Badan Dakwah dan Ibadah (BADIB)
SMA Al-Khairiah, Temerloh

Asslamualaikum.

Alhamdulillah. Ketemu lagi untuk entri pada kali ini. Entri pada kali ini ingin melaporkan tentang MIPOD 2015. MIPOD pada kali ini telah dijalankan pada 9-13 Mac yang lalu. Objektif program ini adalah untuk memperkenalkan Badan Dakwah kepada seluruh warga sekolah dan merapatkan lagi hubungan silaturahim antara pelajar, guru dan kakitangan sekolah dengan ahli Badan Dakwah. Tema Badan Dakwah pada tahun 2015 ialah "Tarbiyah Tunjang Kekuatan Al-Khairiah".Mipod pada kali ini telah dirasmikan oleh Guru Penolong Kanan 1 iaitu Ustaz Shamsuri Bin Shamsudin. Pengarah MIPOD pada kali ini ialah Saudara Muhammad Faisal Bin Emran manakala Penonolong Pengarah ialah Saudari Nor Afifah Binti Ahmad. Pelbagai aktiviti telah di jalankan. Antaranya, kuiz, tazkirah di perhimpunan, Spirit Challenge, malam tayangan dan jualan. Di bawah ini kami sertakan bersama gambar-gambar sepanjang minggu ini.


Presiden memberikan kata-kata aluan

Ustaz Shamsuri memberikan ucapan perasmian

Alhamdulillah.

Spirit Challenge Muslimin


Tazkirah Maghrib 
Tayangan Bermula
Exco Ekonomi memasak burger di dapur.
Melimpah sampai ke luar dewan






Alhamdulillah. Sekian sahaja entri pada kali ini. Doakan BADIB agar terus terkehadapan demi Ummah Al-Khairiah.. Infiru!


Rentak menulis yang kaku.
Ritmanya tak berlagu.

Aku lumpuh dalam ingatanku.
Aku gugur dalam pertempuranku.
Aku masih mencari aku.
Dalam detik payah.
Dalam kabut resah.
Aku mencari diri yang rebah lemah.
Terbaring lelah.

Aku ini, yang kau kata futur.

Mereka bertanya apa itu futur.
Seringan-ringan futur itu didefinisikan sebagai bermalas-malasan.
Seberat-berat futur pula bila langkah yang hangat kuayunkan kini terhenti di tengah jalan.
Putus asa dari rahmat tuhan.

Aku ini yang kau kata futur.


"Mana pengisian rohani?"
"Mana kata-kata kau yang memberi kesan pada hati?"
"Kenapa engkau begini?"
"Kenapa engkau begitu?"

Kritikan manusia dulu kuambil menjadi pedoman.
Namun kritikan menjadi hentaman.
Makin aku diam makin aku terasa aku menyimpan dendam,

Lakuku disalah erti.
Tatkala aku lemah malah aku dicaci.
Bila aku yang sering memberi nasihat memerlukan nasihat.
Yang cuma disebut "Aku tahu kau kuat."
Aku tahu itu cuma kata penyedap.
Kerana jika benar kau kenal aku.
Mana mungkin kau berani kata aku kuat.


"Kenapa kau berubah?"
"Legend mana boleh putus asa."
"Bangunlah dan langkah semula."

Sudah beratus malah beribu kata-kata sama aku terima.
Kadang aku cuma mahu bersendiri.
Mencari erti dalam kehidupan.
Hidup seperti teman-temanku yang pada mereka cuma ada hiburan dan kegembiraan.

Aku juga ada masa sendu.
Ada masa menyorok pilu.

Aku juga ada masa perlu dipapah.

Namun egoku membongkah.
Keras kepalaku menjadi parah.

Aku cuma ingin diterima tanpa aku perlu berpura-pura.
Aku cuma ingin dilihat bukan malaikat tapi manusia yang juga terkadang penat.


Lalu dahiku menyembah bumi.
Tuhan, aku perlukan sokongan.
Kerana manusia takkan pernah mengerti betapa lopongnya segumpal organ ini.
Organ yang bahasa melayunya dipanggil hati

Aku ini, yang kau kata futur.

Momentum terlontar begitu tinggi.
Namun tatkala ia jatuh kembali.
Ia terhempas kuat mencerai-beraikan semangat yang kusangka kukuh.

Pergilah pergi.
Tinggalkan aku mengisi hati.
_____

Tengah berkira-kira nak cari gambar sesuai selepas siap entri ni, dapat email dari seorang pembaca blog ni. Kiriman gambar yang sangat tepat pada waktu yang tepat.

Tuhan, kadang kau hantar manusia yang aku tak jangka. Untuk hiburkan luka dalam yang seolah-olah tak mungkin mampu disembuhkan.

P/S: C & P BUDAK TOMATO

Bismillah

Ketemu lagi kita pada entri kali setelah sekian lama tidak di 'update' mengenai perkembangan BADIB pada tahun ini. Mungkin sudah begitu lewat untuk membicarakan tentang Simposium Nuqaba' tapi apa salahnya. Pengarah bagi Simposium Nuqaba' pada tahun ini ialah Saudara Abdul Hadi Bin Roslan dan dibantu oleh Saudari Ainin Sofiya Binti Azlaini. Simposium Nuqaba' pada kali ini diadakan pada 13 Februari 2015 dan telah dihadiri oleh alumni-alumni Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah yang mana pernah memegang jawatan dalam BADIB pada tahun mereka. Di bawah ni, kami sertakan sedikit gambar yang sempat dirakam sepanjang berlangsungnya program tersebut.


Alhamdulillah, Program mendapat sambutan


Antara alumni yang hadir



Sekian sahaja untuk entri kali ini, semoga ketemu lagi pada masa yang akan datang. Doakan BADIB untuk terus melangkah demi ummah Khairiah. Infiru!


P/S : Ingatlah, boleh jadi Allah beri kamu satu taklifan itu untuk meningkatkan darjat kamu ataupun untuk menghinakan kamu.








Know us

BADAN DAKWAH DAN IBADAH (BADIB) SMA AL-KHAIRIAH,TEMERLOH PAHANG

Our Team

Contact us

Nama

E-mel *

Mesej *