Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Blogger Template From:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Cari..

~Sticky:

~Gunakan Cari.. di atas untuk memudahkan carian..

~ Akaun masih aktif, sy masih jual nota.... cuma lama x login blog... lupa password! LOL

~ Jika x dapat view pic tutorial.. sila ke fb sy Azura Jaafar Tailor Lycra



Showing posts with label family. Show all posts
Showing posts with label family. Show all posts

Wednesday, October 31, 2012

... ibu beranak tiga.

Assalamualaikum...

Dah lama tak update blog, sy baru ja duduk & type assalamulaikum... dah weeekkk budak nie dah jaga, abis cam no :p

Si ilyas nie masa baru2 ituhari, siang tido & malam jaga. Bila dia tido, kita nie suka dok usik2 bagi jaga, geram nak main dengan dia. Bila malam, kita nak tido... tapi dia nak main & nak duduk atas riba... jadinya, baring tapi bersila kaki & riba anak. Multitasking kannnn...

Sekali dia bunyi, weekk... kita nie bangkit dan dan tue jugak tapi mata dok pejam lagi :p :p Tapi dalam sehari dua nie, dia jaga pagi pulak.. lepas mandi pagi sampai pukul 11 baru tido. Jadinya kita nie sampai kul 11 lah duduk riba anak.

Orang dok tanya dah bila buka balik tempahan? Tak tau lah macam mana... alangkah ituhari masa sy baru lepas bersalin & lewat pos oder pun masing-masing dok SMS bagai. Ini kan pulak tempahan baju orang nak dijahit... takut tak dan. Ikutkan hati macam nak duduk saja tak mau ambil tempahan, ingat nak kelebek anak ajer.

Tapi dok ingat tak menjahit nanti bosan, sekarang yang dok dalam pantang pun pi langgar pantang menjahit jugeekkk :p LOL Sy ada lah menjahit baju sepasang & tudung utk diri sendiri, telekung & J skirt yang kakak2 oder sebab dok ingat nanti dalam bulan 11 nak balik kampung.

Tak lah kuat sangat lagi, tapi jahitan bersalin semua dah kering elok & badan pun dah lasak sikit. Tengok lah nanti mcm mana.... idea menjahit banyak dah nie sebenarnya.

Ituhari kakak sy dok perangat MMS gambaq kek coklat kukuih dia... budak-budak kat rumah nie pun suruh buat kek jugak. Kek coklat dia dah jemu jugak dah, sy pon google lah kek marble... budak-budak nie kata nak buat pasal boleh bubuh kaler macam-macam.



Alih-alih jadi macam nie saja... kakakkakaka, tapi sy pun tak nak kalah, MMS jugak kat kakak sy... kek marble versi aku, ibu beranak tiga! Dia kata jadilahhhh.... asalkan boleh makan. Memang outcome kek ibu beranak tiga nie kena sendu sedikit, sebab semuanya anak lelaki... kami tak sekreatif mana... janji lincin. LOL


Wednesday, September 14, 2011

Dia kini 7!

Assalamualaikum...

Hari nie hari lahir Idris... hari lahir, hari jadi sy tak ingatlah.. banyak kali percubaan rasanya hohohoho.

Pagi nie, lepas solat subuh... sy bagi tahu satu rahsia...

... bahawa dia lahir waktu subuh, makanya harus rajin solat subuh. Dia yang tengah kelat mata & muka, terus menyeringai ajer sengih. Fahamlah tue dia kena perli... bagus.

Sy google pic dia di internet...
~ hahhaha tak ker giler makcik nie pi google pic anak sendiri?









Dia semakin suka dengan perkataan surprise.. dia suruh sy surprise kan dia dengan apa-apa hadiah hari lahir dan juga surprise kan dia dengan makan kat luar di mana-mana yang dia suka, misalnya.

Boleh, tak ada masalah.. surprise mak dengan menjadi anak yang soleh, pastinya. Jika ingin hadiah yang lebih surprise & lebih dramatik, mak akan sunatkan awak cuti sekolah nanti!

Monday, August 15, 2011

kalaulah aku ada sayap....

Assalamualaikum...

Sy timbui balik lepas seminggu tenggelam :) sy ambil UPL untuk jahit baju. Ada masanya sy terfikir belum masanya sy jadi full time tailor & full time housewife.. tak sempat nak buat apa pon, apa pon tak boleh :p

Ada lagi 15 hari lagi lebih kurang.. harap2 sempat, ada dalam 20 helai lagi lebih kurang.

Semalam kakak sy, kawan sy bergaduh masa kecik dulu.. jatuh motor, patah rahang dia. Patutlah semenjak dua menjak nie perasaan sy semacam ajer... rasa sayu & sedih ajer. Tadi pukul 9 dah start operate. Nanti kalau sy bergaduh dengan dia, sure dia menang... sebab rahang dia ada besi :(
~ ta, semoga cepat sembuh. sorry tak dapat balik, tapi kalaulah aku ada sayap....

Thursday, April 28, 2011

baby boy yang ke 35 :p

Assalamualaikum...

Hari nie hari lahir teman, kekasih & baby boy yang ke 35 :p
~ laling.. temah ucapkan selamat hari lahir..

Seperti biasa, sementara tunggu pukul 12 malam.. kami bercerita, tentang kisah-kisah dulu & masa depan. Apa berbezaan & apa perubahan, apa yang tak suka apa yang suka. Dia highlight kan beberapa kekurangan sy & kelebihan sy.. dan sy juga buat benda yang sama. Kami bercerita secara jujur. Pada sy, apalah perkahwinan itu jika tanpa komunikasi...

... waktu-waktu bahagia macam nielah nak kena highlight mana yang tak kena. Jadi teguran itu diterima dengan lebih berlapang dada. Jangan tunggu bila ada masalah baru nak tegur.. susah nak terima dan mungkin akan ada sedikit unsur ego masa tue.
~ laling semoga panjang umur murah rezeki, temah sayang hanya pada laling seorang! :p

Ngggeee.. jangan ada yang muntah dah LOL.. kasi can lah, orang tua pon nak bercinta jugeekk :p

Monday, February 7, 2011

really need a shoulder to cry on :(

Assalamualaikum...

Kawan sekolah sejak dari sekolah menengah sampai ke UUM, meninggal pagi tadi. Sy ada cerita tentang dia dalam blog sy nie dulu. Sungguh rasa sedih bila tengok keadaan dia masa sy melawat dulu.. lumpuh sebelah badan lepas opration buang tumor kat otak. Dia asuh anak dia dengan sebelah tangan & dan yang lagi sedih.. dia ada anak sepasang yang kedua-duanya sebaya dengan anak sy.

Mereka masih kecil... sedih kan?

Nama dia sama ngan nick sy di alam maya nie, azima... semoga abadi ingatan sy terhadap dia. Semoga arwah ditempatkan bersama orang yang beriman.. amin.

aku teringat sangat2 kat hang....
~ i really need a shoulder to cry on :(

Monday, December 13, 2010

Cerita tentang 'kongsi' di hari lahir :p

Assalamualaikum...



11 dec ituhari sy turun ke Batu Gajah, untuk kenduri akikah si Zikry. Sehari sebelumnya tue sy tunjuk kasut baby pada Ishak dan awal-awal sy dah bagi tau.. ini untuk baby acu ( adik sy) tau. Tapi dia tak pandai sebut Zikry.. disebutnya Ziki, ziki pon ziki lah.



On the way ke sana, dalam kereta pon sy still menjahit, siaplah jugak. Agak besar.. simpan untuk pakai nantilah. Kain tue kain perca daripada roman blind nie...



So, kasut baby & roman blind tue adik beradiklah! Kongsi pak, kongsi mak.. hikhikhikk.




Pic nie masa si Zikry baru bangun tidur. Baby girl tue, anak tetamu yang datang. Depa letak bagi sebelah menyebelah, kongsi tilam. Dek kerana baby girl tue lahir 3 hari sebelum Zikry lahir..
~ DOB baby girl tue, 20.10.2010... cunn ekk nombor :p

... masing-masing dok compare. Sat lagi pi picit betis baby girl.. lepas tue picit pulak betis si Zikry, nanti picit pulak pipi. Tapi, bila tengah sibuk compare nie.. si Zikry pulak pejam mata balik, tidurr! Orang semua dok bercerita pasal dia.. dia pulak bleh layan mata, penat tau jadi perhatian nie, katanya :p

Lepas tue, paklong dia (abang sy yang sulung) kata baby girl lahir bulan purnama, Zikry bulan gelap sikit. Sy pulak menyampuk.. cerrr paklong mai kongsi tidoq tengah-tengah nie, kita tengok paklong lahir bulan apa pulak :p
~ dalam hati sy, paklong bukan tentang bulan dah.. tentang matahari, gerhana matahari terus!... hakhakhakk... ahkak mengata tak sedar diri :p

Semalam genaplah 33 tahun usia sy :p.. dah senja nie, tak berapa kisah sangat dah. Ingat tak pa... tak ingat pon tak jadi kisah. Kebahagiaan sy pada masa nie.. bukan mendapat kebahagiaan, tapi lebih kepada berkongsi kebahagiaan.

Orang kampung cam sy nie apa nak celebrate sangat. Celik mata, dapat bernafas lagi alhamdulillah. Cumanya bila arwah mak sy dah meninggal nie & sy pulak dah jadi mak.. merasai naluri seorang ibu, tapi orang yang melahirkan kita pon dah tak ada disisi. Terasa lompong...


~ pic nie petang semalam, habiskan sepetang mengecat pagar. Mungkin kuah dah tumpah sedikit ke nasi... gelihati tengok comotnya dia, secomot pagar yang dicat :)

... bila pandang wajah anak-anak sy yang datang kiss sy, terasa syahdunya disitu.

Anak-anak, bila sampai masa nanti... insyaallah, kamu akan tahu kenapa mak selalu pesan tanak gaduh-gaduh, belajar kongsi-kongsi. Sebab bahagia itu bukan hanya untuk diri sendiri, tapi juga untuk orang-orang yang kita sayang, belajar kongsi-kongsi ya!

Monday, September 20, 2010

Bulan Ramadhan bilakah akan datang lagi?

Assalamualaikum..

Cam mana raya? Raya tahun nie kebetulan balik perak & kebetulan kengkawan sek buat reunion.. kecoh betul. Balik raya cuti agak lama, tapi agak tak sempat pi rumah sedara & mak2 sedara. Tahun nie banyak berapa pi rumah kengkawan sek la pulak..

.. tapi suana raya agak sayu, dah salah satunya.. sebab ini.



Mereka bersedih bila habisnya Ramadhan. Bulan Ramadhan bilakah akan datang lagi?

Wednesday, September 8, 2010

Selamat hari raya, jaga diri & jangan noti2 :p


(sumber: carian internet)

Selamat hari raya aidil fitri.. mohon maaf zhir batin. Semoga berbahagia di hari lebaran.

Still bekerja yer hingga ke petang hari, petang nie baru bertolak balik. Insyaallah..

Dah 2 hari sy cuba loadkan pic, tapi USB port tak boleh read la pulak. Pic yg sy ingin load - tips cam mana jika tangan baju terpendek (penyelesaian yang biasa2 sahaja) dan tips cara pakai inner syria..

Semalam.. dari awal malam sy sibuk pack barang. Jait cangkuk kain, sampin, pack kuih, baju. Basuh baju sket.. & sambung jahit manik baju. Last dah pukul 5 pagi... mata dah sarat, goreng telur ajer, sahur & terus tido. Itupon pagi tadi tinggal rumah tak habis kemas.. balik raya nantilah.

Barang semua dah pack letak depan pintu, ambil anak2, load barang dlm kereta... terus berangkat. Exit jap kat Petronas Rawang topap NGV & sambung lagi. Nak dapatkan NGV & diskaun.. wat di do, inilah kisah marhaen yang terpinggir :p

Panjang umur, jumpa lagi lepas raya...
& sy cuba letak pic di atas disamping cerita2 raya.

Selamat hari raya, jaga diri & jangan noti2 :p

See yaa..

Monday, September 6, 2010

~ wat to do.. nasib lah kau blog

Assalamualaikum...

Fakta penting to ingat & thing to do utk hari raya nie..
~ wat to do.. nasib lah kau blog, disinilah tempat meniaga, disinilah tempat membebel, & disinilah jugak tempat peringat benda2... almaklum pelupa, dah senja :p

-cuti 2 hari awal posa, cuti lagi start 1hb sept & sekarang masih berhari raya... raya berkembar? mungkin :p

-cuti dari 9hb- 19 hb... tahun nieraya balik Perak.

-tahun nie tak buat open house.. tapi rumah sentiasa terbuka. nak datang rumah calling2.. sy bleh masak.

-baju raya anak2.. hari nie dah hantar jahit lubang butang, sampin belum pekecik pinggang... hai ramping sungguh anak2 ku, wat to doooo baka jenis kerempeng masa muda, lepas kawin.. membuak :p

- baju raya abah anak.. lunch hour nanti kena sembat part penutup butang yg suka terbukak tue. seluar lom jahit yg tetas jahitan kat bon*ot tue...
~laling.. lain kali pelan2 & manja2 lah time nak mencangkung duduk.. hihiihihi habis tetas.

- baju raya mak anak... manik lagi sebelah tangan, fossil de amour katanya.. standard kena bercinta & peram lama2 baru jadi fossil :p

- langsir raya... sliding door dah siap, cuma nak tukar railing day curtain jadi satu lapis... kes tersilap beli road lah nie. Night curtain tahun nie.. eyelet, tapi kes mengaji tak der tuan, eyelet itu tak balance.. satu hujung ke utara, satu hujung ke selatan. Belasahhh... aper ader hal, fesyen katanya :p

-langsir dapur.. ingat nak tukar blind tue, jahit langsir simple dah la. Cicak selalu tabur baja & melekat kat blind itu.. euuwww! Balik raya nanti sempat lagi kot...

-cover kerusi makan.. kain dah beli, jahit lepas raya nie lah kot. Dua2 side boleh pakai.. satu cream, satu biru.. jimat space utk simpan katanya :p

- kuih raya.. 5 jenis buat sendiri. Rupa ada yg out.. rasa ada yang ke laut manis. Manih melecaih i biskut nestum tue, dah la letak ghee.. muak & menyenyeh nak habis. Tapi ada gak yg ok... tapi dah berkurang, kes raya banyak sangat, bawak bekal ke officee..
~ oppsss terbocor rahsia!

- sarung kusyen.. pakai hat lama. cover sofa.. cover dah siap, cuma nak tutup dengan fibre & sembat cover belakang... yang nie pon bleh buat lepas raya.

~ sape yg ada sofa cam gini & adahajat nak DIY slip cover sendiri, kena buat treatment kat sofa dulu.




~beli fibre & jahit sembat bodo2 utk cover part lubang pada armrest tue.. nie nak bagi slip cover tue terletak elok & tak der lampak berlekuk2..


~ dah siap sembat cam nie, baru sarungkan slip cover.. baru nampak gebu. Boleh lah panjangkan setahun dua lagi jangka hayat sofa. Dan utk kusyen duduk & sandar.. tips nak jaga tanak benyek span tue, 1st sekali jangan lenjan sangat buat tido malam.. setakat nap di siang hari tue bleh la. Dan kalau ada sarung kusyen yg lain (sofa sy ada DIY 3 persalinansarung kusyen) dan sy akan pakaikan ketiga-tiga lapis sarung tue pada kusyen.. nie utk bagi kejap kusyen tue & tak benyek.



-dinding raya.. ruang tamu dah siap, warna lime yellow. Idris yang pilih.. sib baik dia pilih, kalau sy pilih sy nak cari kaler yg buruk, kuning muntah kucing misalnya (eeuwwww!) Bilik anak2 blom siap.. KIV pon takpa kot sampai ada mood balik.

-halaman raya.. dah siap susun sikit2, dah pesan kat bangla atas tolong siram pokok masa cuti. nanti buat makan2 & panggil depa lah..

-kalau rajin, nak buat tutup balang kuih, gentel2 riben buat folded roses jer kot. Tapi cam kena buat gak jer.. nanti org tengok kata semberono plak ekk, pasal tutupnya besi cam ada karat2 sket.

pe lagi eekk..

Wednesday, August 25, 2010

Orang yang benar..

Assalamualaikum...


Note: Orang yang benar.. yg sentiasa mencari kebenaran.

Contoh : Abdullah bin Salam.
-ingin mencari kebenaran & berjumpa sendiri dengan Rasulullah. Jawab 3 soalan untuk uji samaada Rasulullah betul seorang nabi... kerana 3 soalan ini hanya nabi yg dapat jawab.

Soalan 1 : Apakah makan pertama para penghuni syurga tatkala mereka masuk syurga?
Makanan pertama ahli syurga ialah hati ikan paus

Soalan 2 : Bagaimana seorang anak boleh menyerupai ayahnya dan bagaimana pula dia boleh menyerupai ibunya?
Yang menjadikan anak menyerupai ayahnya ialah ketika suami isteri bersetubuh, air mani suami melebihi air mani si isterinya.. maka anak itu akan menyerupai ayahnya. Dan jika air mani si isteri melebihi air mani suaminya. maka anak itu akan menyerupai ibunya.

Soalan 3 : Apakah tanda2 kiamat yang pertama sekali muncul sebelum kiamat?
Tanda kiamat yang pertama sekali, akan munculnya api yang akan mengumpulkan manusia dari timur dan barat, api itu terbit dari negeri Yaman. Api ini akan menghambat manusia pada waktu siang & pada waktu malam ia akan berehat, bergitu juga manusia akan berehat. Api ini akan menghambat manusia ke Padang Masyar....

.... mendengar jawapan itu, terus Abdullah bin Salam mengucap, masuk agama Islam.

Sumber : Makanan pertama ahli syurga : Ustaz Kazim : http://www.youtube.com/watch?v=UKL13bAgTvo&NR=1 :

Wednesday, August 18, 2010

Ummi.. sy nanar.

Assalamualaikum..

Bertahun sy nanar cari tajuk & sape penyanyi lagu dlm playlist sy tue

Ummi.. Ahmed Bukhatir

~menjadi kepantangan sy utk berterusan lihat pada lirik.. hari akan hujan.

Monday, August 2, 2010

...asal musim durian nampak la muka, asal nampak muka musiam durian lah tue

Assalamualaikum..

Jumaat lepas, lepas balik keja.. pi ambik MIL sy kat tempat keja dia di Bukit Raja. Dia nak ikut kami gak, balik kg. Masa tue pulak hujan renyai sikit & jalan nak ke Bukit Raja, punya la menyakitkan hati... jammed!

Sampai kat Sungai Buluh, makan.. memasing dah kebulur! Lepas isyak baru sambung jalan & sampai Taiping dalam kul 1.30 pagi..

.. cam biasalah, sampai terus check-in kat rumah abang sy kat Kg. Pak Darus, Simpang. Abang sy nie tukang rumah, kami dapat check-in bilik baru kali nie. Dia memangg.. dah namanya tukang, asikk sambung rumah ja dia! Geram tauu! :p

Sembang2, masa tue dah 2 pagi.. depa bawak keluaq mee udang la pulak. Laaa, dah pesan jangan masak pape, tapi apa nak dikata.. balun tetap balun! Nggeee.. Idris yang mata dah layu pon pulun semacam.

Esok paginya, lepas sarapan & isi NGV kat Aulong.. balik kampung. Tapau bawa balik mee udang utk kakak sy, tapi sampai kampung... sy kejan kakak sy pekena mee udang, sy pon join pekena sekali. Harharhar..

Tengah hari tue.. kami masak sup ayam, kerang rebus + cicah cili kicap. Lauk simple ja, tapi sy belasah bukan main.. pasal makan ramai2 & cili tue pokok kakak sy tanam. Sedap & lajak sungguh makan.. dah habis makan, tak leh bangun.. meratah la pulak :p

Petang tue dalam kul 3, kami bertolak pi Batu Kurau. 2 bijik kereta, satu van.. konvoi pencarian durian ke Kg. Batu Kurau. Tuan rumah, abang kepada kakak ipar sy. Memula sy ingat kena pi kutip kat pokok.. bila tanya abang sy, sah2 kena gelak. Katanya, durian kat sana pokok atas bukit. Bukit tue pon tinggi.. bila naik & turun jajak tanah pon rasa menggigil kaki... katanya.

Oiiiccc.. takyahlah, nanti patah riuk plak sy balik Klang :p


~Ishak pon balun jugak durian..
~tueee diaaa... mana nak larikk, dapat jugak pic orang Mesir! :p


~ hat orang kuat belah durian tue, siap keluaq aura mengetaq lagi.. takutt :p
~MIL sy & kekasih sy... depa mmg handal makan durian

So kami sampai, belasah buah yg pagi. Sementara tunggu buah petang turun.. ingat nak pi mandi kat air terjun Sempeneh dulu. Tapi bila sampai, airnya laju & keruh.. hujan di hulu sungai. Siannn lah kat kami semua. Punyalah beria pakat bawak baju spare, yang dah pakai seluaq pendek pon ada.. konon2 nak mandi ayaq terjun. Tak der rezeki lah nie...


~hujan kat hulu, apa nak buat.. tapi jalan/titi tue sy seriau sungguh rasa cam nak jatuh pon ader, biasalah sy kan overdose penakut :p

.. apa nak buat, gerak balik ke ke Kg. Repuh. Ambil buah.. dapat dalam 2 gundi baja. Sukerrrrr!

Gerak balik, maghrib kat jalan & terus pi Kubu Gajah. Sy ingat nak payung makan mee bandung. Kalau kat kg, bab payung memayung nie.. tak terasa sangat, mee bandung 11 orang makan + air.. tak sampai RM 40.00. Gila murah kan?


~mee bandung di Kubu Gajah
~menu petai rebus, sambal belacan + tempoyak... tengoklah pinggan yg lincin tue, tapi jangan tanya pinggan bekas sapa tue... ekekkekekee

Gerak balik, dalam kereta... sy bg tau kat kakak sy. Mee tue mee jugak.. kita nak kena pekena nasik gak mlm nie. Pasai, masa singgah pekan Batu Kurau, sy dah rembat petai. Ingatnya nak tumbuk sambal belacan, buat petai rebus, palit tempoyak pulak... ikan goreng saja pon dah cukup. Aduhduhduhhhh... benar bagai di kata. Makan ramai2... punya berlawan tambah, sendat perut2. Hehehehheheee... mak mertua tengok gelek kepala pon gamak buat tak nampak! Meahahahaha... tapi MIL sy sporting! Nggeeee....

Balik rumah, tido & esok paginya.. masing2 siap pi pekan ahad Sungai Gedong. Sejuk sungguh pagi kat kampung. Sy pi pekan tak mandi pon, ambil syarat yg penting2 saja heheheh. Pi sana sy, kakak & MIL sy... hilang ingatan pakat beli tudung syria. Puncanya sy tgk tudung yg kakak sy beli. Tawar2 & beli banyak dapat RM 10.00 seheli.


~menu: kari puyu, sambal belacan, rebus pucuk kaduk, kerabu kacang panjang..
~tudung syria, yg baru beli bersama baju raya tahun nie, aisehhh printednya membuatkan nampak boroi plak... ker memang boroi?..... ahkak nangiissss!

Sy ingat nak pakai tudung style cam nie pulak. Tudung syria, tapi labuh & cutting cam ariani... tapi sy pakai tak payah pakai inner. Agak sesuai utk bentuk muka petak sy... pakai tudung nie, nampak lah panjang sikit muka.
~ nampak kurus sket :p , ingat nak pi kamdar bila2 beli kain.. rasa2 kalau buat sendiri pon ok gak.

Balik rumah.. cepepat masak, sbb plan nak balik Klang lepas makan. Sy masak kailan ikan masin, kakak sy buat kerabu kacang panjang + ikan masin, kari ikan puyu , rebus daun pucuk kaduk, sambal belacan... sekali lagi terangkat!

Bertolak balik lepas zohor. On the way nak pi isi NGV kat Aulong.. kakak sy telefon, ikan pekasan tertinggal. Sempat dia hantar kat tol Air Putih sementara sy pi isi NGV. Ada lah rezeki lauk ikan pekasam utk bulan posa nie. Sampai Klang dah maghrib.. keluar makan & Isyak baru sampai rumah. Puas hati tullah balik kg kali nie.. padat sungguh & banyak yg berhasil.. sampai sendat satu kereta!

Dah lama sebenarnya tak pi Batu Kurau nie.. tak ada sedara mara kat sini, tapi sedara tumpang2 belah kakak ipar shj. Sib baik jugak ada kebun durian, bleh jugak tenggelam timbul... asal musim durian nampak la muka, asal nampak muka musiam durian lah tue, kata Ustad Kazim.

.. memang mantopp!



Assalamualaikum..

Cakap banyak takder, durian kampung repoh.. memang mantopp!

Sy bawak balik Klang, 2 gundi bajaaa!
~Mabukkkk..

Tuesday, July 27, 2010

mak tak e'eat lah abang!

Assalamualaikum..

Last month sy punya alegik naik, ingat makan ubat leh hilang. Tapi selang 3-4 hari naik balik, merenyammm. Errr.. yang merenyammm tue sy punya alegik, bukan sy yg merenyamm yer :p
~ dah tua2 nie dah tak der celah bedah mana ahkak nak merenyam bagai :p

Sy memang tanak ubat dah, ingat nak enjet ajer.

.. tolonglah cik doktor, sy rayu jangan lah dienjet di bumper sy nie. tolonglah, sy rayuuuu.. tempat2 lain sy redhoo puurrleaasee!!"

..nnggee, ayat tipu. Memula tue cuaklah pasal dah lama tak kena enjet2 nie, tapi kekasih sy kata...

.. kalau cakap kat doktor gatal2 belah bawah memang dia enjet kat bumper, kalau cakap belah atas dia enjetlah kat bahu.

.. dengan gaya confident, tapi kemudian dia kata..tapi ntahlah dia bukan doktor. Adeeehhh..

Sy redhoo lah nak enjet mana satu pon. Alahh bukan sakit sangat ponnn... beranak lagiiiiiiii sakitt! Itu sy punya ayat motivasi sy ketika itu.

Masuk bilik, sy cerita.. sy merenyam SEMUA, tapi masa tue bintat2nya dah surut. Then, cik doktor itu berkata.. ok sy bagi injection sambil bangun & prepare barang dia. Sy dah cuak balik dan jantung sy bekerja lebih dari biasa, kemudian telinga sy terdengar, sy cucuk kat bahu.

Nak tau masa tue, masa tue sy terkedu rasa2nya sy senyum sampai telinga sambil paling pada kekasih sy, see dialah penyelamat sy!

Lepas tue nak selak baju, ahhh sudah takleh lah pulak. Kot tangan tak leh selak, kot leher pon tak boleh. Jangannnn.. jangannn tukar fikiran cik doktor, sy akan selak jugak sampai berjaya.

Akhirnya berjaya juga.. tapi perit gak ler!

Balik, terus ke ekonsave. Sy dah tak mampu nak gerak dah.. rasa sakit lengan. Kekasih sy sjer masuk beli barang, yang lain tinggal dlm kereta. Idris dah nangis nak ikut abah dia bila 15 minit abah dia tak muncul2. Mujur ada Ishak tenangkan abang dia. Ishak cakap pandailah sbb sy ada ngan dia, cuba kalau dia yg kena tinggal kat abah dia... mau nangis sampai tak ada esok hari.

Masa sy ala2 mamai dlm kereta tue terkeluar perkataan adoi, Ishak bg tahu abang dia..
.. mak akit, mak tak e'eat (sihat) lah abang!

.. tapi yang abang lagi tambah nangis, suh call abah. Mungkin dia nak ikut abah atau dia cuak tgk sy. Tapi cara depa tengok sy, pandangan yg sayu.. buat sy jatuh hati sungguh. Ini buah2 hati sy yg sy sayang..
~err kekasih kiranya termasuk sekali gak lah! :p

Wednesday, April 28, 2010

Hepi Birthday Baby BOYY!

Assalamualaikum....

Hepi birthday utk Baby BOYY sy yg paling sulung.. yg ke 34 tahun.
~ 'kekasih cerah' sy lah.. sapa lagi? :p..

... dia kata yg ke 24, wahhh mudanyaaa.... tapi kesian dapat wife tua kekekkekeek.

Yg sy dok beria sangat nak keluar kelmarin & smlm tue pasal nak cari 'something' utk dia.. dan akhirnya berjaya tanpa dia dapat kesan nngggeee...



Selamat hari lahir, semoga cepat sembuh & sigi papat lelu selamanya..
~hikksss.. mari mengira dlm bahasa jawa :p