I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sunday, April 17, 2016

Abang!!. Jangan tinggalkan sayang, bang!!..

Abang ni, pakai tu elok-elok la sikit,” kata Julia lembut sambil membetulkan pakaian Ahmad. Ahmad tersenyum memandang isterinya.
“Cantik isteri abang hari ni,” Ahmad mencubit pipi Julia lembut.
“Ayah, ayah, cepat la yah,” Liz dan Lin meluru masuk ke bilik kerana dah tak sabar-sabar nak bertolak pulang ke kampung.
“Yelah, yelah, ayah dah siap ni.”
Julia hanya tersenyum melihat suaminya itu melayan karenah anak-anak mereka yang comel dan manja. “Abang, dah lama kita tak balik kampung macam ni, ye?”
“Iyelah, maklumlah abang ni sibuk dengan urusan perniagaan. Baru kali ni abang ada peluang untuk cuti panjang.” Ahmad berkata kepada isterinya tercinta.
Perjalanan daripada KL ke Teluk Intan mengambil masa lebih kurang empat jam. Liz dan Lin dah pun terlelap kat kerusi belakang. Begitu juga dengan isterinya, Julia. “Tak sabar rasanya nak tiba kat kampung,” Ahmad berkata dalam hati.
Sedikit demi sedikit Ahmad menekan minyak keretanya. Semakin lama keretanya semakin laju dan Ahmad semakin seronok. Ahmad dah tak sabar untuk segera sampai ke kampungnya. Pedal minyak ditekannya lagi dan Honda Civicnya mula memecut. Ahmad cilok kiri, cilok kanan. Habis semua kenderaan dipotongnya. Bangga betul Ahmad masa tu. Terlupa dia sekejap pada anak dan isterinya yang sedang tidur.
“Eh abang, kenapa bawa laju sangat ni?” tiba-tiba Julia terjaga dari tidurnya.
“Tak ada apa la sayang, rileks… cepat sikit kita sampai kampung nanti.”
“Sabar bang, sabar. Biar lambat tak apa…. jangan laju sangat bang, Julia takut.” Julia cuba memujuk Ahmad supaya memperlahankan kenderaannya.
“Rileks Julia, tak ada apa-apa,” Ahmad terus memotong bas ekspres didepannya tanpa was-was.
“Haaa..kan, tengok. Tak ada apa-apa kan?” kata Ahmad setelah berjaya memotong bas ekspres tadi.
“Sudah la tu bang.”
“Ha… tu ada satu lagi bas ekspres. Julia tengok abang motong dia aaa….” Ahmad terus masuk gear 3, pedal minyak ditekannya hingga jejak ke lantai. Ahmad terus membelok ke kanan untuk memotong dan…. di depannya tersergam sebuah lori balak yang besar dan gagah dan….. BANG!!.
**********************************************************
“Julia….bangun nak,” sayup-sayup terdengar suara emaknya.
Julia membuka matanya. Dia terlihat emaknya di situ. “Mana abang Ahmad mak? Macamana dengan suami saya, mak? Liza, Linda….mana anak-anak saya mak?” Bertubi-tubi Julia menyoal emaknya. Julia tak dapat menahan kesedihannya lagi. Julia menangis semahu-mahunya di depan emaknya. Emaknya memandang Julia tepat-tepat.
“Macamana dengan suami Julia mak, abang Ahmad?” Julia masih terus menangis.
PANGGG!!. Kepala Julia ditampar oleh emaknya dengan tiba-tiba. Julia terdiam. Kenapa emaknya buat dia macam tu? Don’t go breaking my heart Mom!!
“Banyak la engkau punya suami! Muka dahlah tak cun, belajar pun malas, kerja pun takde, ada hati nak berlaki. Apa punya anak dara la kau ni?? Tu la, tidur lagi senja-senja macam ni! Dah! Bangun pegi sembahyang! Asar pun dah nak habis!” emaknya terus merungut sambil berlalu keluar……. dan Julia tersengih keseorangan. Rasa macam nak masuk dalam tin biskut! ”
P/s: Moralnya janganlah suka tidur di petang hari terutamanya anak dara.

Sumber : Zoncinta.com

♥ Kalau like, klik like ♥



Saturday, April 16, 2016

Workaholic VS Solatholic

A : “Kami menghadapi masalah dua ekstrem dalam organisasi ni,” kata seorang pengurus bahagian sumber manusia.
B : “Ekstrem? Fahaman melampau? Militan?” tanya saya bergurau.

A : “Bukan. Tapi pertentangan antara dua golongan. Satu workaholic dan satu lagi solatholic.”

Saya terkejut dengan istilah itu. Workaholic memang selalu saya dengar tetapi kalau solatholic itulah kali pertama saya mendengarnya.

A : “Encik tahu apa maksud workaholic?” tanyanya.

B : “Orang yang gila atau mabuk kerja,” jawab saya merujuk kepada makna yang diberi dalam kamus seperti yang pernah saya baca dahulu.

A : “Solatholic pula orang yang gila solat!” jelasnya tanpa dipinta.

B : “Jadi apa masalahnya?’

A : “Dua golongan melampau ini boleh menjejaskan operasi organisasi ini.”

B :“Bagaimana?”

A : “Yang workaholic mabuk kerja hingga tinggal solat. Dan encik tentu tahu apa akibatnya orang yang tinggal solat…”

Belum sempat saya membalas katanya, dia bersuara lagi, “mereka ini kerja beres tetapi ada masalah dengan rakan sekerja yang lain.”

B : “Yang solatolic bagaimana?”

A : “Rajin solat tetapi kerja tak beres. Kerja sambil lewa. Bagus beragama tetapi culas kerja.”

B ; “Itu kira tak bagus beragamalah, “pintas saya perlahan.

A : “Mengapa?”

B : “Agama itu kan cara hidup yang sempurna? Termasuk solat, kerja dan seluruh sistem hidup. Jadi, orang yang culas kerja ertinya culas juga beragama. Begitu juga orang yang rajin bekerja tetapi malas solat. Itu pun tidak sempurna dalam beragama,” jelas saya agak panjang.

A : “Bagaimana nak tangani masalah dengan kelompok solatholic ni?”

B : “Solatholic bukan masalah, “ ujar saya.

A : “Tak masalah kata awak. Orang ini mabuk sembahyang!”

B : “Apa maksud dengan mabuk sembahyang?”

A : “Banyak sembahyang?’

B : “Kalau begitu tak salah mabuk sembahyang sebab nabi Muhammad pun begitu…”

A : “Maksud awak?”

B : “Nabi Muhammad terlalu banyak dan lama berdiri solat, sehingga kakinya bengkak-bengkak. Kalau itu boleh dikatakan solatholic, ya Nabi Muhammad adalah seorang yang solatholic. Bahkan baginda menganjurkan jika kita hendak bersamanya di syurga kelak, perlu banyakkan sujud. ”

“Rasulullah diberitakan bila sujud, seakan-akan tidak mahu berakhir,” tambah saya lagi.

Pengurus itu kehairanan. Jelas kelihatan dia jadi serba-salah dengan kata-katanya tadi. Saya senyum, sambil menepuk bahunya.

B : “Tapi nabi Muhammad juga workaholic.”

A : “Baginda juga workaholic?”

B : “Ya. Bayangkan bagaimana Rasulullah s.a.w begitu banyak kerja dan urusannya. Mentadbir seluruh negara, menyusun masyarakat, mengajar, mendidik, memimpin dan pelbagai lagi tugasan dalam keluarga, masyarakat dan negara.”

A : “Baginda seorang yang workaholic?”

B : “Tak tahulah apa yang dimaksudkan dengan istilah workaholic tu tetapi jika itu bermaksud kerja keras, banyak bekerja dan gigih pula… yang Rasulullah saw memang begitulah.”

A : “Jadi seorang itu boleh jadi solatholic dan dia juga workaholic pada suatu masa yang sama seperti Rasulullah?”

B : “Ya, sewajarnya begitu. Cuba dengar apa yang diluahkan oleh Sayidina Umar Al Khattab insan yang berjaya meneladani Rasulullah s.a.w…”

A : “Apa katanya?”

B : “Aku bimbang untuk tidur pada siang hari, takut urusan ku dengan manusia tidak selesai. Dan aku juga bimbang untuk tidur pada malam hari takut urusan ku dengan Allah tidak selesai.”

Dia diam. Benar-benar dalam berfikir.

A : “Pada siang hari Umar Al Khattab seorang yang workaholic dan pada malam harinya pula dia seorang yang solatholic. Itu maksud awak?”

B : “Pray hard, work smart. Begitulah kira-kiranya.” Saya mengiakan.

A : “Bagaimana boleh jadi begitu? Apa yang saya faham solatholic dan workaholic tidak mungkin bersatu pada diri seorang manusia. Kalau dia solatholic, secara automatik dia bukan workaholic. Begitulah sebaliknya.”

B : “Tidak begitu. Bekerja adalah satu ibadah… ibadah umum namanya. Manakala solat juga satu ibadah. Ia ibadah yang khusus dan asas. Kedua-duanya dituntut oleh Islam untuk dilaksanakan."

A : “Ada kaitan antara ibadah asas dan ibadah umum? Maksud saya antara solat dan kerja?”

B : “Ibadah asas itu banyak berkaitan dengan hubungan manusia dengan Allah. Ibadah umum pula berkaitan dengan hubungan kita sesama manusia.”

A : “Ada kaitan tidak?” tanyanya sekali lagi.

Saya diam. Berfikir sejenak.

B : “Orang yang paling kuat hubungannya dengan Allah dialah yang juga paling kuat hubungannya sesama manusia.”

A : “Kenapa?”

B : “Sebab kesan daripada kuat hubungan seseorang dengan Allah akan memberikan dia satu ketulusan dan kekuatan untuk berhubung sesama manusia. Solat akan memberi satu tenaga, semangat dan kekuatan dalam bekerja.”

A : “Bagaimana?”


Saya mula diasak dengan soalan bertubi-tubi. Tapi saya akur, bukan maksudnya untuk berbahas. Tetapi didorong oleh rasa ingin tahunya yang semakin tinggi.

B : “ Solat akan memberikan kita ketenangan hasil mengingati Allah. Solat akan mencegah daripada kejahatan dan kemungkaran. Cuba lihat rukun fik’li, qauli dan qalbi semasa mengerjakan solat… Bukankah semua itu mendidik kita agar bersih, menepati waktu, amanah, bercakap dan berbuat yang dibenarkan sahaja? Kesan solat yang sempurna akan memberikan kekuatan, keberkesanan dan kecekapan dalam bekerja,” terang saya satu persatu.

A : “Tetapi kenapa ada yang solatholic tetapi malas bekerja?”

B : “Tentu ada yang salah dengan solatnya. Mungkin solat itu dilaksanakan berdasarkan ritual semata-mata. Tidak difahami makna, tuntutan dan tujuannya. Itu solat yang tidak berjiwa. Umpama bangkai yang tidak bernyawa. Solat semacam itu tidak akan memberi kesan apa-apa pada perlakuan dan pekerjaan selepas mengerjakannya.”

A : “Hairan pula kenapa yang workaholic tetapi malas solat?’

B : “Sebabnya sama sahaja. Jika golongan pertama tadi mengerjakan solat tanpa kefahaman dan penghayatan, golongan kedua ini pula enggan mengerjakan solat kerana tidak nampak apa manfaat solat dalam kehidupan mereka… apatah lagi pada pekerjaan mereka. Solat dan kerja terpisah. Itu anggapan mereka.”

A : “Jadi bagaimana mengatasinya?”

B : “Golongan rajin solat mesti disedarkan, difahamkan dan dididik untuk bekerja kerana kerja itu satu ibadah. Tanda akrabnya seorang dengan Allah adalah banyaknya dia berkhidmat untuk manusia. Sayidina Umar pernah mengusir sekumpulan lelaki yang asyik duduk di dalam masjid tetapi tidak bekerja.”
A : “Bagi golongan workaholic pula?”

B : “Mereka mesti juga melalui proses yang sama yakni menyedari bagaimana solat itu akan memberi kekuatan dan ketenangan semasa bekerja. Ingat, tadbir kita walau sekuat atau sebijak mana sekalipun masih tertakluk kepada takdir Allah yang Maha Besar.”

Dan bagi mereka yang workaholic ini juga, kita perlu berikan peringatan, “ jangan nanti stres, kecewa dan keletihan melanda kita kerana keterlaluan memerah keringat atau mengasah fikiran. Solat perlu kerana ia memberi satu kerehatan dan penyembuhan kepada keletihan jiwa dan jasad. Lagipun rugi, jika solat ditinggalkan kerja mereka yang banyak itu tidak akan dikira sebagai ibadah. Hanya dapat laba tetapi kosong pahala. Ingat, solat itu kepala ibadat. Tanpa solat, segala amalan yang lain tidak akan diterima Allah.”

A : “Jadi tidak salah menjadi workaholic dan solatholic jika kita memahami dan mengamalkan ajaran Islam yang sempurna. Bahkan kita memang dituntut begitu. Bukankah begitu?”

Saya mengangguk.

A : “Workaholic untuk manusia, solatholic untuk Allah?”

B : “Yang paling tepat ialah bekerja kerana Allah untuk manusia!”

A : “Apa dia ungkapan yang awak katakan tadi?”

B : “Yang mana satu?” saya sendiri sudah terlupa.

A : “Pray hard, work smart!”

B : “Orang yang solatolic seharusnya menjadi orang yang workaholic. Solat akan membentuk orang yang mampu bekerja keras. Orang yang workaholic perlu melaksanakan solat, agar mendapat kekuatan, ketenangan dan mencegahnya daripada penyelewengan seperti rasuah, penindasan dan perbalahan sewaktu melaksanakan kerjanya.”

A : “Pemikiran ini akan saya sampaikan untuk meredakan konflik antara solatolic dan workaholic dalam organisasi ini!” ujarnya gembira.

Saya senyum lebar akhirnya. Alhamdulillah, semoga semuanya persoalan tadi dapat diselesaikan dengan jelas dan tuntas. Namun, jauh di sudut hati, masih ada kesedihan yang berbekas. Ya, jelas sekali betapa hubungan yang sinergi dan serasi antara solat dengan kerja sudah semakin kabur dalam diri umat ini. Bukan sahaja dalam amalinya bahkan dalam teorinya. Benarnya seperti yang selalu diungkapkan, Islam bukan sahaja agama yang paling disalahertikan oleh bukan Islam malah oleh umat Islam sendiri!


*Hanya perkongsian. Benar. Ini yang terjadi. Kerana kerja, kita culas melaksanakan tanggungjawab pada Allah. Tapi jangan dengan alasan untuk solat, kerja pula kita abaikan. Kedua2 nya adalah ibadah. Pray hard, work smart!!


♥ Kalau like, klik like ♥





Manisnya Cinta Di Cappadocia

Assalamualaikum..


-Jawab salam dulu ye...heheh


Ya Allah.. Lama betul tak bukak blog ni.. Giler bersawang.. Nak log in pun dah macam stranger nak masuk..Macam2 dia tanya.. Hahahaha..Nampak sangat lama giler tak jenguk blog.. Setahun skali update blog.. >_<

Sesaje je ni nak menghapdate. Korang mesti tertarik kat tajuk je kan..padahal isi tak berkaitan pun..ahahahahah..

Actually CK baru abis tengok cerita Manisnya Cinta Di Cappadocia ni..(padahal dah berpuluh kali ulang tgk cerita sama) ngeeee~


CK minat giler cite ni..Sweet sangat macam nak pengsaaannnn..!!! Dah la minat giler kat Shaheizy Sam.




Tapi dia dah kawen..hukhukhuk..my sweet uncit geram je bila CK cite pasal Sam..hahaha..Bila dapat tau Sam dah nak kawen, dia paling happy..huh  -_-

Sweet giler kan part yang last bila dia hadiahkan kereta Beetle sempena first date and warna kereta sempena first met dorg masa nk beli pudng caremel.. hahahahha..part ni rasa lemah ulu hati..hahaha..

Dah terberangan la kejap.. Konon nak sweet2 jugak..hahaha..gatal!! Biasa la perempuan kan..memang suke sweet2 ni..berangan je la..cukup sekadar berangan 10 saat..heeeeee...

To my sweet uncit... Jangan cemburu ye. Sy ingat kat dia 10 saat je.. awak selamanya..  hihihi



♥ Kalau like, klik like ♥





Monday, July 6, 2015

KASIH KEKASIH

Bismillahirrahmanirrahim...

Allah Pemilik Segala Hati. Tetapkan hati kami pada landasanMu ya Rabb...



Hati yang sentiasa redha adalah hati yang kuat bila diuji. Walau terkadang hati itu menangis dalam diam.

~Ini kisah kita~

Ayah ibu merestui
Menyarung cincin di jari
Dengan rahmat dari Ilahi
Cinta kita pun bersemi

Lebih indah andai cinta itu berputik selepas nikah.

Sebelum diijabkabulkan
Syariat tetap membataskan
Pelajari ilmu rumahtangga
Agar kita lebih bersedia
Menuju hari yang bahagia..


Perancangan Allah itu yang paling sempurna. Yakinlah wahai hati, sekecil mana dugaanNya, sebesar mana dugaanNya, pasti ada hikmah disebaliknya.

Jika kita merungut kerana dugaanNya, pasti kita akan bersujud syukur andai kita mengetahui segala hikmah disebalik kejadiaanNya.

Ya Allah, perjalanan hidupku masih jauh andai Kau masih mengizinkan aku untuk menikmati setiap detik masa yang Kau berikan. 

Pelihara dan jauhkanlah diri ku dan diri kami dari segala penyakit, fitnah dunia, prasangka keji manusia, segala musibah. Lapangkan hati kami, berikan kami petunjuk, luaskan rezeki kami dan permudahkanlah segala urusan kami.... Aamiin..




♥ Kalau like, klik like ♥



Sunday, April 12, 2015

CK kembali dalam blog!!!

Assalamualaikum semua.....

Peace >_<


Lama betul CK menghilang.. Blog dah berhabuk, bersawang bagai dah.. Macam dalam gua. hahaha.. Ni pun terasa nak menghapdet blog sebab melawat blog orang lain tadi. Lupa plak CK ada blog sendiri..hehehehe...

Nasib baik la belum lupa cane cara nak hapdet blog. Kot la dah berubah rupa cara nak update kan.

Busy sangat ke  CK sampai tak sempat update blog?

Jawapannya:- Tak de la busy sangat.. acah acah busy je.. hahaha.. Tapi lately mmg CK slalu balik lewat. Dulu CK as Admin je. Under bos yang superb sporting. But now dah transfer under team lain. Then terus tukar job scope, fully accounts.. Pengsaannnn!

Y?

Jawapannya:- I'm not accounts student before. I'm science student!

So?

Jawapannya:- Ck terkial-kial kot nak buat account. Last belajar akaun masa form 3! Hah. Jenuh tau nak reverse memory back to that ages. Hahaha. CK menggoogle untuk belajar basic akaun semula. My new bos sometimes ok, sometimes CK naik hangin. But I am thankful that she never tired of teaching me even CK ask so many times.. Haha.. So bila CK ada team member baru, dia pula tanya CK macam-macam soalan, tanya benda yang sama even dah ajar banyak kali, CK realize that CK tak boleh marah dia. Dia sama cam CK, baru nak belajar. So I need to share whatever I know, she must know.

Kalau ikutkan boleh je nak update pas balik kerja.. Tapi cam biasa la CK ni, pemalas dong... ngeeee~

Banyak giler benda nak story. Tapi bila pandang lappy, on lappy, CK just on movie.. Hahaha.. Malas nak online.

Meh CK share sikit2 ape yang CK penah join. Not all la..


1. Sungai Kemensah. 

Dekat dengan zoo negara. Ada chalet. Boleh sewa chalet. Tak nak sewa pun boleh,tapi pepandai la korang nak tukar baju kat mana. hihihihi... Saiz chalet yang diberikan bergantung berape orang geng korang. Tempat utk BBQ disediakan. Kitorang pergi geng gugurl opis je ni.. Geng bujang.. >_< heheheheeee...

mamam dulu sebelum bersiram...


Syiok betul dorang berendam..

2. Bukit Cerakah

Tempat ni dah lama giler CK teringin nak pergi. Pernah berangan nak pergi sendiri. Konon ala ala traveller..hahaha..  Kali ni pergi dengan kawan ofis, lelaki dan perempuan. Ramai yang pergi. Sume join Skytrex. Dalam ramai2 join Skytrex, ada 3 orang gadis melayu sesat tak join Skytrex..Siapakah mereka, tak mau bagi tahu.. Haha..


Sebelum bertolak pergi ke medan tempur.

Sorry geng. Gambar2 adventure bnyak yang dah delete..huhu..

Sebelum gerak balik. Sume kalut gambar ketaq!

3. Di mana mana sahaja. Aktiviti selingan. Banyak sangat gambar. CK just pick random..

Buat potluck. geng kamceng. Dua orang tu bos yang superb sporting!

Farewell untuk amalina.

We are prettiest princess in VG!

Kuat selfies...Ngeee... Belakang tu tengah bergosip mak jemah le tuuuee...


Mereka dan selfie berpisah tiada.... ngaa~~

Celebrate birthday Elina

Ni just gambar untuk membahan.. >_<

Celebrate birthday again.

5 baby in January!


I love them so much!!



We are cried together
We are laugh together
We share problem together
We solved the problem together
We shared the best memories together

One of you are sick, all of us will be sick

All of you make my days in happiness!


♥ Kalau like, klik like ♥


Meh Baca Yang Ni Jugak..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...