetik jemari mencari,membaca dan cuba memahami realiti sebenar yang sedang sahabat2 kita disana alami..


Sejarah membuktikan kaum yahudi merupakan kaum yang sentiasa ditindas dan ditekan.
Peristiwa2 yang berlaku sepanjang zaman, semenjak zaman Nabi Allah Musa a.s sehinggalah zaman mereka berada di PALESTIN selepas itu, sentiasa menyaksikan pembunuhan kaum yahudi beramai-ramai oleh musuh mereka..Menerusi peristiwa2 yang berlaku itu, kita selaku orang islam harus yakin bahawa, kependudukan Israel secara haram di Negara palestin akan berakhir tidak lama lagi..Mereka akan dihalau keluar sepertimana nenek moyang mereka dihalau dari Negara itu..Perkara ini telah dijanjikan olehh Allah menerusi ayat al-Quran contohnya dalam surah AL-A`RAF ayat 167 yang bermaksud;



DAN (INGATLAH WAHAI MUHAMMAD)KETIKA TUHAN MU MEMBERITAHU:BAHAWA SESUNGGUHNYA IA AKAN MENGHANTAR ORANG-ORANG YANG AKAN MENIMPAKAN AZAB YANG SEBURUK-BURUKNYA KEPADA KAUM YAHUDI ITU (TERUS MENERUS)HINGGA HARI KIAMAT,(DISEBABKAN KEJAHATAN DAN KEKUFURAN MEREKA)SESUNGGUHNYA TUHAN MU AMAT CEPAT AZAB SEKSA-NYA,DAN SESUNGGUHNYA DIA JUGA MAHA PENGAMPUN,LAGI MAHA MENGASIHANI..


Masyarakat kristian eropah menyedari sikap yang ditunjukkan itu..Golongan yahudi adalah golongan yang tidak pernah mengerti erti berterima kasih,walaupun hanya menumpang dinegeri orang, perangai mereka tidak ubah seperti tuan yang memeras dan menganiaya golongan peribumi di negara itu..Kemahiran berniaga menjadikan golongan yahudi sombong dan tidak berperikemanusian..Contonya pendudukan mereka keatas palestin dengan bongkak walhal tanah yang mereka duduki adalah milik rakyat palestin..Mereka membunuh sewenang wenangnya rakyat palestin tanpa rasa belas kasihan..


Siang tadi sebelum menuju kedewan peperiksaan saya sempat menerima satu pesanan ringkas dari seorang sahabat karib saya, yang ingin saya kongsikan bersama..


"Seorang profesor membuat kajian tentang mengapa
YAHUDI cerdik?
Kerana,mereka sangat menjaga permakanan mereka,
Banyak makan ikan,
Tiada dua protein dalam satu hidangan,
Menerima didikan dari kecil,
Dan banyak membuat latihan Matematik,
Kelayakan mereka untuk mendapat Master (M.A)
adalah dengan membuat perniagaan yang mencecah
1JUTA!!!,
Oleh sebab itu yahudi Si LAKNATULLAH menduduki
ranking terkaya dan banyak mengeluarkan produk2 mereka,
Dan oleh sebab itu jugalah,
kita kena BOYCOT BARANGAN YAHUDI,
Mereka keluarkan rokok tetapi,
mereka sendiri BENCI pada sesiapa yang menghisapnya,
Dan tanpa segan mereka akan halau tetamu yang merokok,
Mereka juga sangat patuh pada agama & PRINSIP HIDUP!!,
Ketua mereka berkata,orang islam tidak akan memiliki AQSO,
selagi solat subuh tidak seramai solat Jumaat,
Dan sungguh!!..
Bilangan mereka sangat sedikit tetapi ingin menghancurkan
UMMAT ISLAM yang tidak terkira bilangannya,
Apa usaha kita??








Moga kita sama2 dapat menghiasi jiwa kita dengan ruh IMAN dan JIHAD..Dan yakinlah,pada suatu hari PASTI Allah akan datangkan kemenanganNYA pada kita..


Allah bersabda : "Kapankah datang pertolongan Allah? Ingatlah,sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat.." - Al-Baqarah : 214

"Jika Allah menolong kamu mencapai kemenangan,maka tidak ada sesiapa pun yang akan dapat mengalahkan kamu.." -Al-Imran : 160

P/s : Ingati mereka dalam setiap ucapan doa kita.. :)