Kaseh Diberi

Showing posts with label Mentafsir~~. Show all posts
Showing posts with label Mentafsir~~. Show all posts

BO dan LA

Bismillah ar-Rahman ar-Rahim

BoLa, BoLat. BoLa itu BoLat. pelatkan..

"knaR, BoLa itu Bolat, Barca yang kalah ngan Real mase Spanish Cup, leh KALAHkan Real balek dan maju ke Finale UEFA. renungkan. >.<"

hasil dialog;
  1. Kehidupan ibarat roda, sekejap di atas, sekejap di bawah. Tahu? tapi maseh buat.
  2. Jangan selesa bila kat atas, jangan malu berada di bawah.
  3. Jangan pandang rendah terhadap rintangan, kelak kau akan musnah.
Adakala, lucu teringat akan diri ku yang 'ramping' ini, =) Macam 'Mr. Hyde & Dr. Jekyll' plak. hehe.. =)
OPS!! jangan selesa. Macam pandu kereta, adakala mesti lihat belakang, kan? mari renung bersama.

Tanah Air TerChenta,
dini hari,
seorang diri.

...


Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim

...bermula dengan noktah?...
itu saja telah membuat kita berfikir, bukan? Berfikir dalam fikiran yang di fikir. Kadangkala, terfikir apa yang sedang sarat kita fikirkan, berangka atau kosong.




Adakala, kita senyap membisu. Bila ditegur, "Jauh termenung~". Apa yang di fikirkan? Serabut, kerana fikiran kita tidak punyai folder2 yang tersusun seperti di desktop. Akan tetapi, tetap kita berfikir. Justeru, entri ku kali ini, telah melepaskan walaupun sedikit apa yang ku fikirkan.



Berfikir tanpa perlaksanaan, apa nilainya?

Balasan Allah

Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim

"Wallahu fi auni abdi, maa kaana abdu fi auni akhihi." -hadith-
(Allah akan membantu seseorang hamba, sebagaimana seorang hamba itu membantu saudaranya yang lain)

Dalam sehari2, pasti ada kebaikan yang kita lakukan, sedar mahupun tidak. Bantuan yang tidak mengharapkan apa2. Tetapi memberi kesan kepada penerima, Hadith lain yang bermaksud: "Tangan yang memberi adalah lebih baik daripada tangan yang menerima."


Tiada ku sangka, al-kisah dalam enteri yang lalu(bawah ni), di balas dengan begitu cepat oleh Yang Maha Pengasih. Kisah yang berlaku sekitar 02:00 pg semalam, Allah balas tidak lebih 24jam.

Sekitar jam 09:00 pg, aku dan abang ku ke kebun terchenta kami. Sarapan pagi di warung berhampiran kebun sebelum memulakan aktiviti berkebun. Di sana, ketemu jiran bertentangan kabun kami. Sarapan di meja yang sama, bersembang dan bertanya khabar. Turut hadir teman kepada jiran kami. Mereka yang hadir lebih awal, turut melangkah pergi menuju destinasi lebih awal dari kami yang sedap enak mengisi kekosongan perut. Tiba2, "Takpe, p.cik belanje kamu pagi nih." Pak cik itu senyum. Aku dan abang ku hanya tersenyum sipu(mulut penuh ngan roti canai).

"Abang, terfikir tak? Cepat Allah membalas amalan setiap hambaNYA. Rasenye pagi tadi kite bagi 1 botol mineral je kat 'abang'(klik) tu. Hari ni, Allah balas dengan sarapan pagi. Syukur Alhamdulillah." kata ku. Abang ku tersenyum, lalu membaca Hadith di atas. Aku turut tersenyum.

Hirup sebentar

Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim

Acapkali kita berlari,
terlalu banyak tenaga yang telah kau gunakan,
Hey! Tidak penatkah? Tidak tenatkah?
Pasti. Penah rasa itu, kan? meski seketika, futur sebentar.
Jangan pernah salahkan diri, kita ibarat roda, setuju? Jadi tidak mengapa.
Cuma, jangan terlalu lama di bawah. Cepat naik ke puncak.

Buat teman yang terlalu berlari,
teruskan usaha, akan ku susuli kalian di segenap waktu.
Tapi, kalian perlu amek udara juga.
" Tiada masa rehat, banyak itu dan ini..."
Tidak mengapa, ketahuilah ibadah itu 'istirehah'.
Ketenangan pasti kau kecapi di kala itu.

Hirup sebentar, udara.
Lihat seketika, langit.
Hayati berulangkali, kehijauan.
Kumpul, simpul, kemudian tafsir. Indahnya nikmat Allah.
Allah cantik dan sukakan kecantikan

Aku pernah berRehat, juga pernah berLari.
Yang ku cari kini, ketetapan, keseimbangan yang ku cari,
Buat perjalanan ku. Kerna masih jauh, berbatu, tiada hingga.

Paksa

Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim

Kita punya hati dan perasaan,
berbeda antara satu sama lain,
kau punya sendiri, aku sendiri.

Kita manusia, insan, bukan alat,
kau tidak akan selesa jika di paksa,
HEY! Andai kau terpaksa,
lebih baik kau pulang saja,
jangan menyusahkan sekeliling, dengan karenah kebudak2kan mu.

Teman, berjuta cabaran sedia menanti,
adakah kau sudah bersedia?
Persediaan mu itu atas dasar apa?
Atas paksaan, atas publisiti, atas kehendak, atas kesedaran?
Ketahuilah sesuatu pekara itu hanya akan indah jika ia dilakukan dengan hati dan perasaan yang punyai kesedaran akan perluannya sesuatu,
kurang salah satu sumber itu, kerja itu tempang.

Lihat kerja mu, komentar tak sudah, tampak indah? Tapi kau yang melambatkan sistem.
Andai kau mahu terus bersama, silakan, ubah persepsi diri, jangan jumud,
aku bukan kamu dan kamu bukan aku,
semua terletak di atas kemahuan dan tindakan.
Mahu tiada tindakan, hidup malu mati tak mahu.
Tindakan tanpa kemahuan, mencurah air di daun keladi.

Kita berfikir, sama berfikir, hati pertama yang membaca entri ini adalah khusus buat dia, itulah aku.

6-march-2010
12:42 pagi
232L/TAR

Result.

Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim

10Disember yg lepas.(agak lame laa gak) Semua pelajar UiTM telah mendapat keputusan peperiksaan untuk Semester lepas. Keputusan yang memberangsangkan? Keputusan yang sedang2? Keputusan yang kekurangan? Semuanya terjawab hasil usaha dan rezeki anda. Lihat Berbakti, pesan dari ayah.

Kepada yang tersenarai dalam pelajar Dekan, TAHNIAH!!
Kepada yang sedikit, sekelumit hampir ke Dekan, Tingkatkan usaha dan TAHNIAH!
Kepada yang kurang, Koreksi diri anda, masa anda terbuang di mana? Jumpa di PUNCAK KEJAYAAN!

Teman, yang lepas usah di tangisi, yg di hadapan itu di rancang, yang di tangan itu pasti, usaha-berjaya, sambil lewa-kecundang. Yang berjaya jangan jadikan kejayaan itu punca kalian istidraj(Nikmat untuk lebih menyesatkan), tersilau akan nikmat Tuhan. Yang kurang, jangan salahkan sesiapa, koreksi diri anda, mungkin ada yang terbocor dan jadikan itu pedoman untuk kita terus berusaha dan usaha.

"Tetapi boleh jadi kamu tidak menyukai sesuatu, padahal itu baik bagi kamu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagi mu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." surah Al-Baqarah ayat 216.

Mari! Kita koreksi bersama. Bukan kata ku sempurna, tapi berusaha ke arah itu.

'RnR'

Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim


Dalam satu perjalanan yang jauh. Bak kata pepatah “ Jauh perjalanan, luas pengetahuan “. Seorang anak berkata kepada ayahnya.

Abah, abah. Jom berhenti kat ‘RnR ‘ jap. Imran lapar laa abah, nanti boleh kite solat jama’ sekali. Kan abah, kan-kan. “ Ajakan manja seorang anak kecil kepada ayahnya yang sedang memandu, si Isteri hanya mampu tersenyum melihat telatah anak bongsu daripada 4 orang adik-beradik.

Tika itu, mungkin terjadi pada keluarga kalian. Sudah berumah tangga, berkeluarga, dalam satu perjalanan yang panjang, mungkin. Aku? Sudah lama ku menjadi ‘RnR’. Mereka datang dan pergi, seketika, ada yang berulang kali ke mari. Aku sambut semua dengan mendepa tangan ku seluas2nya. Jangan khuatir aku gembira dengan keadaan ku ini. Asalkan aku menjadi ‘RnR’ yang terbaik dalam perjalanan kalian, itu sudah memandai. (n_n)!

30/10/09, 10.51 pagi,

Machang, Kelantan Darul Naim.

Perbezaan

Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim

Cuba kalian bayangkan, andai...
Guru sekolah menengah mengajar adik2 sekolah rendah pelajaran 'AddMath'. Apa yang kalian bayangkan? Anak2 yang tercengang atau berlari2 di dalam kelas kerna guru itu 'pelik'. Dapat bayangkan?

Cuba kalain berimaginasi, jika...
Guru sekolah rendah mengajar kawan2 sekolah menengah pelajar Matematik 'darjah satu'. Apa yang sedang kalian berimaginasi? Raut wajah yang membosankan serta memperlekehkan guru yang mengajar di hadapan. Berjaya berimaginasi?


Persoalan. Mengapa hal yang demikian masih berlaku sehari2? Adakah kerna kita tiada medan yang sempurna(jangan dikau persoalkan prihal kesempurnaan, tiada siapa yang sempurna). Mungkin, dikau hanya tahu ber'pot-pet'2. Ketahuilah kita berbeda dari segi permahaman, tapi jangan sesekali kau bezakan antara kita, kerna mulianya kita disisi Allah adalah kerna Iman dan Taqwa.

Kita adalah doktor yang sentiasa dan tidak henti2 merawat pesakit sehari2. Doktor yang sentiasa memikirkan cara yang terbaik untuk merawati pesakit yang langsung mahupun tidak langsung. Kau mahu jadi doktor yang sanggup mengharungi atau doktor yang melarikan diri, hanya tahu selamatkan diri sendiri, baik mati bukan? Matilah kamu jika hidup hanya untuk diri sendiri. Aku kasar, tapi aku mahu tegas sebenarnya. Agar kau dan aku serta kita semua melewati 'silauan' itu. Moga kita tidak kekal dalam 'silauan' itu.

Maaf Zahir sepenuhnya, selingan pada batinnya.

Kosong...

Bila mulut itu terkatup.
Tangan itu kian mengikut.
Hati itu mula membisu.

Menjadi kosong. '0'...

Dari KacaMata ini

Kala itu aku sendiri di hadapan. Bait kata yang ku rakamkan di atas kertas oder ini hanya sekadar sang hostess yang berkarut.

"Ramai yang melintasi kacamata ini,
berpusu-pusu, ke hulu ke hilir,
bersendirian, berpasangan mahupun segerombolan,
semuanya mempunyai agenda yang tersendiri.

Aku,
yang melihat terus dari kacamata ini,
hanya melihat sekadar zahir sahaja,
jauh kudrat ku untuk melihat isi hati mereka,
kerna aku bukan ahli nujum.

Aku,
hanya rakyat berkacamata."

Bait kata ini khususnya untuk teman kerja ku yang berada dikotak hostess.. Anda akan memahami jika anda mahu akan itu.

Di atas Situ(Tisu)

Bait puisi rakan ku..tatkala mulutnya penuh dengan rezeki~~

Puisi ringkas. Simple. Suka. Sedikit berbaur emosi. Yang dikarang hanya di atas sehelai tisu 'Kenny Roger Roster'. Maaf, kerna aku insaf pelupa mungkin bait puisi asal telah berubah sedikit kerna aku tulis atas kelemahan mengingati ku.

Jangan kau letak nama kekasih dalam bentuk hati,
Kerana bila ia jatuh akan terbelah menjadi dua.

Letaklah nama kekasih dalam ingatan,
Kerana ingatan tiada yang mampu memecahkannya.

Bicara ini, ku sedikit teruja, kerna apa? Bagaimana puisi dikarang ketika menyuap? Adakah suapan dia tidak mengenyangkan? Paham maksud ku? Mungkin kau akan mengerti nanti..
aku.yang.baru.atau.aku.kian.dewasa--

orang.berbicara.aku.telah.berubah-aku.yang.culture.shock?aku.inginkan.kebebasan?aku.sendiri.menjadi.bengong-aku.merenung.kedalam.hati.yang.mengepam.oksigen.ini--

--kau.telah.berubah-kau.sedang.berubah-berhati2.itulah.kata.'adek'-kata.'adek'.lagi.banyak.orang.mahu.mencuba2.jadi.berjaga2.kerna.fitnah.itu.selalu.hadir-kata.'adek'.lagi.kau.yang.lebih.mengetahui.daripada.orang.lain.kerna.kau.adalah.dirimu.sendiri--

--kata.Bomar.kita.umpama.roda-aku.cuba.ketengahkan.buah.fikiran.ku-kalau.kita.macam.kaki.boleh.tak.Bomar?lafaz.Bomar.kurang.sesuai.kerna.kaki.selalu.dibawah.meski.naim.kata.kadang.kala.kaki.naik.ketika.melangkah.tapi.tetap.dibawah.jadi.tidak.sesuai--

--aku.roda?aku.bukan.kaki-banyak.ku.pelajari.sebulan.ini-sosial-kerjaya-makian-sumpah.saranah-pujian-tangisan-gelak.tawa-kosong?aku.ingin.menjadi.aku.yang.dulu-tapi.tidak-kerna.aku.sedang.membesar.walaupun.badan.ku.tetap.sahaja--

AKU.adalah--

Ringkasan Lepasan SPM ku.

2008, inilah tarikh keramat bagi ku. Berakhir sudah sistem pentarbiah, bermula pula kehidupan yang sebenar. For the longest timesmbl m'dgr dndagan rockapella aku "bagaikan katak di bawah tempurung", lena di alam maya yang sementara yang penuh dengan Ilmu2. Kini, aku berada betul2, tepat2 di alam yang..jeng3 sndri leh smbug ape pktaan sesuai.

Berbagai ragam manusia yang ku temui saban hari, akal yang sihat, luaran yang sihat, dalaman yang sihat, tar jalanan, permata di booth Poh Kong, buku yang kotor dek debu, bermacam2 manusia ku temui setiap hari.

Pendirian ku? Kenapa dipertikaikan. Kau risau tentang diri ku? Tidak risau tentang diri mu? Kau kata aku telah berubah? Kerna kau belum temui kehidupan yang sebenar. Kau kata aku ini dan itu. Kau tahu apa kesudahan diri ku serta diri mu? Kau hebat kerna sanggup mencipta forum untuk berbicara prihal orang lain. Hebat. mujur aku xpunye mse utk pkr sia2 tu

Terharu jiwa ini, sebak di dada, besar hati ku rasakan. Banyak program yang cuba di aturkan oleh orang2 yang ingin menyusun program untuk diri ku dan khususnya rakan2 batch14 sekolah ku. Tapi, berapa sahaja yang mampu mengikutinya? Aku ucapkan ribuan jazakallah atas usaha murni mereka yang berusaha.

Mencari ku? Jika anda pergi ke shopping complex di sekitar Klang dan perut anda berkeroncongmcm lgu M.Nasir "keroncong buat Ana mungkin jumpa saya di "sana". Sebagai apa? Manager yang tentukan.

Isilah masa anda sebelum ada yang mengisikan. Tentukanlah yang terbaik untuk anda. Bak pepatah "Hidup kita berdasarkan dengan apa yang kita AGENDAkan." Kuliah terakhir ku beri perhatian adalah kuliah abg.Zulhilmi, apa yang menarik minat saya? Satu je yang menjadi milik manusia sebagai hamba Pencipta. Apa itu? Pilihan, pilihan kita sendiri. bidiffer3nt. Anda lebih mengetahui apa yang anda agendakan. Buatlah pilihan yanganda sndri leh isi perkataan slps tu.

..SPM berbau emosi....

Sedang ku mengemaskini blog ku, bro.syek berbicara pada ku. "Na'im. Bila mahu menge'post' "berbau emosi"?". Lantas aku tersentak dari kerja2 menaip ku. Di sini gembira sekali ingin ku katakan, sudah lama ku ingin menge'post' bicara seperti itu. Apakan daya masa amat cemburu pada ku. Dikesempatan ini ku cuba untuk meluahkan isi hati ku yang telah lama ku pendam sedalam2 hati kecil ku yang besar jiwanya.

Sebelum Sijil Pelajaran Malaysia,
Fikiran ku sibuk memikirkan prihal yang akan ku agendakan selepaas SPM. Prihal ini sering kali membuat diri kecil ku ini kebingunan, adakah aku akan menduduki SPM? Beberapa aktiviti telah ku rangka secara kasar di kalender telefon bimbit Nokia 2630 ku. Mengiringi Tahfiz ke LCCT, merewang di rumah Jehan, mencari kerja bersama Hasif, berlajar mengenai ilmu bersama pak cik Sa'don dan beberapa aktiviti bebas( bukan kuak lentang ya..). Tidak termasuk perancangan 'tiba2' dari pihak sekolah yang memang berat untuk aku ikuti. Persediaan SPM? Wah!! Mengapa diri ku ini merasakan sungguh jauh dengan perkataan 'berlajar'. "Oh tidak! Na'im cuba hipokrit untuk sebulan SPM. Na'im! Hanya sebulan." Aduh! Berat sungguh diri ini untuk mengulang kaji pelajaran tapi ku gagahkan jua tulang empat kerat ku ini, ku cuba untuk menghayati pengorbanan ibubapa ku, guru2 serta rakan2 yang membina. Lemah jua diri ku ini, aku hanyut di buai fikiran ku...

Semasa Sijil Pelajaran Malaysia,
"Argh! Itu belum, ini belum. Buku apa ini? Tidak pernah ku lihat sebelum ini." Sebilangan tuturan ku semasa berlangsungnya aktivit hipokrit ku. Pesan ibu ku sebagai guru yang veteran kata orang, "Na'im. Malam tidur awal, sekarang masa untuk buat latihan sahaja, jangan disibukan masa mu dengan mengulang kaji pelajaran kerna sekarang adalah masa untuk tenangkan fikiran bukan untuk berlajar." Pesan ibu selaku guru ku jua sering bermain2 difikiran ku. Tapi, apakan daya kerna masa lapang ku tidak ku susun dengan baik, maka dengan itu masa sempit ku sudah tiba dan tika itu diri ku bagai dilanda Taufan Kathrina. Kabut mengulang kaji pelajaran akan tetapi masa tidur ku tetap ku disiplinkan iaitu pukul 11.30 umumnya untuk aku berhenti berlajar dan tidur. Meskipun begitu, terdapat beberapa mata pelajaran yang membuat diri ini untuk terus berjaga malam seperti Matematik Tambahan( bersama2 Akmal ), Bahasa Arab serta beberapa mata pelajaran yang ku kurang pasti kesahihannya. Setiap kali tamat sesuatu mata pelajaran, aku cuba untuk menenangkan diri ku supaya tidak histeriakan diri ku yang tidak histeria.

Selepas Sijil Pelajaran Malaysia,
Tamat( horra!!). Merdeka( ALLAHU AKHBAR!!). Gumbira( hahahaha ). Perasaan yang hilang( ..... ). Kehilangan( jangan tinggalkan daku ). Mengisi kekosongan( isi tempat kosong ). Telah selesai semuanya. Selangkah ku keluar dari dewan, ibu ku tercinta terus menghubungi ku. Perbualan yang memakan masa hampir 10 minit ku bincangkan mengenai perasaan, aktiviti selepas ini serta ibu ku suruh ku jangan banyak berfikir prihal periksa, ibu menyuruh ku gumbira seketika supaya hilang penat di keringat ku. SAYANG IBU! SAYANG AYAH! Kini ku menjadi rakyat merdeka, bebas membuat pilihan, bebas melakukan aktiviti. Seronok tetapi inilah yang menggusarkan diri ku. Moga Allah sentiasa melindungi hamba-NYA yang ingin dilindungi.

Perkara bombastik sepanjang Sijil Pelajaran Malaysia,
Perancangan mantap antara Nafis, Izzat, Kashfi dan Na'im( penukil ), kami telah menjadikan kelas 4 Fudhail sebagai markas kami iaitu dorm dan tempat memerah keringat. Katil yang di terbangkan khas di bahu2 insan terpilih menuju ke kelas 4 Fudhail menjadi tempat kami beristirehat siang dan malam, sehingga kai di halau pihak sekolah( sob..sob..sob). Inilah yang menjadi sumber inspirasi ku untuk terus maju dalam hidup ku, mencari tempat teristimewa untuk memerah keringat, tempat penuh dengan kesunyian dan jenaka kami. Inilah, Dorm Fudhail.

Moga entri berbaur emosi ku ini bisa mengisi kekosongan hari pembaca.

Antara Dua (ii)




Sedari awal kelas, ku cuba menyelami perasaan sang awan yang murung, dingin ku rasakan. Saat demi saat dan berjam2. Akhirnya sang awan meluahkan segala isinya. Renyai,teratur, indahnya mempersona siapa sahaja.

Bijak sang awan mematuhi perintah yang Maha Kuasa. Hasilnya, seluruh penduduk bumi merasai kehalusan dan keindahan hujan yang mesra membasahi segala di bawahnya.

Tindakkan bijak sang awan, tidak ada yang memarahinya. Ketentuan yang Maha Mengetahui baik buruk bagi hamba-Nya.

Apakah keadaan ini akan sama dengan ku?
Apakah akan sama jawapannya jika ku ambil tindakkan sama seperti sang awan?

Ya ALLAH ya tuhan ku. Kau bantulah hamba Mu yang kerdil hina ini. Sesungguhnya aku berada di antara dua jalan yang rumit dan penuh kekeliruan. Ameen..


Lima Mas'ud.
1.35 ptg, Khamis.
0708008

Antara Dua (i)


Pagi ini, sang awan tampak murung, mendung. Dalam dilema, hujan atau pun tidak. Jika sang awan menangis,
Apakah kehidupan di bawahnya akan gembira atau tidak?
Apakah kehidupan di bawahnya akan bersyukur atau sebaliknya?
Apakah kehidupan di bawahnya sedia menerima tangisan sang awan?
Hitam dan murung.

Tangisan yang renyai atau lebat. Aku tahu sang awan tiada pilihan. Pastinya akan menangis jua jika itu yang diperintah kepadanya oleh yang Maha Kuasa. Kerna itu sang awan sentiasa memohon kebaikan untuk dirinya. Meskipun dia tahu, pasti akan ada yang memarahinya. Walau bagaimana pun, sang awan tetap yakin dengan ketentuan yang diteteapkan kepadanya. Keyakin yang tiada belah bagi.



Lima Mas'ud.
10 pg, Khamis.
0708008

! ! ! Hujan ! ! !

'Hukuman' yang diberi oleh pegawai yang bertugas bergema serta menggetarkan jiwa2 insan di pagi hari. Ku merenung sang langit, awan mendung. Melihat sang awan yang sedang berkumpul, pasti akan terasa tangisan sang awan. Tangisan yang suci, hujan.

Saat guru mengajar dihadapan, ku terleka dengan tangisan hujan diluar kelas. Unik. Nyaman terasa. Itulah yang membuatku terpesona dengan tangisan hujan. Hampir2 ku di buai mimpi. Biarpun sesetengah rakan ku merungut akan tangisan hujan itu. Tetap ku melayani suasana yang nyaman itu bagai kasih yang berbalas...