Showing posts with label basketball. Show all posts
Showing posts with label basketball. Show all posts

1.11.09

KL Dragon Vs Thailand Tiger (from my View)




Salam,


pada mereka yg tidak kenal apa itu sukan bola keranjang, maka aku nasihatkan cubala mengejoinkan diri utk pergi usha game basketball....hehehe..... sgt2 best bila team anda menang!!!!

dalam banyk tahun hidup, ini merupakan kali pertama aku betul2 skong team tempatan sbb kualiti yang ada n best...... KL Dragon, pasukan profesional bola keranjang pertama dari malaysia n permainan petang semalam benar2 membuatkan hati melonjak gembira.....bukan semata kerana dragon menang, namun ia juga kerana semangat permainan yg ditunjukkan pemain kerana walaupn aku meminati mereka, tidak bererti aku x kutuk klu main teruk....hehehehe

so, semalam, Dragon akhirnya menjawab permintaan peminat tempatan utk memasukkan import yg benar2 ada kualiti iaitu Chris Kuete.....my man from cameroon..... wlaupn team lain taksub pada pemain US, namun yg kita mahu ialah kualiti.....heheh.... dan CHris ialah orang yang mampu utk melakukannya.......


Chris "black" Kuete

Tambahan plak akhirnya ada PG (point guard) yg bleh diharap selain Abi dalam team yg diimport dari philipine..... no jersey #10 saudara Rudy....:) nih pandangan aku pada game itu.....

Chris cam biasa, menunjukkan kualiti permainan lain dari biasa. he is a step another level. mmg mampu megubah rantak permainan baik dari segi serangan mhupn pertahanan......:) well, to give you some tips on his personal training, utk warm up jer, dia akan lari (diulang lari) dalam 8 KM menurut telinga yg aku dengar....... hehehe...... blum kira berapa bnyk dia shoot sehari lagi kan??



Rudy, pemain PG yg sama posisi ngan Abi, namun dia adalah jenis yg lain dari Abi.... .he has more speed n more selfish. but still know when to do the passing....... bila dia main, game tempo bnyk berubah n brown lebih hidup di kawasan serangan.malah, dia amat serasi bermain bersama Abi n Chris dalam membentuk serangan n membuatkan Abi lebih mudah utk melakukan passing dia kerana ada gerakan dia yg megelirukan.......


Rudy "pinoy"


Abi, malaysia player yg mempunyai ramai peminat selain Li Wei...... amat suka bermain passing game n buat game cantik, tp bila teamate dia mati, dia seolah hilang arah dalam mebentuk permainan......namun, permainan semalam kerana pergerakan yg lebih bnyk n sokongan dari chris, Abi kembali hidup, cuma masa permainan nya menjadi lebih kurang...... need to be more selfish n make ur team move around.......

Abi a.k.a Guga Malaysia Superman!!

Jamal Brown.Center yang berkesan semalam.selalu mebantu utk screen dalam serangan dan tidak mensia2kan peluang.... malah dia ada masa utk buat 3poin shoot kerana ada Chris utk support rebound... a very good leadership in making the team fire up!!! keep up....ohyer, u surely need to increase ur stamina bro....ur tired looking face really need to change....hahahah


Jamal D Brown

Li Wei..... agak mengecewakan permainannya ditenggelami oleh pemain thailang...malah dia terlampau selfish smpai xnak passing pada higer persentage chances. oh, Li Wei need really bad to increase ur muscle up to challenge for other center!!! if u read this i can help you with Herbalife Products that surely works and i my self will do the follow up to you... you just need to do it seriously...:)

Chee Zian (kot?) or player #1 amat kurang memberangsangkan....hmmm...... dia ada husle tp tidak meyakinkan..... be more brave man. u look so afraid to drive in n why the heck u only drive on ur left side????????? (panjan tanda soal) u have vast experience, do both side.... asyik ikt kiri jer, then kantoi. ikut kanan plak....jgn takut sgt..... better ask #5 how he does that......

#11 is a very good team play...ehehehe... nice job to the coach on using him as foul getter so that can disturb the flow of the opponent..... mmg menarik dia bleh ambik 4 foul sekelip mata....heheheh

tu jer kot...... overall, game plan make by Rudy and Chris really show a different Dragon than the first time i watch them in MABA stadium....can't wait to see more of Chris n Rudy on the court..... !!!!

Next game, 15th November and chek out my FB to know the latest update on game day!!!

adios!!

26.10.09

Hari Minggu



Makan Makan Makan......

Selama 2 hari semalam n kelmarin, thanks to kawan2 adikku yg ada bisnes catering...hehehe......

thanks to Farahleen n Munirah kerana makanan yg kalian sediakan..... highlight aku, beriani di kedai farah sgtr2 superb, namun cendol di umah munirah sgt2 best!!! hehehe thanks again......

p/s: i don't really know them since my brothers friend... just like the quote says, i come, i see, i eat!!!hahahahah

So, setelah kekenyangna n happy, akupn mengharapkan ia berpanjangan, namun apakan daya, hujan turn petang n malam....huhuhu... pasukan yg aku Support utk basketball (KL Dragon) n bola sepak (Manchester United) kalah .... huhuhu... bak kata buah ati ku, bila game, ada kalah ada menang...hahahaha..... sabo jer la....

Hari nih kena buat follow up pada kawan2 yg lama menyepi... jeng jeng jeng...... harapla depa ada improvement result.......

adios!!

21.10.09

Membisu

Salam,

Sekian lama lagi aku membisu.... bukan kerana aku mengasingkan diri mahupn menyembunyikan diri seperti kura2 menyorokkan kepala....hehehe.....

dari pemerhatian aku, aku rasa kini aku melalui masa2 kekeliruan dalam dunia blogging.... kata omputih, mid life crisis.... kerana ada bnyk blog utk dihandle dan memerlukan perhatian aku, maka last2 semua aku xupdate....hahahahah

aku keliru apa nak di suarakan disini dan di blog kami. kebiasaannya aku hujahkan disini xkira apa isu yg cuba disampaikan.dari isu politik, cinta, persahabtan mahupn sukan...... kekadang tngan ini gatal utk mengupdate, namun dikala nafsu menaip ku ini membuak-buak, keyboard dan skrin jauh dari ku aptah lagi laluan internet.....

Namun, pagi ini aku nekad. utk kembali menulis. sekurang2nya utk pagi ini. terlalu lama menyepi dan berjauhan dari blog ini bukan bererti aku menjumpai cinta pada benda lain. cuma nya aku keliru apa yg ingin aku nyatakan disini..... setiaku padamu blog ku tetap utuh seperti utuhnya piramid giza di mesir......

bnyk suara2 hatiku terpaksa kupendamkan, dan akhirnya aku lupakan sahaja memandangkan aku tidak gemar untuk memaksa diri ini menyimpan perasaaan tidak enak yg mebuatkan hidupku tidak selesa. munkin itu jawapan utk soalan seorang teman "knapa asal jumpa ko jer happy jer ko?" hehehehe....... disebalik senyuman, ada kegusaran yg hanya Dia yg tahu, dan biarla Dia saja yg tahu.....hehehehe

Sukan:

miggu lepas, aku mendapat pingat pertama utk season ini.... hehehe... utk pertama kalinya pasukan NS boys memasuki petandingan akhir dalam pertandingan KL Open Handball Tournament..... dan kali pertama aku injurt di bahu aku utk sukan ini... namun, kerana kekurangan pemain, maka aku terpaksa (bukan dipaksa) utk bermain sehingga wisel penamat... yg membuatkan aku benar2 gembira adalah kemenangan kami kepada pasukan Malaysia All Star a.k.a HoISAN di peringkat seprauh akhir....hehehe... rezeki yg Dia hulurkan..... star pasukan kami pula telah di eksport ke pasukan pilhan lain, namun nampaknya mereka tidak dapat menjalinkan hubungan yg baik dengan pasukan baru....heheheh

kini aku dalam usaha untuk membina pasukan Bola keranjang pula bagi kawasan Nirwana memandangkan kawasan itu ada potensi n dari dbiarkan jadi kawasan penagih melepak (dan paling best polis cuma lalu jer n xbuat apa) baik aku mulakan pembangunan di sana bagi membantu anak2 muda ini mengisi masa lapang mereka sblm mereka memilih arah tuju mereka di masa depan..... mana tahu munkin aku berjaya mlahirkan pemain NBA???hahahaah

Politik:

banyak aku nak suarakan disini pasal politik, namun kekurangan ilmu n keterbatasan internet mematikan usaha aku....hahaha... namun aku suka untuk melawat ke blog tukar tiub untuk membaca info2 baru pandangan dari sudut berlainan yg ada disana...hehehe... aku rekemen kalian untuk ke sana....

Raya:

hanya seminggu raya ku tahun ini. namun usaha utk menghidupkan budaya ziarah menziarahi pada aku ada peningkatan berbanding tahun2 lepas di kampung halaman ku.... at least adik2 aku ada semangat utk beraya bersama2 n makan sedap (mmg sedap makanan tahun ni!!)....hahahah

namun, aku agak kecewa, budaya ini tidak dapat aku bawa ke rumah aku. ibu ku terlalu lama hidup di bandar n mencampuradukkan budaya, adat n agama pada pemerhatian aku. pada aku, diriku dan kebanyakkan org di malaysia juga begitu.... xpercaya? tgk budaya OPEN HAUS yg merata2 skang nih.... mmg baik layan semua org sekali gus, tp jika dilakukan di rumah sendri mmg baik, cam aku buat kat swimming pool n court tennis.... n klu kita tgk itu bukan ziarah umah, tp ziarah swimming pool...... so cmanala rezeki nak dibwa masuk kerana setiap insan yg menziarahi kita malaikat akan turunkan rezeki pada isi rumah itu...... alasan yg biasa kita dengar...... letih layan tetamu...hmmm......

malah, aku dapati rumah kawan2 mak aku pn mak aku xpergi ziarah. rela berjumpa begitu sahaja..... aku xtaula budaya nih datang dari mana.....cuma aku dapat rasa ia bukan la budaya yg ada dalam islam..... bukan aku nak buka pekung mak sendri, cuma aku lebih suka direct pada pemikiran aku. klu aku xsuka, aku cakap (dalam isu ini, bila aku xsuka aku simpan sorang jer sbb xnak mak kecik ati)........ klu aku salah, aku suka org tegur aku ngna hujah dan hadis yg waras. aku terima ngan hati yg berat namun aku lebih suka begitu dari aku terus keliru n salah..... aku sedia menerima kebenaran walaupn ia berat..hehehe

sampai sini jela dulu... aku letih menaip n nak pergi Club aku utk kerja...hahahah....