TERIMA KASIH..

Showing posts with label Contest. Show all posts
Showing posts with label Contest. Show all posts

Wednesday, February 17, 2010

Contest teka mata cik bunbun

 

Mata CANTIK kepunyaan cik bunbun adalah mata yang bernombor
[1]
[6]
[9]
Mata kepunyaan cik ebby adalah mata yang bernombor [10]
 
 Saya mendapat tahu tentang contest ini daripada […cik bunbun sendiri…] Siap kena paksa lagi..hikhik..jangan marah ye adik bunbun:)

Mari ramai2 kita teka mata cik bunbun ni..mana tau dapat mata tiruan a.k.a contact lens warna2..hehe..klik SINI tau..

Saya bertuah diulangi SAYA BERTUAH..

Tuah ayam nampak di kaki..Tuah saya rupanya di alam maya..YEAY..suka sangat..Penat saya menunggu untuk bertuah semasa merentas desa, hari sukan, kenduri kahwin, besday parti, hari keluarga dan mana2 hari yang ada cabutan bertuah SEMUA saya tak pernah bertuah..Tapi kini SAYA BERTUAH..

Saya menang dengan cabutan undi tau..daripada 21 orang hanya 3 orang je yang akan menang and i'm lucky number 2..Kuiznya adalah teka hidung meow yang dianjurkan oleh KITTY WORLD..Mekasih la untuk sha & eena dan teramat kasih buat ma diorang yang telah mencabut nama saya..Nak cakap lagi SAYA BERTUAH..hehe..Hadiahnya adalah ini


dan lagi SAYA BERTUAH..ok bye..

Friday, February 12, 2010

SUKANYA SEPERTI MENDAPAT ANAK PERTAMA



Selamat pagi semua..Hari yang ini mahu berkongi kegembiraan..Sangat suka...dan suka lagi...Contest ke dua yang saya join..Contest namakan & menang yang di anjurkan oleh bolg kitty mitty..dan yang penting saya MENANG untuk entry yang paling creative..Kalau nak tau entry yang saya buat creative ke tak sila klik SINI.. Kalau korang cakap tak creative pun takpe sebab saya da menang..Yeay..Masih senyum lagi..

Tahniah kepada Hafiz yang menang untuk nama yang dipilih iaitu AIKO..saya pun suka nama tu..juga Teddy yang menang juga..Nampaknya Teddy kita memang tergolong dengan insan2 yang creative..hehe..Suka lagi..Kalau nak tau keseluruhan pemenang klik SINI..Hadiahnya sudah pasti saya pilih buat anak2 bulus..Tak sure lagi ape yang Puan Iela nak bagi tapi pastinya menarik..dan suka lagi...






Masih suka..





Masih senyum..





Psstttt : Tahukah anda saya ada exam pukul 3.00 petang ini?? Sila doakan saya..Sekarang serius..Terima kasih..

Sunday, February 7, 2010

Contest Ayahku Sayang

Erm contest ni lebih kekeluargaan..Bagus, asyik ingat papa bulus aje patutnya kena ingat abah sendiri lebih lagi kan..Kerana dia adalah lelaki pertama dalam hidup saya..Yang bestnya tentang contest ni adalah ia menyedarkankan saya tentang ketandusan gambar saya bersama abah tercinta (berdua)..Saya sangatlah marah dengan diri sendiri..Sedangkan gambar bersama papa bulus melambak2..Tak patut kan..

So this is my best photo with my ABAH in his convocation day dua tahun lepas..


SAYA SAYANG ABAH SAYA KERANA

Abah saya sayang kat saya..ini saya tau sebab bila saya telefon abah, selepas memberi salam abah mesti akan cakap "ya yang..".. Tidakkah itu tandanya sayang..Kalau masih belum kukuh sebab itu saya bagi sebab lain..Setiap kali kalau abah nak balik Penang (memandangkan abah dah kerja kat airport Penang sekarang) atau abah nak pergi mana2 abah pasti akan memberikan saya pelukan serta ciuman di kedua belah pipi saya..Ya sehingga sekarang saya berusia 26 tahun..Kadangkala terbit jua perasaan malu terutama apabila berada di hadapan rakan2 tapi bila bermesra ngan papa bulus tak malu plak kan..Tak patut..

Saya sayang abah sebab abah selalu bagi nasihat bila saya berada di jalan yang salah..Abah pasti akan cakap "Ayong dah makan jalan orang ni..ikut lane sendiri.." Ya itu ketika memandu..Maksud saya nasihat untuk hidup..Erm banyak sebab mengapa saya sayang abah..Jangan pertikaikan ye betul ke tu abah saya..saya tau la hidung dia mancung hidung saya kemik tapi saya ikut hidung mak saya la..Bila saya taip ni saya sedar takde sebab untuk saya tidak menyayangi abah..

Harap2 boleh menangla contest ni..Kalau saya menang saya akan topupkan abah..OK ni tipu sebab abah pakai bil..Saya nak menang sebab saya nak topup telefon saya..

Kepada yang nak join contest ni sila klik kat SINI.. Hadiah2nya adalah:

Tempat pertama: topup RM30

Tempat kedua: topup RM20

Tempat ketiga: topup RM10

Para pememang akan ditentukan oleh orang lain, Cik Bard tak mahu bias..

Tarikh tutup penyertaan masih belum ditetapkan..

Marilah join ramai2 ok? =)

Jom Join Contest (menang Couple tee's)

Asyik anak2 bulus je masuk contest so sekarang turn mama bulus & papa bulus plak..Maklumlah bulan Feb adalah bulan cinta..Walaupun bagi kami setiap bulan juga adalah bulan cinta..Kalau bagi mama bulus datang bulan lagilah kena bulan cinta sebab papa bulus kena bagi layanan lebih kan..kalau tak mulala nak merajuk..Kesian kat papa bulus..


Kalau menang dapat couple tee..Menarik..Kerana mama ngan papa bulus memang suka pakai baju sama..Paling lopek pun warna kena sama..barulah sehati sejiwa kan..Walaupun banyak orang cakap thah pape lah pakai baju sama & sekarang memang banyak couple rempit yang suka pakai baju sama tapi ada kami kisah..Jadi tolonglah bagi kami menang supaya kami akan dapat pakai baju sama lagi..weee~~~

Tak percaya?? Nah ini buktinya..Tidakkah kami nampak sweet together..hehe..Ya "Masuk bakul angkat sendiri"..Tapi sape lagi nak pujikan..


Sila beri tumpuan pada baju mama bulus serta tie papa bulus..Sama kan selain baju kami yang berkotak..Ya kami berjalan di Alamanda dengan berpakaian begini..COOL kan..suma pandang..Wakaka..Tolong jangan pertikaikan kenapa papa bulus tidak senyum..Dia memang tak suka senyum ketika bergambar..Atau adakah dia malu berpakaian begini??

Jomlah join kawan2..ini syarat2nya

1st: adalah seorang blogger dan ada blog sendiri

2nd: gambar yg digunakan adalah gambar sendiri

3rd: letak banner di bwh ni kat dalam entry anda dan jugak sidebar

(backlink ke blog ini jangan lupe) ..Ini kat entry beliau ye bukan saya..


2 Pemenang bertuah aje yang dapat hadiah ni!!!

pemilihan dibuat juri jemputan sumi nanti..

Tarikh tutup 7 Feb 2010..


Untuk maklumat lanjut sila klik SINI

TEKA BERAT QASEH CONTEST



Hai suma..untuk mengubati kelukaan di hati akibat kehilangan Flex so saya decided nak join seberapa banyak contest yang saya jumpa..

Contest ni plak adalah untuk meneka berat si comel bernama Qaseh..Teringat plak cerita seputih Qaseh Ramadhan..Bestkan nama Qaseh..1st time tengok gambar Qaseh ni tertarik sebab dia duduk atas penimbang sambil mendongak cakap "Mama berapa berat saya.."

Qaseh mama suruh aunty teka berapa berat kamu..Mama dah bagi clue berat Qaseh masa 8 bulan 8.3kg so sekarang da 10 bulan jadi aunty bagitau berat Qaseh sekarang adalah 9.2kg..

Qasih sangat comel (macam biasa la taktik membodek mamanya supaya menang)..Semoga Qasih akan membesar sihat menjadi anak yang pintar ya..

Tarik tutup 12 Feb 2010 (Friday) 10.00AM.

Kepada kawan2 mari kita teka..serta mari kita lihat siapa yang kena..Nak join klik SINI..

Wednesday, February 3, 2010

MIETOS LUCKY DRAW..


Sebenarnya tak pastilah nak join contest ni sebab tak pernah bertuah sepanjang hidup bila ada lucky draw ni tak kira masa family day atau hari merentas desa.. Tapi perasaan nak jadi bertuah tu memang ada terutama apabila melihat banyak hadiah tersusun di atas meja..Konon2 macam ada harapan la..Endingnya tetap putih mata..

Jadi rakan2 tolong doakan saya untuk lucky draw di alam maya ini..mana tau alam realiti saya tak bertuah tapi tuah saya di alam maya..*Mengharap*

REFERRER : ANIN

Nak souvenier dari JAPAN..Sebab nak sangat kulit halus seperti wanita2 di sana..Eh ada kena mengena ke..Tolonglah bagi saya bertuah untuk kali ini..

So kepada rakan2 yang nak join contest ni senang je.korang gi kat website ni http://mietos.blogspot.com/2010/01/mietos-lucky-draw.html.. pastu korang ikut syarat2 dia..cuma tukar referrer tu kepada nama : QISHA..Thank you

#tarikh tutup pada 13 February 2010 (before chinese new year)

Tuesday, February 2, 2010

LOTUS MENANG CONTEST..

Yeay 1st time masuk contest akhirnya menang gak 3rd place..Kemenangan ini adalah untuk Lotus..Hadiahnya adalah :

-50% RASAMAS discount vouchers

-50% PIZZA HUT discount vouchers

-50% KFC discount vouchers

-30% AYAMAS discount vouchers

Thanks untuk tuan punya blog kerana menganjurkan contest ni.. Next time anjurkan lagi ek..and sambil menjerit "Lotus kemenangan ini akan menjadi salah satu daripada sejuta sebab "what do i LOVE about my pet"..Wakaka~~~~

Saturday, January 30, 2010

I LOVE MY PET CONTEST..


Ni plak contest ke-2 yang saya join..harini last day..baik join cepat..kat sini saya nak share ape yang saya da emailkan..hope dapat menang..kalau menang dapat makan diskaun..suka..kalau free lagi suka..

Ni gambar yang saya pilih


suka gambar ni coz Lotus tido ada style tersendiri..

What do i love about my pet : Kucing saya ni jantan berumur 10 bulan..Saya telah berikan dia dua awek iaitu Violet dan Adeeni yang kedua-duanya berumur 1 tahun..Dengan kemachoan wajahnya saya berharap dia akan mengandungkan mereka.. Namun sehingga kini masih belum membuahkan hasil nampaknya..Adakah kerana saya telah menamakannya sempena nama bunga iaitu 'Lotus' menyebabkan dia keliru dengan jantinanya sendiri..Ini terbukti dengan aluanan suaranya yang masih belum pecah (matang). Walaupun begitu kasih sayang saya tetap tak tumpah terhadapnya..Eh macam takde kena mengena pun dengan what do i love about my pet..

Sebenarnya ape yang saya suka pasal Lotus ni adalah walau ape pun yang saya lakukan terhadapnya (termasuk tonggengkan dia), dia adalah satu2nya kucing saya yang tidak akan mengeluarkan kuku untuk mencederakan saya walaupun dia adalah ahli tiga line (sebab belakang dia ada tiga line)..Mintak maaf kepada tuan contest ini kerana membaca bebelan saya yang panjang..Tolong jangan disqualified kan saya sebab ini..

Ape yang saya nak sampaikan sebenarnya saya nak menang..saya dan kucing 2 saya suka makan..yang penting kalau saya menang ianya akan menjadi salah satu sebab "What do i love about my pet"..

Sekian terima kasih..

Amacam, korang rasa boleh menang ke??

Contest Namakan dan Menang!!

Hai all..Ni first time nak masuk contest kat alam maya ni..ape yang membuatkan saya tertarik nak join contest ni adalah kerana anak kucing itu (sebab belum ada nama) tersangat lah cute, comel, & adorable..OK,ok selain hadiah yang ditawarkan sangatlah menarik..

Dengan ini saya merasmikan "CREAMIEY" adalah nama barunya..ceh yakin je..belum tentu mummy ngan daddy dia terimakan nama ni..Ah tak kisahlah nama ape pun dia dapat pasni yang penting dia tetap Creamiey untuk saya.. 


Jatuh hati kan bila tengok dia..rasa cam nak kitnap tapi nanti berdosa tapi cemana nak kitnap rumah dia pun saya tak tahu..Jadi tak dapat kitnap bagi nama pun jadilah..sebut sekali lagi "CREAMIEY"..

Kenapa saya letak "CREAMIEY" adalah kerana warnanya yang cream (sebab ni semua orang tahu).. Sebab orang tak tahu adalah saya nak sangat kucing warna ni tapi hasrat belum tercapai..kalau tercapai nanti saya nak namakan CREAMIEY jugak..Selain itu rasanya ianya sesuai di gandingkan dengan Tomei.. "Tomei, Creamiey mari makan.." Agaknya cam tu kot nanti mummy & daddy dia panggil makan..


Alala..sweet lil CREAMIEY da tertido da mendengar bebelan Aunty (mengangkat diri sendiri sebagai mama angakat CREAMIEY)..

Pssttt : CREAMIEY..boleh tahan tak cara aunty mengampu mummy & daddy kamu..Suh dorang bagi aunty menang tau..K da skarang CREAMIEY boleh tido..NITE..

Kepada kawan2..Jomlah join ramai2 contest ni..Nak tau lebih lanjut klik SINI..Mana tau kalau saya tak menang korang boleh menang..Good Luck..