Badan Dakwah dan Ibadah (BADIB)
SMA Al-Khairiah, Temerloh
Memaparkan catatan dengan label Kata-kata menarik. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kata-kata menarik. Papar semua catatan

1- Jika terdengar azan,maka segeralah bangun untuk menunaikan solat berjemaah walaubagaimana sekalipun keadaan seseorang itu.

2- Perbanyakkan bacaan al-Quran,selalu membuka kitab2 untuk menambah ilmu,pergi ke majlis2 Ilmu,perbanyakkan zikrullah dan jangan membuang masa dalam perkara yang tidak mendatangkan faedah.

3- Berusaha untuk bertutur dalam bahasa Arab yang Fushah kerana Bahasa Arab yang betul (Fushah) adalah lambang(syiar) Islam.

4- Janganlah bertengkar walau dalam apa jua keadaan sekalipun kerana pertengkaranyang kosong tidak mendatangkan apa-apa faedah.

5- Janganlah terlalu banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah sentiasa sahaja akan tenteram dan tenang.

6- Janganlah terlalu banyak bergurau kerana orang islam yang sedang berjuang itu tidak mengerti erti bergurau melainkan bersungguh2 dalam setiap perkara.

7- Janganlah bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh pendengar kerana percakapan yang nyaring itu adalah suatu perbuatan yang sia-sia malah menyakiti hati orang.

8- Jauhilah daripada mengumpat-umpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan apa- apa yang memberi kebajikan.

9- Berkenal-kenalanlah dengan setiap Muslim yang ditemui kerana asas gerakan dakwah ialah berkenal-kenalan dan berkasih-sayang.

10- Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada pada kita, oleh itu gunakanlah masa dengan sebaik-baiknya dan ringkaskanlah perlaksanaannya.

Semoga Bermanfaat !  ^_^


Rentak menulis yang kaku.
Ritmanya tak berlagu.

Aku lumpuh dalam ingatanku.
Aku gugur dalam pertempuranku.
Aku masih mencari aku.
Dalam detik payah.
Dalam kabut resah.
Aku mencari diri yang rebah lemah.
Terbaring lelah.

Aku ini, yang kau kata futur.

Mereka bertanya apa itu futur.
Seringan-ringan futur itu didefinisikan sebagai bermalas-malasan.
Seberat-berat futur pula bila langkah yang hangat kuayunkan kini terhenti di tengah jalan.
Putus asa dari rahmat tuhan.

Aku ini yang kau kata futur.


"Mana pengisian rohani?"
"Mana kata-kata kau yang memberi kesan pada hati?"
"Kenapa engkau begini?"
"Kenapa engkau begitu?"

Kritikan manusia dulu kuambil menjadi pedoman.
Namun kritikan menjadi hentaman.
Makin aku diam makin aku terasa aku menyimpan dendam,

Lakuku disalah erti.
Tatkala aku lemah malah aku dicaci.
Bila aku yang sering memberi nasihat memerlukan nasihat.
Yang cuma disebut "Aku tahu kau kuat."
Aku tahu itu cuma kata penyedap.
Kerana jika benar kau kenal aku.
Mana mungkin kau berani kata aku kuat.


"Kenapa kau berubah?"
"Legend mana boleh putus asa."
"Bangunlah dan langkah semula."

Sudah beratus malah beribu kata-kata sama aku terima.
Kadang aku cuma mahu bersendiri.
Mencari erti dalam kehidupan.
Hidup seperti teman-temanku yang pada mereka cuma ada hiburan dan kegembiraan.

Aku juga ada masa sendu.
Ada masa menyorok pilu.

Aku juga ada masa perlu dipapah.

Namun egoku membongkah.
Keras kepalaku menjadi parah.

Aku cuma ingin diterima tanpa aku perlu berpura-pura.
Aku cuma ingin dilihat bukan malaikat tapi manusia yang juga terkadang penat.


Lalu dahiku menyembah bumi.
Tuhan, aku perlukan sokongan.
Kerana manusia takkan pernah mengerti betapa lopongnya segumpal organ ini.
Organ yang bahasa melayunya dipanggil hati

Aku ini, yang kau kata futur.

Momentum terlontar begitu tinggi.
Namun tatkala ia jatuh kembali.
Ia terhempas kuat mencerai-beraikan semangat yang kusangka kukuh.

Pergilah pergi.
Tinggalkan aku mengisi hati.
_____

Tengah berkira-kira nak cari gambar sesuai selepas siap entri ni, dapat email dari seorang pembaca blog ni. Kiriman gambar yang sangat tepat pada waktu yang tepat.

Tuhan, kadang kau hantar manusia yang aku tak jangka. Untuk hiburkan luka dalam yang seolah-olah tak mungkin mampu disembuhkan.

P/S: C & P BUDAK TOMATO

Assalamualaikum, semua.

Alhamdulilah, kita masih dihidupkan Allah pada hari ini, bulan ini, tahun ini dan juga ketika ini. Ucapkan 'Alhamdulilah'. Kita tak tau bila kita akan mati . Mungkin 1 saat lagi, 1 minit lagi, 1 Jam lagi, 1 Hari lagi atau 1 minggu lagi je tinggal nyawa kita kan.
Berfirman Allah S.W.T : 
"kullu nafsin dzaa iqotul maut .." [Surah ali imran : 185 ] 
{ Syarat Mati Bukan Tua, Tapi Hidup }

Itulah betapa lemahnya kita ni sehinggakan masa depan kita, tarikh mati kita dan takdir kita sendiri pun kita tak tau dan tak kan tau punya. 
Semuanya Allah tentukan .....sebab apa? nak tau tak?
Hah ! betul, supaya kita sentiasa bersangka baik dengan Allah atas segala ketetapan dan takdir yg telah Dia tentukan kepada kita.
So,Jangan risau, Allah sentiasa beri yg TERBAIK untuk kita . YAKINLAH !!!

Okey, Topik kali ini untuk memberitahu kita kekuatan IMAN dalam diri seseorang Muslim.



  • Besi itu kuat, tetapi, air dapat meleburkannya,
  • Air itu kuat, tetapi, awan dapat menyerapnya,
  • Awan itu kuat, tapi angin mempu menggerakkanya,
  • Angin itu kuat, tetapi, gunung dapat menghalangnya,
  • Gunung itu kuat, tetapi manusia dapat memusnahkannya,
  • Manusia itu kuat, tetapi, nafsu dapat menguasainya,
  • Nafsu itu kuat, tetapi IMAN dapat mengalahkannya,
  • Iman itu kuat, tiada yang dapat mengalahkannya.


    TETAPI, sifat UJUB dapat mengikis keimanan seseorang. 

    # Syaitan sentiasa menghasut kita dengan pelbagai kaedah selagi kita tak ikut jejak langkah dia.

    BERHATI-HATILAH KITA !

    Mari kita KUATKAN IMAN dan TINGKATKAN KETAQWAAN !

    *Iman tak dapat diwarisi ....IMAN mesti dicari !

    Sekian.
    Assalamualaikum.

Know us

BADAN DAKWAH DAN IBADAH (BADIB) SMA AL-KHAIRIAH,TEMERLOH PAHANG

Our Team

Contact us

Nama

E-mel *

Mesej *