8/30/2010

jangan salahkan aku

jangan salahkan aku kalau aku berdiam.

bukan kerana aku mahu membiarkan.
bukan kerana aku mahu melihat kejatuhan.
bukan kerana aku tidak mehu menegakkan kebenaran.
sekadar,
aku lebih yakin pada hasil dan tujuan.
aku tahu ada sebab logik penerimaan terhadap perbuatan.
aku sudah biasa diengan itu yang digelar keadaan.

jangan salahkan aku kalau aku sengih sendirian.

bukan niat untuk tidak berkongsi.
bukan hati mahu mendengki.
bukan akal mahu memanipulasi.
sekadar,
aku dapat meneka apa akan terjadi.
aku selalu meneka tepat apa akan terjadi.
aku sedar kira-kira adakah ianya akan terjadi.

jangan salahkan aku kalau aku sentiasa bersendirian.

bukan niat untuk anti sosial.
bukan hati mahu mengemosi.
bukan akal berkata aku hebat berdiri sendiri.
sekadar,
latihan untuk masa nanti.
berfikiran lebih tabah lagi.
dan sedar akan siapa yang sayangi diri ini.

jangan salahkan aku bila gebang sebegini.

bukan niat nak tunjuk hebat diri.
bukan hati mahu lebih tinggi.
bukan akal mahu membantu diri lemah sendiri.
sekadar,
mahu menjadi lebih sejati.
mahu hebahkan ideologi kurap sampah ini.
ingin berkongsi pengalaman diri.
demi menjadi insan yang lebih diberkati.


akhir kata,
salam merdeka untuk semua.
mari kenali jati diri.
dan jangan mati sehina babi.



OUT

1 comment:

GRuNGe said...

Wa tak pernah salahkan lu beb. Tapi wa salahkan diri wa dah lama tak jenguk sini. Salam ramadhan dan syawal.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...