Memaparkan catatan dengan label Aneka Puding. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Aneka Puding. Papar semua catatan

Puding nenas..

Assalamualaikum..salam bersiaran , semoga di hari rabu ini anda semua ceria - ceria sokmo...tak mo muram2 & susah hati ya..alhamdullillah , perkara yg sudah berlaku biarkan ia...semoga hari - hari mendatang akan mematang kita...Oklah dengan cuaca yg panas ni , tekak ni dok gatai nak makan yg sejuk2 je..puding yang menjadi pilihan ku ialah PUDING NENAS....


senang sangat nak buat puding ni & cepat je licinnnn / abis di kejakan oleh anak2..diaorang kata macam aiskrim tau..rasa Puding Nenas ini  masam manis cukup semua rempahnya..tapi yang pasti puding ini enak di makan ketika sejuk ( baru kuar dari peti ais )...Untuk nenas boleh ditukarkan pada buah peach , limau..ikutlah selera masing2...janji boleh di makan...Tang hiasan tu , ingat nak letak lebihan nenas tapi habis buat air , untuk minum tengahari ,bubuh ais batu..peh!! tak terkatalah..lupa lak nak snap gambarnya..lain kali ya..oklah jom kita layan resepinya...


RESEPI PUDING NENAS
(sumber : Ole2 Summer Cake )

Bahan A :
  • 1 bungkus agar-agar tali 37.5
  • 1 1/2 cawan gula ( ikut kemanisan masing2 )
  • 4 1/2 cawan air
Bahan B :
  • 1 cawan susu cair
Bahan C :
  • 5 keping nenas dalam tin ( guna nenas yg asli lagi ok )
  • 2 sudu besar tepung kastard ( bancuh dengan 2 sudu besar air )
  • 1 cawan air nenas dalam tin
  • 1 sudu esen nenas ( x bubuh pun x pe )
Caranya :
  1. Masak agar-agar & gula hingga hancur & sebati.
  2. Setelah masak bagikan kepada 2 bahagian / periuk
  3. Kisar nenas & air nenas
  4. Masukkan bahan B dalam periuk 1
  5. Masukkan nenas yang di kisar & tepung kastard dalam periuk 2..panaskan dengan api kecil , dalam 3 minit.
  6. masukkan puding dalam acuan kegemaran & masukkan dalam peti sejuk biarkan separa keras..
  7. masukkan bahagian 2 & masukkan dalam peti biarkan keras..
  8. Bolehlah makan & hias mengikut kreativiti masing2...

Sumber google

Nenas dalam tin..cari kat pasaraya..cepat2

*********************

Puding Kastard & Agar - Agar Ros

Ni kes terlampau rajin tau , dah siap segala tempahan ...tekak ni dok gatal nak makan puding & agar2...lama dah hajat nak membuatnya , tapi tak kesampaian...bila je tengok ada lebihan buahan & jeli..apalagi dengan kudrat yang ada , berjoget2 kat dapur menyiapkannya...lagi pun bukannya susah ,senang bangat...15 minit je siap kedua2 nya..buat malam ,sok dah boleh potong & makan....resepi ini aku buat main campak2 je , tapi tetap ada sukatan aku berikan..supaya dapat membantu teman yg berminat mencuba Puding Kastard & agar - agar Ros ini...


PUDING KASTARD

Bahannya :
  • 1 pek agar - agar tali
  • 3 biji telur
  • 1 1/2 cawan gula
  • 3 sudu tepung kastard
  • 1 cawan susu cair
  • 4 cawan air masak
  • 1 sudu esen vanila
  • sedikit buahan koktail
Caranya :

  1. Masak agar - agar + air sampai hancur
  2. Blender telur , gula , tepung kastard , susu cair , esen vanilla
  3. Setelah agar2 sebati masukkan bahan2 yang telah di blender..gaulkan sekejap sampai sebati & tutup api..
  4. Masukkan dalam loyang @ acuan kegemaran & campak buahan koktail ke dalamnya...
  5. Sejukan & boleh potong....
**************************************************************


AGAR - AGAR ROS

Bahannya :
  • 5 cawan air masak
  • 1 pek agar - agar tali
  • 1 1/2 cawan gula ( ikut manis lah ya )
  • 1 sudu perasa ros & pewarna merah
  • sedikit buahan koktel
Caranya :
  1. Masak agar - agar sampai hancur & masukkan gula & masak hingga mendidih.
  2. Masukkan perasa & pewarna & sebatikan.
  3. Masukkan dalam loyang & bubuh / campakkan buahan koktel.
  4. Sejukkan dalam peti sejuk..
****************************************************

Puding Buih

Assalamualaikum kawan2 yg ku sayangi..lama rasanya aku tak letak resepi2 maut kat sini...al-maklumlah suri rumah,byk bebenar keja yang di lakukan...tapi bila ada masa terluang cikit , apalagi tidooooo lah..hikhik..ni pun curi2 masa N3 kat sini , coz nak masukkan resepi2 & kek2 tempahan...oklah tak mo lah bebel panjang2..
jom teman2 layan Puding Buih yang saya buat & cilok resepi dari Kak Hanieliza tapi puding buih yang kak hanieliza buat cantik sangat , padanlah dengan namanya Puding Lapis Buih , tapi bila aku buat aku mederhaka jadi 1 warna je , ni kes nak cepat siap & tak sabo nak tgk hasilnya....
Sekali tengok macam agar2 santan , buih yg saya buat kurang tinggi..tapi kalau " rasa " puding buih ni memang sedapppp!!!!! lagi2 bila kita sejukkan dalam fridge..& mengikut resepi kak hanieliza puding buih ni makan bersama sos kastard .. tapi aku tak buat pun , sbb makan begitu saja pun dah terangkat..sesiapa nak try , resepi kat bawah ni ya...

PUDING LAPIS BUIH
(sumber : Kak Hanieliza)

Bahannya :

4 biji putih telur
12 gm serbuk agar-agar
1 liter air
160 gm gula
pewarna [ikut pilihan sendiri]
loyang 4 segi 8 x 8 inci


Cara

  1. Putih telur dipukul sehingga menjadi gebu. [kiranya kalau diterbalikkan tidak akan jatuh]
  2. Bahagikan putih dibahagikan 4 bahagian
  3. Serbuk agar-agar, gula dan air dimasukkan dalam periuk dan masakkan sehingga mendideh.
  4. Ambil agar-agar 1 cawan dan campurkan dengan 1 bahagian putih telurdan warna.
  5. Kacau perlahan sehingga semua warna sebati.
  6. Tuangkan dalam loyang dan biarkan agak separa keras.
  7. Ulang semula proses [4] - [6] dan lapiskan perlahan-lahan diatas agar-agar yg separa keras tadi.
  8. Ulang semua proses melapis sehingga semua bahan habis.
  9. Sejukkan dan potong. Hidangkan.
NOTA

  1. Oleh kerana masa kak liza belajar puding ini tidak gunakan susu cair dalam adunan, so kak liza rasa lebih sedap dihidangkan dengan sos kastad dan fruit koktel..
SOS KASTAD

Bahan :

  • 1 cawan susu cair
  • 1 cawan air fruit koktel
  • 3 s/b tepung kastad

 Cara :

1. Gaulkan semua bahan sos kastad dan masakkan diatas api yg sederhana sebentar.

2. Tuangkan sos diatas puding semasa menghidang.

3. Hidangkan dengan fruit koktel sebagai hiasan.

*************************************************

Puding Karemal

Pagi yang gelap..Awal pagi N3 puding Karemal kat sini..Mana yang sempatlah , sekarang waktu siang memang x sempat nak buka lappy ni..sibuk sikit , dah tu line x clear ler...geram2..
apa2 pun jom lah kita layan resepinya..


Nyesal tau kalau x cuba..sedap bangat..Memang menyelerakan , lagi2 makan waktu sejuk..clear habis..hihi
Sesiapa ingin try resepi di bawah..layannnnn


Puding Karamel Feqah

 BAHAN - BAHANNYA :

 Gula hangus:
 **********
  • 1 cawan gula pasir
  • 1 cawan air panas
  Puding :
 *******
  • 4 biji telur
  • 1 tin susu cair
  • 2 sudu besar esen vanila
  • 2 sudu besar tepung jagung/tepung kastad

 CARANYA :

1. Masak gula hangus hingga cair. Tuangkan air panas.Kacau hingga sebati.

2. Kisar telur hingga kembang dan masukkan susu cair. Kisar lagi hingga sebati.

3. Masukkan esen dan tepung jagung dan kisar sebentar.

4. Tuangkan 1/2 adunan gula hangus dalam loyang 8 inci.Tuangkan adunan puding.

5. Kukus 20 minit hingga masak.


***********************************

Puding karemal pandan

Lama tak N3 resepi kat sini , tak buzi mana pun , cuma tahap kemalasan yang melanda diriku ini...dalam malas2 kena jugak, jahit baju untuk ci kakak tu , kat sekolah kawan2 nya pakai baju berwarna - warni..dia pun nak pakai warna - warni ( najwa2 )...tengah anak minat nak ke sekolah so mak nya layan , baju simple2 boleh lah jahit..kalau baju macam D'siti..kembang2 tu,ke laut lah jadinya...ish2 melalut sudah...dah penat menjahit , tekak pulak terasa nak makan puding yg sejuk2 gitu..
kira ni kes nak perabiskan telur , maklumlah telur ni kalau simpan lama2 kang masuk angin ..nak buat kek malas..hihi....toing2 kat kepala terus terfikir nak buat Puding Karemal pandan, lama tak pekena Puding , lagi2 musim panas ni ...Jom kawan2 kita layan resepinya..


PUDING KAREMAL PANDAN KOKTEL
( sumber : Majalah Sri Dewi & Keluarga )

 Bahan A :
  • 400 ml susu cair ( saya guna susu segar UHT )
  • 5 sudu besar sudu gula ( nak manis tambah lagi)
  • 4 biji telur
  • 2 sudu besar tepung kastard
  • 1 sudu teh esen vanila ( saya + paste pandan 1 sudu KFC )
  • sedikit buahan koktel campuran
 Bahan B : ( gula hangus )
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 3 sudu besar air panas
Caranya :
  1. Masak gula dengan api kecil & masak hingga keperangan & tutup api & masukkan air panas.
  2. satukan susu cair / tepung kastard / esen + paste pandan / gula & gaulkan hingga gula hancur & masukkan telur , kacau ala2 manja hingga sekata.
  3. kemudian tapiskan masukkan dalam loyang 7" bulat @ acuan kegemaran.
  4. Kukus 30 minit dengan air sedikit mendidih..
  5. sejukkan & terbalikkan atas piring & masukkan dalam peti.
  6. siap sedia di hidangkan bersama buahan koktel.

Baru keluarkan dari peti sejuk...yummy2..sedaaaaaaap tak terkata !!!!


Buah ceri yang tersergam indah tu,ci Najwa yg letak , katanya " lagi cantik mak..mcm kat hotel "..hikhik

Ni lah ci Najwa yang selalu kacau mak nya membaking di dapur...layanzzzzz...

****************************************************************8
*********

PUDING BERKUAH KOKTEL

Hari ini buat puding walaupun cuaca sejuk..kebetulan custemor order so buatlah lebih untuk makan sendiri...lama woo!! Tak pekena Puding berkuah koktel , tak leh tahan tengok blog teman2 yg ada gambar puding ini...membara2 tau..hihi

Puding yang custemor order dah simpan..yang hoq sendiri punya , ku bubuh ais batu..waaaaahhh!!!memang kebabooom..dahlah cuaca sejuk & baru baik selsema/batuk..tak pe kira ini pun ubat jugakkan..hahaha..
kalau anak - anak makan , buah2an yang di kejarnya..maknya makan puding..tak apalah janji dapat lepas gian..Jom kita layan resepi dari airtangan ku sendiri...


RESEPI PUDING BERKUAH KOKTEL

BAHANNYA :

  • 1 cawan tepung kastard
  • 3 cawan air masak
  • 1/2 cawan susu cair
  • 3 sudu makan gula halus
  • 1 sudu teh esen vanila
  • sedikit garam
CARANYA :
  1. Satukan semua bahan dalam periuk & gaul / sebatikan.
  2. Masak atas api yg kecil...sentiasa gaul supaya tidak berkerak.
  3. Masak sehingga pekat & likat
  4. Kemudian masukkan dalam acuan kegemaran @ loyang....sejukkan.
Untuk Kuahnya :
  • 1 tin buahan koktel @ nata de coco
  • 1 tin susu cair
  • 2 tin air masak
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 4 sudu besar gula halus ( ikut kemanisan masing2 )
Caranya:
  1. satukan semua bahan dalam jug / mangkuk besar...& gaulkan biar mesra & sebati.
  2. Potong kastard & masukkan dalam mangkuk kecil & curahkan kuahnya...seelok2nya makan ketika puding sejuk @ bubuh ais.....
  3. Hiaslah mengikut kreativiti masing2..

SELAMAT MENCUBA

**************************************************
***************************

PUDING OREN KAREMEL TANPA TELUR

Wahhhhh!ramai jugak peminat puding oren karemel ni,ialah nampak sedap & terasa nak buatkan,bagi teman yg bertanya,nak jawab sorang2,x terbalas,buzi maa...kebetulan ada custemor order,dengan kesempatan ini aku amik peluang tangkap gambar cara2 nak membuatnya..harap ia dapat membantu teman2 semua...puding ni order dari Kak Nurul..ada jugak aku bagi resepinya,tapi x kesempatan nak membuatnya,sibuk dengan kerja,puding ni untuk mamanya di Kuantan,suka makan puding tapi x nak ada telur,...lagi pun bab2 buat kuih @ kek ke laut katanya...hihi..x penah menjadi...x pe harap dengan tersebarnya gambar ini,dapat menjadikan kak nurul akan terbuka hati ingin mencuba..Ni kira ulang tayanglah ya...Jom kita layan..Zaaaaaaaaaaz..

Bahan A :
  • 4 sudu makan gula
  • 3/4 cawan air
  • - ( masakkan gula dengan api yang kecil,sentiasa di kacau, bila keperangan,padamkan api & masukkan air..& tuang dalam acuan )

 Bahan B :
  • 1 bungkus agar - agar serbuk
  • 4 cawan air
  • 5 sudu gula

 Bahan C :

  • 1 tin susu cair cair ( masa aku buat pakai susu segar UHT - 350 ml,nak abiskan stok )
  • 2 sudu nakan tepung kastard
  • 1 sudu paste oren / lemon
  • 2 sudu teh sunquist
  • - satukan bahan C kacau hingga sebati,ketepikan.
CARA-CARANYA:


Bahan yang di perlukan:
- serbuk agar-agar
- susu cair @ susu segar
- Paste lemon @ sunquist
- tepung kastard
- gula pasir 

- masukkan gula dalam periuk
- masak gula dengan api kecil,bila keperangan & berbuih masukkan air & gaulkan sampai sebati.
- Satukan tepung kastard,susu cair,sunquist,paste lemon (x letak pun ok jugak) kacau sebati.
- Satukan gula,air & serbuk agar - agar

- Masak kan bahan tersebut hingga berbuih & masukkan bahan tepung kastard tadi.
- gaulkan hingga sebati & sedikit likat & tutup api.

- Masukkan gula hangus dalam acuan kegemaran @ bekas tapawe
- tuangkan dalam bekas & masukkan dalam peti ais.

- hiaskan mengikut kreativiti anda.
- sedap juga di makan begitu saja.


 

Jeli pisang



RESEPI JELI PISANG

Bahan - bahannya :
  • 80 gm gula pasir
  • 450 ml air
  • 3 biji pisang ( dihiris nipis )
  • 1 susu besar serbuk agar - agar
  • Pewarna hijau , oren ,coklat
  • sedikit susu pekat
Caranya :
  • Masak serbuk agar -agar bersama gula & air,biar ia mendidih..tutup api.
  • Sukat 150 ml masukkan dalam mangkuk & bubuh warna hijau tambah 1/2 teh susu pekat.
  • Susun pisang di bawah loyang 6" segiempat..& tuangkan adunan warna hijau tadi.masukkan peti.
  • Tuang agar -agar yg lebih 150 ml..masukkan dalam mangkuk & bubuh warna coklat & tambah 1/2 sudu teh susu pekat..
  • Keluarkan jeli tadi & lorekkan dengan garpu supaya jeli tadi melekat sesama yg lain..
  • Masukkan jeli coklat & masukkan dalam peti..
  • keluarkan dari peti & lorekkan pakai garfu.
  • jeli yang lebih tadi,masukkan perwarna oren di tambah dengan 1/2 cawan susu pekat..
  • Terus tuang dalam loyang & sejukkan..
  • Dalam 1 jam boleh keluarkan..bila hendah di hidangkan adunan pisang hendaklah di atas...
SELAMAT MENCUBA...

PUDING OREN KAREMEL TANPA TELUR

Puding lagi...hihi..sama jer dengan resepi puding karemel tanpa telur cuma di tokok tambah..jom kita layan ....


PUDING OREN KAREMEL TANPA TELUR
( sumber asal :http://www.myresipi.com/ )

Bahan A :
4 sudu makan gula
3/4 cawan air
( masakkan gula dengan api yang kecil,sentiasa di kacau, bila keperangan,padamkan api & masukkan air..& tuang dalam acuan )


Bahan B :
1 bungkus agar - agar serbuk
4 cawan air
5 sudu gula


Bahan C :
1 tin susu cair cair ( masa aku buat pakai susu segar UHT - 350 ml,nak abiskan stok )
2 sudu nakan tepung kastard
1 sudu paste oren / lemon
2 sudu teh sunquist
- satukan bahan C kacau hingga sebati,ketepikan.


Caranya :
1 - Buat gula hangus & masukkan dalam acuan.
2 - Satukan bahan B & masak dengan api yang kecil sampai mendidih.
3 - Masukkan bahan C,kacau rata sehingga likat dalam 3 minit,matikan api.
4 - Masukkan dalam acuan sejukkan dalam 2 jam
( makan ketika sejuk...sedappppp )


SELAMAT MENCUBA....

resepi puding tanpa telur

Assalamualaikum semua...terliur tak melihat puding ni...hihi..rasanya banyak2 puding, puding ni lah yang paling mudah bangat & cepat..bahan2 pun senang diperolehi,pada sesiapa yg x suka telur,bolehlah mencuba nya...tapi bila aku try sesuatu resepi memang tak sah kalau menderhaka pada resepi asal..ya minta,di ampun pada tuan empunya resepi...jom mari kita layan resepinya...



PUDING KAREMEL TANPA TELUR
( sumber :http://www.myresipi.com )

Bahan A :
4 sudu makan gula
3/4 cawan air
( masakkan gula dengan api yang kecil,sentiasa di kacau, bila keperangan,padamkan api & masukkan air..& tuang dalam acuan )


Bahan B :
1 bungkus agar - agar serbuk
4 cawan air
5 sudu gula


Bahan C :
1 tin susu cair cair ( masa aku buat pakai susu segar UHT - 350 ml,nak abiskan stok )
2 sudu nakan tepung kastard
1 sudu esen vanila
- satukan bahan C kacau hingga sebati,ketepikan.


Caranya :
1 - Buat gula hangus & masukkan dalam acuan.
2 - Satukan bahan B & masak dengan api yang kecil sampai mendidih.
3 - Masukkan bahan C,kacau rata sehingga likat dalam 3 minit,matikan api.
4 - Masukkan dalam acuan sejukkan dalam 2 jam
     ( makan ketika sejuk...sedappppp )


SELAMAT MENCUBA....
PUDING PELANGI KAREMEL


Bahan A:
1/2 cawan gula pasir
3 sudu besar air
-buat gula hangus jangan masak lama2 nnti pahit..

Bahan B:
l bungkus agar-agar serbuk
400 ml air
140 gm gula pasir

Bahan C:
1 tin susu cair
2 1/2 sudu besar tepung kastard
1 sudu teh esen vanila

Caranya:
1-Campurkan bahan C dalam mangkuk & sebatikan & tapis & ketepikan..
2-Masak gula & air,masak hingga gula hancur & mendidih..& masukkan agar2 serbuk,teruskan kacau bagi agar2 hancur..
3-Kemudian masukkan bahan C...sentiasa di kacau,bagi sebati....& tutup api
4-bahagiakan beberapa 3 bahagian & masukan warna & kalau boleh masukkan paste kegemaran..
    pink-paste stawberry...hijau-pandan..kalau x nak,pun boleh..
5-Masukkan gula hangus dalam acuan & masukkan adunan puding & masukkan dalam peti sejuk...

   NOTA : lapis yg pertama warna asal..setelah adunan di masukkan terus masuk peti ais biar separuh beku..& masukkan lapisan ke-2 & seterusnya dgn langkah yg sama sampai habis...
   
SELAMAT MENCUBA.......
RESEPI PUDING JELLY KAREMEL
( sumber :dari majalah NONA 2009 )


Bahan A :
4 sudu besar gula pasir
3 sudu besar air
( buat gula hangus & sejukkan )

Bahan B :
60gm gula kasar
10gm serbuk agar-agar @ jelly instant
440 ml air putih

Bahan C :
100 ml susu cair
2 sudu besar tepung kastad
1 esen vanila

Caranya :
1.Campurkan semua bahan C..whiskkan sampai sebati & tapis & ketepikan.
2.Masakkan bahan B sehingga mendidih & larut guna api kecil...kemudian larutkan serbuk agar2 dengan sedikit air & masukkan dalam air gula tadi sentiasa kacau..
3.kemudian masukkan bahan B & kacau hingga sebati & tutup api..
4.Tuangkan gula hangus dalam acuan kegemaran & masukkan puding tadi...
5.Masuk peti biar ia beku..& boleh di makan...

SELAMAT MENCUBA..

Puding Lapis Coklat

Bahan A:
3 sudu besar gula
2 sudu besar air
   (buat gula hangus)

Bahan B:
4 biji telur
1 tin susu cair
1 cawan air putih
5 sudu besar gula (nak manis tambah lagi)
1 sudu esen vanila
2 sudu besar tepung kastad

Bahan C:
2 sudu serbuk koko
2 sudu teh gula
1/2 sudu teh coklat emulco

Caranya:
1-blender telur sampai kembang..
2-Masukkan semua bahan B dan blender lagi sampai berbuih..
3-Tapiskan & bahagi 2 bahagian..
4-1 bahagian kosong & 1 bahagian (coklat) di tambah bahan C & sebatikan pakai whisk..
5-boleh tuang gula hangus pada acuan kegemaran anda..& masukkan gula hangus.
6-Kukuslah selapis (5-8 minit ) & berselang seli sampai habis..
    (sekiranya atas lapisan yg dikukus berair,lap terlebih dahulu dgn kain bersih)
7-Sejukkan puding sebelum di hidangkan..& terbalik kan puding ke dalam pinggan.
8-Masukkan dalam peti sejuk & dimakan terus..

Nota :Panaskan periuk kukusan sampai mendidih dengan air yg banyak...Sekiranya anda ingin mencuba resepi ini pakai loyang 7"...kalau pakai loyang senang puding ni nak keluar..bila saya pakai acuan ini,susah sikit pudingnya nak keluar,kena sisipkan dengan lidi..hihi...
          
  
SELAMAT MENCUBA....


Inilah hasilnya..siap sedia di hidangkan...

*****************************************************************
**************
                                                             

Puding Jelly Biskut Marie



RESEPI PUDING JELLY BISKUT MARIE
(Sumber : majalah NONA 2007 )
Bahan A: bahagian puding
20gm agar-agar
140gm gula halus
35gm gelatin
900ml air

Bahan B:
200ml susu segar @ cair
2 sudu tepung kastad
1 sudu teh esen vanilla
beberapa keping biskut marie

Bahan C: jelly instant
1 peket serbuk aga-agar stawbery
450 air

Caranya:
1-campurkan semua bahan B dalam mangkuk & kacau sampai sebati...ketepikan.
2-Campurkan bahan A masak hingga mendidih & gula benar hancur.
3-Masukkan bahan B & kacau2 sehingga semua sebati & medidih...tutp api.
4-Masukkan dalam loyang @ acuan kegemaran & susunkan biskut marie di atasnya
   & sejukkan.
5-Apabila keras sedikit..boleh lah masak bahagian atasnya (merah)
  -Masak serbuk agar-agar sampai mendidih.
6-Tuang ke atas puding tadi & sejukkan.

   SELAMAT MENCUBA.



Puding jelly biskut marie ini sedap di makan bersama-sama kuah @ makan begitu saja....Di sini saya sertakan resepi kuah nya...resepi saya sendiri ya..

RESEPI KUAH  KOKTEL

Bahannya:
1 tin susu cair
2 sudu besar susu pekat
1 sudu teh esen vanila
1 sudu besar tepung jagung
   sedikit buah-buahan koktel

caranya:
-Campurkan semua bahan2 dalam periuk kecuali buahan koktel.
-masak dengan api yg kecil...kacau biar sebati & ala2 pekat..tutup api.
-biar sejuk & masukkan buahan koktel
-belah PUDING JELLY BISKUT MARIE & makan bersama kuah koktel.

 (masuk peti & makan ketika sejuk..memang sedap gileeerrrr....)