Beduk.Beduk kini semakin dilupakan orang. Kemerdekaan yang menjangkaui lebih separuh abad telah menjadikan beduk semakin luput diingatan. Seumpama tanahair yang kini rakus dengan pelbagai isu politik dan politikus. Hanya mereka yang ikhlas dalam mempertahankan tanahair akan dikenang jasanya. Petualang dan pengkhianat haruslah dikuburkan segera atau dinyahkan dari tanahair bertuah ini.
Seumpama beduk, nasib pejuang tanahair juga makin dilupakan. Namun beduk tidak kisah kerana apabila tiba saatnya beduk pasti diingati kerana kematian itu adalah pasti bagi setiap insan. Jangan biar beduk berbunyi kerana apabila beduk berbunyi maka itulah tandanya ada kematian!