Posts

Showing posts with the label Mengandung

Gejala Ketika Hamil

Image
Masalah Ketika Hamil Yang Biasa Berlaku Kehamilan bukanlah satu penyakit. Sekiranya seseorang wanita itu memahami bagaimana perubahan dalam dirinya berlaku, maka dia akan berjaya melalui masa selama lebih kurang sembilan itu dengan lebih tenang dan gembira. Walau bagaimanapun, kehamilan boleh menyebabkan beberapa jenis penyakit yang berbahaya dan boleh mengancam nyawa sekiranya kehamilan itu tidak diberi perhatian. Hanya sebilangan kecil sahaja wanita yang akan mengalami keadaan ini. Setelah diberi rawatan dan jagaan yang rapi, keadaannya dapat dikawal. Kebanyakan wanita pula, akan mengalami beberapa masalah kecil sepanjang masa kehamilannya. Masalah ini akan hilang dengan sendiri sekiranya diberi sedikit rawatan. Bagi wanita yang lebih bernasib baik, dia tidak akan gembira dan tenang menunggu kelahiran anaknya. Di bawah ini saya akan bincangkan beberapa masalah kecil yang sering dialaminya oleh wanita hamil, dan bagaimana cara mengatasinya. Penjagaan Waktu Mengandung ...

Tanda-tanda Awal kehamilan

Image
Salam semua..harini nak share tanda-tanda awal kehamilan....Mungkin ramai tak perasan yg mereka sedang mengandung tapi jom check mana tau ada antara list kat bawah berlaku kat anda wahai ibu2 sekalian... 1. Perubahan ketara pada mood Perubahan hormon yang berlaku pada awal-awal kehamilan boleh membuatkan mood anda berubah secara mendadak. Pada masa ini anda lebih mudah bersifat emosional dan sedih pada sesuatu perkara. 2. Perubahan pada warna di sekeliling payudara Sekiranya kulit di sekitar puting anda menjadi kehitaman, kemungkinan anda sudah pun beberapa minggu mengandung. Walaubagaimanpun, ianya bukan petanda jelas anda sedang hamil kerana perubahan tersebut boleh berlaku akibat ketidakseimbangan hormon yang langsung tiada kaitan dengan kehamilan atau mungkin juga disebabkan oleh kandungan yang terdahulu. 3. Sembelit Sembelit atau susah membuang air besar adalah salah satu tanda-tanda awal terjadinya kehamilan. Peningkatan jumlah hormon progesteron menyebabkan proses pencernaan ber...

PENTINGNYA KALSIUM UNTUK WANITA, TERUTAMA BAGI YANG MENGANDUNG DAN MENYUSU.

Image
Kita sebagai wanita tidak boleh lari dari masalah osteoporosisi... mengapa? Kerana kita mengandung dan menyusukan anak. Maka pengambilan kalsium yang mencukupi sangat penting. Antara tanda kekurangan kalsium adalah sakit tulang belakang, badan mudah lenguh2, kaki mudah kebas, sakit kepala dan yang paling senang nak lihat....  CUBA LIHAT TAPAK KAKI BAHAGIAN BELAKANG, JIKA KELIHATAN KULIT KAKI KASAR DAN BANYAK PECAH2   maka segeralah amik kalsium dalam diet harian. Kita boleh dapatkan kalsium dengan mudah melalui susu namun perlu diingat susu mengandungi lemak yang tersembunyi. Walaupun dia tulis rendah lemak namun ianya tetap lemak. Sebab tu yang lebih memilih kalsium tablet sebagai pengganti. Saya tetap minum susu tetapi tidak secara harian. Keperluan badan kita memerlukan  1000mg kalsium setiap hari.   kita diajar sejak dari bangku sekolah kalsium penting untuk tulang dan gigi yang kuat...  tapi cikgu lupa nak ajar yang kalsium juga penting untuk memb...