Hai kesiannya dengan keluarga di Sweden tu. Sebab pukul anak dengan tangan tak pasal pasal pula kena tahan reman untuk siasatan. Dah sebulan lebih. Anak anak yang 4 orang tu pun dijaga oleh keluarga angkat non muslim. Entah macamana makan pakai.
Tapi itulah undang undang di Sweden. Negara Scandinavia tu tak membenarkan anak anak di bawah umur dipukul dengan apa cara sekalipun. Mereka sangat melindungi kanak kanak. Malah anak anak bawah umur dianggap property state. Ibu dah ayah tukang bagi makan pakai sahaja hehe.
Ada sebabnya lah tu, setiap undang undang negara ada kepentingan tersendiri. Sesuai dengan norma masyarakat mereka. Mesti parents kat Sweden takut gila nak tinggalkan anak dalam kereta kan? Hikss ada nada perlian disini.
Kat Malaysia banyak sungguh kes kelalaian ibu bapa tentang anak. Tinggal anak dalam kereta, terlanggar anak sendiri di porch. Terlupa ambil anak di sekolah. Dibiar anak main sendiri di shopping kompleks. Minta simpang...
Kadang kadang undang undang di negara maju ni ada kebaikan juga. Cuma terlalu defensive lah. Dengan kemudahan negara maju, saya lihat memang sesuai dengan undang undang diorang. Contoh di pasaraya Tesco, Ikea ramai yang selesa bawak anak anak ke sana sebab fasiliti memang lengkap untuk budak kecil. Diorang pandang budak kecil sebagai satu aset atau satu warganegara yang penting juga.
Tapi apa apa pun, undang undang Islam jugak best. Menyeluruh gitu.
2 ulasan:
sangat setuju..
apa yg berlaku pd family tu sgt kasihan.bile kite dilahirkan di negara yg lain dan dibesarkan di negara lain..lambat untuk kite serasikan..kasihan pd yg terlibat.
anak kena jugak pukui...tapi jgn la teruk sangat dipukuinya..
kalau dak susah depa nak respek
Catat Ulasan