...................................................Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang di jalanNya dalam ........................................................... barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti bangunan ......................................................................... yang tersusun kukuh.............. AsSoff:4
Salam ukhuwah. Adalah dimaklumkan kami telah berpindah ke blog baru, moga kalian memanfaatkan segala apa yang terkandung di dalam blog ini. TERIMA KASIH
Malam Apresiasi Balai Islam Astar (MAS) merupakan sebuah majlis makan malam tahunan yang buat pertama kalinya dianjurkan. Bertemakan ''Simfoni Ukhwah'' dengan mengambil warna hijau sebagai warna tema, MAS juga sebenarnya bertujuan sebagai tanda apresiasi, sebagai tanda penghargaan kami di pihak MT BI kepada semua warga ASTAR yang terlibat sebagai AJK program-program BI seperti Minggu Penghayatan Ramadhan 09, Kursus Pra Perkahwinan, Simposium Maal Hijrah 1431, dan beberapa program pengisian yang lain. Maka, dengan itu, kami dengan sukacitanya mengalu-alukan kehadiran 140 orang warga BI 09/10, dan tetamu jemputan sebagai tetamu kami pada malam tersebut.
Untuk perdana kalinya ini, MAS dijadualkan akan berlangsung pada 15 Mac 2010 ( Isnin) bertempat di Rumah Universiti. Disamping cenderahati-cenderahati menarik yang menanti untuk setiap tetamu, majlis tersebut juga akan dimeriahkan lagi dengan kehadiran Pengetua dan para penyelia. Oleh itu, kehadiran anda amat kami nanti-nantikan bagi memeriahkan lagi majlis tersebut. Sekian, terima kasih. M_H
TAZKIRAH PERDANA MAULIDUR RASUL '' KELEBIHAN UMAT MUHAMMAD'' oleh: Mohd Zaid Bin Mustafar
(YDP Persatuan Mahasiswa N. Sembilan PERMANIS)
25 FEBRUARI 2010
8.00 MALAM :: SURAU ASTAR
LAWATAN AMAL BIRO PENYAYANG BERSAMA BALAI ISLAM KE PERNIM (Persatuan Kebajikan Anak Pesakit HIV/AIDS
Nurul Iman Malaysia) 7 MAC 2010
PROGRAM PENGISIAN KHAS FORUM PERDANA BALAI ISLAM ASTAR
''Percaya Untuk Berjaya''
11 MAC 2010
8.00 MALAM :: SURAU ASTAR
*maklumat lanjut akan dikemaskini kemudian
MAJLIS MAKAN MALAM MALAM APRESIASI BALAI ISLAM ASTAR (MAS) 15 MAC 2010
8.30 MALAM :: RUMAH UNIVERSITI
PAKAIAN: PEREMPUAN - BAJU KURUNG
LELAKI - FORMAL BAJU KEMEJA
AGM PENUTUP BALAI ISLAM ASTAR 2009/2010 29 MAC 2010
9.30 MALAM :: BILIK MESYUARAT BLOK A
PAKAIAN: T-SHIRT BI
TAZKIRAH PERDANA AMBANG PEPERIKSAAN 15 APRIL 2010
8.00 MALAM :: SURAU ASTAR
*maklumat lanjut akan dikemaskini kemudian
QIAMULAIL & DHUHA setiap Sabtu
jam 5 pagi & 8 pagi
Wednesday, January 06, 2010
|
By Tinta Sufi Haraki
Dimaklumkan bahawa Hijrah Cinta yang dijadulakan bertempat di Balai Ungku Aziz, Fak. Pergigian, ditukar ke Anjung Ilmu Astar, Kolej Kediaman Pertama, UM. Maklumat-makulmat lain adalah seperti biasa. Segala kesulitan dikesali. Harap maklum. Maklumat lanjut hubungi: Firdaus - 017 6278651
Saturday, November 21, 2009
|
By Tinta Sufi Haraki
Cinta sememangnya satu fitrah. Menyukai sesuatu sehingga menginginkannya, menyayangi sesorang sehingga ingin memilikinya, CINTA ? Berazam untuk menjadikan hari ini lebih baik daripada semalam, mendidik diri agar menilai yang hak dengan yang batil, HIJRAH ?
Maka, bagaimana pula yang dikatakan HIJRAH CINTA ??? Ikuti kupasan menarik 3 jam bersama Ustaz Hasrizal Bin Abd Jamil (Blogger Saifulislam.com, penulis buku Aku Terima Nikahnya) di dalam Seminar- Wacana Minda Remaja: Hijrah Cinta. Jangan lepaskan peluang keemasan ini. Pertanyaan hubungi_ Firdaus-017-6278651
DIMAKLUMKAN BAHAWA BERLAKUNYA PERTUKARAN TEMPAT IAITU DI ANJUNG ILMU ASTAR, KOLEJ KEDIAMAN PERTAMA, UM. (update - 6 Jan. 2010)
Warga Balai Islam ASTAR mengucapkan selamat menghadapi peperiksaan. Moga bersama peroleh kejayaan di dunia dan di akhirat. Emin...
kemudian, apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang bertawakal kepadaNya... Ali Imran:159
Sempena Sambutan Maulidur Rasul Peringkat UM, Balai Islam ASTAR akan menyertai perarakan Malidur Rasul. Penyertaan terbuka kepada semua warga muslimin dan muslimat ASTAR. Sesiapa yang berminat, anda bolehlah merujuk pada notis yang akan ditampal. Sebarang pertanyaan sila hubungi Suhaila 013-6725054
Tarikh: 9 Mac 2009 (Isnin)
Masa: 8.30 pagi (bermula di DTC)
Pengumuman 2
Balai Islam ASTAR akan menganjurkan ceramah ilmu bertajuk Maulidur Rasul: Bid'ah, Khilaf & Harus, bersempena dengan Maulidur Rasul. Semua warga ASTAR khasnya, juga kepada semua umumnya, dijemput hadir beramai2. Bersamalah kita berada dalam majlis ilmu, untuk kita menambahkan ilmu pengetahuan kita yang umpama setitik air yang jatuh di lautan yang luas. Maklumat program...
Tarikh: 11 Mac 2009 (Rabu)
Tempat: Surau ASTAR
Masa: 8.00 malam
Tajuk: Maulidur Rasul: Bid'ah, Khilaf & Harus
Penceramah: Ustaz Anuar Riduan
*semua dijemput hadir beramai2. Jamuan ringan turut disediakan. Sila sebar2kan kepada rakan2 anda. Terima kasih
Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Universiti Malaya 12 Rabiulawal 1430 / 9 Mac 2009
"Menjejak Sunnah, Menggapai Cinta Rasul"
Pertandingan Perarakan Maulidurrasul 9 Mac 2009 * 8.30 pagi Forum Perdana Hal Ehwal Islam Maulidur Rasul 9 Mac 2009
Pertandingan Menulis Esei Nasyid & Kaligrafi 2 - 9 Mac 2009
*majlis sambutan dimulakan dengan perarakan pada jam 8.30 pagi, drpd DTC menuju ke KPS, selesai berarak, terus kepada majlis perasmian di Gazebo, kemudian terus kepada Forum dan penyampaian hadiah. Semua dijemput hadir beramai-ramai...
PENGENALAN
Rasulullah saw merupakan Nabi dan Rasul teragung yang diutuskan kepada seluruh umat manusia tanpa mengira bangsa dan kaum. Pengorbanan Baginda Muhammad saw amat besar dan tidak termampu untuk umat manusia membalasnya. Namun, hari demi hari, umat islam semakin melupakan jasa Baginda Rasulullah saw serta semakin jauh dari ajarannya. Menyedari hal ini, Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya dengan kerjasama Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya dan Persatuan Mahasiswa Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya berasa terpanggil untuk sama-sama berusaha menyuburkan kembali menghayatan terhadap pengorbanan Rasulullah saw serta menjadikan Baginda saw sebagai role model yang terbaik di dunia.selain itu, ia turut dapat mendidik mahasiswa agar dapat memilih aktiviti yang berfaedah untuk mengisi masa yang ada di samping merapatkan ukhuwah antara satu sama lain
OBJEKTIF
1. Mengenal Muhammad bin Abdullah dan menjadikan Rasulullah saw sebagai role model. 2. Menanamkan kefahaman tentang sirah Rasulullah saw serta menyuburkan cinta kpd Rasulullah saw. 3. Melahirkan mahasiswa yang mempunyai jati diri dan berketerampilan baik. 4. Mengeratkan silaturahim seluruh mahasiswa beragama islam.
* untuk maklumat lanjut, layari... http://maulidurrasulum.blogspot.com/
Malam Apresiasi Balai Islam ASTAR 09/10 15 Mac 2010 Pengisian Khas Forum Perdana ''Percaya Untuk Berjaya'' 11 Mac 2010 Lawatan Amal Bersama Biro Penyayang ke PERNIM 7 Mac 2010
Tazkirah Perdana Maulidur Rasul 25 Februari 2010
Kempen Anda Bijak Jauhi Zina 8-10 Februari 2010
Pertandingan Bubur Asyura Balai Islam KK12 30 Januari 2010 Hari Interaksi BI - Rehlah Ukhwah Fillah Selamanya (RUKHFIS 10) 17 Januari 2010
Sambutan Hari Lahir Warga Balai Islam 11 Januari 2010 Simposium Maal Hijrah 1431 (HIJRAH '10) 7,9 & 10 Januari 2010
Solat Hajat Ambang Peperiksaan (SHAP 09) 29 Oktober 2009