Memaparkan catatan dengan label Kek. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kek. Papar semua catatan

KEK MARBLE MINYAK MAKAN

Petang yang redup angin sepoi - sepoi meniup hembusannya masuk dalam rumah...terasa 1 rumah berbau semerbak keharuman kek marble minyak makan yang sedang di bakar...sewaktu membuat kek ni , rumah ku di kunjung saudara dari kuantan yang kebetulan mengambil anaknya yang bersekolah di Pekan....langkah kanan gamoknya , siap tapau bawa balik..hihi 


sebenarnya nama asal yang di berikan oleh arwah emak aku adalah kek minyak makan  & di gubah namanya oleh aku , sebab kali ni , aku buat bubuh banyak kaler..hihi....nak kasi meriah..ini je lah gambar kek yang dapat aku N3 kat sini..selebihnya dah masuk dalam perut & isi dalam tapawe untuk di berikan kepada saudara ku...siap suh tulis resepi , tak kuasa den...tulislan sendiri...hihi..sebelum ni resepi dah aku textkan dalam resepi kek....tapi tak pe , mood tgh rajin & akan ku sertakan di sini ya..sesiapa yg berminat jangan malu2 , jom lah try...


KEK MARBLE MINYAK MAKAN
( sumber : resepi keluarga )

Bahan-bahannya:


  • 5 biji telur
  • 1 cawan gula pasir
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu teh baking powder
  •  * ( ayak tepung gandum & baking powder)
  • 1 cawan minyak masak @ minyak jagung
  • 1 sudu teh ovellet (x letak ok jugak)
  • 1 sudu esen vanilla
  • Perwarna & paste kegemaran - pink - coklat - hijau
Caranya:

 - Pukul telur & gula sehingga kembang ( 15minit)

 - Masukkan esen vanila & ovellet..putar bagi sebati.

 - Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit ( ratakan pakai senduk )

 -Bahagikan kepada 3 bahagian & bubuh pewarna & paste..

 - griskan loyang 8'..& lapik kan kertas minyak.

 - Bakar suhu 170"-45 minit @ mengikut oven masing2.


**********************************

KEK KUKUS SANDWISH LAPIS JEM

Assalamualaikum teman-teman...amacam hari ini , semua sihatkan...semua kerja di umah sudah aku beressi...tapi macam ada sesuatu yang x kena , lagi semalam aku dok fikiq & masih tergiang2 di kepala..hihi...sebenarnya tunggu seru datang..maka tertunailah hasrat nak putar kek istimewa ini..."KEK KUKUS SANDWISH LAPIS JEM"...semalam dok belek2 blog maklang Azie..toing..tiong seolah-olah diriku terpukau dengan keindahan kek yang maklang buat..wah!!!kena tory ni...SAH!!!!!!!!!!!!!!!! memang sedap giler kek ini ,tak terkata tau..


kek ini di lapiskan dengan filling blueberry kat umah x de jem..so redah jer filling apo yang ada..rasanya teman2 boleh pelbagaikan jem utk disapukan pada kek ini..yang kat atas kek tu aku lorekkan menggunakan pewarna purple ..resepi asal emulco chocolate..kehabisan stok lak pulak..


Kek kukus sandwish lapis jem ini strukturnya memang lembut & gebu, sedap sangattt... lagi2 bila kita makan terasa jem / fillingnya , dah macam beli kat kedai lah pulak..hihi...
Jom lah kawan2 kita layan resepinya..boleh lah buat petang ni ,bahan-bahannya mudah bangat !!!


RESEPI KEK KUKUS SANDWISH LAPIS JEM
(SUMBER : CHEF ZUBAIDAH / MAKLANG AZIE)
tqvm share resepi kek yang powerrrr ni & maklang izin saya copy ya..:D

BAHANNYA :
  • 3 biji telur B
  • 1/2 sb ovalette
  • 30g air
  • 100g gula castor  (aku guna 80g )
  • 100g tepung naik sendiri
  • 20g susu tepung
  • 30g minyak jagung
  • 1st choc.emulco ( pewarna purple )
  • 1 sudu esen vanila..untuk bagi wangi..hihi
  • Jem ikut kegemaran masing2
CARANYA :

  1. Pukul telur + gula + ovallete + air = hingga pekat (anggaran 10 minit & betul kembang )
  2. Ayak tepung + susu tepung dan sebatikan adunan
  3. Akhir sekali masukkan minyak dan kacau rata.
  4. Ambil 2 sudu adunan dan warnakan dengan emulco.
  5. Gris loyang / letak kertas minyak
  6. Guna loyang 9x9, tuangkan semua adunan dan paipkan adunan coklat
  7. Kukus selama 20'
  8. Setelah masak, potong 2 dan sapu jem dan tindihkan ke atas kek.
NI TIP DARI MAKLANG AZIE YA :
- Nota mklang : letak vanila skit bior wangi
- Kukus api tecik, kalo api besor nanti kek komer berombak...mklang buat ni terbesor lak apinya..hehehe
- Maklang silap guna loyang..jadi kek nampak tebal lak bila ditindih 2...soriiii
- Kek ni gebu jika anda berjaya membuatnya....kalo bantat tu sure pukul tak gebu dan kembang...

tq maklang..kita copy jer lah ya..teman2 ikut ya tip yg maklang share ni..nanti kalau x jadi jgn marah kita orang ya...hihi


************************************************************
************************

KEK LAPIS KUKUS 7UP

Ni kes terlampau rajin..lepas2 kemas rumah ,penat masih ada ,tapi mata dok tertumpu mixer kat tepi meja seakan - akan memanggil suh pegang...x leh jadi ni..apa lagi berperang lah kat dapurlah pulak..ambil buku resepi dok belek2 mana kek yang paling mudah & bahan-bahannya senang di perolehi..haaaaaaaa!!!nak trylah KEK LAPIS KUKUS 7UP..

Memang betul aku rajin sangat...tgk tu , teman2 yg lain buat 3 lapis / 3 warna...aku buat tah bape warna daa..nasib jadi , kalau x jadi nyesal tak sudah..hihi

setelah kek ini masak , tunggu sampai sejuk tau..baru potong,jangan gopoh2 nak potong..kek ni memang lembut giler lah..gebusssss sangat..takut bila potong time panas..terburai...hihi

Bila potong terus masuk mulut...ya-allah sedapnyaaaaaaa...lembut tau..dah lah meh kita layan resepi kek ini ya..

RESEPI KEK LAPIS KUKUS 7UP
(sumber : http://chetambiz.blogspot.com/ )
(sumber : Zurinina - ResepiNet )

Bahan-bahan:
  • 5 biji telur
  • 210 atau 220 gram gula ( saya bubuh 190 gm)
  • 150 g Tepung Cake (Bluekey)
  • 150 g Tepung Gandum ( Mcm cap sauh ke..)
  • 1/2 sudu besar ovalette
  • 180g - 7up/Sprite/Cream Soda. (takla..rase tapi sekadar menghaluskan texture dan lembutkan kek saja)
  • 2 sudu besar susu pekat

CARANYA :
1. Pukul telur dgn gula sampai kembang selepas itu masukkan ovalette dan pukul lagi.
2. Masukkan tepung diselang selikan dgn air 7up tadi.
3. Bahagikan adunan beberapa bahagian & bubuh warna kesukaannya...
4.Selepas itu mulakan dengan warna pertama kukus selama 7 minit..& lakukan cara seterusnya sampai habis lagi ..... Lapisan terakhir dikukus selama 10 minit - 15 minit.


NOTA :
  1. Untuk elak air kukusan menitis atas permukaan kek...penutup kukusan di balut dengan kain bersih @ loyang di tutup dengan aluminium foil.
  2. Air kukusan hendak sederhana / ala- ala mendidih..mcmana lah tu ya..hihi
  3. Selamat mencuba..

********************************************************************************
*************************************************

KEK BISKUT MARIE

Dah lama aku simpan resepi kek biskut marie ini, tgk bahan2 pun senang,tapi biasalah ada sikit di tokok/ tambah..bila ada kelapangan baru tertunai...hihi...dengan semangat yg ada,..maka terhasilah kek ini...oklah jom kita layan resepinya ya.....


RESEPI KEK BISKUT MARIE
(sumber : saya dapat dari blog kak Hasue,tapi tambah / tolak sedikit bahan2 tertentu,hihi ..minta di halalkan ya )

Bahannya :
  • 1 cawan milo
  • 1/2 cawan serbuk koko
  • 200 gm mentega
  • 3/4 cawan susu pekat
  • 1 sudu esen vanila
  • 1 sudu makan tepung kastad
  • Biskut Marie ikut suka bape banyak
  • sedikit badam hancur
Caranya :
  1. Cairkan mentega dalam periuk besar api kecil ya.
  2. Kemudian masukkan susu, milo,serbuk koko,tepung kastard..pakai whisk supaya ia x berketul2..
  3. Masukkan esen vanila & bila sebati & pekat tutup api.
  4. Sediakan loyang 8"bulat...tuangkan 3 sudu besar dalam loyang & ratakan adunannya..
  5. susun biskut marie...kemudian tuangkan 3 sudu besar & buat langkah yg sama sampai adunan habis.
  6. Taburkan badam hancur & badam keping..ikut sukalah ya..
  7. setelah siap masukkan dalam peti sejuk...selama 5 jam..supaya bila dipotong kek dalam keadaan cantik & molek..
NOTA: - Loyang perlu di atas dengan plastik @ aliminium foil..supaya kek mudah di keluarkan..

RESEPI ASAL:
  • 200 gm milo
  • 250 gm butter
  • 3 sudu makan serbuk koko
  • 1 tin susu pekat
  • biskut marie
( Anda boleh juga try resepi asal ini...hasilnya tetap sodaaaaaaaap )


*****************************************************
********************
RESEPI BROWNIES SPECIAL


BAHANNYA A:
1 1/2 cawan tepung gandum ( masa saya buat pakai tpg kek lagi gebu)
1 cawan serbuk koko
1/2 sudu bikarbonat
1 1/2 baking powder
    ( ayakkan semuanya )

 BAHAN B:
1 1/2 cawan gula
1 cawan susu cair
1 cawan butter - dicairkan & sejukkan
1 cawan air panas
4 biji telur





 CARANYA:
1-Campurkan semua bahan B dan kacau sebati (guna whisk)
2-Masukkan bahan A & kacau guna whisk sehingga rata.
3-bakar 1 jam @ sehingga masak -150'
(Semasa buat brownies ini ,x yah guna mixer..hanya guna whisk )

 TOPPING :
1/2 cawan serbuk koko
1/2 cawan susu pekat
2 1/2 cawan susu cair
2 sudu butter @ majerin ( nk bagi kilat )

CARANYA:
 -Campurkan semua bahan masak sampai pekat & likat..api kecik saja & tuang atas brownies.

 SELAMAT MENCUBA...
.



KEK GULA HANGUS @ KEK SARANG LEBAH..

( Resepi dari arwah mak saya sendiri..dapatlah kita manfaatkan resepi ini bersama2 )



BAHAN:

  • 2 cawan gula pasir
  • 1 cawan air masak
  • 3 sdu mkn butter

( BUAT GULA HANGUS : Masuk gula dlm periuk & sambil kacau sampai hancur & perang2 , tutup api & masuk kan air & butter)

  • 8 biji telur
  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 sudu teh bikarbanot
  • 1 esen vanila
  • 1 tin kecil susu pekat
CARANYA:


1:Ayak tepung & bikarbonat

2:Pecahkan telur & pukul sekadar berbuih

3:Masukkan tepung gandum


( DALAM MANGKUK LAIN )

1:Masukkan susu & gula hangus & whisk bagi sebati

2:Masukkan dalam adunan tepung tadi & gaul sebati

3:Alas loyang & griskan & bakar 50minit -180" @ ikut oven masing2.


(p/s:Ade terbaca sesetengah resepi teman di blog..perapkan adunan kek ini selama 3 jam..ikutlah masing2 kalau nk perap,mgkin hasil sarangnya lagi power..aku x perap kes nk cepat..tapi penah cuba perap & terus bakar..hasilnya sama amat memuaskan )