Showing posts with label Tebu. Show all posts
Showing posts with label Tebu. Show all posts

Monday, 9 December 2013

Tebu Hujung Minggu

Assalamualaikum.

Di laman hadapan rumah The Gartner ada ditanam serumpun tebu. Sengaja ditanam sebab nak tengok pokok tebu secara dekat dan teringin nak merasa makan tebu seperti di zaman kanak-kanak. Pada mulanya The Gartner cucuk sahaja keratan tebu ke dalam tanah, tapi setelah seminggu, tiada pucuk yang tumbuh. Setelah consult Uncle Google rupa-rupanya nak tanam tebu ni keseluruhan keratan yang ada tunas perlu dibaring dan dikambus dengan tanah. That was back in April and now rumpun tebu ni dah almost 3 meter tingginya.

Rumpun tebu di halaman depan.
Anak-anak tebu muncul di permukaan tanah.
Batang tebu yang sudah cukup besar.
Melihatkan batangnya yang sudah cukup besar dan menguning, ditambah pula dengan anak-anak tebu yang muncul di pangkalnya, The Gartner tebas sebatang, kupas kulitnya, potong kecil-kecil, masukkan dalam fridge dan biarkan sejuk. Kemudiannya ngapp..memang sedap..teringat semasa kanak-kanak dulu - curi tebu di tepi sekolah then makan sembunyi-sembunyi di tempat buang sampah. Memang best. Hee. The Wife and The Baby pun join sekali. The Baby really happy dapat gigit tebu sampai tak nak lepas sebab sangat juicy dan manis. 

*Petang nanti balik rumah nak tebas lagi sebatang.

Tebu yang sudah dipotong kecil-kecil.
 So tell me, when was the last time you eat tebu like this? :)