Showing posts with label Adam Adli. Show all posts
Showing posts with label Adam Adli. Show all posts

Wednesday, July 10, 2013

Sokong anak pun salah

'Adakah salah jika saya sokong anak?' 
Abdul Halim Abdul Hamid berkata beliau hairan dengan tindakan polis yang menjalankan siasatan ke atasnya, ekoran kehadirannya dalam satu perhimpunan nyalaan lilin di Jinjang sebagai sokongan ke atas anaknya yang ditahan di satu lokap di situ.

Thursday, May 23, 2013

Adam Adli mengaku tak bersalah tuduhan hasutan


Aktivis siswa Adam Adli Abdul Halim mengaku tidak bersalah atas tuduhan mengeluarkan kata-kata hasutan melalui satu ucapan pada 13 Mei lalu.

#BebaskanAdamAdli : Pegawai khas Sivarasa antara 18 ditahan malam tadi +Video


SHAH ALAM - Seramai 18 aktivis termasuk empat wanita yang sedang bersoladariti bagi menuntut pembebasan aktivis mahasiswa, Adam Adli Abdul Halim telah ditahan ketika kira-kira jam 9.45 malam tadi. 

SOP polis tidak ada ISO9000:2008. Yang mana satu juvana?

181480_10201130464294777_2113686928_n

Wednesday, May 22, 2013

Oh Malaysiaku, di mana di sini ada menteri bodoh.


ADAM ADLI LEBIH BAHAYA DARI AYAH PIN
Lihat dua berita ini dari arkib Malaysiakini.

Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan berkata "polis tidak dapat mengambil tindakan terhadap Ayah Pin setelah Jabatan Agama Islam Negeri Terengganu memaklumkan kepada polis untuk tidak menahannya. 

Monday, May 20, 2013

Hamidah nak bunuh Anwar! Tolong! Tolong! Hamidah nak bunuh Anwar ! +Video

Tolong! Tolong! Hamidah nak bunuh Anwar! Apasal tangkap Adam Adli pula?
Adam Adli dipercayai ditahan berhubung kenyataan yang dibuat semasa forum selepas pilihan raya anjuran Suara Anak Muda Malaysia (SAMM) pada 13 Mei lalu.

Tuesday, January 10, 2012

Video Adam Adli Koyak Surat Pengantungan UPSI.

Dalam kesibukan dengan kebebasan Anwar Ibrahim dipertikai oleh beberapa pihak, [Berita Penuh] Adam Adli merupakan seorang aktivis mahasiswa dan merupakan seorang pelajar UPSI yang menurunkan banner Najib Razak di PWTC tahun lepas, telah dikenakan tindakan gantung 3 semester oleh pihak UPSI.

Monday, January 9, 2012

Terkini.. Adam Adli digantung 3 semester +Video

TANJUNG MALIM, 9 Jan: Pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Adam Adli Abdul Halim (gambar) digantung tiga semester oleh universiti itu selepas didapati bersalah kerana menurunkan gambar Datuk Seri Najib Razak.

Menurut maklumat yang Harakahdaily terima, keputusan menggantung Adam diputuskan oleh pihak jawatankuasa tatatertib UPSI hari ini.

Sunday, January 1, 2012

Keadilan mengecam tindakan ganas polis leraikan perhimpunan siswa

KEADILAN mengecam tindakan polis termasuk FRU untuk meleraikan perhimpunan aman mahasiswa di hadapan Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) secara ganas pada awal pagi ini.

Difahamkan kira-kira 100 orang mahasiswa berhimpun di hadapan UPSI semalam sebagai bantahan kepada Akta Universiti dan Kolej Universiti serta mendesak UPSI menarik balik tindakan terhadap Adam Adli. Adam merupakan mahasiswa UPSI yang mendapat perhatian meluas apabila menggantikan bendera yang tertera gambar PM dengan panji kebebasan akademik.

Mahasiswa VS FRU : Safwan Anang Nazak

Malam Tahun Baru 2012 adalah malam yang penuh makna bagi sesetangah manusia di muka bumi ini, bagi anak anak muda negara Malaysia, pelbagai program telah diisi pada tarikh tersebut, dari bersuka ria menonton konsert di i CiTY, mendengar ceramah, merempit, bbq, party, clubbing, Check In, pesta dadah, seks bebas, dan berbagai lagi.

Thursday, December 29, 2011

Adam Adli jelaskan sebab Bendera Najib diturunkannya.. +Video

Kata Adam "Saya ingin memberitahu kepada mereka ini (yang mengugutnya), bukan semua perkara seperti yang kita sangkakan. Ingin saya tegaskan di sini, bukan semua orang yang tidak berpuas hati kepada kerajaan mesti menjadi alat pembangkang, perlu jadi pencacai Datuk Seri Anwar Ibrahim, tidak sama sekali.

Tuesday, December 20, 2011

Video di Youtube perli ‘panglima ludah’

KUALA LUMPUR 20 Dis: Sebuah video dimuat naik di laman Youtube, memperli aksi dan tindakan samseng Pemuda Umno yang mengugut untuk memukul dan meludah seorang mahasiswa kerana menurunkan bendera presiden Umno di PWTC, Sabtu lalu.

Dalam video berkenaan, jurucakap yang meniru semula aksi Ketua Penerangan Pemuda Umno Petaling Jaya Utara, Armand Azha, ‘menyelar’ tindakan ‘biadap’ mahasiswa yang memasuki laman sosial Myspace serta ‘mengagungkan’ Facebook.

Blogger pro Umno Papagomo, ‘Pas Beruk’ dan Azmy Kelana Jaya mengugut meludah dan memukul Adam Adli

Nasib Adam Adli Dibela Angkatan Muda Keadilan
KUALA LUMPUR 20 Dis: Angkatan Muda KEADILAN mengecam tindakan ugutan pukul, ludah dan mencaci seorang mahasiswa, Adam Adli yang bertindak menurunkan bendera presiden Umno di ibu pejabat parti itu, Sabtu lalu.

Monday, December 19, 2011

MELALAK, MELOLONG TANDA `SAKRATULMAUT' MENGHAMPIRI UMNO

KUDA Anwar Ibrahim? Macai Anwar Ibrahim? Lepas tu meludah, kemudiannya bertakbir pula, diakhiri dengan salakan `Hidup Umno'. Begitulah hebatnya pencacai angkut najis ini berkokok di depan kamera.

Video Adam Adli Hampir Ditumbuk Kerana Turun Bendera Haji Najib Razak.

KUALA LUMPUR, 19 DIS: Mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris Adam Adli menjadi sasaran seorang yang marah dengan tindakan pelajar itu menurunkan bendera dengan gambar Datuk Seri Najib Tun Razak di ibu pejabat Umno Sabtu lalu.

Adam yang mengetuai Legasi Mahasiswa Progresif dilaporkan menurunkan bendera itu seketika Sabtu lalu sebagai membantah keputusan kerajaan untuk meminda dan bukan memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971.

Video-Video Balas Dari Mahasiswa Isu Turun Bendera Haji Najib Razak.

Seorang Demonstan [Adam Adli] Sedang menaikan semula bendara Haji Najib Razak, Perdana Menteri Malaysia selepas diturunkan dalam lingkungan masa kurang dari 5 minit dan mengantikan ia dengan bendara Panji Akedemik Freedom.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular