lieya here ^-^

My photo
hanya meluah segala buah fikiran yg agak kalut ... huhu .. dan meluahkn sglanyer dri sudut hati lieya .. lieya just want to be a simple person for everyone who know about me .. ngee ~!

teman-teman lieya

kembaraku lagi. ^-^

DAY TWO

assalamualaikum. =)

-------------------------------------------------------------------------------------------------

kesejukan semalam mula meresap ke dalam diri. Ya ALLAH, betapa sejuk nya bumi mu’tah ini. namun lieya gagahi jua untuk memulakan hari kedua yang mungkin lagi seronok dari hari pertama.

sungguh. tuan rumah memang baik. menyediakan tempat penginapan yang selalu.

Ya ALLAH, terima kasih atas rezeki ini.

dalam hening pagi, dalam kesakitan yang singgah di perut lieya turuti langkah menuju ke arah bas yang menanti.

Ya ALLAH, terlalu sejuknya bumi mu’tah. (berlapis-lapis kowt pakai baju)

kita hanya merancang tapi ALLAH yang menentukan.

rancangan asal terpaksa diubah-ubah kerana salji membasahi bumi jordan.

destinasi pertama menggunakan coaster ke tapak tinggalan peperangan mu’tah.

nak tengok gambar ke?

x leh. hahahaha. tengok lah. lieya kasi jer pon.

DSC00161

(nie jer yang sempat snap)

 

 

sebenarnya tempat nye biasa2 jer. tak ade benda yang menarik tapi hati tertarik ingin melihat tinggalan sejarah silam.

ALLAH RABBI.

disini tercatat nya kisah.

kisah yang sampai sekarang didengari dari mulut ke mulut.

kata student di universiti mu’tah, sehingga tahun 2007 masih lagi kedengaran jerit pekik tentera-tentera sedang berperang tidak kira masa.

Ya ALLAH, betapa ALLAH itu maha berkuasa.

destinasi kedua kami menuju ke maqam para sahabat.

setibanya di destinasi kedua lidah kelu, mata tergamam, hati menjerit keseronokkan.

SALJI!!!!

rupa-rupanya, inilah hikmahnya lieya mengembara mengambil ibrah di setiap tempat.

biar pon ustaz syaqim mengatakan salji cap ayam (salji yang dah nak cair) namun hati masih lagi seronok dengan ciptaan ALLAH yang satu itu.

DSC00184DSC00185DSC00186DSC00191DSC00193DSC00195

 

 

menjelang tengah hari kami bertolak ke aqabah.

ingin cepat sampai di aqabah.

kenapa?

kerana aqabah suhu nya panas. (lebih kurang macam di malaysia)

perjalanan ke aqabah mengambil masa 4 jam.

betapa penat penat nya badan langsung tertidur sepanjang perjalanan yang dipenuhi dengan padang pasir.

aqabah. (otak sebenar nya da malas nak bercerita. apa kata tengok gambar jer. lagi best kowt)

DSC00212

 

DSC00214

 

DSC00217

 

DSC00219

 

DSC00227

 

DSC00229

done day two. day three lieya nak masukkan gambar jer sebab lieya hanya pergi satu tempat jer.