I made this widget at MyFlashFetish.com.

Showing posts with label Kisah pengajaran. Show all posts
Showing posts with label Kisah pengajaran. Show all posts

Thursday, October 24, 2013

KISAH SEDEKAH HARI JUMAAT

Assalamualaikum..


Hanya sekadar untuk share kisah pendek kat sini..


Firman Allah SWT,

"Dan (ketahuilah bahawa) sesuatu pemberian atau tambahan yang kamu berikan, supaya bertambah kembangnya dalam pusingan harta manusia maka ia tidak sekali-kali akan kembang di sisi Allah (tidak mendatangkan kebaikan) dan sebaliknya sesuatu pemberian sedekah yang kamu berikan dengan tujuan mengharapkan keredaan Allah semata-mata, maka mereka yang melakukannya itulah orang-orang yang beroleh pahala berganda-ganda."

( Surah Ar-Rum : 39 )


Seorang anak muda duduk dlm masjid menunggu khutbah jumaat, melihat dengan tidak begitu senang kepada kotak sumbangan yg ditolak ke arahnya...Dia membuka dompet memilih2 duit..


Akhirnya dgn berat hati dia masukkan 10sen ke dalam tabung dan menolak ke sebelah.. Tiba2 sorang pakcik di belakang menepuk bahunya dan memberikan dia 2 keping duit rm50..


Terkejut budak tu, tapi dia terus masukkan juga duit tu dalam tabung dan ditolak ke tepi.. Dia menoleh ke belakang dan berkata "banyaknya pakcik sedekah, sikit2 dah le.. Sayang lak rasa"..


Pakcik tu senyum sambil geleng kepala dan cakap..


"Sebenarnya tu duit kamu yg jatuh dari dompet tadi..."


Budak tu menyesal sehingga tidak mampu berkata apa2 melainkan senyum tersipu malu.... "huhu #$%^&#@$%;"



P/s :JANGAN BERKIRA UNTUK BERSEDEKAH.. SEBENARNYA ITULAH BAHAGIAN KITA.. [PETUA IMAM SYAFIE].



"Sedekah dapat menghapus dosa sebagaimana air memadamkan api." 

( HR : Tirmidzi ) 



♥ Kalau like, klik like ♥


Monday, October 21, 2013

4 Cara Perempuan Mencabar Nafsu Lelaki Tanpa Disedari!!!

Assalamualaikum..
CK baru je terbaca artikel ni tadi.. Rasa2 patut CK berkongsi kat sini dengan kawan2 semua.. Menambah pengetahuan bagi yang tak tahuuu lagi tu la... Macam CK ni la..

Zaman sekarang ni, macam-macam benda yang tak pernah kita terfikir akan berlaku dah pun berlaku. Bukan sekali tapi berkali-kali.
Siapa sangka zaman sekarang datuk boleh tergoda dengan cucu sendiri? Bapa boleh terkam anak yang lahir dari rahim isteri sendiri? Pak guard yang dulu kita boleh harap, zaman sekarang berani memperkosa?
Apa mereka tak punya belas ihsan dengan darah daging sendiri ke sampai tegar berbuat kejam sampai macam tu sekali? Nafsu mereka ni dah melampau-lampau ke?
Hinggakan wanita menutup aurat pun tak terlepas daripada menjadi mangsa.
Hakikatnya, semua orang tahu dan faham satu hakikat bahawa lelaki punya nafsu. Walau hanya satu tapi yang satu ini fokusnya lebih kepada nafsu seksual.
Dan sedarkah kita, tanpa kita sedari ramai perempuan cuba mencabar nafsu lelaki?
Bagaimana?

Saya elok pakai tudung, tutup aurat dengan lengkap, takkan saya masih menggoda kut!
Betul kita dah sempurnakan penutupan aurat kita. Pakaian longgar,labuh, tak tipis, pakai stokin, tudung menutup dada. Tapi di luar sedar, mungkin kita telah melakukan benda-benda ini :
1. Tunduk
Tunduk pun salah?
Tak, tunduk ini cuma jadi salah bila kita berdiri kemudian nak mencapai benda di lantai. Kita pun tak melutut atas lantai, terus capai benda tu. Nah, tak disedari kita dah membiarkan bahagian punggung terdedah untuk dilihat oleh lelaki.
Mencabar nafsu tak?
Ya, tiap inci tubuh wanita terlalu indah di mata lelaki.
2. Lirikan mata juga mencetuskan nafsu lelaki
Lebih senang lagi, menjeling. Lagi-lagi yang saja buat lirikan mata manja, menggoda dan minta perhatian.
Percayalah, lelaki boleh tercabar dengan hanya lirikan dan jelingan wanita. Bagi kita mungkin biasa, bagi mereka ini sangat seksi dan menggoda.

3. Lenggok Badan
Tahukah kita, cara kita berjalan pun boleh membuat nafsu lelaki tercabar?
Ini pengalaman saya bila seorang lelaki yang duduk berhampiran melihat seorang gadis berjalan ala catwalk (bagi saya itu cara dia berjalan semula jadi), mengatakan caranya berjalan sangat menarik perhatian.
See?
4. Mencabar nafsu lelaki dengan senyuman
Alamak, senyum pun salah juga?
Pernah dengar kata-kata ‘dari mata turun ke hati’ ? Ini bukan sekadar kata-kata biasa tapi betul-betul terjadi.
Seperti yang saya katakan tadi, tak ada bahagian tubuh wanita yang tak indah di mata lelaki. Apalagi bila bercakap soal bibir.
Habis tu, kena tunjuk muka teganglah supaya lelaki tak tergoda?
Mestilah tak. Senyum kan sedekah tapi senyumlah dengan cara yang betul. Depan lelaki ajnabi, senyum nipis cukuplah. Kita boleh bezakan senyum mesra, manis, tawar dan nipis kan?
Senyum mesra dan manis tu, sila simpan dan tayangkan pada suami dan anak saja.
Mungkin kita mengeluh. Lelaki ni tak habis-habis dengan nafsu. Betullah. Tapi takkan kita mahu biarkan ia terus berleluasa?
Ayuh jadi sebahagian cara mengurangkan nafsu lelaki dengan cara berhenti mencabarnya. Insyaallah, mudah-mudahan kita termasuk dalam golongan yang dilindungi Allah swt.
Artikel ini adalah karya Siti Rudziah J. (kaktyea87.blogspot.com) yang dihantar ke inbox emel (akuislam.com@gmail.com). CK pula ambil artikel ni daripada Blog AkuIslam.Com.. Semoga segala perkongsian ilmu yang dicatatkan oleh saudari Siti Rudziah memberi input yang berguna kepada kita semua, Insyaallah.


♥ Kalau like, klik like ♥

Tuesday, January 29, 2013

Abang cintakan sayang sebab apa?


Dalam satu kisah percintaan yang menarik. Sepasang suami isteri berjalan di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di sebuah bangku yang disediakan di tepi tasik. Kemudian si isteri bertanya kepada si suami. Ini dialog mereka..

Isteri : Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?

Suami : Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang menyayangi dan mencintai Sayang!

Isteri : Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya.


Suami : Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa abang memang cintakan Sayang!

Isteri : Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk puisi dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh terangkan sebabnya.

Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata..

"Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang merdu, penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama Sayang!"

Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminya tadi. Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma.

Si suami amat bersedih dan menulis sepucuk surat kepada isterinya yang disayangi. Surat itu diletakkan di sebelah katil isterinya di hospital. Surat tersebut berbunyi begini :

Sayang!

Jika disebabkan suara aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. 

Jika disebabkan kasih sayang dan ingatan aku mencintai mu...sekarang bolehkah engkau menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. 

Jika disebabkan senyuman aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau tersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.

Jika disebabkan setiap langkah aku mencintai mu.... sekarang bolehkah engkau melangkah? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. 

Jika cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab mencintai mu lagi. Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak! Aku masih mencintai mu dulu, kini, selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab. Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu... ia boleh dirasai dalam hati."




♥ Kalau like, klik like ♥

Monday, January 28, 2013

Aku Dah Kawen!!! ....Kisah Sedih


Aku dah kawin skarang. Bini aku memang baik sangat2. Tapi dia x seperti yang aku expect masa kami belom kawin dulu. Masa belom kawin, aku tengok dia memang sorang yang pendiam je, jarang gile cakap ngan laki. Member2 mmg puji la cara dia. So memang susah jugak aku nak cuba tegur dia masa tu.. segan dowh. Memang obvious lah kalau aku tegur. Tapi aku suka dia macam tu, so xde la cemburu sangat sebab dia jarang borak2 ngan laki..

Cantik? Memang la, kalu x aku comfirm x sangkut punyer. Haha. Cantik pada mata aku la. Member2 pon ade yang cube usha. Sori le dia nak layan. Haha. Memang market. Last2 aku yang dapat, memang rasa bangga giler. hehe..

Eh, dok ngumpat2 pasal dia, lupa lak nak kasi tau nama. Nama panggilan dia Ara. Nama betol dirahsiakan.  Hoho..

Aku usha cara yang leklok la, gi jumpa bapak dia dulu. Gentlemen beb! Slow talk ngan bapak dia. Err, bapak dia nama Marzuki.. Bapak dia ni jenis sound direct rupenyer.. Pergh, mmg kena kutuk kaw2 la gua. Sebabnya, bila dia tanya kenal x anak dia? Gua cakap x sgt. Bapak dia tanya lagi, nape nak kawin ngan anak dia? Gua cakap sebab minat. Minat sebab ape? Gua cakap x tau.. Habis kalu x dapat anak dia? Gua cakap nak jugak! Bapak dia sound la, “ko ni, cane ko nak kawin ngan org yang ko x kenal? Gua jawab, lepas kawin la saya kenal dia pakcik.. pastu sengih2.. pastu bapak dia diam.

Masa tu rasa down gile. Bapak dia cam tolak mentah-mentah je proposal aku.. Ke dia saja nak uji kehebatan cinta aku?? Huhu.. Time tu aku dh terpikir nak usha calon lain je. Aku memang ade lagi sorang yang aku suke. Haa yang ni gua memang kamceng giler. Yang ni pulak nama dia Ika. Gua memang selasi lah ngan minah ni. Haha.. Tapi last2 orang lain gak yang gua pinang.

Hari keputusan proposal aku akhirnya tiba. Kputusannya.. jeng3.. x spt yang aku jangka. Haha. Aku ingat kena reject, satgi family diorang terima. Warghh happy giler. Alhamdulillah. So, memang sah la takde jodoh aku ngan Ika. Time aku bgtau Ika aku nak kawin, dia accept je. Kejam gile aku. Dia kata semoga aku bahagia.. lepas tu kami dah x jumpa.

Lepas akad nikah, kompemlah aku sebagai laki Ara. Happynye aku Tuhan je tau.. kat rumah.. dia macam biasa, cool je.. Tapi cool semacam la pulak. Sepatah aku tanya, setengah patah dia jawab. Kalu aku x buka mulut, memang x berbunyilah rumah kitorang.

Ara taklah ‘bisu’ sangat. Kadang2 dia bersuara gak.. Tapi bagi aku yang jenis suka cakap banyak ni, Ara bukan jenis yang boleh bawak borak sangat. Bila aku cakap pasal something, dia macam blur... Macam x supportive sangat. Last2 aku dah malas nak borak.. oh boringnye..  Yang dia tahu cuma tunjuk baris gigi dia ja.. sengih. Cam yg aku buat kt bapak dia dulu. Psycho seyh..

Nak jadik lagi tensen, aku ni jenis perokok sederhana tegar gak la. Tapi bini aku pulak mmg cam fobia giler ngan asap rokok. Bau nafas aku yg bersisa rokok pon, dia mesti batok.. x bau rokok pon dia dah selalu batok. Uhuk3 gitu.. Sebab sayang bini, makin lama makin kurang aku merokok..  kalu gian sangat pon aku merokok time kat ofis je.

Bini aku keje hospital, bahagian obat-obatan.. Aku lak xleh bau ubat, mesti pening kelapa.. Hari2 aku yang hantar, ambik dia gi spital. Time ambik dia balik, mmg hari2 lah baju dia bau obat dalam kete. So aku akan slalu bukak tingkap, nyaman sket..

Ada satu hari tu, masa hujan lebat. Xleh bukak tingkap kete, aku dah mmg pening-pening lalat dah.. Bau ubat.. Dengan poor visibility lg, kami accident! Langgar bontot kete orang depan. Kat spital, doktor kata bini aku keguguran akibat kemalangan tu. Hah??

Rupanya dia mengandung dua bulan.. Ara sendiri pon x tahu.. Ya Allah!!

Lepas kejadian tu aku terus suruh Ara benti keje. Dok rumah je.. Aku dah korbankan rokok aku, so dia kena korbankan keje dia. Aku dah x tahan bau ubat!! Aku sorang keje dah cukup sara idup kami!

Dekat setahun kami kawin, Ika tiba2 datang, dia kata masih sayang kat aku, nak aku ambik dia jadik bini no. 2.. Dia sanggup..

Alamak ni dah angau betol.. Padahal aku baru je kawin. Mungkin Ika yakin yang kami sangat serasi dan saling memahami, so dia berani propose kat aku. Then aku teros terang je la, aku cakap kat dia, yes aku memang x kamceng mane ngan bini aku skarang.. And banyak benda yang kami xde persamaan. Ara memang x banyak bercakap. Kalu aku cube buat lawak, dia macam x tangkap je. Sedih tol.. X pandai nak borak. Kalu jumpa member2 aku lagi le dia sunyi sepi. Dah le hari-hari dia suka masak benda yang sama.. Jarang la dapat makan yang lain sket. Kcuali makan luar. Itu pun dia akan order benda sama je.. Haha macam tu la bini aku.. Lucu lak..

Tapi kami masih cuba memahami hati budi masing2.. Aku cuba biasakan diri ngan bau ubat2 kat baju2 Ara dulu, cuba brenti merokok waktu awal2 kawin dulu.. Ara plak dh x keje, dah cuba belajar masak benda2 lain (jarang la menjadi).. Aku bagitau Ika, rumah tangga kami bahagia. Aku xleh menduakan dia.. Aku memang sayangkan dia. Ika terpaksa terima hakikat tu. Itu mmg last kami jumpa.

Kini, kami dapat rezeki sorang anak, dah besau, dekat 4 tahon la.. tp dah pandai mengaji sket2. Semua berkat kerajinan bini aku. Bab2 agama, mengaji sume dia mmg bagus. Anak aku Hafiz, memang dia train elok2 ngaji alQuran.. Alhamdulillah, semoga esok2 dia jadik anak yang soleh. Bagi aku itu la investment yang sangat2 menguntungkan!

Tapi sebenarnya dalam tempoh tu, kami x seperti pasangan yang lain, kot. Makin hari aku makin bosan ngan rumah tangga kami. Ara memang suka menyepi, jarang borak panjang2. Aku pulak suka keluar lepak ngan kawan2. Makin lama makin jarang aku duduk rumah. Lewat malam baru balik, bini dah tido. Esoknya pagi2 aku dh kena gi keje.. Dalam tempoh tu jugak, aku sebenarnya asyik keluar dengan sorang ofismate aku. Nama dia Lisa. Budak baru kat ofis aku.. Berbekalkan muka yang agak ade market ni, dia macam sangkut lak kat aku. So dialah yang slalu aku ajak kluar malam, teman aku borak2, kadang2 sampai pagi!

Aku sedar aku seolah2 mempergunakan dia untuk hiburkan hati aku.. Teringin nak kawin ngan dia, takot kecik hati si Ara pulak.. Dengan Lisa la tempat aku luahkan perasaan, kadang2 gadoh, kadang dia tercarut2 siap kat aku. Pastu minta maaf, dia kata tersasul.. Tapi aku mmg terhibur bila dok ngan Lisa. Bini aku kat rumah, dengan anak aku jarang sangat aku luangkan masa.. 

Ara sedar akan perubahan aku dari hari ke hari. Dia mula sedar aku ada pompuan lain. Satu hari dia bagitahu, dia izinkan kalu aku nak kawin lagi, tapi mesti dengan wanita yang elok2, sebab dia tak mahu pelajaran Hafiz terganggu. Aku pelik, apa kaitan??

Dan aku terfikir, Lisa tu wanita yang elok ke? Pakaian hari2 kompem ketat, make up kat muka 2 inci macam xleh kena air, x ambik air semayang ke? X semayang ke? Ke cuti sepanjang tahon?!

So aku postpone dulu hajat nak kawin ngan Lisa. Terfikir lepas kawin boleh nasihat kot sikit2, tapi time bencinta pon asyik lawan ape aku cakap. So sad!..

Ketika perkahwinan aku ngan Ara mencecah 4 tahun dulu, rumahtangga kami ditimpa dugaan yang maha besar. Ara mula jatoh sakit, batuk dia makin teruk, akhirnya masuk hospital. Dan saat itulah baru aku diberitahu, Ara mengidap penyakit barah tekak. Ya Allah!!

Doktor bagitau, Ara dah lama senarnya kena barah tu, penyakit yang akan buat dia slalu batuk, dan trpaksa menahan sakit bila bercakap! Aku rasa bagai kena tusuk dengan anak panah yang tumpul bila dengar benda tu!! Patut la Ara jarang sangat bercakap. Kenapa dia x bagitau aku??

Doc tu cakap lagi, penyakit tu makin lama makin teruk, dan bagi effect kat jantung. Sebab pernafasan dia selalu kurang dari sepatutnya. So jantung jadi lemah.. So itulah yang menyebabkan Ara jatuh sakit. Jantung dia skarang makin rosak akibat barah tu.

Jadi camane dia boleh ajar anak aku mengaji? Doktor tu bagitau, memang ada ubat utk diminum sebagai pelincir dalam tekak. Tapi hanya kurangkan rasa sakit, dan ia bertahan kejap je.. Tapi Ara x boleh selalu minum sebab ubat tu sangat mahal!!

Aku buntu..

Masa tulah baru aku terfikir, kami x penah bertikah lidah, x penah gado.. Mgkin itu hikmah dia.. Tapi aku x sedar selama ni.. Aku asyik tinggalkan dia, bergembira dengan pompuan lain.. Dia pula sanggup tanggung derita setiap kali perlu menjawab pertanyaan aku. Dan x penah luahkan derita kat aku..

Jantung Ara dah lemah sangat, doktor kata mungkin Ara x dapat bertahan lama.. Aku menangis depan doktor tu puas2, wlapun doktor pompuan. Aku dh x kisah. Aku menyesal dgn cara aku layan Ara selama ni.
Dia dah bagi aku macam2, jaga makan minum, pakaian aku, ajar anak kami mengaji, mmg x penah lawan apa aku cakap, apa aku suruh..

Aku suruh dia benti keje dulu, dia ikut. Walaupon kat rumah dia tetap baca buku pasal ubat-ubatan! Dia minat sangat dengan keje dia.. Maafkan abang Ara..

Bila balik rumah nak mandi kejap, aku sempat tengok balik kenangan2 kami.. Aku belek2, terjumpa kotak hantaran masa kami kawin dulu. Ada satu kotak jam, jam yang aku pakai sekarang.. Aku terkejut bila ada sehelai kertas dalam tu. Mula2 ingat kertas resit, tapi rupanya sepucuk surat!

1 Julai 2007,

Buat suami yang baru kupunya,
Terima kasih kerana menawarkan cintamu,
Yang ku tunggu-tunggu sejak kita mula bertemu dulu,
Ara memang cinta padamu,
Dan Ara menangis bila abang melamarku..

Buat suamiku yang baru kupunya,
Luaranku mungkin nampak sempurna,
Luaranku mungkin ramai yang terpesona,
Tapi diriku bukanlah sesempurna abang sangka,
Kerna suaraku bukan kepunyaan kita..

Buat suamiku yang baru kupunya,
Andai abang ingin melihat Ara ketawa,
Ara hanya mampu tersenyum pada abang,
Andai abang mahu Ara berjenaka,
Mungkin Ara kan menangis dibahu abang,
Kerana Ara tak mampu berbica,
Seperti orang lain berbicara,
Kerana Ara tak mampu ketawa,
Seperti orang lain ketawa..

Jika membaca surat ini akan meleburkan cinta abang,
Ara pasrah dan relakan abang menjauhi,
Jika membaca surat ini Ara tetap dihati abang,
Ara sujud sejuta syukur pada Ilahi..

Yang benar,
Isteri yang menyanjungmu.

*Ara selitkan surat ini dalam kotak jam abang, semoga abang mudah terlihat surat ini..

Berderai lagi airmata jantan aku. Kenapa aku x terbaca surat ni 4 tahun dulu? Kenapa aku x tahu penderitaan Ara awal2 dulu? Kenapa baru sekarang?

4 tahun usia perkahwinan kami, Ara beri aku segala2nya.. dan paling penting dia bagi seorang anak yang comel dan bijak. Tapi apa yang pernah aku beri kat Ara?

Mulai saat tu aku jaga Ara sepenuh hati. Hari-hari memang keje ulang alik hospital. Masuk ofis pon kjap2. Anak aku bagi kakak Ara yang jaga. Masa tu aku dah serabai giler. Sangat x terurus. Baru aku sedar pentingnya Ara dalam hidup aku.

Dalam keadaan Ara yang agak lemah, aku minta kebenaran doktor untuk bawa dia melancong. Aku nak temani dia puas2. Aku nak bahagiakan dia dalam sisa2 hayat dia. Biar dia terlupa akan derita dia. Saat itu dia menangis kat bahu aku. Sejak dia sakit kami hanya berbalas tulisan kat kertas.. dan kertas2 tu aku kan simpan sampai bila2.

Dia tulis dia x menyesal kawin dengan aku. Dia tulis sangat bahagia hidup dengan aku. Siap cuba lukis gambar orang senyum.. haha.. Ya Allah hari2 itu kami sangat bahagia. Namun Ara dah makin lemah. Aku dah x mampu tengok dia derita. Setiap kali dia nak tarik nafas, sangatlah azab pada aku melihatnya.

“Ya Allah, jika Kau masih panjangkan hayat isteriku, Kau berilah aku separuh kesengsaraannya, biar kurang kesensaraannya Ya Allah.. Tapi jika hanya kematian yang dapat mematikan sengsara isteriku, aku redha Ya Allah..”

Aku x tahu apa lagi boleh aku buat.. Aku bacakan Yaasin ditelinganya berulang-ulang, biarkan anak kami dipangkuan memeluk-meluk ibunya..

Akhirnya Tuhan menjemputnya kembali. Aku pasrah. Kesedihanku terubat bila kulihat dia pergi dengan tenang. Sempat kuajarkan Syahadah.. dan dahinya berpeluh jernih. Lalu kukucup buat kali terakhir..

Kini, hmpir 5 tahun prkawinan kami, tinggal aku dengan Hafiz, dengan helaian2 tulisan terakhir Ara..




♥ Kalau like, klik like ♥


Marah Yang Merana


Sepasang suami isteri – seperti pasangan lain di kota-kota besar - meninggalkan anak-anak diasuh pembantu rumah semasa keluar bekerja. Anak tunggal pasangan ini, perempuan berusia tiga setengah tahun. Bersendirian di rumah dia kerap dibiarkan pembantunya yang sibuk bekerja bermain di luar, tetapi pintu pagar tetap dikunci.
Bermainlah dia sama ada berbuai-buai di atas buaian yang dibeli bapanya, ataupun memetik bunga raya, bunga kertas dan lain-lain di laman rumahnya.
Suatu hari dia terjumpa sebatang paku karat. Dia pun melakar simen tempat letak kereta ayahnya tetapi kerana diperbuat daripada marmar,lakaran tidak kelihatan. Dicubanya pada kereta baru ayahnya. Ya… kerana kereta itu bewarna gelap, lakarannya jelas.Apa lagi kanak-kanak ini pun melakarlah melahirkan kreativitinya. Hari itu bapa dan ibunya bermotosikal ke tempat kerja kerana laluannya sesak sempena perayaan Thaipusam.
Penuh sebelah kanan dia beredar ke sebelah kiri kereta. Dilakarnya gambar ibu dan ayahnya, gambarnya sendiri, lukisan ayam, kucing dan sebagainya mengikut imaginasinya. Kejadian itu langsung tak disedari si pembantu rumah.
Pulang petang itu, terkejut badaklah pasangan itu melihat kereta yang baru setahun dibeli dengan bayaran ansuran, berbatik-batik. Si bapa yang belum pun masuk ke rumah terus menjerit, “Siapa punya kerja ni?” Pembantu rumah yang tersentak dengan jeritan itu berlari keluar. Dia juga beristighfar. Mukanya merah padam ketakutan tambah-tambah melihat wajah bengis tuannya.
Sekali lagi diajukan pertanyaan keras kepadanya, dia terus mengatakan “Tak tahu… !” “Duduk di rumah sepanjang hari tak tahu, apa kau buat?” herdik si isteri lagi.
Si anak yang mendengar suara ayahnya, tiba-tiba berlari keluar dari bilik. Dengan penuh manja dia berkata “Ita buat ayahhh.. cantik kan!” katanya menerkam ayahnya ingin bermanja seperti selalu. Si ayah yang hilang sabar merentap ranting kecil pokok bunga raya di depannya, terus dipukul bertalu-talu tapak tangan anaknya. Si anak yang tak mengerti apa-apa terlolong-lolong kesakitan sekaligus ketakutan.Puas memukul tapak tangan, si ayah memukul pula belakang tangan anaknya. Si ibu cuma mendiamkan diri, mungkin setuju dan berasa puas dengan hukuman yang dikenakan.
Pembantu rumah melopong, tak tahu nak buat apa-apa. Si bapa cukup rakus memukul-mukul tangan kanan dan kemudian tangan kiri anaknya.
Selepas si bapa masuk ke rumah dituruti si ibu, pembantu rumah menggendong anak kecil itu, membawanya ke bilik. Dilihatnya tapak tangan dan belakang tangan si anak kecil calar balar. Pembantu rumah memandikan anak kecil itu. Sambil menyiram air sambil dia menangis. Anak kecil itu pula terjerit-jerit menahan kepedihan sebaik calar-balar itu terkena air. Si pembantu rumah kemudian menidurkan anak kecil itu. Si bapa sengaja membiarkan anak itu tidur bersama pembantu rumah.
Keesokkan harinya, kedua-dua belah tangan si anak bengkak. Pembantu rumah mengadu. “Sapukan minyak gamat tu!” balas tuannya, bapa si anak.
Pulang dari kerja, dia tidak melayan anak kecil itu yang menghabiskan masa di bilik pembantu. Si bapa konon mahu mengajar anaknya. Tiga hari berlalu, si ayah langsung tidak menjenguk anaknya sementara si ibu juga begitu tetapi setiap hari bertanya kepada pembantu rumah. “Ita demam… ” jawap pembantunya ringkas.
“Bagi minum panadol tu,” balas si ibu. Sebelum si ibu masuk bilik tidur dia menjenguk bilik pembantunya. Apabila dilihat anaknya Ita dalam pelukan pembantu rumah, dia menutup semula pintu. Masuk hari keempat, pembantu rumah memberitahu tuannya bahawa suhu badan Ita terlalu panas. “Petang nanti kita bawa ke klinik. Pukul 5.00 siap” kata majikannya itu. Sampai waktunya si anak yang longlai dibawa ke klinik. Doktor mengarahnya ia dirujuk ke hospital kerana keadaannya serius. Setelah seminggu di wad pediatrik doktor memanggil bapa dan ibu kanak-kanak itu. “Tiada pilihan..” katanya yang mencadangkan agar kedua-dua tangan kanak-kanak itu dipotong kerana gangren yang terjadi sedah terlalu teruk. “Ia sudah bernanah, demi nyawanya tangan perlu dipotong dari siku ke bawah” kata doktor. Si bapa dan ibu bagaikan terkena halilintar mendengar kata-kata itu. Terasa diri tunggang terbalik, tapi apalah dapat dikatakan. Si ibu meraung merangkul si anak. Dengan berat hati dan lelehan air mata isterinya, si bapa terketar-ketar madandatangani surat kebenaran pembedahan. Keluar dari bilik pembedahan, selepas ubat bius yang dikenakan habis, si anak menangis kesakitan.
Dia juga terpinga-pinga melihat kedua-dua tangannya berbalut putih. Direnung muka ayah dan ibunya. Kemudian ke wajah pembantu rumah. Dia mengerutkan dahi melihat mereka semua menangis. Dalam seksaan menahan sakit, si anak yang keletah bersuara dalam linangan air mata. “Abah.. Mama… Ita tak buat lagi. Ita tak mau ayah pukul. Ita tak mau jahat. Ita sayang abah.. sayang mama.” katanya berulang kali membuatkan si ibu gagal menahan rasa. “Ita juga sayang Kak Narti..” katanya memandang wajah pembantu rumah, sekaligus membuatkan gadis dari Surabaya itu meraung seperti histeria. “Abah.. bagilah balik tangan Ita. Buat apa ambil.. Ita janji tak buat lagi! Ita nak makan macam mana? Nak main macam mana? Ita janji tak conteng kereta lagi,” katanya bertalu-talu. Bagaikan gugur jantung si ibu mendengar kata-kata anaknya. Meraung dia sekuat hati namun takdir yang sudah terjadi, tiada manusia dapat menahannya..



*Emm..sedih la..budak kecil je lagi tapi jangan la hukum sampai camtu lagi.. pengajaran untuk diri sendiri dan rakan-rakan di luar sana.. Jaga sikit emosi.. Jangan tau nak lepas marah je..
♥ Kalau like, klik like ♥

Saturday, January 26, 2013

Ampunkan dosa saya, ibuuu!!



KASIH ibu membawa ke syurga, kasih bapa sepanjang masa. Jika patah tidak akan tumbuh lagi, jika hilang tiada berganti, dia satu-satunya di bumi ini, tiada dua atau tiga. Demikian besarnya martabat seorang ibu. Amatlah berdosa jika kita sebagai anak mengabaikan mereka, seperti mana kemelut yang dilalui oleh Adi (bukan nama sebenar) yang berasal dari utara tanah air.
Kata Adi, dia terpanggil menulis untuk berkongsi pengalamannya setelah membaca kisah yang disiarkan dalam ruangan ini pada 17 Ogos lalu mengenai kehidupan seorang ibu yang terbiar. Kehadiran surat Adi berkongsi rasa dengan pembaca amat saya sanjung tinggi. Kisah Adi akan menjadi teladan buat diri saya serta pembaca agar menghargai ibu juga bapa kerana mereka satu-satunya harta paling berharga yang tiada tandingannya di dunia ini.
Begini kisah Adi: Ibu saya berumur lingkungan 70-an dan saya pula 40-an. Saya anak sulung dalam adik-beradik seramai lima orang. Telah berkahwin selama 22 tahun dan mempunyai empat orang anak, dua lelaki dan dua perempuan.
Saya juga mempunyai kerjaya yang stabil dan telah dua kali mendapat anugerah khidmat cemerlang. Memang saya sangat komited terhadap tugas, malangnya saya kurang komited terhadap ibu saya sendiri.
Bapa saya telah meninggal dunia 17 tahun yang lepas dan sejak itu ibu tinggal seorang diri di rumah pusaka arwah bapa di kampung. Pada masa itu saya bertugas jauh dari kampung. Atas rasa tanggungjawab keatas ibu, saya telah berusaha untuk bertukar ke daerah yang hampir dengan rumah ibu untuk menjaganya.
Isteri saya juga bekerja. Tapi dia dilahir dan dibesarkan di bandar, manakala saya merupakan anak kampung sejati. Seperti biasa bila orang bandar kahwin dengan orang kampung tentu mengambil masa untuk serasi terutama bab kehidupan di kampung. Isteri kekok dengan persekitaran kampung yang serba-serbi kekurangan.
Bagaimanapun, saya telah berjaya memujuk isteri untuk mengikut saya tinggal di kampung dengan janji saya akan membina rumah baru yang serba moden dan lengkap berdekatan rumah ibu saya.
Alhamdulillah, hajat kami bertukar ke kampung dimakbulkan Tuhan selepas dua tahun bapa saya kembali menghadap Ilahi. Seperti yang saya janji, sebuah rumah baru dibina di atas tanah peninggalan arwah bapa yang jaraknya hanya 200 meter sahaja dari rumah ibu.
Disebabkan kesibukan bekerja serta mengurus persekolahan anak-anak, saya tidak ada masa untuk menjenguk ibu. Hajat saya menjaganya seperti rancangan asal berpindah ke kampung tidak sempat saya laksanakan. Ibu tetap keseorangan.
Kalau pergi pun, seorang diri, isteri dan anak-anak kurang gemar ke sana alasannya, rumah nenek kotor dan berbau. Maklumlah rumah kampung. Bayangkan setelah 10 tahun menetap di kampung, isteri hanya menjenguk ibu saya sebanyak lima kali, itupun sekadar berdiri di muka pintu bertanya khabar.
Nak masuk rumah dan minum, maaf lah! Alasannya tangan ibu saya tidak bersih, cawan masih melekat sabun, pinggan berbau hanyir dan macam-macam lagi. Apa lagi nak harapkan isteri tolong mengemas rumah ibu, jauh panggang dari api. Sebenarnya saya pun sama, merasa jijik dengan ibu sendiri, memang jika saya ke rumah ibu saya akan mengelak daripada minum dengan alasan sudah minum. Saya terikut-ikut perangai isteri saya yang jijik.
Namun Tuhan Maha Berkuasa, dua tahun lepas saya telah diserang sakit jantung akibat perangai anak-anak. Yang lelaki terlibat dengan pergaduhan di sekolah, yang perempuan pula sangat lembab dalam pelajaran. Anak-anak yang dua lagi biasa-biasa sahaja tapi tetap ada masalah. Pendek kata tidak ada yang boleh dibanggakan sedangkan saya telah banyak menghabiskan wang ringgit dan masa menghantar mereka tuisyen sejak mereka di tahun tiga lagi.
Kebanyakan masa saya telah dihabiskan di atas jalan raya dengan menghantar anak-anak mengaji al-Quran, tuisyen, masuk kelab-kelab di sekolah sehingga saya tidak ada masa untuk ibu sendiri. Sepanjang masa saya terlantar di hospital saya telah bermimpikan arwah bapa yang datang dengan muka yang sangat sedih tanpa sepatah kata. Arwah bapa seolah-olah ingin memberitahu sesuatu. Selama tujuh malam berturut-turut saya mengalami mimpi yang sama. Saya mula resah dan menjadi takut.
Tertanya-tanya juga saya, apa yang ingin bapa sampaikan kepada saya? Serta merta saya teringat kepada ibu yang saya abaikan. Saya menangis semahu-mahunya. Mungkin ini petunjuk terhadap kealpaan saya menunaikan tanggungjawab sebagai anak.
Berhari-hari saya termenung dan berfikir. Mungkin inilah petunjuk Allah kepada saya. Lalu teringat juga saya akan anak-anak yang memberi masalah kepada saya dan isteri. Adakah ini balasan Allah kepada saya kerana tidak menjaga ibu?
Selepas keluar dari hospital saya nekad untuk berubah dan memohon ampun daripada ibu. Saya benar-benar insaf dan menyesal. Saya bertaubat. Lalu saya bercakap dari hati ke hati dengan isteri dan anak-anak. Saya jelaskan satu persatu akan masalah yang menimpa kami. Saya meminta isteri dan anak-anak memberi kerjasama untuk membaiki keadaan hidup kami. Saya katakan kepada mereka ujian yang kami hadapi disebabkan sikap mereka yang mengabai dan menghina ibu saya.
Syukur mereka menerimanya dengan baik. Kami menangis bersama-sama pada malam itu dalam suasana yang cukup syahdu. Ketika berpelukan saya,isteri dan anak-anak berjanji akan berubah dan mengutamakan ibu saya dalam segala hal.
Bermula saat itu saya bertekad memasukkan agenda menjenguk ibu dalam rutin harian saya. Kami memujuk ibu tinggal bersama. Isteri turut menyokong tindakan saya. Cara ini memudahkan ibu dijaga dengan baik terutama kesihatannya.
Ibu akhirnya bersetuju. Tapi biasalah orang tua, bosan ditinggalkan seorang diri pada siang hari setelah kami semua keluar rumah. Mujur ada rumah ibu saudara yang boleh saya tumpangkan ibu. Kebetulan rumahnya dekat dengan surau yang aktif mengadakan ceramah agama serta kelas mengaji untuk orang-orang tua. Balik kerja sebelah petang, saya ambil ibu untuk dibawa pulang.
Ketika ini barulah saya teringat, apa yang saya buat sama seperti saya menghantar anak ke nurseri pada siang hari dan mengambilnya selepas waktu kerja pada masa lalu. Lalu teringat saya, kalau saya boleh buat untuk anak, mengapa tidak boleh buat yang sama terhadap ibu. Mengingatkan ini hati saya menjadi sebak dan sayu apabila teringatkan apa yang telah saya buat kepada ibu sebelum ini.
Saya bersyukur kerana cepat sedar dan diberi peluang kedua untuk menebus kesilapan besar yang telah saya lakukan dalam hidup ini. Saya benar-benar malu pada ibu dan diri sendiri. Saya harap ibu ampunkan dosa saya. Semoga Allah menerima taubat saya dan membuka pintu hati saya untuk terus berbakti kepada ibu selagi hayatnya dikandung badan. Kini saya bersyukur kerana diberi peluang kedua untuk memenuhi tanggungjawab sebagai anak terhadap ibu. Alhamdulillah. ..begitu Adi menutup kisahnya.
Dalam air mata yang masih bergenang di kelopak saya membaca kisah Adi berulang kali. Terasa amat sebak di dada. Termenung panjang saya mengenangkan keluhuran budi seorang anak yang mengaku akan dosa dan kesilapannya terhadap ibu tersayang.
Semoga anak-anak lain yang sedang atau telah mengabaikan ibu bapa mereka cepat insaf dan bertaubat. Ingatlah, syurga itu di telapak kaki ibu.
Kisah Adi besar iktibarnya kepada kita sebagai anak yang masih punya ibu bapa. Hargailah mereka.
Sumber : Aidanatasya.com

*Bila ibu tu ada lagi, murah la nak lupa..Bila ibu dah xde, baru la nak meraung bagai.. Emm.. ntah la.. Bila berkait ngan ibu, cepat je air mata ni nak mengalir.. Terlalu rindukan belaian ibuku.. Anakmu tak pernah lupa mengutuskan doa untuk ibuku tercinta.. Semoga roh ibu tenang di sana.. 


"Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya) dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan). "

( Surah Luqman : 14 )


♥ Kalau like, klik like ♥


Meh Baca Yang Ni Jugak..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...