Ibu kita satu


Saya ada ibu
Ibu saya satu
Pesanannya beribu-ribu...!

Sebagai tanda kasihnya ibu
Setiap langkah satu persatu
Diiringi dengan pesannya yang beribu
Jangan begini jangan begitu
Waras bertindak jangan melulu
Berhati-hati ke tempat dituju
Memilih teman biar beribu
Musuh jangan pun satu
Pesannya memang beribu..!

Matlamatnya hanya satu
Melihat anaknya menuju mercu
Genggam erat cita-cita lalu
Cemerlang menuju Allah Yang Satu
Pasti berputik puas di kalbu
Itu anakku !

Alhamdulillah... syukur padaMu
Beribu pesanan ibu mengiringi langkahku
Disamping redha dan rahmat dariMu
....


Istimewanya Dhuha


Berkata Abu Murrah Ath-Tha’ifi r.a. bahwasanya Nabi s.a.w. telah bersabda : Allah telah berfirman:

“Wahai anak Adam! Bersembahyanglah untuk Aku di awal pagi,
niscaya Aku akan mencukupimu di akhirnya.”
(Riwayat Ahmad)

Hadis Qudsi ini menganjurkan kita mengerjakan Solat Dhuha yang mana antara faedahnya, Allah Ta’ala memberi jaminan akan melaksanakan segala keperluan-keperluan keduniaan manusia setiap hari.

Antara ibadat sunat yang dianjurkan dan menjadi amalan Rasullullah SAW sendiri ialah solat sunat Dhuha. Banyak hadis-hadis yang mengalakkannya dan menyatakan keutamaannya, antaranya dalam riwayat Abu Hurairah katanya:

“Kekasihku Rasullullah SAW telah berwasiat kepadaku tiga perkara, aku tidak meninggalkannya, iaitu ; supaya aku tidak tidur melainkan setelah mengerjakan witir, dan supaya aku tidak meninggalkan dua rakaat solat Dhuha kerana ia adalah sunat awwabin, dan berpuasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan”
(Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Mukmin Cemerlang

Oleh: Amiruddin Husain - Bangi


Dalam menerobosi arus kehidupan kala ini, sukar sekali untuk kita menjadi individu muslim yang cemerlang. cemerlang seperti mana umat-umat islam terdahulu. dari sudut apakah mereka cemerlang? sudah tentu cemerlang dalam segala aspek. ya, tapi bagaimana kita ingin cemerlang seperti mereka? pasti ada ciri-cirinya...



Cemerlang AKIDAH dan IBADAH



Muslim yang cemerlang, akidahnya bukan sekadar yakin dan percaya di mulut, bahkan diperlihatkan pada amalannya dan terkesan di hatinya. setiap tingkah dan gerak lakunya tidak sekali pun dipisahkan daripada agama. islam menjadi nombor 1 dalam setiap keadaan. semasa sendiriannya dan semasa di khalayak ramai. Sentiasa menjadi pegangannya akan firman Allah yang mafhumnya...

dan tidak Aku (Allah) ciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah dan beribadat kepada Ku. (adz-zariyat:56)

bagi individu muslim yang cemerlang itu juga, ibadahnya tidak cukup sekadar amalan fardhu seharian, bahkan ditambah dan berlumba-lumba dikejarnya amalan-amalan sunat yang termampu bagi dirinya.

dikejarnya akhirat bagaikan nafasnya di dunia ini sesaat sahaja lagi, diusahakan kerja-kerja di dunia bagaikan hidupnya 1000 tahun lagi.


Cemerlang FIZIKAL dan JASMANI


Individu muslim yang cemerlang, tidak boleh tidak, mesti cemerlang fizikal dan jasmaninya juga. kerana menjadi pegangannya..

"Mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai Allah.."

[Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: "Orang mukmin yang kuat lebih baik di sisi Allah dan lebih dikasihi daripada orang mukmin yang lemah, sedangkan setiap seorang itu mempunyai kebaikannya (imannya) ; oleh itu hendaklah engkau bersungguh-sungguh berusaha memperoleh apa yang memberi manfaat kepadamu, serta hendaklah meminta pertolongan kepada Allah dan janganlah engkau bersikap segan dan malas; dan sekiranya engkau ditimpa sesuatu maka janganlah engkau berkata :" Kalaulah aku lakukan itu ini, tentulah akan terjadi begitu begini, tetapi katalah :" Allah telah takdirkan, dan apa yang dikehendaki oleh kebijaksanaan-Nya Ia lakukan, kerana perkataan ‘kalau' itu membuka jalan kepada hasutan syaitan. " Riwayat Muslim]

Bagaimana hendak dikerjakan amalan-amalan seharian pagi dan malam sekiranya fizikalnya tidak tahan? bagaimana hendak diperjuangkan agamanya jika jasmaninya tidak kuat? maka kekuatan fizikal dan jasmani itu menjadi kefardhuan bagi individu muslim yang cemerlang.


Cemerlang AKAL dan EMOSI


tidak cukup dengan itu, individu muslim yang cemerlang juga cemerlang akal dan emosi. saling berkait dengan kecemerlangan fizikal dan jasmaninya..

العقل السليم في الجسم السليم


minda yang cerdas daripada fizikal yang cergas.

justeru, individu muslim cemerlang sentiasa berusaha bersungguh-sungguh dalam menimba ilmu pengetahuan. cemerlang akal menjadikan individu muslim itu bukan seorang yang jumut, ketinggalan zaman, dan membebaskan dirinya daripada belenggu kejahilan. kejahilanlah yang membuatkan seseorang itu terjerumus ke lembah maksiat, dosa, dan rendah harga diri.
cemerlang emosi individu muslim itu, maka bukan emosi yang menguasai diri, bahkan dirinya lah yang mengawal emosinya.

kecerdasan fikiran dan keteguhan emosi sangat penting bagi seseorang individu muslim, bukan sahaja untuk menyuburkan izzah dalam dirinya , bahkan dalam usaha untuk mentarbiyah insan-insan di sekelilingnya.. bagi menerobosi arus kehidupan kala ini.


Bagaimana hendak mencorak politik setempat? hendak mencorak ekonomi semasa? hendak mencorak khilafah dunia? coraklah diri.. jadilah modal insan, individu muslim cemerlang!

    ....LOGO RASMI....

    ....LOGO RASMI....

    SAF KEPIMPINAN

    Sampaikan Salam


    ShoutMix chat widget

    Penyelia Penasihat

    Penyelia Penasihat
    En Mat Zaid Bin Hussein

    Pengerusi

    Pengerusi
    Suhail Anwar B
    Mohamed Nor

    Timb. Pengerusi

    Timb. Pengerusi
    Mohd Hasyim Harun

    Setiausaha

    Setiausaha
    Tunku Aisyah Tunku Mat

    Bendahari

    Bendahari
    Nursyahida Abd Rashid

    PP Pengisian & Pengimarahan

    PP Pengisian & Pengimarahan
    Awang Abdullah
    Abdul Razak

    TPP Pengisian & Pengimarahan

    TPP Pengisian & Pengimarahan
    Nurul Izyan Zainuddin

    PP Publisiti & Informasi

    PP Publisiti & Informasi
    Luqman Hakim
    Muhd Fadzir

    TPP Publisiti & Informasi

    TPP Publisiti & Informasi
    Nurul Syahidah Roslam

    PP Dana & Kebajikan

    PP Dana & Kebajikan
    Ahmad Azhari Nordin

    TPP Dana & Kebajikan

    TPP Dana & Kebajikan
    Adibah Dzulkifli

    PP Domestik & Teknikal

    PP Domestik & Teknikal
    Ahmad Fadhlul Hadi Abdul Hamid

    TPP Domestik & Teknikal

    TPP Domestik & Teknikal
    Liyana Syazwani Abdul Razak

    PP Pengurusan Surau

    PP Pengurusan Surau
    Mohd Syahir Bin Lokman

    TPP Pengurusan Surau

    TPP Pengurusan Surau
    Norsaima Ismail


    Followers