i tak sangka rupanya perjuangannya untuk membela nasib Melayu selama ini hanyalah sandiwara semata-mata.
Sebab apa i kata begitu adalah kerana Ketua UMNO Bahagian Shah Alam iaitu Dato' Ahmad Nawawi M. Zin yang rupa-rupanya telah mengkhianati kepercayaan diberikan akar umbi bahagian tersebut apabila memberikan pelbagai projek bernilai puluhan jutaan ringgit kepada seorang tauke Cina, Boon Heng Chong, pengarah urusan Generasi Nirwana Sdn Bhd.
KL INTERNATIONAL AIRPORT, SEPANG, SELANGOR.WORKS PACKAGE : AF06A-DESIGN,CONSTRUCTION, COMPLETION,TESTING AND COMMISSIONING AND MAINTENANCE OF AIR TRAFFIC CONTROL TOWER |
BUKIT GAMBIR INTERCHANGE AND TOLL PLAZA |
Lagi sekali i pelik, sebenarnya apa tujuan Nawawi berbuat demikian hingga sanggup melebihkan Si Mata Sepet lebih daripada orang Melayu yang mendokong perjuangannya selama ini?.
Tupai yang pandai melompat tu pun boleh jatuh ke tanah inikan kita manusia yang lemah ni, dan pepatah itu mama i yang bagi supaya i tak lupa daratan tapi malangnya i langgar nasihat yang mama bagi dan kerana itulah i jadi macam ini sekarang.
Berbalik pada cerita Nawawi tadi, i diberitahu kini tembelang Nawawi semakin terserlah apabila selain daripada projek-projek tersebut, pelbagai lagi kontrak diberikan kerajaan Pusat melalui Unit Penyelaras Pelaksanaan (ICU) Selangor kepada tauke tersebut demi memastikan kroninya ini sentiasa 'kenyang', disamping kekayaannya sendiri bertambah.
i sendiri terkejut lepas dengar berita ini, i tak sangka rupa-rupanya selama ini warga Shah Alam nyata dikhianati bulat-bulat apabila Nawawi juga menggunakan kedudukannya untuk memastikan kesemua adik-beradik dan kroninya bertambah kaya.
Apa jadi dengan nasib Pemuda UMNO Shah Alam yang berdemostrasi di tol Sungai Rasah?. i dengar bulat-bulat kena tipu dengan Nawawi apabila akhirnya Nawawi dipanggil oleh PLUS dan diberikan projek bernilai puluhan jutaan ringgit. Tapi apa yang tidak sedap didengar pula i dapat tahu projek itu diberikan kepada sahabat baiknya, Chong.
Kawan i juga cakap dia turut menggunakan hasil projek ini demi menambah aset sendiri tanpa mempedulikan nasib akar umbi UMNO di Shah Alam sehingga dalam Pilihanraya Umum lalu, apabila akar umbi meminta pendahuluan dana pilihanraya, pelbagai alasan diberikan oleh Nawawi. i tertanya-tanya. apalah nasib ahli UMNO Shah Alam ditipu bulat-bulat oleh orang yang sibuk melaungkan perjuangan membela nasib bangsa?
Beginikah nasib akar umbi UMNO Shah Alam, kena tipu kaw-kaw! bulat-bulat! segiempat tepat!!
i tak sangka la u ni Nawawi! Sanggup u tipu orang Shah Alam yang beri kepercayaan pada u. u ini memang taraf P*****K la... (Haaa kan i dah mencarut)
Dah la.. i nak tidur.
Kat bawah ni ada sikit gambar untuk u all nilai sendiri.
Yang ini gambar Chong bersama Ketua Bahagian Kota Raja |
Gambar Chong bersama adik Nawawi, Suhaila M.Zain |