TERIMA KASIH..

Wednesday, February 24, 2010

Tabik Spring Dengan Cikgu..

Salam semua..Baru 2 hari tak update blog tapi rasa rindu nak berblog dengan kawan2 semua seperti merindui chenta hati..Eh, mungkin kurang sket la..Harini hari ke 3 aku kat Sek Men Keb Seksyen 16 Shah Alam.. Perasaan sukar digambarkan..Apa yang terlintas panas, panas & panas..

Rumah sewa panas, sekolah pun panas..Baru panas dunia Qisha..Tapi itulah hakikatnya..Mungkin dah lama berada di zon selesa..Kat UPM semua pakai aircond..Kat rumah tidur pun pakai aircond..So bila masuk sekolah semua guna kipas..Naik turun tangga dah berpeluh2..Berpeluh2 yang melekit tu..Tak selesa betul..

Dulu orang suka cakap kalau nak cari isteri cari yang bertugas sebagai guru sebab kerja setengah hari..cuti banyak..Kirim salam je la..Sekarang cikgu pun balik lewat..Nak2 plak kaunselor..Pening sangat kepala..Budak2 sekarang semua terlebih ajar..Mencabar sungguh..

Apa lagi nak cerita pun tak tau sebab panas..Kesimpulannnya hormati dan sayangi guru kita..Doakan mereka sebab bukan calang2 orang yang sanggup jadi guru..Aku?? Sekarang dah tak nak jadi cikgu..Sekian..

P/s : Anak2 bulu semua sihat..Mereka duduk dalam satu bilik..Siap ada 1 kipas lagi..Kipas sepatutnya mengipas aku terpaksa aku utamakan mereka..aku tidur ruang tamu aje..Housemate lain kali cerita..

Sunday, February 21, 2010

Sepi..

Salam semua..Sebentar lagi saya akan berangkat ke Shah Alam & esok bermulalah kerjaya saya sebagai seorang guru kaunseling & perdagangan..Mungkin saya akan menyepi dari dunia alam maya ini..

Tolong jangan merindui saya & anak2 bulus saya..hehe perasan..tapi saya pasti merindui kalian maksud saya tulisan kalian..Wish me luck:)

Ikhlas dari Qisha & anak2 bulus
Lotus
Adeeni
Violet
Kitryna
Bluey..

Saturday, February 20, 2010

Hari melihat dunia..


Ya, pada tarikh ini 20 /02/1984 saya melihat dunia pada jam 12.20 tengah malam.. Maknanya saya melihat bulan dan bukan matahari..Hari ini 20/02/2010 saya telah berusia 26 tahun..Begitu pantas masa berlalu..Ketika kecil..

 

Ya saya mungkin secomel ini..kurang sikit kot sebab saya hitam..Ummi saya cakap cousin saya tanya dia masa tengok saya "Kenapa hitam sangat?"
Tapi taklah

 

sampai macamni..Tapi tanpa wajah sebegini pun saya yakin saya telah membuat kedua ibubapa saya tersenyum gembira pada waktu itu..


Saya berharap di usia ini juga saya mampu mengembirakan kedua ibubapa saya..Doakan saya ye..:)
Selamat hari lahir untuk saya..

Cakap Tak Serupa Bikin..

Sila baca entry INI dahulu..Kalau tidak anda takkan faham..Serious..

tapi saya dah join


Kalau nak join geng ni kamu WAJIB ada ini..

 

memandangkan ini..

  

Jadi saya terpaksa, memaksa, dipaksa untuk buat muka buku itu..Kepada kawan2 yang still ketinggalan zaman takde facebook nampaknya saya telah terkeluar dari golongan kuno itu..Korang buat la facebook..banyak faedahnya..


Ok, saya tipu saya masih takde muka buku..Saya menggunakan muka buku adik saya untuk join geng blogger..Jadi geng blogger jangan terkejut mengapa saya nampak kurus di facebook kerana itu adalah adikku..Tambahkan lemak di pipi & segala lemak yang ada tempatnya di badan maka akan jadi saya:-)..Jadi kawan2 yang still takde facebook saya masih salah seorang dari anda..

ini takde

 

ini pun takde..

 
Sekian..

Thursday, February 18, 2010

Dipenjara kerana bunuh kucing

Hati manusia selalunya lembut..Hati manusia selalunya cepat kasihan..Hati manusia selalunya ada taman..pinjam ayat Adnan Sempit walaupun tak teringin nak tengok cite ni..Tapi rupanya bukan hati lelaki berusia 41 tahun ni..makin tua hati makin keras macam batu..

Sampai hatinya menghayun & menghempas kucing ke dinding hingga MATI..Sepatutnya bukan penjara 10 minggu je tapi kalau kena 10 bulan pun saya still tak puas hati..Kalau nak setimpal dia tu dihayun & dihempaskan ke dinding pulak..Bagi dia rasa..Manusia2..mana letaknya peri kemanusiaanmu??
Kalau nak tau lebih lanjut klik SINI..


Gambar di atas bukan gambar kucing berkenaan..gambar kredit google..

Benci SMS ni..

Tit tit..tit tit.. Hand phone murahan sape yang bunyi tu???


Diam dah..

Buka..


RM0. Anda sudah ada GPRS/3G setting? Sila taip ON BD htr ke 33230 get UNLIMITED 3G dwnld. Semua pentaftaran FREE!!!


Sumpah tak teruja dapat message ni..Lagi tak teruja bila dia cakap FREE.. Lansung tak teruja kalau dia cakap PERCUMA..Sakit hati lagi ada sebab
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
 Ni lah hand phone saya..Ada tak sesapa still pakai h/p ni??? Sila angkat tangan..Janganlah malu2..

Itni sekarang bersama Flex..

Pagi ini airmataku luruh sekali lagi..luruh kerana aku dapat merasakan kesedihan itu..kepedihan itu..kerinduan itu..tak dapat ku ungkapkan dengan kata2.. setiap titis airmataku dapat menceritakan segala.. Mengapa?? Sila lihat SINI..

Itni pergi menemani Flex..Nafasku seakan terhenti seketika..Cepat2 ku mulakan langkah untuk melihat pohon yang aku tanam sempena pemergian Flex..lihat SINI..

Kesedihanku terubat tatkala memandang pohon itu..Mataku terpaku pada sesuatu berwarna kuning..

 

  

Ya pokok yang ku tanam pengganti Flex telah mengeluarkan bunga..Aku tahu Flex tentu tidak mahu aku masih meratapi pemergiannya..Dia mahu aku mekar bak bunga itu..Flex sayang mama akan sentiasa merinduimu..


Buat kak umi-e tidak salah andai kak umi-e menangis kerana kak umie-e sangat menyayangi Itni.. Saya percaya kak umi-e dah buat sehabis baik untuknya..Cuma Allah lebih menyayangi Itni..Saya doakan kak umie-e tabah dan kesedihan ini akan hilang seiring waktu..R.I.P Itni..

Wednesday, February 17, 2010

Akan ku bawa mereka ke mana jua..


 Ya minggu Isnin depan bermulalah praktikal sebagai guru kaunseling di Sekolah Menengah Seksyen 16 Shah Alam..Perkara yang paling merisaukan sebelum ini adalah siapa yang akan menjaga anak2 bulusku sepanjang 3 bulan saya berpraktikal..Akhirnya saya telah buat keputusan untuk bawa mereka sekali kecuali Princess.. Sebab Princess pandai poo & pee sendiri..lagipun anak2 dia still menyusu so adik saya yang akan jaga Princess & si kenit berempat...

Anak2 bulus berlima ni akan menetap bersama saya di rumah sewa kat seksyen 24..Nasib housemate yang lain berkompromi..Lagipun dorang terpaksa..Haha saya paksa..Anyway thanks korang.. Kalau anak2 bulus ni jauh di mata nak buat kerja pun tak boleh..mesti asyik ingat dorang aje..Wish me luck 4 my practical k..Anak2, kita akan pindah rumah tak lama lagi..Harap anak2 suma boleh sesuaikan diri k..:)

Contest teka mata cik bunbun

 

Mata CANTIK kepunyaan cik bunbun adalah mata yang bernombor
[1]
[6]
[9]
Mata kepunyaan cik ebby adalah mata yang bernombor [10]
 
 Saya mendapat tahu tentang contest ini daripada […cik bunbun sendiri…] Siap kena paksa lagi..hikhik..jangan marah ye adik bunbun:)

Mari ramai2 kita teka mata cik bunbun ni..mana tau dapat mata tiruan a.k.a contact lens warna2..hehe..klik SINI tau..

Saya bertuah diulangi SAYA BERTUAH..

Tuah ayam nampak di kaki..Tuah saya rupanya di alam maya..YEAY..suka sangat..Penat saya menunggu untuk bertuah semasa merentas desa, hari sukan, kenduri kahwin, besday parti, hari keluarga dan mana2 hari yang ada cabutan bertuah SEMUA saya tak pernah bertuah..Tapi kini SAYA BERTUAH..

Saya menang dengan cabutan undi tau..daripada 21 orang hanya 3 orang je yang akan menang and i'm lucky number 2..Kuiznya adalah teka hidung meow yang dianjurkan oleh KITTY WORLD..Mekasih la untuk sha & eena dan teramat kasih buat ma diorang yang telah mencabut nama saya..Nak cakap lagi SAYA BERTUAH..hehe..Hadiahnya adalah ini


dan lagi SAYA BERTUAH..ok bye..

Tuesday, February 16, 2010

Main kucing: Jiran simbah air panas

 

Terkejut bila baca..Manusia apakah yang sanggup berbuat begini..Jika bencikan kucing pun janganlah menyimbah air panas ke badan kanak2 yang baru berusia 3 tahun..

Bagi saya kalau manusia ini sanggup menyimbah air panas ke badan binatang kesayangan Rasulullah ini pasti berhati "binatang"..dan kalau manusia ini menyimbah air panas ke badan kanak2 berusia 3 tahun tak taula..Lebih keji lagi..


Sangat emotional sekarang.. GERAM..Kalau anda hendak tau berita selanjutnya klik SINI..

P/S : Terima kasih kepada my sis & Lotus sebab jadi model..

Pernahkah anda??

Pernahkah anda keluar daripada toilet dan anda merasa seperti semua orang melihat anda..Pada waktu itu anda segera memastikan bahawa anda sudah zipkan seluar sebelum keluar tandas tadi....


Pernahkah anda berjalan dan anda merasakan semua orang merenung ke arah anda?? Saat itu anda pasti tertanya2 "Pakaian aku tak betul ke??" or "Ada something wrong ke ngan muka aku.."

Jika perkara2 di atas berlaku dan anda telah pastikan kemudian terbukti tiada apa yang tidak kena dengan anda..segeralah berkata di dalam hati.."Mungkin aku cantik hari ini.."


Ini kerana saya juga buat begitu untuk meredakan hati:-)

Sunday, February 14, 2010

MENGAPA DIA HADIR DALAM MIMPI???

 

Mengapa saya bermimpi tentang dia malam tadi..Yes we have our own life now..Kami lama tak jumpa..message mungkin setahun sekali..Apa yang membingungkan i love that dream..When i woke up i realized that there was a smile on my face..

Orang cakap kalau sampai terbawa2 dalam mimpi maknanya kita terlalu memikirkan tentang sesuatu benda tu tapi saya langsung tidak memikirkan tentang dia malam tadi..Mungkin ia hanya mainan tidur..Mimpi mungkin akan menghibur, menakutkan, menyakitkan manusia ketika tidur..but this dream makes me happy..  

Bila my sis bangun tidur she told me that she's already have a boyfriend..Apa yang lebih membingungkan adalah nama boyfriend dia adalah nama insan yang saya mimpikan malam tadi..So after this for sure i'll hear his name everyday..Dalam banyak2 orang dalam dunia ni dik mengapa kau pilih bf yang mempunyai nama itu..Mungkin mimpi saya itu adalah petanda adik saya akan mendapat bf dengan nama dia..

Did i still love him???









P/S : I LOVE YOU MY BABY BOO..

Friday, February 12, 2010

Inikah cinta?

Memandangkan bulan Feb sangat sinonim ngan bulan cinta jadi saya juga ingin bercakap tentang CINTA..Kalau tak silap minggu lepas saya tengok cerekarama TV3 yang Ummi Aida get married with Eizlan Yusof and they got a son yang cacat..Ada tak yang tengok?? Disebabkan Ummi Aida sibuk menguruskan anaknya yang cacat tu, Eizlan Yusof jatuh cinta ngan one lady ni and they plan untuk kawin..
Apa yang saya cuba sampaikan ialah Eizlan Yusof cakap kat lady tu lebih kurang begini..

"Saya nak orang yang boleh sayang saya..Saya tak kisah kalau kaki saya kudung sebelah asalkan saya dapat tongkat yang boleh bantu saya berdiri.."

Mungkin ada yang cakap sweetnya..Tapi bagi saya tak sweet langsung..Bagi saya untuk menyintai & menyayangi orang lain kita haruslah menyayangi & menyintai diri kita sendiri terlebih dahulu..Kita tak tahu sampai bila tongkat itu boleh membantu kita berdiri?? Satu hari mungkin tongkat itu akan patah atau hilang dicuri orang kudung yang lain..Oleh itu, kita perlu jaga bab2 makan ni..Elakkan makanan yang manis supaya tidak dapat penyakit diabetis dan tidak dipotong kaki..Eh ni iklan kesihatan..

Berbalik kepada tajuk..Sanggupkah kita menyusahkan orang yang kita sayang dan cintai?? Jadi bagi saya sayangi diri anda dahulu kemudia barulah beri cinta itu kepada yang lain..Lihat mereka saling menyintai..



 

Loving couples..

Rehat sama2..

tido sama..

tapi kalau makan

Si Lotus yang semangat ni mesti nak dulu..

Kesimpulannya cinta bukan meminta anda mementingkan diri sendiri tapi sayangi diri anda dulu sebelum menyayangi orang lain..Apa kata anda??

SUKANYA SEPERTI MENDAPAT ANAK PERTAMA



Selamat pagi semua..Hari yang ini mahu berkongi kegembiraan..Sangat suka...dan suka lagi...Contest ke dua yang saya join..Contest namakan & menang yang di anjurkan oleh bolg kitty mitty..dan yang penting saya MENANG untuk entry yang paling creative..Kalau nak tau entry yang saya buat creative ke tak sila klik SINI.. Kalau korang cakap tak creative pun takpe sebab saya da menang..Yeay..Masih senyum lagi..

Tahniah kepada Hafiz yang menang untuk nama yang dipilih iaitu AIKO..saya pun suka nama tu..juga Teddy yang menang juga..Nampaknya Teddy kita memang tergolong dengan insan2 yang creative..hehe..Suka lagi..Kalau nak tau keseluruhan pemenang klik SINI..Hadiahnya sudah pasti saya pilih buat anak2 bulus..Tak sure lagi ape yang Puan Iela nak bagi tapi pastinya menarik..dan suka lagi...






Masih suka..





Masih senyum..





Psstttt : Tahukah anda saya ada exam pukul 3.00 petang ini?? Sila doakan saya..Sekarang serius..Terima kasih..

Thursday, February 11, 2010

Kucing Bawa Petanda

Gambar kredit myMetro

Sangat mengejutkan..Binatang berkaki empat yang saya sayang ini membawa petanda..Terkejut beruk walaupun mulut kucing ni seperti monyet..Dengan mata satu & tiada hidung kucing ini memberi petanda.. Petanda kebesaran Allah..Subhanallah..Teringat kisah Dajjal yang ustaz canangkan waktu saya muda2 dulu..Ya sekarang tak berapa nak muda..


Apa lagi mari kita bersama2 check bahu kanan & kiri sekarang..Mana yang lebih berat..Kalau senget ke kanan maknanya banyak la buat baik tapi kalau senget ke kiri..cepat2 lah buat sesuatu..paling tidak pun berniat untuk buat baik kerana itu juga boleh buat pahala tapi ingat hati mesti ikhlas..Tak payah nak buat2 bahu senget ke kanan sebab CCTV Allah sentiasa terpasang..Yang senget ke kanan sebab bahu terkehel tu bila da pulih baru check ye..Kang riak plak bahu senget ke kanan..


Saya kena pasang niat untuk berbuat baik sekarang..Kalau nak tau lebih lanjut tentang kucing ni sila klik SINI..

MASUK BAKUL ANGKAT SENDIRI..

Salam suma..inilah layout terbaru..Cantik tak..Sesuai untuk saya yang suma nak letak dalam blog ni..Cemana nak buat?? Senang bak kata orang putih "piece of cake"..Kata orang tak berapa nak putih "kacang goreng"..tak sampai berapa minit..Yelaa memang masuk bakul angkat sendiri..Bukan saya jer tau yang suka masuk bakul..Ni budak sekor ni pun suka gak..tapi saya la yang kena angkat kan..






Yelaa Lotus ayong nak cakap betul la ni..Dah keluar dari bakul cepat..

Sudah2 tak baik menipu..Saya minta Sha yang tolong buatkan..Mekasih Sha..Kalau nak jugak tanya dia cemana nak buat..Dia selalu ada di SINI..Terima kasih jugak kepada adik bunbun yang bagi tips cemana nak buat..Bunbun selalu ada di SINI..

Dari malam tadi duk merenung cemana nak buat..Inikan nak cuba faham pun tak..Ya, saya buta tuli tentang IT tapi nampaknya saya ada kawan yang celik IT ni..Mekasih Sha & Bunbun..

Wednesday, February 10, 2010

Mendebarkan..

Kaki berat melangkah..Namun tetap jua ku teruskan..
Kepala terasa berat namun tetap ku pandang ke hadapan..
Baris depan menanti diriku..Aku duduk seakan terpaku..
Ku pandang kiri ku pandang kanan..
Kau tiada..

Sedang kusyuk menembak soalan yang ku tinggalkan..Tiba2 kakiku bergegar..
Aku pandang bawah..Cepat2 ku menjawab sisa soalan..
Aku keluar..aku lihat dalam poket..
aku buka..
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~

RM0 ARSENAL lwn LIVERPOOL minggu ini!
Dapatkan info terkini & info jaringan gol pasukan anda.
RM0.30/SMS.Htr ON ARS atau ON LIV ke 26633.Utk lagi,dail *100#.

Sekarang semua tahu saya pengguna MAXIS..Yang kamu tak tahu saya pun baru tahu rupanya saya ahli pasukan bola sepak antarabangsa.. memandangkan message itu berbunyi "Dapatkan info terkini & info jaringan gol pasukan anda"..

Sekarang saya tahu kamu pun tahu..sama2 tahu tapi saya aje mereng sket sebab baru lepas jawab test tadi..SEKIAN..

disini hatiku: my 1st giveaway

Sangat comelkan barang2 tu..Suka sangat ada butterfly, katak & ladybird.. Lady Gaga je tak de..Memang suka la binatang2 ni kan..

Harap2 saya adalah pemenang bertuah yang akan dipilih melalu undian.. Kalau nak cari tuah gak klik SINI..

Tarikh tamat pernyetaan 1 MAC 2010..

Tuesday, February 9, 2010

FreebiesJust4U : FREE Wristlet

 

Cantikkan?? Reben yang sangat besar..BESAR PUNYA..Kamu nak?? Saya nak..Saya nak sebab IT'S FREE dan sape yang tak suka kalau dapat free..Kalau nak klik SINI.. 

Winner will be chosen using random.org
The lucky winner will get the wristlet for free :)

GOOD LUCK !!

Deadline : 28th Feb 2010

PEMBETULAN KEMATIAN..


Semalam berkesempatan untuk menghantar semua anak2 bulus kecuali Princess gi UPM vet untuk buat check up..Beria2 bawak camera ingat nak snap banyak gambar..sekali..
tit..tit..
Batteru exhausted!!

Sabar ajela..nasib baik sempat tunjuk gambar cage kat Doc.. Doc Erni cakap kapasiti kucing & cage tu ok..sebab dorang still boleh main..

Kematian Flex pulak bukan disebabkan FIV tapi FIP..FIP ni ada dua jenis wet & dry..Flex kena wet..Lega sebab Doc cakap anak2 bulus yang lain sihat termasuk Kitryna yang luka digigit Flex..Doc cakap virus FIP ni tak senang berjangkit walaupun dari gigitan..Nak tau FIP ni lebih lanjut klik SINI..

Main cause Flex kena adalah sebab antibody dia yang sangat lemah dari kecik..Selalu kena cirit & fungus..Mungkin dari baka dia..Dulu masa amik Princess dari owner lama dia mungkin Princess "kawin" ngan adik beradik or anak or sepupu sepapat sepusat sepusing..Jadi jangan kahwinkan kucing anda dengan baka dia jugak..

Jadi kalau Kitryna mengandungkan anak Flex kemungkinan anak2 tu nanti ada yang dapat FIP tapi tak semuanya..Kitryna &  Bluey divaksinkan jugak semalam..Violet plak bersin..Doc tanya kat rumah or jiran ada buat renovation tak?? Memang ada jiran kiri kanan buat renovation..So kena pastikan dorang tak kena debu kalau tak nanti dorang selsema..ataupun dorang alah dengan pasir yang banyak debu or wangi..Macam2 kan..

Masa kat UPM vet tu dorang menjadi tumpuan terutama si Lotus..semua nak dukung..sukalah dia..anjing menyalak yang lain kembangkan bulu ketakutan..Lotus buat dek aje..dia ingat badan dia besar so dia tak takut..Lotus, Lotus..

Current weight dorang ni :

LOTUS : 4.75kg
VIOLET : 3.3kg
ADEENI : 2.8kg
BLUEY : 2.3kg
KITRYNA : 2.2kg

Banyak lagi nak cerita tapi nantilah..Sorry entry kalini kurang gambar..

Monday, February 8, 2010

SIFAT KEIBUAN..

Lihatlah aksi Adeeni apabila diberikan seekor anak Princess..Nampaknya Adeeni dah bersedia untuk menjadi ibu tapi apakah masalahnya??



Sila lihat yang di hadapan..Abaikan yang di belakang itu..




Adeeni : Lotus, bila kita nak ada anak sendiri?? Saya dah teringin nak ada anak kita sendiri..
Si kenit : Siapakah makhluk berbulu yang memeluk saya ni?? Tak bau macam mama Princess pun..


Lotus : Alaa, nanti la dulu..saya mengantok ni..
Adeeni : Yelaa, asyik tido & makan je..mana tak gemok..



Mereka nampak seperti one happy family kan..;)

Kelahiran terbaru dan Cabutan Bertuah cikmin.com




Cikmin.com merupakan sebuah laman blog peribadi yang mengisahkan tentang cikmin dan keluarga,disamping itu cikmin.com juga tempat cikmin berkongsi petua,resepi masakan,luahan perasaan,tips2 berguna untuk dimanfaatkan bersama.Semoga kelahiran cikmin.com yang amat istimewa ini akan terus mendapat sokongan padu dari anda semua.Salam untuk semua dan Terima Kasih.


Saya terpaksa untuk menulis ayat di atas untuk menang..Saya memang nak menang sebab hadiahnya sangat menarik..Harap2 tuah saya nampak di kaki seperti ayam..Walaupun saya mahu kambing itu..Anda mahu klik SINI ya..Terima kasih..

.Cabutan bertuah ini akan tamat pada tengah malam pukul 12mlm 14hb februari 2010

Yanadzul Giveaway : Win Aivee Emart Toy & Mystery Gift


Ya apakah yang menarik qisha untuk masuk giveaway kalini..Pasninya ada sangkut maut ngan binatang cute lagi..Tak percaya lihat ini..


Tidakkah gajah ini nampak cute?? Saya mahu..Anda mahu?? Sila link ke Yanadzul Giveaway : Win Aivee Emart Toy & Mystery Gift dan Aivee Emart

Akan berakhir pada 15 Februari 2010 jam- 11.59 pm.

TIDAK SEDARKAN DIRI..

Ku sangkakan mereka sudah pengsan rupanya TIDUR..












Sweet Dreams Si Kenit Berempat..

LYCRA HAIRBAND GIVEAWAY..


Kreatifkan insan bernama Ummi ni..Semua hairband tu dia yang buat sendiri..Kalau pakai di kepala saya mesti sangat comel..mungkin akan ada di kepala anda juga kerana Ummi akan pilih 8 (LAPAN) pemenang bertuah..Setiap seorang akan mendapat dua hairband..Pemilihan pemenang bertuah dan hairband yang dimenangi akan dipilih secara rawak..Menarikkan..Jom klik SINI..


Tarikh tutup : 26 Feb 2010 (11.59 pm)
Pemenang akan dimaklumkan selewatnya pada 28 Feb 2010.

Sunday, February 7, 2010

DELICATE FINGERS GIVEAWAY



Cantikkan beg kat atas tu..Sebab beg tu lah saya join giveaway kali ni..Walaupun Pn Aimila cakap kalau dapat tak boleh pilih tapi saya tak kisah sebab dua2 pun cantik..handmade lagi..mungkin hanya saya sorang yang akan ada beg ni..excited sungguh..anda excited jugak?? Nak tau lebih lanjut klik SINI..

 Entries close on SUNDAY, 21 February 2010, 12pm

Pn Aimila, Happy 9th anniversary..u really did a good job as a wife and a mother..Hope ur happiness will last forever..and i hope i'll also have a great family of my own one day..Aminn..

DE'ALYA GIVEAWAY


Cantik tak kain kat atas tu..fabric chiffon 1.5 meter sama ada kaler orange atau purple mungkin akan menjadi milik anda..Kalau tak masuk mestilah takde kemungkinan kan..Nak tau lebih lanjut klik SINI..

Kalau bertuah boleh buat baju untuk raya..yihaa~~~~

Tarikh tutup 28 Februari 2010 bersamaan hari Ahad tepat jam 11.00 pagi