Duhai insan,
Jangan sesekali kau memetik bintang cinta dari langit kegelapan,
lalu kau sematkan ia dalam hatimu yang majhul hakikat,
kerana ia membawamu ke lubang zulmat..
Jangan sesekali engkau menyeru kata rindu tanpa kefahaman dan melagukan mantera kasih tanpa tujuan,
kerana ia akan menjadi taufan yang meruntuhkan tugu keperibadian yang sedia berdiri diatas tapak pekertimu..
Cinta itu seperti titisan jernih air hujan yang perlu ditadah di dalam bekas suci,
ditatap atas piring agama hingga memahamkan dirimu hakikat tuhan,
ia perlu difahami dan diselami dengan satu erti seertinya..
Duhai insan,
Cinta itu satu misteri yang hanya mampu dibiaskan oleh nur illahi..
Hanya yang mengerti amanah khalifatullah akan mampu mengutip nur illahi dan menyelamatkan manusia dari kebutaan cinta nafsu..
Dan seharusnya setiap daripada kita,menanai pekerti al-Khalifah dan menatang cinta yang terkelarai dalam wadah kebenaran..
Barulah nur illahi akan menerangi setiap cebisan rindu,setiap keluhan kesah,setiap sekelumit kasih yang mengguyur dalam jiwa manusia..
Mudah-mudahan segala sengsara duniawi yang terhasil dari mimpi-mimpi manusiawi akan mampu diusir jauh dari realiti..
Duhai insan,
Jika kau benar-benar mahu bahagia,intailah cinta yang tersembunyi dalam kamar al-Khalifah..
Jika bisa kau rebut ia dengan kekuatan kau,capailah semahunya..
Mudah-mudahan resah yang kau tanggung,pilu yang kau usung,pedih yang menghurung,akan sirna dari lubuk kalbu lalu kau peroleh damai abadi..
Dipetik dari novel " Mengintai Cinta Khalifah " yang ditulis oleh A. Ubaidillah Alias..
Yang mengisahkan seorang pemuda yang bernama Imran,tercari-cari erti sebuah legasi demi memimpin cintanya menuju syurgawi.Dia cuba menyelami hakikat khalifah yang makin kabur.Dalam diam,jiwanya sentiasa memugar cinta Laila yang prejudis terhadap agamawan.Kerana cinta,dia berusaha mengubah persepsi Laila.Namun,Laila tetap dengan pendiriannya..
Dan ketika itu,hadirlah Nanda Gracer iaitu seorang gadis asing yang mengheretnya ke dalam perdebatan antara kebenaran Islam dan kejahatan orientalis.Imran tekad menghadapi argumentasi itu dan merubah pandangan Nanda..
Dalam diam,Nanda terpesona terhadap karisma dan kemantapan ilmu Imran.Dalam menggapai cinta Laila dan hambatan cinta Nanda,adakah Imran akan memperkukuhkan dirinya sebagai Khalifah Tuhan di muka bumi ?
Manusia pada hari ini lebih gemar untuk mengejar cinta yang berunsurkan keduniaan.Yang menyebabkan ianya menjadi salah satu faktor jiwa itu rosak.Kerana apa? Ia adalah kerana, sewaktu berusaha mendapatkan cinta itu,Hati sering bimbang..Apabila nyata tidak dapat,Hati merasa kecewa..Dan apabila sudah terbukti cinta itu milik kita,Hati bersuara takut cinta itu luput pula..Dimana sebenar kedudukan kita sebagai hambaNYA ? Dari pembacaan ana melalui novel tersebut,satu yg boleh ana simpulkan ialah kita dapat menyingkap realiti sebenar cinta makhluk dan bagaimana untuk kita membias sesuatu pemberian atau anugerah dari tuhan itu mengikut jalan sebenar untuk menemukan hakikat..Hakikat tuhan tidak mudah untuk digapai,kerana ia memerlukan kekuatan dan usaha-usaha kita dalam mengharungi ujian dariNYA..Sebelum memberi pasti diuji,agar kita lebih menghargai sesuatu pemberian..
Sentiasalah bermuhasabah diri,hanya kerana untuk menggapai cinta illahi......!
" Wahai orang2 yg beriman! Jika kamu bertaqwa kpd Allah,nescaya Dia akan memberikan FURQAN (kemampuan dalam membezakan antara yg haq dan batil) kepadamu dan menghapuskan segala kesalahanmu dan mengampuni dosa2mu.Allah memiliki kurniaan yg besar - Al Anfal : 29 "
" Tiada kebaikan pada pertuturan,melainkan dengan mengingati Allah..Tiada kebaikan pd diam,melainkan dgn berfikir ttg pengembalian - Luqman Al Hakim "
Ya Allah,Ya Tuhanku..Jadikan setiap kalam yg terucap,setiap mata yg melihat,setiap telinga yg mendengar,setiap kaki yg melangkah,setiap jantung yg bergerak,setiap lintasan2 hati kami dan setiap anggota kurniaan-MU ini berfungsi hanya kerana ingin mengharap redha-MU,meraih cinta-MU,mencari kasih-MU & memburu pandangan-MU..Ameen
Ya Allah,Terlalu mahal nilai petunjuk dan hidayah dariMu..Terkadang manusia itu, adakalanya tidak sedar dengan setip kehadiran hidayah dariMU..Terkadang manusia itu sering lupa dan lalai dalam berusaha untuk mengejar petunjuk dan hidayah dariMU..Terkadang juga,wujud dalam diri manusia itu hanya untuk menanti sahaja disuatu sudut kehadiran petunjuk itu tanpa berusaha untuk mendapatkannya..
Dan apabila nikmat hidayah dan petunjuk dariMU itu hadir,tidak putus2 ucapan syukur manusia itu ucapkan tanda mensyukuri nikmat dariMU itu..Tetapi,manusia itu sedih..Kenapa nikmat hidayah dan petunjuk itu tidak KAU kurniakan juga kepada manusia2 lain? Adakah manusia2 lain itu tidak layak untuk mengecapi bersama nikmat tersebut? Mengapa hanya sesetengah manusia sahaja KAU kurniakan? Cukuplah dengan manusia itu harus mengakuinya,YA kerana terlalu bernilai dan berharga nilaian petunjuk dan hidayah dariMU itu..Kerana dalam helaian kitab suciMU itu pun sudah tertulis..
" DIA menetukan rahmat-NYA kepada siapa yg DIA kehendaki.Dan DIA memiliki kurniaan yg besar - Al Imran : 74 "
Dengan nikmat kurniaanMU itu juga,manusia itu menilai dan melihat semula kpd manusia2 lain yg masih belum, untuk KAU kurniakan nikmat petunjuk dan hidayahMU itu..Lantas manusia itu bermonolog sendirian, " jika tidak kerana rahmat dan kasih sayangMU tuhan,pasti aku pun turut sama dalam lumpur kejahilan itu,aku bersyukur padaMU atas nikmat kurniaanMU yg tidak terhingga itu " Lalu,manusia itu lantas turut berdoa " Ya Allah,bantulah mereka untuk turut sama membenci dengan segala sesuatu yg tidak KAU redhai,dan keluarkanlah maksiat2 itu dr hati mereka,KAU kurniakan mereka peluang untuk turut sama mengecapi nikmat HIDAYAH & PETUNJUKMU itu "
Tetapi,manusia itu tetap mengakui meskipun, ianya telah dikurniakan hidayah itu sehingga, pada zahirnya manusia itu menjadi manusia yg taat,namun KAU mempunyai kuasa mutlak untuk merubah keadaan itu menjadi sebaliknya..kerana kehendakMU itu,tiada siapa yg dapat memaksa..Dan meskipun,manusia itu berusaha untuk berdiri teguh diatas keimanannya,namun ianya terserah kepada kemahuanMU itu..
" Ya muqollibal qulub......thabit qulubana `ala dinik wa`ala tho`atik "
"Sesungguhnya hidayah itu sentiasa berlegar-legar dalam sanubari kita. Genggamlah ia dengan kejap, biar berparut pada hati, biar membekas pada jiwa, biar pelukannya mampu menghantar suara hati hamba-Nya yang sentiasa berharap akan rahmat dan petunjuk di sepanjang perjalanan hidup ini menuju akhirat."
Semoga manusia2 yg dipilih Allah itu, sentiasa memelihara nikmat pemberianNYA,dengan sentiasa meletakkkan rasa takut dalam diri, jika sekiranya Allah tidak memandang kepada setiap kerja dan amal manusia tersebut..Kerana manusia yg sentiasa hidup dibawah naungan hidayahNYA akan sentiasa rasa takut jika Allah tidak memandang kepadanya..Ya Allah,jadikan kami diantara golongan2 itu..Yg hanya mengharap pandanganMU..
Hikmah tersembunyi!...........
Setiap kepujian adalah hak tuhan alam semesta..Maha suci Allah diatas setiap penciptaan-NYA..Dan bersyukurlah kita masih dikekalkan dengan nikmat iman dan islam.Dan antara salah satu nikmat terbesar yg masih lagi kita merasainya,adalah nikmat bernafas menghirup udara,melihat alam semesta setiap penciptaan-NYA..
Untuk entri kali ini,tiada apa untuk ana berkongsi dengan kalian..Hanya sekadar secebis ilmu yg dapat dipetik dari pembacaan..Apabila ana meninjau untuk seketika dari blog2 ahli-ahli yg lain,terasa sungguh diri ini sangat lemah dalam thaqafah,ilmu penulisan dan sebagainya..Dan ana anggap ini adalah sebagai satu cabaran untuk semua pembaca supaya jadikan sesuatu yg kita lihat itu diambil sebagai satu peluang untuk kita..Tidak begitu? Peluang berbentuk bagaimana? Cukuplah dengan ana katakan peluang dalam menambah thaqafah,ilmu2 dari sudut isu semasa dan seterusnya menambahkan lagi pembacaan-pembacaan kita dari segala bentuk atau jenis buku.. Kerana semua manusia mampu untuk mencontohi manusia yg lain dalam membuat amal kebaikan..Kerana kita sebenarnya mampu untuk menyampaikan dakwah dengan menulis..Seandainya semua manusia dapat melihat ianya sebagai satu peluang,maka akan ada disana,kemajuan ataupun pembangunan selaku kita penuntut ilmu Allah dalam menyampaikan dakwah Rasulullah S.A.W..
( Bahawasanya setiap dari hamba itu menanggung dua hak atas dirinya,HAK MILIK ALLAH dan HAK MILIK MANUSIA)
Bagaimana kita boleh katakan dengan HAK MILIK ALLAH itu? Yg terkadang setiap hamba lalai dalam menunaikannya..Maka Rasulullah S.A.W berwasiat,"Bertaqwalah lepada Allah dimana pun kamu berada" dari kalam Rasulullah itu bermaksud,tidak kira dimana saja kau berada baik ditempat sepi atau tempat ramai,maka sesungguhnya kau perlu bertaqwa kepada Allah..
melebihi keperluan kita kepada air atau udara.Sedang orang yg tidak bertaqwa,akan selalu mengalami kehinaan dan segala persoalannya takkan selesai.. Kerana apa? Kerana ia memandang semua yg datang adalah bukan dari tuhan..
Ibnu Qayyim dalam bukunya: Al-Fawa`id mengatakan: " Nabi Sulaiman a.s berkata : " Kami telah mempelajari semua ilmu yg dapat dipelajari manusia dan yg belum mereka pelajari,namun kami tidak mendapat ilmu yg paling agung dari BERTAQWA KEPADA ALLAH..Oleh kerana itu,bila engkau ingin memberi nasihat kepada seseorang yg engkau cintai,anakmu,temanmu atau tetanggamu,maka nasihatlah agar bertaqwa kepada Allah..
Dan Ali bin Abi Thalib berpendapat taqwa itu adalah,Al-Khauf minal julil (takut kpd Allah yg maha agung),Al-`Amal bittanzil (mengamalkan al-quran dan sunnah),Ar-Redha bilqolil (rela atas pemberian yg sedikit) dan Al-ish`dad liyaumirrahil (menyiapkan diri untuk perjalanan akhirat)..Ta`rif taqwa menurut sebahagian ulama` yg lain ialah bahawa engkau menjadikan pelindung antara dirimu dan azab Allah..
Ape yg boleh ana kaitkan disini,cukuplah dengan kita sentiasa meletakkan Allah itu dihati.Bilamana kita sudah melakukan sedemikian,maka kita akan sentiasa berhati2 dalam setiap tindak tanduk kita..Sukarkan? Lebih2 lagi dari gerakan hati kita..Mohonlah doa dari-NYA supaya kita sentiasa dibawah lembayung hidayah dan rahmat-NYA..
Hati,
Dikala hatiku masih berbolak balik,
Bisikan dan hasutan syaitan silih berganti,
Ku kuatkan semangat melawan semampu mungkin,
Aaargh, lemahnya diriku kerna sering tertewas!
Hati, Kerapuhan hati kian meningkat,
Dek kerana titik hitam yang menyelinap dan bersembuyi dihatiku,
Terasa begitu sakit dan pedih apabila virus kian merebak merosakkan hati ini,
Sungguh sukar untukku mendapatkan penawarnya,
Hati, Sesungguhnya, menjagamu amat sukar bagiku,
Ku tetapkan hati , Hati ini mesti dilindungi dan dikasihi,
Tidak tegar untukku menzalimi hati yang diciptakan suci dan bersih,
Hati, Ku mengorak 1001 langkah yang membawa hati ini dekat kepadaNya,
Agar sentiasa terpelihara, Kerna, terlalu lemah untukku memeliharanya,
Ya Allah, Sesungguhnya aku mengerti ,
Hati ini hanya untukMu, Ya Allah,
Hanya padaMula aku berserah, Hanya padaMu, selayak-layaknya hati ini kembali ,
Janganlah Engkau membiarkan hati ini dizalimi,
Ya Allah kepadaMu aku bersandar agar hati ini sentiasa di bawah lindungan dan rahmatMu
Moga dengan setiap gerakan hati-hati kita dapat menambah rasa takut kita kepad DIA..Rabbul Jalil..
Hati akan sentiasa lemah jika ianya tidak didik.........
My Lovely Father,Youngest Brother & Youngest Sister.....
Tiada apa untuk kunukilkan disini,sekadar hanya untuk berkongsi perasaan yg rasanya kita sama2 rasa bila berada jauh dari perantauan..perasaan rindu ingin bersama keluarga..huhu.Kami berenam telah dipisahkan Allah diantara dua negara..Dan Allah itu Maha Adil..Ibu,Angah dan Diriku berada di sini,tetapi Ayah, dan dua lagi adikku berada nun jauh disana..
Ahmad Tabrani & Nafhisah,kalian adalah dua lagi permata ayah ibu.Jangan kalian sia-siakan masa muda ini dengan benda2 yg tidak berfaedah.Buktikan pada ayah ibu yg kalian juga mampu untuk pergi jauh dalam menuntut ilmu.Lebih jauh dari Along,Angah..Penuhi masa dengan ilmu2 yg bermanfaat..Kami doakan kalian berjaya dalam exam yg telah diduduki tempoh hari utk Nafhisah (PMR) dan Ahmad Tabrani (SPM).Ingatlah,bahawasanya keputusan exam yg bakal kalian terima tidak hanya bergantung pada usaha kalian dengan mentelaah buku sahaja,tapi cukup besarnya nilai bantuan yg kalian berikan dengan membantu ayah,ibu untuk kalian mendapatkan keputusan yg lebih baik.InsyAllah!..Dan itu merupakan bonus kalian untuk mendapatkan nilaian tertinggi dalam menghadapi ujian di dunia..
Untuk akhirnya,tiada kalam untukku ku ucapakan melainkan..Kami rindu pada kalian!!
Dalam kasih,ada ujian.......
Rintik hujan yg membasahi bumi
Deruan angin nan persis menusuk ke tulang sum sum
Panahan kalam herdikan tohmahan
Bertalu2 menghentam srikandi itu...
Namun srikandi tetap tegar dalam derapan langkahnya
Terus mantap membawa panji wasilah islam
Menghayunkan langkah mara ke hadapan
Menepis segala ranjau yg bersimpang siur...
Allahu Akbar.........
Ku kagum dengan semangat jihadmu
Walaupun terpaksa menempuh rintangan ranjaunya
Bersilang bersegi disalut derita
Gumaman puji pujian terus meniti dibibimu
Disulam dengan taqwa peneman setia
Menjahit ketabahan hati...
Srikandiku,
Ku takjub dan terpana dengan pendirianmu
Mendokong amar ma`aruf nahi munkar
Penyelamat bg yg lemas dengan lumpur jahiliyah
Dek bergelumang dosa & hasutan syaitan
Bagimu..Tiada kesusahan jika dipermudahkan Allah,
Tiada kegelisahan bila mengingati Allah,
Tiada tekanan bila Allah disisi,
Tiada kesunyian bila Allah di hati,
Tiada kekurangan bila Allah sentiasa mencukupkan...
Dan doamu sentiasa kau bisikkan dgn tuhanmu
" Ya Allah,berikan kpd kami rasa takut kpd-MU
yg akan menghalang kami derhaka kpd-MU
Dan anugerahkan kpd kami ketaatan yg akan menyampaikan
kami kpd syurga-MU
dan KEYAKINAN, yg akan menjadikan kami merasa musibah dunia
menjadi sangat ringan "
Ya Allah,campakkan padaku secebis ketabahan,kekuatan & keyakinan
dari hidup srikandi itu....ZAINAB AL-GHAZALI...
Salam juang!
Seringkali manusia itu bertanya,bagaimana Allah mencintai kita..? Sedangkan kita masih merasa musibah dan dugaan dari-NYA..dan tidak ada seorang manusia pun yg boleh lari dari dugaan,cabaran,mehanah dan tribulasi dalam kehidupan..
Kita yakin,ketika kita diberi cubaan oleh Allah,,kita tidak dapat menafikan terkadang ada hikmah disebalik dugaan dan ujian tersebut..dan mungkin ini merupakan salah satu jalan untuk Allah membersihkan dosa-dosa kita yg lepas..dan mungkin ada juga dari sesetengah manusia itu mudah melatah dengan dugaan dan ujian tersebut..apa yg mereka anggapkan Allah itu tidak lagi mengkabulkan permintaan mereka..Allah itu tidak adil dan sebagainya..
Cuba kita sama-sama soroti kembali sejarah nabi kita pada zaman beliau,dimana kehidupan kekasih Allah itu, tidak ada sentiasanya senang dengan kemewahan,seringkali beliau didatangkan ujian dan dugaan yg terkadang kita sendiri tidak akan mampu untuk berhadapan dengan dugaan dan ujian tersebut..tapi bagaimana kekasih Allah itu berhadapan dengan keadaan tersebut?? adakah dugaan dan ujian itu didatangkan sebagai tanda jauhnya rahmat dan kasih sayang Allah?? sedangkan kita sebagai umat mengetahui bahawa beliau rasul kekasih Allah sentiasa terpelihara dari dosa..dan dengan itu juga, beliau didatangkan ujian dan dugaan..adakah kita hanya manusia biasa yg sering melakukan dosa ingin dilabelkan tidak penah atau tidak akan menerima dugaan dan ujian dari-NYA??
Dan kita kira,segala bentuk ujian-ujian,musibah-musibah yg diberikan Allah kepada kita selaku hamba adalah merupakan satu bentuk peringatan,mungkin hamba tersebut telah tenggelam dalam kemaksiatan yg lalu,astaghafirullahal `azim..ampuni kami ya rabb..lalu Allah berikan dia dugaan2 sehingga dia mengatakan `aku adalah makhluknya` ataupun mungkin boleh kita katakan,kebaikan hamba itu sedikit dan Allah mencintainya,ingin mengangkat darjatnya,lalu Allah datangkan ujian..tersimpan 1001 hikmah yg tersembunyi disebalik dugaan dan ujian tersebut..yg terkadang kita akan terlihat jelas hikmah itu selepas kita berhadapan dengan keadaan tersebut..seberapa hebat pun dugaan dan ujian yg bakal kita terima,ingatlah..itu semua SESUAI dengan kehebatan dan kesanggupan kita dalam menerima dugaan dan ujian tersebut..DIA maha mengetahui setiap kemampuan hamba2-NYA..
Dalam sebuah hadith Rasulullah s.a.w pernah meriwayatkan...
`tidaklah seorang muslim diberikan oleh Allah penderitaan,kesusahan,musibah dan kesakitan..sehingga dia dalam kebingunan..kecuali Allah membersihkannya dari segala kesalahan-kesalahannya ` - riwayat bukhari
Dan akhirnya,yakinlah dengan setiap rencana tuhan yg didatangkan kepada kita akan ada disana, balasan atau pemberian sebagai ganti rasa sabar kita terhadap dugaan dan ujian itu..bersyukurlah sekiranya didatangkan ujian,tanda rahmat dan kasih sayang-NYA dekat pada kita..dan moga setiap tindak tanduk kita yg akan kita hiasi dengan sifat IKHLAS itu sentiasa dalam perhatian DIA,rabbul jalil..........
~ hari-hari dalam hidupku tidak seperti SRIKANDI itu ~
Terkadang dalam kehidupan..
Ada hal2 yg tak ingin kita tinggalkan..
Ada pekara2 yg sukar untuk kita jauhkan..
Tapi,ingatlah..
Melepaskan bukan berakhir segalanya..
Melainkan sebuah permulaan kehidupan baru..
Kita hanya merancang..
Allah jualah yg maha berkuasa..
Menetukan segalanya..
Semoga kita dipimpin oleh Allah dalam setiap tindakan..
Dan menjadi hamba yg tahu bersyukur..
Baik ketika senang mahupun susah..
Siapa pun kita di dunia ini..
Disisi tuhan,kita hanya layak digelar hamba..
Dalam kehidupan seharian..
Kita mempunyai amanah yg telah dipundakkan dibahu kita sejak azali lagi..
Ingatlah..Kita akan kembali pada-NYA jua..
Pada waktu dan ketika yg telah diaturkan-NYA..
Semoga peluang nafas yg masih diizinkan ini..
Mampu untuk menjadikan kita..
Hamba hakiki disisi-NYA..
Ameen....