Tuesday, June 28, 2011

AAAUUUMMM vs BANGBANGBANG

today- 28th June 2011
last update- 20th April 2011



Malaysia vs Arsenal


Ticket & Training Pass

haaaa.....
jom ramai2 gie Stadium Bukit Jalil 12hb & 13hb Julai 2011......
12hb Julai- just training session utk Arsenal....
bg pnyokong2 tegar the Gunners, jom...
pnyokong2 Harimau Malaya pn jom penuhkan stadium....
satu penghormatan ble kelab Eropah pilih Malaysia sbgai destinasi frenly diorg....

aku akn pegi sbgai pnyokong Arsenal sbb....

pppsssttt://berakhir sudah fenomena Maharaja Lawak 2011.....kedai makan penuh mcm tngk final Champion League...

Wednesday, April 20, 2011

MenGapA sEmuA iNi..

Salam.........
si anggun apa khabar Wajah seperti yang terpampang di layar.............

yessss....selepas genap 3 bulan bertapa, akhirnya blog nie telah diperam sesempurnanya....
tp....xder aper yg nk di taipkan.....
saja suka2 nk buang masa kt opis....
sementara nk tunggu hujan turun...pada waktu yg sama berdoa agar hujan x turun....
kalau x, terpaksa redah sejauh 15km utk pulang ke Puncak Perdana.....

bagi meredakan sebarang jenis debaran & tekanan yang mendatang, maghi m'edit & memuatnaikkan gambar di sini....
Aku adalah Aku..dan Tetap Aku....

'S'




ABPBH2010



Berjaya Hill Resort



Bukit Tinggi



Malaysia vs Pakistan



Harimau Malaya



Dah memang
Bukan mudah untuk ku menerima hakikat
Dalam hidup ini sentiasa ku tersekat
Apa yang ku harapkan
Kasih sayang yang suci murni
Tetapi semuanya hilang setelah kau pergi
Dulu hari-hari ku berwarna warni
Kini kian mendung
Ia tinggal satu memori

Jangan jangan lepaskan genggamanku ini
Hidupku hanya bermakna jika kau di sini
Mana janji mana erti
Kenapa gembiraku kini menjadi sepi
Musnah segala apa yang ku impikan
Tetapi ku tetap tabah
Kerana Tuhan yang menentukan
Kau tetap pergi apakan daya
Walaupun ku telah mencuba sedaya upaya
Ku harapkan ini sesuatu yang kekal
Namun ku terpaksa melepaskanmu baby
Selamat tinggal

Selamat tinggal (Dina feat. Zizan)


Friday, January 21, 2011

Kacak Luar


Hampir 4 bulan aku x menjengah blog nie.....
hari nie bukak, rupanya masih wujud lg.....
kali nie bukan nk citer pngalaman....
bukan nk kongsi apa yg dh berlaku spnjg 4 bulan nie....
tidak sama skali mau menulis diari....
entry kali ni penuh dengan soalan shja.....

Berita Harian 21hb Januari 2011.....
Bahagian 'Ratu'....
Bertajuk 'Oh! Abang Misai'......
Agak tertanya-tanya bila membaca.....
Bermisai atau Tidak...
soalan 1: Mana satu pasangan yang anda cari???
(dah sah2 aku tanya soklan nie utk pompuan....xkan la pompuan pn ad misai....)

soalan 2: Mengapa ada pompuan yg suka lelaki yang bermisai+janggut+jambang...???
soalan 3: Bagaimana pula pompuan yg x suka pada semua jenis bulu itu..???
soalan 4: Apakah reasonnya..???

Wahai wanita....
soalan 5: Adakah misai antara perkara yg terpenting bg anda dlm memilih pasangan...???
soalan 6: Jika pasangan korg pada mulanya bermisai, tiba2 dia b'cukur, adakah korg sanggup putuskan hubungan korg..???Begitu juga sebaliknya....

soalan 7: Lelaki bermisai lebih selekeh..!!!???
soalan 8: Lelaki tidak bermisai kurng macho...!!!??

Untuk lelaki...
Rasanye tak perlulah korg nk buat pape rawatan untuk menghilangkn atau menumbuhkan segala jenis bulu tersebut....
Cuba fahami hadith ini...
"Abdullah bin Umar berkata : Bersabda Rasulullah s.a.w : Janganlah kamu menyerupai orang-orang Musyrikin, peliharalah janggut kamu dan tipiskanlah misai (kumis) kamu". H/R al Bukhari, Muslim dan al Baihaqi.

"Dari Abi Imamah : Bersabda Rasulullah s.a.w : Potonglah misai kamu dan peliharalah janggut kamu, tinggalkan (jangan meniru) Ahl al-Kitab". Hadith sahih, H/R Ahmad dan at Tabrani.

"Dari Aisyah berkata : Bersabda Rasulullah s.a.w : Sepuluh perkara dari fitrah (dari sunnah nabi-nabi) di antaranya ialah mencukur misai dan memelihara janggut". H/R Ahmad, Muslim, Abu Daud, at Turmizi, an Nasaii dan Ibn Majah.


renung-renungkan....selamat beristirehat.....


pppssssttttt://misalnya Misal ada Misai...????

Sunday, August 22, 2010

Hari PeRtAbaLAn..........






rasanya hampir sedekad mengikut perkiraan aku sendiri...
akhirnya aku terbukak blog aku sendiri....

tapi, apa yang menyedihkan,
tiada apa2 perubahan pada blog aku...
ingatkan bila terbukak nie, kot2 blog aku bertambah cun ker...lawa ker....
tengok same jer....
bak kata Ust. Tasu (SIS) "mandom" jer......

takpa lah....
kali nie biarlah aku berkongsi hari graduasi aku....
hari aku dinobatkan sebagai graduan Universiti Kebangsaan Malaysia dalam bidang Geologi...
Walaupun 3 tahun sebelum nie aku tidak rela menerima geologi hadir dalam kamus hidup aku,
tapi, akhirnya aku tetap redha dengan ketentuanNya....
sehinggakan kini bergelar Ahli Geologi untuk sebuah company....(seperti tidak percaya sudah berada di alam pekerjaan)

Syukur kepada Allah atas kurniaanNya......
Terima KAsih kepada keluarga aku yang telah banyak berjasa.....
terutama kepada MAK & ABAH.....
tapi sedih, sebab abah tak der bersama masa hari graduasi nie...abah tak dapat nak tengok........(memang impian abah nk tengok aku masuk UKM)....(Al-Fatihah buat Arwah)

Terima kasih kepada semua yang terlibat...
Banyak sangat nak nyatakan...kena kira dari umur aku 1 jam sampai la sekarang....

Malas nak berucap panjang...
Aku share cikit gambar dh la....

























pppssssssttttttt://banCi penduduk & perumahan....maklumat Anda semua sangat diperlukan....

Monday, June 14, 2010

KambiNg oH KamBinG....

14hb Jun 2010-bilik Aspirasi KIY

buat kesekian kalinya, menaip di bilik kiy nie..
tanpa arah tuju...
tanpa tujuan yang sebenar....
mari berkongsi cerita...

hari tu (11-13hb Jun 2010)
aku blik kampung...
ada majlis Aqiqah anak sedara aku....

apa yang menarik bagi aku adalah persoalan yang muncul dalam kepala otak aku.....
persoalannya adalah...
mengapa selalunya lelaki yang menjadi tukang masak dalam majlis2 seperti kenduri nie..???
adakah ini membuktikan lelaki lebih handal memasak terutamanya untuk kuantiti yang banyak..???
tapi aku tau, bukan semua lelaki tau masak...
aku pun x pandai masak....
masak megi pun suroh mak....
goreng telor pun suroh mak....
nak buat macam mana, dah memang mak aku masak sedap....
hahahaha....

1st time aku tengok kambing dipamkan angin selepas sembelihan dilakukan...
untuk memudahkan sesi lapahan....
guna pam basikal plak tu....
abeh semua bahagian mengembang....
hahahaha....

kereta NAF 5000...
dihidupkan semula untuk tujuan yang amat penting....
digunakan untuk menjemput kambing tersebut....
kurung dalam 'bonet'...
abeh bau kambing....
pelbagai cara dilakukan untuk menghilangkan bau tersebut......
hahahaha....

sedikit gambar untuk dikongsi....

anak sedaraku...(arisa)


tenaga yang digunakan untuk lapahan kambing....


tenaga-tenaga Pemasak

ppppsssstttt://gumbira berkumpul bersama ahli keluarga....

Tuesday, June 8, 2010

SegaLanYa.....

8hb Jun 2010-bilik Aspirasi KIY

aku tak tau nie kali ker brape aku meng'blog'kan diri aku kt KIY nie.....
selagi tak habis kerja, selagi tu la ter'blog' kat sini.....

kali nie saja aku nak cuba berfikir sendirian sejenak....
orang selalu ungkap "jodoh & pertemuan, ajal maut & rezeki di tangan Allah"....
ungkapan ini baik....
tapi, mungkin boleh bertukar kepada yang sebaliknya....

ungkapan ini baik.....
sebab dapat mendidik kita supaya bersyukur dengan apa yang ada....

tapi, bagaimana pula bagi mereka yang menyerahkan segalanya kepada takdir tanpa berusaha....
dalam fikiran mereka, usaha kuat mana sekali pun tidak berguna kerana Allah telah tetapkan segalanya.....

murid-murid sekalian,
kita semua pernah dengar bahawa takdir kita telah tertulis di Luh Mahfuz....
tapi, kita sendiri tak tau apa yang tertulis di sana....
jadi, antara 1 sebab kenapa kita tidak diberi tahu apa yang tertulis adalah kerana, Allah nak kita semua berusaha.....
disertai dengan doa & tawakal....
perlu diingat bahawa,
Dialah yang menulis nasib seseorang di Luh Mahfuz, dan Dialah yang berhak mengubah nasib yang telah ditulisNya itu.....


jika penulisan aku kali ini salah atau bertentangan dengan agama, silalah beri teguran....
sesungguhnya aku hanya seorang yang lemah.....

ppppssstttt://bagaimana pula dengan aku..????

Friday, June 4, 2010

KebOdoHAn siApA....???

4hb Jun 2010-Bilik Aspirasi KIY....

Entri kali nie, aku ingin menjawab persoalan orang ramai...
Berkenaan, lagu Kebahagiaan Dalam Perpisahan yang aku letak kt blog aku nie...

Orang sekarang,
terlalu mudah membuat andaian...
sangat senang membuat andaian....
tanpa berfikir..
kalo andaian yang positif tak per la jugak...

Beberapa orang telah mengatakan bahawa sesungguhnya aku adalah peminat AF...
hanya kerana aku letak lagu mamat yang bernama Syahir nie....



Kamon bro....
begitu cetek pemikiran lu....
bg aku,
hanya orang bodoh membuat andaian macam tu....
pliz think outside the box (bak kata ese sole ricardo @ hishamuddin)

aku tak minat sape-sape pun...
aku rase, diorang yang minat kat aku.....

Aku letak lagu nie sebab lagunya boleh dilayan...
lirik pun boleh dikategorikan tangkap leleh...
biasala....
aku memang jiwang...
jiwang tapi tak romantik....
aku tau selalunya pompuan tak suka orang yang jiwang.....
sbb tu aku suka jiwang...haha

tahniah kepada pencipta lagu..
Eddry KRU....

kalo nak download,
ada kat sini

pppsssssttttt://apsal tak der update utk Adnan Sempit The Series Episod 8....???

Wednesday, June 2, 2010

KemBali MeRindu....

2hb Jun 2010-bilik aspirasi KIY...

dah lama aku tak tengok wayang....
aku bercadang nak tengok awek aku yang ke-73 berlakon....
citer yang tengah best sekarang....
hari tu nak tengok tapi full....
tiap-tiap malam full....
mungkin waktu berkerja jer yang kosong kot.....
aku tunggu gak kot-kot ada yang nak ajak aku tengok....
nampaknya, terpaksa la aku tunggu sampai ada orang bagi link untuk doownload citer nier....
"Prince of Persia".....


filem last yang aku tengok awek ke-73 aku nie berlakon dalam citer "Clash of The Titans".....
lepas tu, dah tak tengok lagi die blakon.....
hahahahha...........




pppssstttt://rindukan seseorang......

Tuesday, June 1, 2010

BerSediakah Aku...



"Seperti di negara lain, rakyat Malaysia turut berdemonstrasi membantah serangan berdarah komando Israel kepada flotila bantuan pro-Palestin dengan 'menyerbu' bangunan kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur hari ini"-petikan dari Malaysiakini.Com

Rasanya hampir 1 dunia tau tentang serangan yang telah dilakukan tentera Israel terhadap bantuan kemanusiaan yang telah dihantar ke Palestin.....

Apa yang kita mampu lakukan..???
Selain membuat demonstrasi.....(mampukah melemahkan mereka?)
Selain menyalah pemimpin...(pemimpin mana yang maukan perkara nie berlaku?)
Selain memboikot sebarang jenis perkara yang melibatkan orang-orang Yahudi nie....(selama mana kita mampu boikot?)
??????

Aku rasa, bukan sekarang masanya untuk kita salahkan sesiapa.....
Masa nie la sepatutnya semua pihak perlu bersatu....
Kalau boleh, jangan ada pihak yang mengambil kesempatan untuk menjatuhkan pihak yang lain dengan menyalahkan pihak lain tersebut...

Bagi aku sendiri,
aku rasa, aku hanya mampu berdoa agar semuanya selamat
dan berdoa semoga Allah membantu umat Islam di dunia ini...
Sesungguhnya DIA adalah yang paling berkuasa keatas semuanya....

Untuk berjihad..???
bersediakah aku..????
aku hanya mampu tinggal persoalan di sini...
kerana aku sendiri tak dapat menjawab....

pppssstttt://''Sesungguhnya Allah SWT tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri."