
- Makanan berasid
- Terlalu banyak mengambil ubat moden
- Terlalu banyak lemak
- Kolesterol
- Pencemaran alam sekitar
- Bertukar kepada jenis makanan yang menyihatkan
- Buat perubahan secara perlahan-lahan; satu persatu
- Fahami kesan detoksifikasi (penyingkiran toksik dari badan)
- Laksanakan amalan pemakanan yang baru ini dengan yakin
- Mulakan bersenam
- Kuatkan pegangan rohani (keagamaan)
Untuk sihat, pemakanan kita harus mengandungi 80 peratus makanan bersifat alkali dan 20 peratus lagi makanan bersifat asid bagi meningkatkan daya ketahanan badan.
Komposisi makanan yang disarankan ialah 60 peratus sayur-sayuran, 20 peratus buah-buahan, 10 peratus sumber karbohidrat dan 10 peratus lagi protein (lebih baik jika protein tumbuh-tumbuhan).
Makanan yang dianggap beralkali:
- Sayur-sayuran segar
- Buah-buahan segar
- Bijirin (milet)
- Kekacang dan produk kekacang
- Jus buah segar
Makanan yang dianggap berasid:
- Bijirin (beras perang, beras putih, gandum, oat)
- Daging
- Makanan laut
- Ayam
- Telur
- Sayur-sayuran dan buah-buahan awet
- Makanan dihasilkan daripada karbohidrat (roti, mi, biskut)
- Makanan yang banyak menggunakan gula putih (ais krim, coklat, makanan dalam tin, sos)
- Minuman contohnya susu diproses, dadih, kopi, minuman ringan dan berkarbonat
- Susu dan produk tenusu
- Bahan masak (bawang merah dan putih, halia, minyak haiwan dan lada)
Dr Lim berkata, pemakanan sihat boleh dilakukan secara perlahan-lahan dan berperingkat.
Antara perubahan mudah yang boleh dilakukan ialah:
- Makan beras perang menggantikan beras putih. Bukan semua orang boleh menerima rasa beras perang. Jadi, anda boleh memasukkan sedikit (segenggam) beras perang ke dalam beras putih. Tambah kuantiti beras perang selepas satu tempoh tertentu. Kaedah ini bertujuan membiasakan lidah anda sekeluarga dengan rasa beras perang.
- Ganti roti putih dengan roti gandum mil penuh (berserat)
- Guna garam laut untuk menggantikan garam putih
- Guna gula perang, madu atau molases bagi menggantikan gula putih. Gula putih dikatakan antara penyebab utama yang boleh melemahkan daya ketahanan badan.
- Elak penggunaan monosodium glutamat (MSG)
- Kurangkan penggunaan sos soya dan sebarang sos lain kerana ia mengandungi banyak garam
- Kurangkan pengambilan daging, ayam dan telur; lebihkan sayur-sayuran dan buah-buahan segar. Ini kerana ayam dan daging mengandungi terlalu banyak protein dan lemak. Ayam pula mengandungi banyak antibiotik dan hormon pembesaran supaya anak ayam yang diternak boleh dipasarkan dalam tempoh 32 hari saja!
- Hentikan mengambil makanan yang mempunyai pewarna dan perasa tiruan
artikel penuh leh la dibaca di: http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Sunday/Sihat/20090509211022/Article/print_html
hurm,no wonder la aku senang sakit (ditambah pulak asek tak habiskan antibiotik)...
sekarang ni,kena la aku transform menjadik vegetarian...erk,aku makan jer sayur n buah, tapi kalau sampai 60% dari meal harian tu adalah sayur,aku blank kejap....apa ke benda sayur yg nak ku hadap hari2...haiyoooooo....