untuk maju, peluang diperlukan. boleh dianalisis melalui kelebihan, kedudukan semasa dan pergaulan yang engkau ada. buat masa ini, peluang untuk aku menjadi semaju yang aku mahu masih gelap, dan bukannya samar. aku masih mencari peluang yang ada tersembunyi entah diceruk mana. tangan masih meraba-raba didalam kegelapan masa dan suasana. hati menjadi sedikit cemburu melihat mereka yang didatangi malah dibanjiri peluang. namun, aku gembira kerana yang penting, mereka akan berjaya dan bahagia. masih menanti apa yang akan terjadi pada diri sendiri dengan angan-angan yang telah aku tanam tinggi semenjak pakai seluar hijau lagi.
saban hari potensi peluang yang samar pada mereka itu akan aku selidiki namun sentiasa ada batasan yang amat mustahil untuk orang yang berumur dan berpengalaman cetek sepertiku untuk maju dan menyelesaikan masalah itu. tiada pula cara untuk bermula walau pun selangkah dan tiada pula guru yang sedia menterjemah. kata-kata tidak digunakan dengan bersahaja kerana aku tahu, peluang sepertinya sekadar akan datang sekali, dan yang akan datang dikemudian hari adalah peluang yang satu lagi. aku mahu semuanya menjadi milikku kerana sifat tamak aku untuk majukan diri dan yang lain sangatlah membuak-buak.
badan semakin hari semakin bertambah nilai kekurangannya. ada sahaja nikmat yang ditarik dari masa ke masa. ada sahaja bisikan halus pengubah simpang yang akan datang dan merentap-gugat pemikiran dan fokus pembangunan ekonomi/muhasabah diri. sudah bermula dari tempoh hari lagi akan penyusunan gerak catur kehidupan dengan menyediakan jawapan dan alternatif dalam menghadapi kehidupan penuh cabaran. namun, aku tidak berpeluang untuk memulakan permainan kehidupan. masih terhenti dan dibelenggu dalam peredaran deras masa. sekadar seperti menanti hari mati pun ada gamaknya.
sedangkan mencari peluang sendiri sukar, lagikan pula mewujudkan peluang untuk diri sendiri. hampir ke tahap infiniti kesukarannya. sampai kini, tiada sebarang bayang yang dapat wujud di gelamaca mata ini mengenai masa depan diri sendiri. atau apa mungkin aku terlalu ebrangan-angan ebsar tanpa menyedari kedudukan, posisi dan kasta diri dalam alunan melodi hamis struktur taraf kehidupan?itu, aku tidak pasti.
kepada kalian yang berpeluang, selamat berjuang. nanti aku di penghujung jalan kejayaan kerana aku mungkin akan datang. lupakan aku untuk sementara dan hargai apa yang ada di depan mata. akan ku doakan korang semoga bahagia dan berjaya. dan, jika dapat kubantu semampuku, rogerlah henfon aku. jangan takut akan santau puaka kerana itu bukan cara aku, so dont worry.
mungkin aku akan mati sekadar sebegini.
jika benar ada peluang diberikan, semoga aku nampak dan dibimbingNya.
jika benar rezeki aku sekadar disini, maka aku bersedia mati dan pergi apabila diseruNya.
bagiku, yang penting, adalah usaha.
peluang
akan aku kental mencari dan menunggumu,
datanglah kau merangkak kepada aku,
akan aku peluk,hargai dan manipulasi dirimu sepatutku.
OUT