Bilik Gerakan PKR N11, Permatang Pasir..mana orangnya?
Pusat Khidmat DUN PAS Permatang Pasir juga ada dua tiga orang pengundi hantu bercakap Kelate..
Pusat Khidmat DUN PAS Permatang Pasir juga ada dua tiga orang pengundi hantu bercakap Kelate..
Isu hangat seantero Malaysia. Pilihanraya Kecil Permatang Pasir, Permatang Pauh, Pulau Pinang (PPPPPP atau 6P) antara calon UMNO dan calon PAS yang dah enam kali bertanding tapi tak pernah menang. Bilik Gerakan PAS setakat dua hari ini juga kosong. Bilik Gerakan PKR dan DAP, mintak maaf. Jangan tanya. Pasal memang kosong sepanjang hari. Apa cerita tu? Kalau ada pun, setakat dua tiga orang yang bercakap dalam loghat Kelate. Dahsyat juga PAS sekarang sebab sudah ada 3,000 pengundi hantu. Ada dua rumah dalam Peti Undi Sama Gagah yang ada 17 dan 30 pengundi dalam satu rumah yang memang sah 'totok' PAS. Hebat PAS sekarang seumpama hebatnya sang Paria Gobala yang berlakon drama Tamil sewaktu hari penamaan calon.
Orang PAS sendiri tidak bersetuju dengan calon. Pagi tadi berkesempatan minum dengan calon PAS ini yang hanya diiringi oleh tiga orang pengiring datang dengan kereta Mercedez Biru Gelap S320 di sebuah gerai di Kg. Sama Gagah. Kesian dia tapi Beduk tak sempat ambik gambar kerana kamera dah kehabisan bateri. Orang lain yang minum di situ hanya setakat tersengeh dan endah tak endah. Minum di gerai PAS tersebut seolah-olah minum di Manek Urai kerana dipenuhi oleh penyokong setia PAS yang tawaduk dengan Tok Guru. Calon PAS, Salleh Man juga menyatakan ketidakgembiraan hati dengan gerak-kerja pilihanraya ini kerana sokongan hanya daripada PAS Kelantan manakala PKR dan DAP sekadar dua tiga orang sahaja. Dia juga maklum bahawa DAP memang mahukan dia kalah kali ini kerana calon pilihan DAP, si Abang Mat Sabu al-sapu tidak dicalonkan.
Rata-rata ceramah PAS sekadar didengari oleh antara 50 orang pendengar sahaja itupun kebanyakannya pemain import daripada Kelate. Ceramah al-Juburi di Sama Gagah semalam juga sekadar menarik pendengar lebih kurang 400 orang sahaja. Orang Permatang Pauh sendiri menyatakan bahawa mereka sudak muak dengan janji palsu dan mimpi-mimpi indah si Pengkhianat Negara ini.
Bagi menarik perhatian, bilik gerakan PAS yang kosong itu dipasang 'speaker' besar dengan ceramah Mat Sabu sehingga penduduk kampung naik rimas dan menyampah kerana sejak awal pagi hingga malam ianya diulang berulang kali diselang-seli dengan lagu PAS.
Bila kah agak nya orang pas ni nak sedar ,kita semua tahu yang mereka ni hidup dalam kegelapan itu sebab nya dah kalah 6 kali pun dapat jadi calon memang bodoh piang betul dan dan pengundi dia pun 6 kali punya bodoh . Nampak gaya nya mereka yang cerdik pandai dalam Pas tak layak jadi calon bukan apa Nik Aziz takut depa ni lawan tokeh tu sebab dia pilih calon yang senang dia tarek hidung ,jadi Doktor atau peguam yang kecewa lepas ni boleh la lompat parti joints Si-Al Juburi dalam Parti Kecewa Rakyat sbab hangpa ni telalu pandai untuk Nik Aziz dan tak layak jadi calon. Tap apahal pun Anwar memang pengkianat itu saya tara lupa punya.
ReplyDeleteSALAM
ReplyDeleteSEMPENA MENYAMBUT BULAN RAMADHAN INI SAYA INGIN MENGAMBIL KESEMPATAN UNTUK MEMOHON MAAF ATAS KEKASARAN BAHASA SEMASA MEMBERI ULASAN KEPADA SAUDARA-SAUDARA SEKALIAN
SEMOGA RAMADHAN INI DAPAT MENYATUKAN HATI UMAT ISLAM DI MALAYSIA INI...
SALAM SEJAHTERA