10/19/2010

Ops sondol segamat

nama operasi: operasi sondol segamat
tujuan: majlis viva beramai-ramai ahli marketing
status: berjaya dengan biasa-biasanya
misi akan datang: kerja, cari duit, kawen, anak, haji, mati
mini tentatif:

bangun pagi sedikit lewat dan pergi. masih awal rupanya. hampir semua ahli-ahli bersekutu gelabah dan nervous. dalam diri bukan main tenang. maka, keluarlah lawak-lawak gampang dan mengacau seluruh umat manusia yang sibuk dok fahamkan semula note untuk menghadapi masa-masa kene bantai(mungkin).

pada tika present, mulut boleh tergagap tak sudah. mungkin kerana lambat tidur. bukan kerana membuat present, tetapi lewat kerana melayankan satu kucing yang dok berleset-leset. layankaan. tahu-tahu, sudah lepas azan subuh, maka barulah nak tido...kembali, time present berjalan lancar. komen diterima tidak memualkan kerana sekadar salah cara reference(kene ikut gaya APA). takpe, itu lain kali la buat.

malam viva, ade sedikit diner. layankan. lepas makan-makan dan melilau kepala dalam hall, nama diseru oleh pengurusi majlis secara tak memasal dan disokong sorak oleh rakan-rakan lain. sialan. dah tak memasal aku kene pegi depan buat perfomance. sedang dok pegang gitar atas stage, aku kelu sebab dah berbulan tinggalkan gitar kerana tangan patah. lagu dalam kepala, metallica, nirvana, greenday. semuanya tak kene. tetiba, teringat lagu sketsa sebuah cinta. ok sikit. maka, nyanyian dengan berhenti ikut suka(sekadar memeriahkan suasana) dibuat. disebabkan aku nyanyi2, aku dapat hadiah jam tangan apebende ntah. terima kasih kawan-kawan. korang memang celaka menyusahkan aku buat persembahan tak memasal. nasib baek aku tenang. sebab?stakat main gitar dan nyanyi tanpa diduga, time tido pon bole laa.hahahaha

lepas tu, pergi layan karoke dengan budak kelas. puas dua jam melalak. takdelah seronok mana. tapi, sekadar penyukup syarat closing semester. mengamit kenangan silam karoke disitu. ok la gak. lpas karok, sempat seframe dua dengan cilut , jaa n mok. tangan makin tegak. lepas ni, mungkin nak jadi pemain snuker porfesional, malas nak jadi marketer.haha.lancau.

dan sekarang, aku menanti esok hari. nak pegi shah alam. nak lepak last time ngan kawan2 yang masih bersekolah disana. sebab lepas ni, aku akan kerja. dah kerja, cuti macam apa. xde masa nak bersosial lagi.

alhamdulillah.
kehidupan universiti aku akan mati.
syukur amat.
sudah tiba masa,
untuk pijak kaki di alam realiti.

viva?..halusssssss


OUT

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...